Apr 2, 2009

Rombakan Exco di Terengganu.

Khabar bertiup semakin kencang, perubahan exco pasti akan berlaku di Terengganu dalam masa terdekat ini.
Antara yang disebut-sebut ialah Adun Tepuh, Ustaz Ramli Noh akan dinaikkan pangkat sebagai exco penuh selepas penggal lepas beliau hanya menjawat jawatan timbalan exco sahaja.
Penggal ini selepas Ahmad Said dilatik menteri Besar, beliau sekali lagi hanya dilantik sebagai timbalan exco kepada YB Kazan selaku exco agama( tanpa Hadari) dan penerangan negeri.

Sepatutnya YB Ramli telah dilantik exco sejak dulu lagi, kerana jasa beliau yang amat besar kepada Umno Terengganu.Semasa zaman pemerintahan PAS beliau banyak memain peranan menggagalkan usaha usaha agama yang dilaksanakan oleh Kerajaan PAS.

Beliau ketika itu adalah pegawai tadbir agama negeri.Beliau pernah menjadi Kadi dan juga pegawai pendakwa syariah.

Berbanding dengan kazan yang hanya bertugas di yayasan islam Terengganu, sudah tentulah Ramli lebih berwibawa dalam banyak hal.Pengucapan dan penyampaian beliau jauh lebih ke depan dari YB Kazan Ahmad.
Amat wajar dan sudah tiba masanya RamliNoh dialantik sebagai exco penuh kerajaan Terengganu.

Selamat Bertugas.

1 comment:

Anonymous said...

mengarut apa pulak mu ni siti, buat gok kerja pek dah sikit.....