Apr 21, 2009

Lauk Orang Hulu- Kerabu Pucuk Paku.

Kali ini kita relex dan santai sejenak, kita hilangkan pemikiran tentang politik, kali ini sama sama dijemput ke dapur saya bersama Kerabu Pucuk Paku.



Bagi kami yang tinggal di hulu, berhampiran sungai, pucuk paku langsung tidak menjadi masalah.Orang Kg Kua, Kg Menerung, Kg Lubuk Periuk tak pernah mereka beli pun pucuk paku ni, pergi tepi alur, pergi tepi sungai ambil je...free je....ye free...tak caya ? kalau di Pasar Cabang tiga tu 1 ikat dah Rm1, bukan besar pun ikatannya.

Ok ini Kerabu Pucuk Paku.



Bahan-bahan
3 ikat pucuk paku dibersihkan dan diambil pucuknya sahaja.
2 ekor ikan selayang dibakar tawar [nak sedap tambah lagi]
2 biji bawang besar dihiris.
2 batang serai di mayang halus.
3 tangkai daun kesum di mayang halus.
2 biji limau nipis diambil jusnya.
2 sudu teh budu
sebelah kelapa yang dikukur
Garam dan gula secukup rasa.



CARA MEMBUAT:
Celur pucuk paku Tos.
Gaulkan kesemua bahan di atas dalam satu mangkuk besar dan rata.

Siap untuk dihidangkan.Senang, kan! Selamat mencuba.
- Nanti biar YB Rozi Fikir melalui jawatankuasanya untuk majukan dan komisial kan Pucuk Paku dan kerabunya.

3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah....
ni baru blog hok jurruh...siap ada resepi lagi......tahniah...walaupun saya ahli umno ini satu pendekatan yang hebat...tahniah penawar....

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Tapi yg nii dok berapa....kalau orang umno berdegar-degar dikata politik wang, rasuah dan sebagainya...kalau pembangkang dikatakan dari rezki yang datang melayang...yang tidak tahu dari mana puncanya......http://idatang-melayang.html.....ya tuhankubnugharib.blogspot.com/2009/04/rezeki-yang- tolonglah selamatkan tanah airku ini.......leraikanlah kekeliruan ini...

Anonymous said...

http://ibnugharib.blogspot.com/