May 29, 2009

Menjelang Muktamar ke-55 ( 3 )

Dalam Harakah tak cukup ruang



Calon-calon yang bertanding dalam pemilihan jawatan dalam muktamar PAS ke-55 dibenarkan berkempen tetapi dilarang menggunakan Harakah.

Dato' Haji Mustaffa Ali menjelaskan demikian.

"Mereka tak bolehgunakan Harakah untuk berkempen.Kalau semua nak keluar dalam Harakah, tak cukup ruang"


" Tiada garis panduan, kami mempercayai mereka"

itulah ungkapan Dato Mustafa Ali selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan Mukatamar Pas ke-55.Dalam hal ini Dato' Mustaffa hanya mengingatkan kepada calon dan juga memaklumkan kepada wartawan bahawa ruang dalam harakah tidak cukup, sekiranya ruang-ruang yang ada didalam Harakah tersebut ditempah oleh calon-calon yang bertanding dengan sendirinya mengecilkan ruang berita dan aktiviti parti.

Tidak perlulah rasanya dipertikai lagi maksud Dato' Mustaffa.Beliau bukanya menuduh atau melarang calon ambil kesempatan dalam harakah, selaku pengerusi Harakah mungkin dengan keluran yang terhad beliau tidak bersedia untuk menerima tempahan berbayar untuk calon calon yang bertanding.

Kalau ungkapan yang sedemikian pun hendak dipertikaikan atau dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu, rasanya itu sudah kertelaluan atau mungkin juga takut dengan bayang-bayang.


May 28, 2009

DUN Ladang Kekal milik PAS


Mahkamah persekutuan hari ini telah mengekalkan keputusan yang dibuat oleh mahkamah tinggi Kuala Terengganu sebelum ini dengan memberi kemenangan kepada PAS di Dun Ladang.
Dengan keputusan tersebut Dato' Tengku Hassan Omar kekal sebagai Adun Ladang.
Pada 22 sept 2008 ,Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak dengan kos petisyen pilihan raya yang dikemukakan BN terhadap Adun PAS Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.

Hakim Dato' Ramly Ali ketika membacakan keputusannya berkata, keputusan ini dicapai berikutan kegagalan pempetisyen mengemukakan bukti munasabah berhubung dakwaan bahawa kerani Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melaksanakan tugas dalam mengendalikan kertas undi pos tersebut.

Tengku Hassan diwakili peguam Datuk Wan Abdul Muttalib Embong.

Ketua Umno cawangan Lorong Kemunting, Mahari Endut membuat petisyen bagi Dun Ladang dengan menamakan Datuk Tengku Hassan sebagai responden, melalui peguamnya dari Shafee & Co.

Petisyen berkenaan telah menamakan tiga responden iaitu Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Datuk Mat Razali Kassim yang bertindak sebagai pengurus pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Adun Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.


Datuk Tengku Hassan Tengku Omar memenangi dun Ladang dalam Pru ke-12 dengan majoriti tipis 31 undi,beliau mendapat undi sebanyak 6723b menewaskan calaon BN Dato' Wan Hisham bin Wan Salleh.

May 27, 2009

Menjelang Muktamar ke-55 ( 2 )

Mengapa kini ada pertembungan ulamak dengan profesional? Benarkah semua profesional atau segelintir profesional yang digelar sebagai “Erdogan”[1] yang marahkan ulamak lalu bercadang untuk menggantikannya dengan “Kepemimpinan Islam?[2] Setelah meneliti sejarah gerakan Islam di Malaysia dan kaitannya dengan beberapa rangkaian gerakan Islam sedunia, maka dengan rendah diri dan sedikit ilmu yang ada, kita ingin bentangkan kepada PAS khususnya barisan Pemudanya yang barangkali tidak mengetahui sejarah gerakan Islam Malaysia,[3] mahupun pimpinan ulamaknya yang barangkali “terlupa” beberapa fakta yang telah kita bentangkan di atas.


Walaupun tahun 1999 memperlihatkan buat pertama kalinya gabungan mantap ulamak-profesional, jangan ada kalangan dari kalangan profesional itu sendiri yang mempunyai grand design yang lain. Fakta ini tidak dapat kita nafikan sebegitu sahaja. Bahang Muktamar semakin tiba. Buat pertama kalinya, desas-desus timbul pimpinan yang menawarkan diri bertanding dalam pimpinan PAS Pusat dikaitkan dengan politik wang. Hatta kenyataan Ketua Dewan Ulamak yang mengingatkan ahli supaya menjauhi politik wang telah dilaporkan oleh pimpinan yag terkenal sering berbaju kotak berpetak[4] supaya Ketua Dewan Ulamak diseret di hadapan Dewan Harian untuk membuktikan kenyataannya!

Jalan keluar kepada kemelut ini tidaklah begitu sukar pada hemat kami. Yang kami amat risaukan ialah, idea ini yang mula kedengaran tahun lepas diperkembangkan dengan hebat dan seolah-olah ada pakatan untuk meminggirkan peranan ulamak dalam PAS. Dalam hal ini, kami menyeru supaya:-

(i) Gagasan Kepemimpinan Ulamak dikekalkan sebagai benteng kekuatan PAS;

(ii) Gabungan mantap Ulamak-Profesional dipertingkatkan lagi;

(iii) Kerjasama PAS dengan rakan kongsi PKR dan DAP dalam rangka Pakatan Rakyat diteruskan berasaskan konsep “tahalluf as-Siyasi” yang telah kita gariskan;

(iv) PAS memperkemaskan tarbiyyah ahlinya ke arah persiapan mentadbir negara; dan

(v) PAS bersedia berbincang dengan mana-mana pihak atas dasar Islam dan dakwah demi kepentingan ummat Islam dan rakyat Malaysia amnya.

Dalam hal ini, bagi kalangan mereka yang mempunyai sebelah kaki dalam PAS dan sebelah kaki lagi dalam kumpulan yang lain yang terus menerus mendapat arahan yang bertentangan dengan keputusan Majlis Syura dan Pimpinan Tertinggi PAS sedia ada, sila buat keputusan muktamad – bersama dan menerima PAS sebagai satu-sataunya wadah yang diangggotainya atau meninggalkan PAS dengan cara baik dan menjadi rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat. Prinsip kita jelas – Anwar pun sekutu politik PAS dan Lim Kit Siang juga rakan kita dalam PR. Tapi kalau ikut arahan Anwar atau Lim Kit Siang terutamanya dalam keputusan-keputusan dasar melebihi arahan pimpinan kita, itu tak perlu pohon derhaka sebab PAS akan tahu dalam masa terdekat. Allah akan melindungi jamaah-Nya. Bukankah Allah sendiri sudah berjanji dalam surah al-Maidah, ayat 54 – 56? PAS akan memberikan kata dua. Kita pernah lakukan sebelum ini kerana kita tidak boleh lagi bertahan dengan perangai “musuh dalam selimut” atau “bertuankan” pimpinan di luar kepemimpinan Ulamak PAS sedia ada. Dan kita berani lakukan lagi.......


Selamat bermuktamar dan semoga Allah SWT

membuka semua hati kita, merapatkan saff kita semula

dan memberikan kekuatan kepada kita untuk

terus berjuang di jalan-Nya yang lurus.



Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Wallillahi’l-Hamd



______________________
[1] Istilah “Erdogan” merujuk kepada suasana perbalahan politik Islam kumpulan Erdogan dan Erbakan di Turki.

[2] Secara luarannya slogan “Kepimpinan Islam” nampak tiada salahnya, malah tiada jauhnya dengan “Kepimpinan Ulamak.” Namun jika dianalisis dengan teliti jauh di sudut slogan itu, ia boleh membawa maksud berikut: (i) Jika diterima, PAS mungkin akan mendapat seorang Presiden, Timbalan , AJK Pusat dan sebagainya pada masa akan datang daripada kalangan bukan ustaz dan ulamak kerana kepimpinan ulamak mengkhususkan pimpinan berada di kalangan ustaz dan mereka yang berpendidikan agama. (ii) Jika diterima, ulamak tidak akan memimpin PAS lagi kerana dilihat kurang berkeupayaan dan tidak profesional mentadbir negara/negeri (iii) Jika diterima, semua keputusan PAS akan digerakkan dan dilakukan oleh kalangan profesional dalam jangka panjang. Jika ada kalangan ustazpun, mereka ini ustaz yang boleh ikut arahan profesional. Siapakah profesional sebenarnya yang menasihati kalangan profesional lain dalam barisan pimpinan PAS sekarang supaya mengemukakan idea grand design seperti ini....? Idea ini masih disokong oleh sesetengah pimpinan negeri PAS. Sila lihat Siasah, 17- 23 Mei, hal. 16 bagaimana Dr. Hamzah Jaafar, YDP PAS Jerantut memberikan justifikasi kenapa perlunya kepimpinan Islam menggantikan kepimpinan ulamak.

[3] Atas kesedaran itulah kami bentangkan sejarah benar gerakan Islam di Malaysia secara ringkas yang dapat dipertanggungjawabkan berserta rujukan dokumen berkaitan.

[4] Pimpinan Pusat yang dimaksudkan ini dikatakan amat rapat dengan Anwar Ibrahim dan juga IRC. Apabila timbul ejekan dalam pelbagai blog mengenai “sibaju petak” yang dikatakan terlalu mengikut telunjuk Anwar Ibrahim, YB Dato’ Husam Musa timbul memberikan kenyataan akhbar, “berapa juta mereka yang berbaju petak-petak, bukan saya seorang!” Hairan juga, daripada beberapa juta orang yang berpakaian sebegitu, Husam seorang yang terasa......... Aneh juga!


Petikan : micelup.blogspot.com/

Menjelang Muktamar ke-55.

Semua jawatan penting dalam pemuda telah disahkan tanpa ada sebarang pertandingan.
Ustaz Nasruddin Hasan menang tanpa bertanding selepas bekas ketua DPP Kelantan YB Mohd Zaki Ibrahim yang juga bendahari DPPP memberi laluan kepada Ustaz Nasruddin.

Begitu juga dengan Ketua DPP Kawasan Pengkalan Chepa telah menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Ketua DPP, sekali gus jawatan ini akan disandang oleh naib Ketua Pemuda penggal yang lalu Ustaz Azman Shapawi Abd Rani.

Sementara itu sdr Suhaizan Kayat telah memberi laluan kepada Ahmad Sabki Yusof bekas setiausaha DPP.Beliau merupakan peguam muda dan menantu kepada Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Merenungi 3 nama besar dalam Dewan Pemuda PAS Pusat ini, dua orang darinya kelulusan dari Timur Tengah dan seorang lagi kelulusan UIAM, saya rasa ada sesuatu yang nak dikongsikan. Samada kita sedar atau tidak, Ustaz Nasrudin adalah berasal dari Besut Terengganu walaupun kini beliau menetap di Pahang.Ustaz Azaman Shapawi pula memang dikenali umum berasal dari Dungun Terengganu, pernah memenangi kerusi DUN Rantau Abang dalam usia 28 tahun ketika PAS memerintah Terengganu tahun 1999.Sementara itu Sabki Yusof kalau tidak silap, bekas pelajar SMA Tok Jiring Kuala Terengganu, juga berasal dari Besut.Jadi jelas ketiga-tiga mereka ini berasal dari Terengganu.Namun bukan tujuan tulisan ini untuk membesar-besarkan negeri kelahiran mereka bertiga.Ia nya sekadar untuk dikongsi bersama.

Kedua dua Ustaz yang menjadi orang nombor satu dan nombor dua dalam Dewan Pemuda PAS itu memanglah telah dikenali sebagai ulamak.Sementara Sabky yang pernah belajar di SMA Tok Jiring serta UIAM ini diyakini mampu berbahasa arab dan mengusai kitab-kitab berbahasa arab.Mungkin juga inilah orangnya dimaksudkan ulama' profesional.

Dewan Muslimat pula dilihat penyandangnya Ustaz Nuraidah Mohd Salleh akan berhadapn dengan Dr. Ustazah Asiah Ali.Juga bukan membanggakan anak Terengganu, dr. Asiah adalah seorang aktivis muslimat awal 90an juga merupakan anak keliharan Marang, Terengganu.Beliau adalah adik kepada Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat Dato' Mustafa Ali.Semasa bergelar siswi UKM mengikuti program bersama-sama beliau adalah sesuatu yang saya nanti-nantikan.Dengan status beliau sebagai tenaga di IPTA amat sesuai dengan kedudukan kami sebagai pelajar ketika itu.

Dewan Ulama' pula telah disahkan penerajunya akan kembali semula ke Terengganu selepas sepenggal berpindah ke Kelantan.Penarikan diri Ustaz Muhamad Daud Iraqi, selepas hanya Dato' Harun Taib seorang sahaja menerima percalonan untuk jawatan Ketua Dewan Ulama' Pusat.

Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk berkempen atau memperlekehkan kepimpinan Dewan didalam PAS, ianya adalah sebuah coretan menjelang Muktamar PAS ke-55.

May 25, 2009

Sidang Media Pertandingan dalam PAS


Semenjak tahun 2003, Muktamar Pas telah memerhatikan pertandingan didalam jawatan timbalan Presiden PAS.Jawatan itu mula dipertandingkan selepas ianya dikosongkan oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang memenangi jawatan Presiden tanpa bertanding.


Tahun ini Pas sekali lagi akan berhadapan dengan muktamar pemilihan, seperti pemilihan yang lepas juga jawatan timbalan presiden terus menjadi perhatian umum, kerana yang memegang jawatan tersebut adalah orang yang yang menggantikan presiden dimasa akan datang.Timbalan Presiden PAS juga adalah yang bakal menggantikan Presiden didalam sesuatu sidang gerakan Islam Dunia sekiranya Presiden sendiri keuzuran.


Sebelum ini 2007, walaupun nampak sengit juga pertandingan jawatan ini,namun ianya tidak lah sampai ketahap apa yang berlaku sekarang.


Tulisan ini bukanlah hendak mempertikaikan calon yang bertanding, baik samada Dato' Husam MUsa, Hj Mohamad Sabu dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa.Apa yang sangat memeranjatkan ialah budaya baru dalam PAS. Sebelum ini walaupun ada perlawanan 3 penjuru juga untuk jawatan timbalan Presiden, namun belum ada lagi sejarah yang calon calon yang bertanding membuat sidang media secara besar-besaran.


Apa yang menyedihkan dalam sidang Akhbar tersebut digunakanlah untuk menonjolkan diri.

Apa perlu sidang akhbar tersebut? para wartawan bukanya perwakilan.Apa guna kita hebohkan kepada media ? bukan nya kita bertanding melawan jawatan PM Malaysia.


Selama ini kita marahkan TV3, TV9, Bernama, Utusan Malaysia, Berita Harian, kini kita panggil mereka untuk siarkan kenyataan kita sekaligus untuk tonjolkan diri dikaca TV.

Yang paling menyedihkan pula kita berbohong didepan media dengan tidak menyiarkan sepenuhnya keputusan Muktamar ke-54. Dalam sidang media tersebut Husam menyebut bahawa beliau menerima percalonan Timbalan Presiden kerana mendokong keputusan Muktamar lalau “memperkasakan pakatan rakyat " Namun muktamar 54 telah mengambil keputusan berikut:

"“memperkasakan pakatan rakyat dan membuka pintu perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk UMNO".
Budaya apakah dalam Jamaah kita hari ini.



May 24, 2009

Menjejaki Ustaz Akhil Hayy

Ceramahnya pasti mencuit hati. Sasarannya ialah golongan muda remaja, yang menjadi tarikan golongan ini ialah kerana setiap ceramahnya pasti diselitkan dengan lagu dan bacaan al-Quran. Tambahan pula beliau lebih dikenali sebagai bekas penyanyi rock berirama heavy metal era 80-an dahulu, mempunyai bakat dalam bidang seni suara. Beliau adalah bekas penyanyi utama kumpulan D'Riyadh yang mula mencipta nama pada tahun 1988 dan 1989 seangkatan dengan kumpulan Wings, Search, Lefthanded dan ramai lagi. Pernah popular menerusi lagu "Melodi Cinta Lama" dan "Ketenangan Jiwa". Setelah hampir sepuluh tahun, kini beliau tampil dengan imej seorang pendakwah, jika dahulu berseluar ketat dan berambut panjang menyanyi di atas pentas, kini beliau lebih senang menyampaikan risalah Allah sepenuh masa.

Beliau ialah USTAZ HJ. AKHIL ABDUL HAI RAWA. Beliau aktif menyampaikan ceramah dan motivasi pelajar di sekitar Ipoh, Perak. Berasal dari Gopeng, Perak, selepas menamatkan pelajaran di peringkat menengah, beliau mula berhijrah ke Kuala Lumpur. Ikuti pengalaman perjalanan kehidupan yang pernah beliau lalui sebagai bekas penyanyi rock untuk dikongsi bersama sebagai panduan dan pengamatan kita sekalian.


"Pembabitan saya di bidang muzik bermula semenjak di tingkatan tiga lagi. Sebenarnya saya terlalu meminati muzik, umpama kata orang muzik dan saya tak boleh dipisahkan.
Di kampung saya menjadi penyanyi utama kugiran kenduri kahwin. Pada tahun 1988 saya menyertai pertandingan Konsert Box Office anjuran komposer Ali Bakar dan kumpulan kami mendapat tempat pertama mengalahkan 113 buah kumpulan rock di Malaysia. Asalnya memang untuk suka-suka saja, kawan-kawan yang ajak saya menyertai pertandingan tu. Tak sangka pula boleh menang. Bermula dari situ saya mula aktif di bidang nyanyian.

Dari tahun 1986 hingga 1990 saya aktif sepenuhnya di persada muzik dan telah menghasilkan tiga buah album. Masa tu saya memang gila-gila punya rock, rambut perang, kerinting sampai tak nampak mata, seluar ketat, baju singlet, terkinja-kinja atas pentas, tak ingat apa lagi. Masa tu mula lupa diri, habuan datang macam-macam, tapi hati memang tak tenang. Banyak gejala sosial yang kita sendiri hadapi, night life dan disko itu biasa, persekitaran yang tidak mengajak kepada Islam. Dari sembahyang lama kelamaan sembahyang pun dah tak menentu. Bagaimanapun, iman walaupun ada secalit di dalam hati, InsyaAllah kita akan kembali ke asal kita. Selama hampir empat tahun aktif menyanyi, akhirnya pada 1993 tanpa sebarang masalah kumpulan kami mula berpecah. Puncanya ada yang sakit, yang nak buat kerja sendiri, kami cuba juga ambil ahli lain, tapi masih tak boleh jalan. Akhirnya saya berhajat buat album solo. Masa nak masuk studio, rasanya mula datang hidayah. Ada saja halangannya. Dalam pada tu saya berniaga di KL hampir setahun dan mula tak menyanyi lagi. Saya mula berhijrah semula ke kampung, rambut masih panjang dan perang lagi. Masa tu mula mendekati masjid semula. Dari segi hakikatnya keluarga saya memang dalam golongan orang-orang beragam arwah atuk seorang tuan guru dan arwah ayah saya sendiri seorang mutawif haji (membawa jamaah haji). Bapa saya tidak pernah memarahi saya, dia cuma menggunakan kaedah psikologi. Beliau sering mengingatkan saya dan memberi nasihat.

Pada 1995 beliau membawa saya menunaikan haji di Mekah, masa tu kita reda. Sebelum ke Mekah saya ada ke Indonesia, arwah bapa bawa saya duduk sekejap di Pasentrian tapi tak sempat memperolehi apa-apa sijil. Lepas daripada tu saya pulang ke Malaysia, sejak itu timbul minat semula. Alhamdulillah ketika itu saya mula masuk ke masjid, orang pun bagi ruang kepada saya berdakwah dan menyampai kuliah, mengajar al-Quran Iqra dan sebagainya di jabatan kerajaan. Saya mula mengajar di Pusat Pembangunan Keluarga di Ipoh. Lepas daripada tu saya sering mengikut ke Mekah secara tidak langsung saya belajar dan mengingat kembali ilmu agama yang ada sedikit dalam diri saya .

Akhirnya beliau kembali ke rahmatullah pada kali ke - 38 beliau Mekah. Pada saya doa yang sering beliau panjatkan setiap kali mengunjungi Baitullah itulah yang mengubah hati saya untuk kembali ke pangkal jalan. Bermula dari situ saya mula mendapat jemputan berceramah pelusuk daerah. Ada yang menyebut dulu kita ni penyanyi kumpulan rock, lagi hebatlah sambutannya. Dari segi politik saya sebenarnya berniat untuk membantu ulamak, seperti yang kita sedia maklum ulamak hari ini semakin disekat suara mereka. Bagi saya memang tanggungjawab semua orang yang mengaku mukmin menyampaikan risalah. Apapun saya bersyukur kerana mendapat kembali hidayah-Nya. Saya pegang satu perkara sahaja, doa mukmin di multazam ini doa yang makbul. Apa yang saya nampak dalam keluarga saya, sayalah satu-satunya anak yang paling susah dibentuk bak kata orang mungkin black sheep of family Yang buat masalah pun kita, yang menjatuhkan air muka bapa pun kita.

Bayangkanlah bapa kita berceramah di Tabung Haji, kita buat ceramah di Kuala Lumpur dan merata tempat dengan seluar tengkorak dan rantainya. Masa tu kita rasa hanya untuk enjoy, tak fikir apa yang orang tua kita rasa. Selepas berhijrah mula minat balik mengaji dan bangun bertahajjud tengah malam. Kadang-kadang tak tahu pun macamana boleh tersedar tengah malam. Kalau dulu waktu malam keluar untuk berfoya-foya tapi selepas itu berubah. Dalam proses hijrah itu saya berjumpa alim ulamak yang banyak memberi tunjuk ajar menyumbang ke arah kita beristiqamah ke jalan ini dan InsyaAllah setakat ini belum ada lagi provokasi dengan apa yang saya lakukan. Saya mula berzanji semula sebab memang kita berasal dari situ. Bila tinggalkan dunia itu, memang terasa gian, teringin nak petik gitar semula tapi bagi saya kalau iman sudah mula bertapak, bila sudah ada roh Islam, secara tidak langsung kita dapat mengawalnya. Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Puas rasanya dapat menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat seagama. Selain dorongan arwah bapa dan keluarga, isteri dan anak-anak adalah sumber inspirasi saya.

Saya berkahwin dengan Maizawati Zainal, beliau merupakan seorang peminat setia saya. Setiap konsert saya beliau pasti turut serta. Alhamdulillah beliau turut serta dalam penghijrahan saya. Perkahwinan kami dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu, Diyana Sofea (7), Siti Nur Maisarah (3) dan Muhd Shariff Hidayatullah, (2). Sekarang peluang untuk menjadi artis berada di depan mata. Memang tak dinafikan minat seni memang ada dalam setiap jiwa insan biasa seperti kita. Rasulullah sendiri pun suka mendengar seruling. Muzik tidak salah yang penting kita tahu meletakkan muzik yang bagaimana dan cara menghayatinya. Kesedaran sebenarnya melibatkan semua pihak, seterusnya sistern pendidikan dan pihak pemerintah. Contohnya, pihak yang buka jalan seperti pertandingan nyanyian yang tidak dihadkan kategori umur. Berjayanya Yahudi mengubah fikrah umat Islam hinggakan remaja menengah memikirkan tidak perlu lulus peperiksaan tidak mengapa kerana ada jalan untuk masa depan dalam kerjaya nyanyian.

Pihak terbabit sibuk menekankan soal pendidikan dan membangun bersama Islam tapi dalam masa yang sama ada tempat bagi remaja yang tidak lulus periksa terjun ke dunia seni. Bagi remaja pula tidak ada masalah kerana bidang nyanyian ialah satu dunia glamor di tambah pula ibu bapa yang bangga apabila anak-anak menjadi perhatian pujaan ramai. Harapan saya meminta pihak bertanggungjawab beri ruang sepenuhnya kepada majlis ilmu. Pada saya mengajak anak muda sekarang mudah kerana minda mereka sekarang sudah terbuka, cuma perlu proses istiqamah sahaja lagi. Nasihat saya kepada remaja, jangan terlalu lalai dan leka dengan muzik kerana bahananya sungguh dahsyat. Dunia muzik membuatkan kita lupa siapa diri kita sebenarnya. Gunalah cara lain untuk memupuk seni dan bakat yang ada dalam diri kita. Remaja adalah harapan bangsa, agama dan negara untuk masa hadapan.



- Dimana Ustaz Akhil Hayy kini? 2 Jun 2009 mahkamah Syariah Ipoh akan mendengar perbicaraan kes perceraian beliau dengan isterinya Maizawati Zainal.

-Apakah kegilaan dunia kembali menghantui beliau semula?

Link Berkaitan :-
aku , akhil Hayy dan waheda
Kenangan Bersama Rock
Dari Rock ke Nasyid/ ceramah
Koleksi video Akhi hayy


VIDEO CERAMAH USTAZ AKHIL HAY -seketika bersama PAS dulu:



8 sifat pakaian wanita Islam

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat

Rasulullah saw bersabda :
Telah berkata Aisyah r.a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar

“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”

(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”


4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)


5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.


“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ”
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)


6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki

Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik

8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

May 23, 2009

Manik Urai Jadikan Hadiah Untuk Najib

Selepas tidak menyertai PRK Penanti PM6 Najib Razak memutuskan bahawa UBN akan menyertai PRK Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan.

Sudah dijangka UBN akan meletakkan calonnya, walaupun sebelum ini pengarah pilihanraya Pas Pusat, Dato' Mustaffa Ali menyarankan agar BN juga mengambil kesempatan tidak bertanding dalam PRK Manek Urai itu nanti.

Manek Urai adalah di kategerikan salah satu kawasan yang selamat di Kelantan.Semenjak keluar dari Nasional dalam PR 1978, semua tahu yang PAS hanya memenangi 2 kerusi Dun dan 1 kerusi Parlimen di Kelantan.

Manek Urai tidak menunggu lama, pilihanraya umum 1986, Dun tersebut terus dirampas oleh PAS melalui Pak Su Wel ( Allayarham Ismail Yaakob). Majoriti 594 undi.

Selepas itu Pak su Wel terus memenangi kerusi tersebut kecuali pada PRU 11 2004, Pak Su wel direhatkan dari menjadi calon PAS dan nyata PAS Tewas di DUN Tersebut ketika itu dengan majoriti tipis 53 undi.

Pilihanraya Umum 2008 menyaksikan semula bagaimana Pak Su Wel menang bergaya dengan majoriti yang selamat sebanyak : 1,352 undi.

Kini kerusi tersebut kosong lagi, Pak Su Wel telah tiada, kita yang masih hidup ini mesti meneruskan perjuangan ini.
PRK Manek Urai adalah PRK kedua selepas Najib Razak PM6 mengambil alih jawatan persiden Umno dan PM Malaysia melalui cara peralihanraya kuasa selepas mengugut Abdullah Badawi.

PRK ini sepatutnya merupakan hadiah kepada Najib Razak, PAS dan PR mesti gembelingkan tenaga supaya majoriti lebih memuncak seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang.Ketiga-tiga PRK tersebut melihatkan peningkatan majoriti bagi PR.Jadi dengan kemenangan yang majoriti lebih tinggi, bolehlah dijadikan hadiah kepada Najib Razak oleh PR sempena beliau menjadi PM6 dan Presiden UMno selepas beliau semacam segan dan malu untuk menerima hadiah di Penanti.

Di Manek Urai juga elok rasanya PPP sebuah parti kompenan BN mengambil peluang untuk meletakkan calon dari PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff , kerana beliau berasal dari Bahagian ini dan pernah seketika dulu memimpin pergerakan Pemuda Umno Kuala Krai.Juga kalau tidak silap ingatan beliau juga pernah bertanding samada di DUN atau Parlimen di Kuala Krai sekitar 90an dulu.

Keputusan PR Dun Manik Urai Semenjak 1986 yang dimenangi oleh Pak Su Wel.
Pak Su Wel bukan berpendidikan tinggi, jauh sekali bergelar propesional.

1986 - Majoriti : 594 Undi.

1990 - Majoriti : 3608 Undi

1995 - Majoriti : 1715 Undi

1999 - Majoriti : 1518 Undi

2004 - Kalah : -53 Undi

2008 - Majoriti : 1352 Undi.


2009 - Majoriti :::: >2000 ..InsyaAllah. - Sebagai hadiah berharga untuk Najib Razak.

Kekuatan Muslimat

Muslimat terkenal dengan keindahan, kecantikan, dan keelokan Akhlak. Muslimat juga sebagai perhiasan dunia. Lelaki lemah tanpa seorang wanita, Nabi Adam sendiri tidak mampu menempuh hidup tanpa Hawa. Berlandaskan Iman dan kekuatan bergantung dengan Allah. Kuatnya seorang muslimat.

Kisah Rasulullah dengan Siti Khadijah, patuh dan taatnya kepada suaminya. Sanggup berkorban harta dan nyawa mempertahankan Rasulullah ketika baginda dimusuhi oleh kaum keluarga sendiri kerana menyebar ajaran bukan dari keturunan keluarga iaitu agama Islam. Siti Khadijah mendampingi baginda ketika dalam ketakutan. Menghantar makanan ketika baginda pergi beruzla. Bagaimana kita sebagai pejuang agama pada hari ini berperanan di kalangan wanita . Itulah kekuatan Muslimat. Pengorbanan Siti Khadijah boleh diaplikasikan pada hari ini.

Ana sebagai muslimat belum tentu mampu untuk menandingi kekuatan srikandi-srikandi Islam di zaman Rasulullah. Berpegang teguh dengan tali Allah, dalam kuthbah terakhir Rasulullah ada menyebut bahawa berpeganglah kamu dengan tali Allah, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, nescaya kamu tidak akan sesat. Bagaimana seorang muslimat dalam perjuangan.

Kisah melalui teladan. Haulah juga merupakan salah seorang srikandi yang pernah keluar berperang bersama Rasulullah. Bagaimana Haula mengatur strategik sehingga tiada seorang pun yang mengetahui bahawa mujahid yang ikut berperang memakai purda adalah seorang srikandi.

Selain itu, Kisah ini berlaku di antara Rasulullah dengan seorang srikandi. Namanya Asma. Asma antara golongan muslimat yang mampu bersuara kenapa muslimat tidak boleh keluar berperang. Kami pun nak dapat pahala. Kenapa kami perlu duduk rumah dan memenuhi kehendak suami dan mengurus anak-anak di rumah. Walhal muslimat juga diperlukan dalam perjuangan ini.

Kita sebagai muslimat boleh jadikan peranan dan kekuatan muslimat zaman dahulu.

Wanita Alaf Baru. Ramai wanita-wanita yang boleh jadi role model pada muslimat pada masa kini. Bagaimana Rosmah Mansur (RM) boleh mempengaruhi PM untuk membuat keputusan dalam politik Malaysia. Sehingga idea-idea bernas RM boleh digunakan dalam mencanang gerak kerja dalam berorganisasi.

Ustazah Noridah, Muslimat yang bergiat aktif dalam Tarbiyyah Muslimat. Juga boleh dijadikan suri teladan. Keluar mempertahankan hak wanita berlandaskan syarak. Mengatur strategik untuk membimbing muslimat-muslimat yang ada pada hari ini untuk bergiat aktif dalam pelbagai bidang. Walaupun dalam masa yang sama berperanan sebagai Ibu, Isteri dan muslimat. Pengurusan masa juga penting untuk mendapatkan kekuatan muslimat.

Malangnya, Idea Feminism memesongkan pemikiran terhadap muslimat. Kisah Aminah Waduq, di mana dia mempertahankan hak wanita, dan menyamaratakan wanita dengan lelaki. Buktinya dia sendiri pernah menjadi imam bermakmumkan lelaki dan wanita. Adakah ini kekuatan sebenar seorang muslimat. Oh tidak..!!! Ini boleh menjejaskan "framework of women" sekiranya lebih ramai muslimat bersifat seperti Aminah Waduq.

Perbezaan muslimat zaman Rasulullah dengan sekarang jelas menunjukkan bahawa muslimat juga ada kekuatan. Jangan disangka tangan yang lemah tidak mampu menggoncang dunia. Mengajak diri sendiri di samping mengajak orang lain untuk memperbaiki diri. Kesempatan ini ana ingin berkongsi sedikit pengalaman bagaimana dikatakan muslimat itu membimbing suami. Bukan menjadi perosak kepada pejuang-pejuang mujahid. Bukan mudah untuk menjadi muslimat yang baik. Namun kita boleh dapatkan kuasa Muslimat Power jika kita meletakkan Islam di atas. .

Bangkitlah sahabatku para mujahadah...Ayuh

May 22, 2009

Hishamudin gagal damaikan 2 puak bertelagah


Pertemuan lebih dua jam antara Ketua Perhubungan Umno Terengganu, hishamuddin Hussin bersama ketua umno bahagian negeri Terengganu serta pertemuan dengan semua Adun BN Terengganu belum lagi menunjukkan akan ada jalan penyelesaian dalam krisis tersebut.

Dalam pertemuan bersama semua Adun Umno. menurut satu sumber, Rasol Wahid Adun Ajil telah menjadi jurucakap kepada kumpulan Idris Jusoh.Membongkar dan mendedahkan kegagalan Ahmad Said dibantu oleh Adun Bukit Besi Din Adam serta Adun Paka Zakaria Abdullah.
Sebenarnya bagi Puak Ahmad Said kemelut dan krisis ini dianggap selesai sekiranya semua penentang Ahmad Said menaikkan bendera putih dan menghulurkan perdamaian dengan memberi sokongan tanpa belah bagi kepada Ahmad Said.
Sementara penyelesaian bagi penyokong Idris Jusoh pula ialah dengan Ahmad melepaskan jawatan MB dan jawatan tersebut diserahkan semula kepada Idris Jusoh.

Walaupun Ahmad Said seringkali mendakwa bahawa beliau adalah MB yang mendapat sokongan penuh dari Istana, bagi "10 budak hitam" harapan besar diletakkan dibahu pimpinan Umno pusat untuk mengusahakan agar Idris dapat semula bertahkta di tingkat 16.Kegagalan Abdullah Badawi mendapat perkenan sultan bagi mengekalkan Idris Jusoh sebagai MB sebaik BN berjaya meneruskan kemenangan di Terengganu selepas PRU 12 , membuatkan mereka sangat-sangat mengharapkan agar selepas peralihan kuasa antara Najib dan Abdullah merupakan sinar baru bagi mereka.Sebab itulah isu ini timbul meledak semula baru-baru ini.

Lebih sinis, salah seorang dari 10 hitam berkata " Masa kan Najid tidak mampu melakukannya di Terengganu, sedangkan di Perak semua orang tahu adalah usaha beliau"
Dengan ketiadaan pengalamannya Hishamuddin menerajui umno negeri, dirasakan amat sukar bagi beliau untuk menyelesaikan episod kemelut ini.Hishamuudin walaupun merupakan naib presiden umno namun tahad penghormatan 2 puak yang bertelagah ini tidak lah setinggi mana, kata orang Terengganu 'padamnya heh je'.

Sesungguh apabila usia itu terlalu lama, pasti akan adalah penyakit-penyakit kronik yang menimpa seterusnya menuju ajal yang nyata, begitulah dengan umno sebuah parti yang juga merupakan makhluk Allah, pastinya ia tidak kekal, malah sejarah dunia telah membuktikan bahawa kerajaan yang lebih besar dari UBN malah lebih lama memerintah berbanding UBN akan kecundang hancur juga apabila tiba masanya.

PRK Manik Urai sediakah BN

Kepemergian Adun Manik Urai kerahmahtullah YB Ismail Yaacob ( Pak Su Wel) merupakan mimpi ngeri kepada UBN, ketika mereka tidak bertanding di Dun Penanti , Pulau Pinang.

Apakah UBN bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Kecil ini? Apa pula alasan sekiranya UBN bercadang untuk meneruskan niat menyertai juga PRK itu nanti.

Dalam keadaan Umno Kelantan masih bercelaru selepas mendapat Pengerusi Perhubungan yang baru.Sebahagian penyokong kuat bekas Pengerusi lama umno Kelantan masih belum boleh menerima pengerusi umno yang baru. Kegagalan Datuk Mustaffa Mohamad ketika menjadi pengerusi Umno beberapa tahun lalu masih tersimpan rapi didalam lipatan ahli-ahli umno Kelantan.Kegagalan Mustaffa menyusun , memulihkan umno Kelantan selepas PAU juga merupakan juga mimpi ngeri Umno Kelantan.

Sama-samalah kita tunggu perkembangan nya tersebut.PRK manik Urai juga menguji YDP muda yang baru PAS kawasan Kuala Krai YB Ustaz Ab Latif Abd Rahman yang juga merupakan Ketua Pemuda Kelantan yang baru.

May 20, 2009

Shabery Cheek Baru Tersedar

Belanja berjuta, negara popular, tetapi tidak memanfaatkan industri, tidak bagus juga. Begitulah pendapat Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Cheek apabila memperkatakan Piala Monsun.

Beliau tidak menolak hakikat Piala Monsun telah meletakkan Malaysia di peta dunia dalam bidang sukan antarabangsa. Tetapi beliau kurang berpuashati apabila infrastruktur yang dibina untuk kejohanan itu begitu hebat, tetapi limpahan sampingan tidak dapat dinikmati.

“Kita berbelanja banyak untuk Piala Monsun, tetapi sehingga ke hari ini saya tidak dapat melihat kemunculan komuniti sukan air selepas tamat sukan itu.

“Piala Monsun sudah hampir masuk musim ketiga, tetapi kesan sampingannya masih tidak kelihatan. Saya tidak nampak kemunculan pakar membaiki perahu, mekanik atau jurulatih dalam sukan ini. Malah, kelibat penggiat sukan perahu layar juga tidak kelihatan di laut pada waktu petang, berbeza dengan apa yang saya lihat di negara jiran dan keadaan ini amat membimbangkan saya,” katanya


Selama ini bila Adun PAS menimbulkan perkara ini didalam sidang DUN dan sentiasa disebut oleh penceramah PAS, maka Umno BN berkata ianya fitnah dan tidak tahu menilai.


Pelbagai bukti dan keluhan rakyat dibawa ke Sidang Dun namum Adun-adun BN hanya memandang sinis serta menuduh pemimpin membuat fitnah dan tidak tahu menilai hasil sebenar.



Kini selepas bertukar Kementerian, selepas tercetusnya krisis UBN Terengganu, baru bapak menteri ini tersedar. Kata orang Kelantan " Baru Khabar".

Selama ini bermati-matian bekas MB Terengganu Idris Jusoh mempertahankan kononya Pertandingan Perahu layar Piala Monsoon ini amat bermanafaat untuk perlancungan dan perniagaan di Terengganu.

Selepas beratus juta duit dibazirkan di Pulau Duyong itu, barulah Menteri merasa bimbang.Selepas Pak Lah tidak lagi menjadi Presiden Umno dan PM Malaysia barulah lahir perasaan bimbang.Selepas Patriks Lim tidak lagi berulang alik ke Kuala Terengganu barulah menteri terasa bimbang.
Selepas Pak lah menepuk-nepuk bahu seorang artis keturunan cina dalam majlis makan malam sempena sukan pembaziran tersebut barulah Shabery tersedar dan bimbang.
Kalau inilah gaya permikiran menteri kita, kalau ini lah tahap kesedaran, kalau ini intergriti menteri Malaysia dan memang ini lah Menteri Malaysia, lihatlah nanti apa sudahnya negera ini.

Duit yang dibazirkan oleh mereka ini adalah duit dana Khas Persekutuan atau sebenarnya duit royalti untuk seluruh rakyat Terengganu.

Sedarlah sebenarnya apa cara sekalipun, apa jua alasannya, apa jua pentafsirannya sesungguhnya Pertandingan Piala Monsoon ini adalah hanya memanafaatkan Patrick Badawi( pinjam gelaran yang diberikan oleh Mahatir) sahaja.

Bangkitlah Rakyat Terengganu, UBN tidak boleh diharapkan lagi.

" Dok Leh Lok Doh, Punoooooh"

May 19, 2009

PAS lancar dana bina kopleks RM27 Juta di Putrajaya



PUTRAJAYA, 18 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel terkenal hari ini.

Apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.

Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya.

Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.

"Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini," kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Petikan : Siasahdaily

Ct : Menunggu Pelancaran Kompleks PAS Terengganu yang masih belum kedengaran

May 18, 2009

Fiqrah Tok Guru 18 Mei 2009

Sedutan wawancara Tok Guru bersama harakah : 18 mei 2009

Soalan : Menyentuh apa yang Tuan Guru cakap dalam suatu ceramah di Bera, Pahang baru-baru ini, isu penyertaan dalam PAS di kalangan Ulama dan Profesional, boleh ulas lanjut?

Tuan Guru : Saya sebut di Bera malam itu bahawa penubuhan
PAS yang digagaskan dengan ulama dan profesional dengan cara
yang tiada tinggi rendah antara satu sama lain, dimana yang
menubuhkan PAS ini bukan setakat Dato' Haji Ahmad Fuad, Dr
Burhanuddin Al Helmy; termasuk juga Dr Haji Abbas Alias;
melibatkan juga Aminuddin Baki, Professor Ahmad Ibrahim;
Professor Ungku Omar. PAS juga menerima kalangan bukan
terpelajar dan juga menerima samseng kita juga terima, Nabi
juga menerima semua golongan, penyamun dan sebagainya yang
akhirnya menjadi orang Islam dan ditarbiyah dan dididik dan
mereka ini akhirnya menjadi oarng Islam yang soleh.
Inilah kejayaan kita dalam PAS sepanjang perjalan kita sebab itu kita berjaya megwujudkan satu suasana politik yang sihat. Walaupun mereka yang berasal usul Umno masuk PAS, bila masuk PAs mereka bersama dan berlaku amalan politik yang sihat, dan kita bebas dari amalan politik wang atau rasuah dan lobi yang kotor yang berlaku dalam Umno. Saya sebut juga di situ gembar-gembur yang ditimbulkan oleh pihak luar laksana mereka yang lalu di halaman rumah kita dia dengar bunyi-bunyi dia kata kita bergaduh, kita tak bergaduh sebenarnya kita susun perabvut rumah kita, itrui biasa dalam pemilihan itu bukan pergaduhan dalam parti apa
yang berlaku masing-maisng beri pandangan dan hujah dan ahli kita matang dalam menentukan dimana perubahan yang hendak kita lakukan dalam muktamar akan datang.Adunan kesemua itu sangat baik kepada PAS.



Soalan : Menyentuh muktamar, tuan guru diumumkan sekali lagi menang tanpa bertanding jawatan Presiden, mungkin ada ucapan kjepad ahli dan perwakilan?


Tuan Guru : Saya mengucapkan teriam kasih kepada semua ahli dan penyokong PAS seleuruh negara yang terus memberi kepercayaan kepada saya untuk memimpin, dan saya anggap itu
sebagai satu amanah yang sangat berat...(sambil menitiskan airmata) walaupun saya dalam keuzuran tetapi adalah tidak baik iuntuk saya melarikan diri daripada amanah yang telah
diserah ini.Saya anggap ini satu penghargaan yang sangat mulia yang diberi kepada saya dan saya janji akan tunaikan amanah ini dengan cara yang lebih baik lagi.Dan insyaAllah
saya yakin akan didukung oleh rakan-rakan yang bakal dipilih dalam muktamar nanti, dan saya percaya bahawa pemilihan ini walaupun ada yang tak dipilih atau sekalipun dipilih pada
saya itu ialah giliran menjalankan tugas dan ia bukan amalan mencantas yang berlaku dalam amalan politik parti lain.Bagi saya saya bersedia bekerja dengan semua kalangan yang
dipilih oleh muktamar, sepanjuang saya berada dalam PAS dari zaman Dato Asri Muda sehingga kini telah mendidik saya dengan semua pihak yang ada dalam PAS ini, bukan sahaja yang
dipilih dikalangan ulama atau profesional bahkan tidak ulama atau tak profesional ini pernah jadi pemimpin PAS tetapi mereka ini cukup berpengaruh dalam masyarakat, inilah yang
mengajar saya adunan yang bermacam dalam PAS ini menjadikan PAS sebuah parti yang mantap.

Calon PRK DUN PENANTI


eh.........Satu tu happy dan ceria, sementara yang satu lagi sedih dan moyok...yang ketiga Kosong...


May 17, 2009

Datuk Husam Bemuqabalah dengan Tengku Razaleigh

"Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan parti komponen BN untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Husam berkata, pertemuan itu atas kapasiti peribadi, bukan atas parti.

"Dalam (mesyuarat) lajnah politik, kita sudah bersetuju, kita boleh konteks semua orang secara peribadi bukan atas dasar kapasiti parti. "

Begitulah sedutan berita yang menceritakan suatu pertemuan antara Ketua bahagian Umno Kelantan dan Naib Presiden PAS.


Pertemuan itu atas kapasiti peribadi, agak atak faham sikit saya, atas kapasiti pribadi mestilah bincang bab-bab pribadi kut.Contohnya bab jualbeli rumah ke bab jual beli kenderaan ke, atau juga mungkin bab nikah kawin anak beranak.

Tetapi yang jelas nya Husan bertemu Ku li adalah untuk tujuan menasihati Najib Razak membubarkan Dun Perak.

Inilah hebatnya Husam Musa, beliau boleh bertindak secara pribadi dan sendiri-sendiri dalam urusan parti, beliau tidak perlu mendapat restu jamaah, sebab pertemuan tersebut atas urusan pribadi.

Nasib sungguh baik kerana pertemuan ini oleh Husam dan bukanya Nasaruddin Mat Isa.Kalau seandainya pertemuan ini oleh Nasaruddin Mat Isa, sudah pasti ianya riuh seluruh Malaysia akan dijadiakan isu besar untuk men nyahkan nasaruddin dari kerusi Timbalan Presiden.



Blogger yang "gila-gila" serta yang sewaktu denganya akan menjadikan topik utama dalam tulisan masing-masing.Entah apa yang dituduh, walaupun mungkin atas alasan Dun Perak, mungkin itu adalah alasan sahaja, sudah tentu Nasaruddin ada agenda tersendiri,agenda pribadi , agenda untuk masuk umno, agenda gila jawatan .

Namun bagi Husam beliau pemimpin yang hebat.Dia boleh buat apa sahaja.Dia boleh ambil tugas presiden samatelah lagi tugas timbalan presiden yang beliau akan lawan Jun nanti.


Saya sendiri tertanya, siapa yang memilih Husam untuk mengadap Tengku Razaleigh? diri sendiri yang pilih ke? Jamaah dalam Jamaah ke yang memutuskan supaya Husam mengadap Ku Li?Atau sememangnya Husam ada autoriti yang besar boleh terus membuat keputusan tanpa merujuk terlebih dahulu PAS Pusat.

Lalu digunakanlah alasan ini untuk melepaskan dan menghalalkan tindakan"Dalam (mesyuarat) lajnah politik, kita sudah bersetuju, kita boleh konteks semua orang secara peribadi bukan atas dasar kapasiti parti.

Kalau lah Nasaruddin Mat Isa bertemu Hishamuddin atau Nazri Aziz, walaupun digunakan alasan yang sama sudah tentulah blogger yang berada diluar negara , dulu di Timur Tengah dan kini Di Jakarta akan menggunakan kesempatan ini untuk kempen Bagi jatuhkan Nasaruddin dalam muktamar nanti.

Malang sungguh orang yang bernama Nasaruddin mat Isa, langkah beliau dilihat tempang, semua gerakgeri beliau umno, tindakan beliau dikatakan tindakan umno, malah tidur Nasaruddin Mat Isa dikatakan tidur Umno, ucapan beliau ucapan Umno, suara beliau bermelodikan umno.

Nasib baik sungguh orang bergelar Husam Musa, semua perbuatan beliau adalah amalan soleh, tindakan beliau mengikut syarie, suara beliau mengatasi ulama' tafsiran beliau mengatasi tafsiran ulama'..kata-kata beliau kata-kata keramat.Semua baik-baik berlaka.Langkah beliau penuh tawadduk, jalan sentiasa tunduk,itulah Husam bin Musa.


Memang dan patutlah beliau beriya-iya untuk merebut jawatan timbalan Presiden, beliau ada kelas, beliau tidak bermuqabalah umno, beliau tidak berminat langsung dengan umno, pintu rundingan dengan umno tiada langsung sebab umno musuh PAS.

Dengan kehebatan ini saya juga berfikir kelas dan taraf Husam ini adalah taraf Presiden, halatuju Haji Hadi tidak jelas, halatuju Husam lagi jelas dan berwawasan, Husam sepatutnya dicalon sebagai Presiden dalam muktamar nanti.Husam sangat layak menjadi Presiden.Beliau ada Karisma, keterampilan, hebat, isteri pun sama dengan Haji Hadi.

Langkah Husam, langkah Presiden, ideal Husam adalah Ideal Presiden, dalam mensyuarat beliau merupakan AJK yang sangat memberi tumpuan kepada mesyuarat, setiap bait minit mesyuarat diamati satu persatu-persatu.Tidak seperti sesetengah AJK yang kadangkala membawa masuk akhbar dan majalah kedalam bilik mesyuarat, tidak cukup dengan Harakah dan siasah, majalah Time pun dibawa masuk.

Itulah Husam pemimpin yang sangat bersih, barangsiapa yang ingin mempertikai kewibawaan Husam Musa, berdosa besarlah ia.Barang siapa yang menentang Husam sesungguhnya telah derhaka kepada Jamaah.
Husam ada kehebatan tersendiri, sudah tentu lah nanti sekiranya Tok guru keuzuran di hari jumaat, Husam akan mengambil alih tempat beliau untuk menyampaikan kuliah Jumaat.

Sudah tentu juga apabila beliau berjawatan Presiden atau timbalan beliau akan hadir mesyuarat Majlis Syura Ulama' dan ketika itu pastinya terserlah kehebatan yang terpendam selama ini, beliau pasti akan berhujah menggunakan Quraan dan Hadith didalam bersyura kerana syura itu adalah syura para ulama' berlaka.

Begitulah istimewa dan hebatnya seorang insan yang beranama Husam bin Musa

Dan begitulah juga malang dan buruknya manusia yang bernama Nasaruddin Mat Isa.

Tok Guru Ayah Chik terus memimpin kita.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi, ayah chik Tok guru terus kekal meminpin Parti Islam Semalaysia (PAS) untuk sessi 2009-2011.


Ayah Chik menang tanpa ada sebarang pertandingan untuk jawatan tersebut.Ayah Chik mula memangku jawatan Presiden pada Tahun 2002 selepas kematin AlMarhum Ustaz Fadhil Noor pada 23 jun 2002.

Kemudian beliau memenangi jawatan tersebut tanpa pertandingan pada muktamar PAS ke 49 pada 2003.Tempat beliau sebagai Timbalan Presiden telah menangi oleh Ustaz Hasan Shukri yang berjawatan senator mewakili Dun Terengganu ketika itu.


Ini bermakna sudah 3 penggal beliau memimpin kita dan kini akan masuk penggal ke empat.


Sepanjang beliau menjadi Presiden banyak ranjau duri, hiruk pikuk dan sebagainya didalam PAS.Namun beliau menghadapinya dengan tabah satu persatu.


Semoga Tok guru Ayah Chik terus diberi kekuatan untuk terus membimbing dan memimpin kita semua dalam Jamaah ini.


Ingatlah sesungguh PAS bukan sahaja sebuah Parti Politik, tetapi Pas juga melangkah sebagai sebuah Gerakan Islam di malaysia ini.

May 16, 2009

Senarai calon yang layak dalam Muktamar PAS ke-55


PENGERUSI TETAP
1. Abu Kassin Abdullah
2. Hussain Ismail

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Hussain Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir Masduki
4. Nasuruddin Daud
5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid
6. Wan Abdul Rahim Abdullah


PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
1. Azizan Abdul Razak
2. Haron Din
3. Husam Musa
4. Mohamad Sabu
5. Nasharuddin Mat Isa


NAIB PRESIDEN
1. Ahmad Awang
2. Azizan Abd Razak
3. Mohamad Sabu
4. Harun Taib
5. Hassan Mohd Ali
6. Husam Musa
7. Idris Ahmad
8. Kamaruddin Jaffar
9. Mahfuz Omar
10. Mohd Amar Abdullah
11. Mujahid Yusuf Rawa
12. Nasharuddin Mat Isa
13. Nizar Jamaluddin
14. Salahuddin Ayob
15. Taib Azamuddin Md Taib
16. Tuan Ibrahim Tuan Man

AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Aziz Yaakob
2. Abdul Ghani Abdul Rahman
3. Abdul Ghani Shamsuddin
4. Abdul Halim Abdul Rahman
5. Abdul Wahab Ismail
6. Abdul Wahid Endut
7. Abdul Rani Osman
8. Abu Bakar Chik
9. Adly Zahari
10. Ahmad Awang
11. Ahmad Rosli Ibrahim
12. Ahmad Yaakob
13. Ahmad Yunus Khairi
14. Aiman Athirah al-Jundi
15. Aminolhuda Hassan
16. Amiruddin Hamzah
17. Anuar Tan Abdullah
18. Asmuni Awi
19. Azizah Khatib Mat
20. Azizan Abdul Razak
21. Azman Shapawi
22. Che Rosli Che Mat
23. Dzulkifli Ahmad
24. Halimah Ali
25. Hamzah Abdullah
26. Hamzah Jaffar
27. Harun Taib
28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak
29. Hassan Mohd Ali
30. Hashim Jasin
31. Hayati Othman
32. Husam Musa
33. Idris ahmad
34. Iskandar Abdul Samad
35. Kamaruddin Jaffar
36. Khairuddin Abdul Malik
37. Khalid Samad
38. Khalil Idham Lim
39. Lo'Lo' Mohd Ghazali
40. Mahfodz Mohamed
41. Mahfuz Omar
42. Mazlan Aliman
43. Mariam Abdul Rashid
44. Misbahul Munir Masduki
45. Mohamad Sabu
46. Mohamad Noor Mohamad
47. Mohamed Hanipa Maidin
48. Mohd Amar Abdullah
49. Mohd Anuar Tahir
50. Mohd Apandi Mohamed
51. Mohd Hatta Ramli
52. Mohd Nasir Mustapha
53. Mohd Taufek Abdul Ghani
54. Mohd Yusof Husin
55. Mujahid Yusuf Rawa
56. Mumtaz Md Nawi
57. Nasharuddin Mat Isa
58. Nasrudin Hassan Thantawi
59. Nasuruddin Daud
60. Nik Abduh Nik Aziz
61. Nik Mazian Nik Mohamad
62. Nik Mohd Zawawi Salleh
63. Nizar Jamaluddin
64. Norazli Musa
65. Nuridah Mohd Salleh
66. Omar Mohamad
67. Othman Sabran
68. Phahrolrazi Mohd Zawawi
69. Rosli Yaakob
70. Sabki Yusof
71. Salahuddin Ayob
72. Sallehen Mukhyi
73. Shaari Sungib
74. Shafie Abu Bakar
75. Siti Mariah Mahmud
76. Siti Zailah Yusuf
77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
78. Taib Azamuddin Md Taib
79. Takiyuddin Hassan
80. Tuan Ibrahim Tuan Man
81. Wan Abdul Mutalib Embong
82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
83. Wan Hasrina Wan Hassan
84. Yusof Embong
85. Zulkefly Mohamad Omar
86. Zulkifli Ahmad

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Ali Maidin
2. Ishak Surin
3. Khalid Samad
4. Khalil Idham Lim
5. Mohd Rashidi Hassan
6. Mohd Taulan Rasul
7. Musanif Abd Rahman
8. Muzammil Hafizd
9. Syed Mohamed Syed Hassan

Selamat Hari Guru 2009, terus bersama PAS

16 Mei - Selamat hari guru kepada semua warga pendidik.Juga kepada guru-guru Dar , guru guru SAR serta guru-guru PASTI.

Semoga memberi semangat baru, didalam meneruskan kerja -kerja yang sangat mulia disisi Agama ini.

Sebagai bekas seorang pendidik, tentulah saya sendiri merasai bertapa bagaimana halangan dan rintangnan apabila bergelar pendidik.

Peranan seorang guru juga amat penting didalam menyemarakkan gerakan Islam di Malaysia.Begitu juga dengan penyertaan serta gerakan didalam politik semasa.

Namun halangan didalam politik itu amat sangat dirasai oleh teman-teman guru kita.Bagaimana teman-teman guru dihukum sebegitu atas alasan kononya bersama poltik pembangkang.Walaupun peranan guru tersebut masih amat diperlukan sesebuah sekolah itu, tindakan tukar adalah paling wajar diambil atas perkenan orang politik.

Lihat lah bertapa ramai guru-guru yang menjadi mangsa nafsu politik buas ini.Soal kenaikan pangkat usah dibicarakan lagi. Peranan ini selalunya maklumat dari JKKK, tukang kebun sekolah, sesama guru dan dibawa laporan ini ke PPD.

Di Hulu Terengganu ianya amat terasa.Kumpulan guru yang menerajui Umno itulah menjadi laluan dan peluang mudah untuk tindakan diambil kepada guru-guru yang sedar, insaf dengan kerdurjanaan politik jahat umno tersebut.
Antara mereka, lihat lah cikgu Rozi, Cikgu Mat Nor, Cikgu Awi, Cikgu Rosol.Kesemua mereka ini adalah orang Hulu Terengganu dan tugasan terakhir mereka sebagai guru juga di Hulu Terengganu.
Lihat pula Cikgu Lah Sulong, Cikgu Nasir Ajil ( kedua-dua sudah pencen awal) , cikgu Jalaluddin, Ustaz Kamaruddin, Cikgu Roslan, Cikgu Suhaimi, malah Cikgu Fatimah(senator) mereka inilah yang menjadi jerat sentiasa mencari mangsa.
Ini semua tidak lain dan tidak bukan melainkan kerana guru tersebut menyertai dan bergiat dengan PAS.Kebanyakan guru-guru yang bersama PAS ini adalah guru-guru yang sangat cemerlang, yang bertanggunjawab dengan tugasan mendidik.
Guru-guru yang bersama menyokong umno di Hulu Terengganu ini sebahagiannya sangat buruk perangai dan akhlaknya.Saksiyyah guru-guru umno sangat teruk, apabila ada program besar umno maka mereka pastinya meninggalkan kelas untuk ke majlis tersebut, tinggallah murid-murid terkial-kial didalam kelas.Guru-guru ini biasanya akan mendaptkan alasan kononya ada urusan di PPD. Ya di PPD kan ada cikgu Jalaludin maka bersubahatlah antara mereka berdua untuk menghadiri majlis Parti laknat Umno itu.

Pun begitu didalam pemilihan Umno Hulu Terengganu yang baru lalu, Umno Hulu Terengganu telah mengeluarkan arahan supaya guru-guru tidak dibenarkan sama sekali menjadi perwakilan cawangan, ini kerana di bimbangi guru-guru tersebut memberi undi kepada Cik gu Mohd Nor Othman yang menentang Tengku Putera Awang bagi merebut jawatan ketua Bahagian.

Itulah sedikit catatan untuk teman-teman guru di seluruh Malaysia.Teruskan bersama PAS untuk memastkan kemenangan PRU ke-13.

May 12, 2009

Calon BN Lawan Tok Guru ditahan Polis.

Calon BN Parlimen Marang, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir telah ditahan polis di satu lokasi di bandar raya Kuala Terengganu ini pada kira-kira pukul 8.30 pagi setelah gagal tampil memberi keterangan berhubung SMS ugutan kepada tiga ADUN Umno bulan lepas yang mencetuskan krisis terbaru di Terengganu.
Sebelum menjadi calon BN bagi Parlimen Marang dalam pilihanraya umum ke-12, beliau adalah setiausaha politik kepada Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh.

Polis memberi tempoh tiga hari sehingga petang semalam kepada Ahmad Ramzi untuk tampil memberi keterangan tetapi tidak muncul-muncul sehingga polis mendapatkan waran tangkap.

Dalam pilihanraya umum ke 12 8 mac 2008 Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang berjaya menumpaskan Datuk Dr. Ahmad Ramzi Zubir dengan majoriti 2,747 undi.Haji Abdul Hadi mendapat 33,435 undi dan pencabarnya Ahmad Ramzi meraih sebanyak 30,688 undi dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 85.04 peratus.

Ahmad Ramzi adalah anak kepada bekas mufti Terengganu Dato' Dr Mohamad Zubir Awang yang berkhidmat dizaman bermula 7.7.2004 - 7.7.2005.

Zambry tidak jadikan Rasul sebagai rujukan perjuangan

Kalau di Kuala Terengganu sebelum ini, Adun BN yang di hantar sms ugutan bunuh menolak bahawa sekiranya mereka mati akan mati syahid kerana tidak yakin dengan perjuangan umno itu sendiri.Malahan mereka sanggup pula berkata perjuangan Pas lah syahid jika di bunuh.

Sementara itu di negeri Perak pula, MB haram Zamry kadir pula didalam mengulas kehebatan diri sendiri menghadapi Kemelut politik menyamakan perjuangan beliau sama dengan perjuangan Mahathma Gandhi dan Nelson Mandela .

Samada Zambry sedar atau tidak orang yang dibuat perbandingan itu adalah orang tiada kena mengena dengan perjuangan Islam, orang yang berjuang bukan berasaskan keimanan.

Atau sememang Zamry sedar yang perjuangan rampasan yang beliau lakukan di Perak memang jauh panggang dari api dengan perjuangan yang di bawa oleh para Rasul lalu Zambry tidak berani untuk menyamakan perjuangan beliau dengan perjuangan para rasul dan para ambiya'.

Ini Kenyataan beliau yang berbangga dengan perjuangan dirinya sendiri :-

Status MB: Zambry ibratkan diri sebagai Gandhi, Mandela
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

PETALING JAYA: Menteri Besar sejak Februari lalu, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir melihat dirinya ibarat pemimpin terkenal Mahathma Gandhi dan Nelson Mandela dalam menegakkan kebenaran di Perak.

Beliau turut memberi amaran kepada Pakatan Rakyat supaya mereka tidak memandang rendah akan keupayaannya.

Namun Zambry sekali lagi menegaskan bahawa beliau menerima dengan hati terbuka keputusan mahkamah semalam.

"Keputusan itu membuktikan mahkamah adil dalam melaksanakan tanggungjawab perundangan, dan sekali gus menolak persepsi yang diada-adakan oleh Pakatan Pembangkang," katanya dalam satu kenyataan di laman blognya hari ini.

Bagaimanapun, jelas Zambry, beliau dan rakan-rakannya yang lain akan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan membela rakyat kerana ia adalah tradisi dan intipati perjuangan Barisan Nasional.

"Menegakkan kebenaran bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan.

"Nelson Mandela misalnya mengorbankan kebebasannya selama 27 tahun demi membebaskan rakyat Afrika Selatan dari cengkaman “apartheid”.

"Mahatma Ghandi pula mengorbankan nyawanya untuk memastikan kemerdekaan India serta rakyatnya dapat hidup aman tanpa sempadan kasta dan agama.

“Saya mempelajari bahawa keberanian bukanlah bermakna tidak punya perasaan takut, tetapi berjaya mengatasinya. Mereka yang berani bukanlah mereka yang tidak punya perasaan takut tetapi mereka yang mampu menakluki rasa takut itu.

Mengulas lanjut mengenainya, Zambry yang juga ADUN Pangkor berkata, jika dibandingkan dengan dua tokoh yang disebutkan itu, perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan oleh beliau dan Exco yang lain tidak seteruk dua pemimpin tersebut.

"Sekurang-kurangnya saya tidak hilang kebebasan atau disakiti untuk menegakkan kebenaran.
"Saya hanya menempuhi persepsi umum yang negatif seperti yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang termasuk Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin serta orang-orang kanannya," katanya.

Menguji setiakawan dalam Pakatan

Raja Nazrin Shah, Pemangku sultan Perak dikhabarkan telah berkenan untuk menerima mengadap MB Perak Dato' Seri Nizar pagi ini.
DS Nizar juga akan membuat cadangan untuk memohon pembubaran Dun Perak nanti , Insya'Allah didoakan semoga hasrat rakyat tersebut akan dimakbulkan oleh Allah.

Apa yang bermain dibenak saya ialah, seandainya Pilihanraya Dun di adakan selepas ianya mendapat perkenan pembubaran oleh Tuanku Sultan, semasa hari penamaan calon dimana DAP yang mempunyai kelebihan kerusi berbanding 2 parti Pakatan yang lain akan bertindak meletakkan seorang calon Melayu Islam bagi kerusi DAP yang dirasakan kerusi tradisi DAP boleh menang.

Dengan membuat andaian bahawa keputusan mac 2008 masih kekal dengan kedudukan BN 28, DAP 18, PKR 7 dan PAS 6. Ini bermakna sekali lagi kita akan menyambut kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya tersebut nanti.

Namun dengan meletakkan seorang calon Melayu DAP sudah mestinya mengharapakan agar jawatan MB itu akan disandang oleh DAP.

Bukanlah niat dan hasrat untuk menimbulkan keraguan kepada Pakatan, namun dalam politik ini segalanya berkemungkinan berlaku.Bukan juga tidak mempercayai dengan kesepakatan dan keakraban yang ditunjukkan oleh DAP.

Kita tentu sekali mengharapkan agar insiden selepas PRU 12 tidak akan berlaku lagi.Oleh itu diharapkan agar Majlis Presiden Pakatan supaya mengambil langkah awal untuk mengatasi masalah ini.

May 11, 2009

Hulu Terengganu kekal.

Mesyuarat Agong PAS Hulu Terengganu terus mengekalkan kepimpinan lama seperti sessi dulu, cuma hanya sedikit perubahan kecil apabila bekas calon Ajil, ustaz Mohd Rezqi telah dilantik sebagai Naib YDP bagi mengantikkan Ustaz Abdin Abdul Samad yang dikahbarkan didalam keuzuran.

Memang Ustaz Abidin kelihatan sedikit uzur sejak akhir-akhir ini.Namun beliau dalam keadaan kesihatan yang tidak sempurna masih mampu berada disurau surau untuk menyampaikan kuliahnya.

Sesekali ingin bertanya, apakah dengan tiada perubahan dikalangan kepimpinan PAS Hulu Terengganu ini memberi erti yang ahli-ahli Pas di Hulu Terengganu sangat berpuashati dengan usaha dan tanggujawab yang telah dilaksanakan kepimpinan Pas Hulu Terengganu?

Atau sememangnya Pas Hulu Terengganu ketiadaan kepimpinan untuk ditonjolkan atau tiada yang bersedia untuk bersama memikiul tanggungjawab Jamaah bersama Pas Hulu Terengganu.

Saya merasakan sebenarnya Pas Hulu Terengganu kekurangan pemimpin baru untuk ditonjolkan, bukanlah untuk tujuan mempertikaikan kemampuan ustaz Harun itu sendiri, tapi Ustaz Harun sebenar memerlu pembantu yang mampu bersama-sama menggerakkan PAS bagi melebarkan sayap di Hulu Terengganu.

Lihatlah, selain dari Manir sebuah lagi Dun Yang perlu diutamakan dan diberi tumpuan adalah Dun Kuala Berang, akan tetapi oleh kerana ketiadaan pembantu yang baik bagi menggerakkan Dun Kuala Berang maka Dun Tersebut jauh ketinggalan kebelakang.

Semua Dun lain di kawasan pekan di Terengganu telah melihatkan satu perubahan yang ketara dalam piliharaya Umum ke12 2008.Dun Cukai yang seketika dulu dianggap sebagai kubu kuat umno selepas Telemong, pada tahun 2008 BN menang dengan majoriti hanya 769 undi.Sementara di Sura Pas dapat menawan kemabali dun tersebut dalam PRU ke-12.
Marang ( Rhu Rendang) semamangnya Tempat PAS. Batu Burok, Ladang dan Wakaf Mempelam PAS menang.Pekan Bukit Payung juga Pas Memang. Pekan Batu Enam melalui Dun Bukit Tunggal juga PAS boleh menang.Kekalahan di Dun Permaisuri tidak lah seteruk Kuala Berang, sementara di Jertih , Besut memang patut pun demikian kerana Dun itu merupakan Dun Milik MB pada Pru k3-12.


Sebagai sebuah DUN yang berada di pusat pentadbiran Daerah Hulu Terengganu, sepatutnya Kuala Berang boleh mengikut langkah, Sura, Rhu Rendang, Bukit Payung, Bukit Tunggal, Ladang, W.Mempelam dan Batu Burok.

Sudah tiba masanya pemimpin PAS di Kuala Berang memikirkan satu projek yang berterusan bagi menghadapi PRU ke-13. Orang Kuala Berang lebih mengetahui citarasa orang Hulu, isu isu yang sangat banyak tidak diolah dengan sempurna di Kuala Berang.Terbelah dan terbahaginya UMno BN di Kuala Berang kepada beberapa puak tidak dapat di tangguk dengan baik oleh PAS Kuala Berang.Kegagalan Pejabat Daerah Hulu Terengganu mengeluarkan nama-nama JKKK yang hingga kesaat ini akibat dari pergeseran dan tunjukkuasa antara ahli Parlimen dan Ketua Umno , tidak diolah oleh PAS Kuala Berang.Kegagalan mengambil peluang dan mendekati musuh politik sesama umno juga membuatkan Pas Kuala Berang dilihat sangat lesu dan hanya bergantung isu isu ditempat lain.Sedangkan hakikat sebenarnya isu setempatlah yang mampu dilihat oleh rakyat dan sekali gus mampu mengubah pemikiran mereka.

Renung-renunglah......

-Hanya satu Pandangan Kerdil-

Politik Perak, satu ulasan.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Berita ini sudah semestinya mengembirakan Pakatan Rakyat.Namun sebagai orang yang sentiasa di tindas dan ditekan samada melalui undang-undang atau dengan pelanggaran undang-undang, pemimpin Pakatan Rakyat hendaklah sentiasa berhati-hati.

Ingatlah sesungguhnya jerat tidak pernah melupai pelanduk, hanya pelanduk sahaja yang sering lupa dan lalai dengan jerat
Pada saya, Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata Menteri Besar hanya boleh disingkirkan menerusi undi tidak percaya sedangkan D ewan Undangan Negeri Perak tidak mengadakan undi berkenaan keatas Nizar.
Dengan kedudukan yang ada sekarang, tidak mustahil sekiranya Ganesan, speaker yang baru dilantik oleh BN pada 7 Mei lalu memanggil satu sidang DUN dengan kerjasama setiausaha Dun Perak.

Dalam sidang Dun Tergempar itu nanti satu usul akan dibawa iaitu usul undi tidak percaya kepada MB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin .Dengan itu maka gugurlah Mohamad Nizar dengan cara yang mengikut undang-undang.Kecuali lah ada kaedah atau Dun Perak sendiri masih kekal dengan dengan YB Sivakumar sebagai speaker.


Pun begitu seandainya Usaha MB Perak YAB DS Mohamad Nizar Jamaluddin untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak diperkenan dan cadangan beliau untuk membubar Dun juga di perkenan dapat dilaksanakan lebih awal, maka itulah jalan yang terbaik.Namun seperti yang disebut tadi Mana Mungkin BN membiarkan perkara itu dapat berjalan dengan baik kerana UBN itu adalah jeratnya dan kita adalah pelanduk yang dikenali sebagai mangsa dalam bidalan tersebut.

Kepada semua pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat, apakah dengan pembubaran itu nanti akan menybelahi pakatan atau sebaliknya? atau pembubaran Dun hanya untuk mengembalikan hak memilih kepada rakyat tanpa kita memikirkan keuntungan politiknya.

Keputusan Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang adalah satu panduan dan rujukan halatuju mengundi masakini.
-Renung-renunglah.

May 10, 2009

Politik Kambing vs Kambing Politik



"Hanya urusan peniagaan, beliau datang untuk membeli kambing" demikian dijelaskan oleh Dato' Harun Taib, timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Adun Manir kepada Sinar Harian Semalam bagi mengulas berita kononnya Menteri Besar Terengganu, Mat Said telah bertandang ke Markas Tarbiah PAS di Kubang Lembik, Manir.




Ini disahkan oleh beberapa rakan dari Manir ketika saya berkesempatan mengahadiri mesyuarat Agong PAS Hulu Terengganu pada 8 Mei yang lalu di Markas Tarbiah Kubang Lembik.

Bagi pemimpin umno terutama mereka-mereka yang berusaha untuk menjatuhkan Ahmad Said dari kerusi Menteri Besar , perkara ini merupakan satu modal baru untuk menempelak beliau.
Sehingga hari ini, Ahmad Said tidak mengulas itu ini.

Timbalan Ketua Pumuda Pas Terengganu Ustaz Wan Shukri , melalui Sinar Harian pula semacam mendakwa seolah-olah ada perbincangan politik antara mereka berdua selain untuk membeli kambing.

Diberitakan juga kambing yang dibeli oleh Mat Said dirumah Ustaz Harun itu adalah sebagai koleksi untuk di pelihara di Zoo Kemaman.

Mari kita tanya:-
1. Kenapa mesti Ahmad Said sendiri yang beli kambing jenis boer?
2.Tiadakah agensi kerajaan , samada pusat atau negeri yang sudi untuk membekalkan kambing boer kepada zoo Kemaman.

3.Kemana perginya exco pertanian Terengganu, Rozi Mamat untuk menguruskan perkara ini? atau Ahmad juga tidak percaya dengan Rozi.

4.Apakah Majlis Perbandaran Kemaman juga tidak dipercayai oleh Ahmad Said?

Dalam suasana cuaca politik Terengganu yang tidak menentu ditambah pula dengan khabar Ahmad Said akan digugurkan atau diminta berundur dari kerusi MB pada Mei ini, tentulah kehadiran beliau ke Markas Tarbiah PAS yang disitu letaknya rumah Ustaz Harun telah menjadi tandatanya semua pihak.

Awal bulan ini juga melalui sebuah blog yang menyiarkan aktiviti kerajaan Terengganu melaporkan bahawa Ahmad Said telah melawat Ladang Cosmopall yang mempunyai nilai pendapatan RM3.3 juta sehingga ini memiliki 1,400 ekor kambing serta pengimport kambing terbesar di negara ini yang didatangkan daripada Indonesia serta pengeluar baja organik kambing.
Turut hadir dalam lawatan tersebut pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, YB Rozi Mamat; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr. Azizul Mohd Sharun; Pegawai Daerah Marang, Haji Abdul Rahman Che Ali dan Pengarah Urusan Cosmopall Sdn Bhd, Haji Zainuddin Zakaria.
Apakah politik kambing ini akan mencorakan masa depan suasana poltik Terengganu atau kambing itu sendiri telah dipoltikkan oleh musuh Ahmad Said sendiri.

-Renung-renunglah

May 7, 2009

Kesabaran PAS ada tahapnya.

Petang tadi ketika mengambil wuduk untuk solat maghrib , saya menerima sms dari kawan di Kuala Terengganu sms tersebut berbunyi " Kesabaran Pas dan Rakyat ada tahapnya- presiden PAS"
Saya bertanya pengirim sms itu " untuk apa?" beliau menjawab " undang-undang rimba di Perak"..baru saya faham rupanya itulah komen awal dari Tuan Guru ketika mengulas kejadian hitam Dun Perak yang berlaku tadi.

Nafsu buas dan ganas, maka undang-undang diketepikan.Undang-undang yang mereka buat sendiri sudah dilanggar dan hancur.

Sepatutnya sidang dun dimulakan oleh speaker, untuk meneruskan agenda.Undang-undang sudah tiada , kewarasan berfikir telah lenyap.BN semakin gilakuasa.

Sejenak berfikir selepas solat maghrib dan membaca yasin, undang-undang Allah mereka sanggup langgar dan tolak ini kan pula undang-undang manusia yang apabila dilihat tidak menguntung kan mereka , lalu mereka rempuh begitu sahaja.Kejadian berlaku didepan mata Mufti Peraka.Lihatlah dunia dan isinya itulah BN yang durjana.

May 6, 2009

Pas, Falasafah dan Perjuangan


Bentuk dan corak perjuangan Pas memang diketahui umum sejak mula diperkenalkan dalam pilihanraya umum 1959.Ianya sebuah parti berasaskan Islam.Kerana itu, falsafah dan perjuangannya pun berkisar falasafah dan perjuangan Islam. - Menuntut keadilan, menentang kemungkaran dan segala bentuk maksiat serta semua yang bercanggah dengan tuntutan Islam itu sendiri.

Berasaskan dasar itulah, Pas melalui tokoh-tokoh ulama'nya, para pemimpin dan cerdikpandai Islam menyebarkan fahaman dan perjuanganya melalui kempen-kempen pilihanraya, Syarahan, kuliah,ceramah dan dimana jua perhimpunan dan perjuampaan seumpamanya diadakan.Peranan yang dimainkan adalah merupakan peranan pendakwah untuk meneggakan Islam itu secara syumul.
Apa yang penting dalam usaha ini ialah menyebar dan menyampaikan seluas-luasnya kefahaman Islam yang syumul dan menyeru umat Islam seluruhya menuju ke jalan yang di redhai oleh Allah untuk mendapat kelebihan dan kenikmatan hidup dunia dan akhirat.

" Bahawa sesungguhnya menjadi kewajipan kepada kita sekalian bagi meneruskan perjuangan kita ini selama ianya tetap memperjuangkan dasarnya yang dinyatakan didalam Fasal 3 Perlembagaan Pas itu.Kerana berjihad dijalan Allah bagi menegakkan agamanya(Islam) adalah satu dari tuntutan Islam terhadap penganutnya" - Ustaz Hassan Shukri .Kertas Kerja Bertajuk Kefahaman kepada konsep Perlembagaan Pas dan tindakanya.
Yang telah dibentangkan di Ijtima' PAS Kedah pada 19.2.1983.


Selepas pengunduran Dato' Asri Muda Pas dituduh sedang menuju kearah merbahaya bila semangat dan kepimpinan ala Revolusi Iran menyerap kedalam pemimpin muda dan pentabiran parti.
Inilah implikasi yang timbul hasil krisis kepimpinan PAS- Asri.
Malah keadaan yang berlaku itu telah menjadikan pertadbiran dan pengurusan Pas ketika itu kelamkabut seketika dan ianya mengambil sedikit masa untuk kembali tenang.

Ketika itu juga ramai yang terus memberi wala' kepada Dato' Asri dan mengabil tindakan menyingkirkan diri dari Jamaah ini.

Beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang krisis PAS - Asri telah banyak memberi iktibar dan pengajaran kepada ahli dan pengikut PAS ketika itu.Mereka yang jujur ikhlas berjuang untuk menegakkan matlamat Islam terus kekal membina kemusanahan yang terus akibat dari Krisis tersebut.
Ini lah tokoh-tokoh yang telah membina kembali, memberi kekuatan kepada PAS untuk terus melangkah gagah seperti apa yang kita lihat pada hari ini.Mereka bersusah payah memulihakan kemusnahan tersebut.

Mari kita kenali kepimpinan tersebut, terutama bagi yang muda dan baru dengan jamaah ini.


Pemangku Yang DiPertua Agung - Haji Yusof Rawa.

Timbalan Yang dipertua - Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Naib YDP - Utaz Hj Abdul Hadi Awang
- Dr. Hj Abas Alias.
Ketua Ulama' - Ustaz Nik Abd Aziz Nik Mat.
Ketua Pemuda - Haji mustaffa Ali
Ketua Muslimat - Ustazah Salmah Sheikh Hussein.
Setiausaha Agung - Ustaz Hj Hassan Shukri.
Bendahari Agung - Syed Ibrahim Abdul Rahman.
Ketua Penerangan - Ustaz Nakhaie Hj Ahmad - meninggalkan PAS Dis 1989.
Ajk Kerja - Ustaz Baharuddin Latif
- Hj Zabidi Ali.
- Ustaz Yahya Othman
- Haji Hasan Ishak
- Haji Wan Abdul Muttalib Embong.

dan beberapa nama yang tidak tecatat.
Akhirnya , semoga Muktamar PAS 55 yang akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam nanti, merupakan medan untuk terus kita memperkukuhakan parti dan bukan nya meruntuhkan parti.Sejarah telah membuktikan bahawa dalam muktamar ke-28 1982 Yang Dipetua Agong PAS boleh meminggirkan diri sendiri selepas tergelicir dari asas perjuangan sebenar.
Selamat Bermuktamar.





May 5, 2009

Pengundi Penanti, 3 kali dalam setahun.

Pengundi Dun Penanti dalam parlimen permatang Pauh akan berhadapan dengan pilihanraya lagi.

Dalam masa setahun mereka berhadapan dengan dengan tiga kali pilihanraya. Pertama pilihanraya umum ke-12 pada 8 mac 2008, yang kedua ialah pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 dan kali ketiga pula ialah bagi Pilihanraya kecil Dun Penanti pada yang akan diadakan pada 31 mei 2009 nanti.




Samada BN menyertai atau tidak, pilihanraya tetap diadakan juga sendainya ada calon bebas dan Akim yang meletakkan calon untuk bertanding.Kecuali pada hari penamaan calon hanya Datuk Dr Mansor Othman, dari PKR sahaja yang menyerahkan borang percalonan maka tiadalah proses mengundi pada 31 mei itu nanti.

Ada juga suara-suara nakal dari blogger mencadangkan agar BN meletakkan Tun Mahathir Mohamad mantan PM sebagai calon dalam pilihanraya itu nanti.Namun perlu di ingatkan bahawa Tun Mahathir tidak mempunyai kelayakan untuk bertanding di peringkat DUN di Pulau Pinang kecuali beliau telah menukar alamat permustautin di Negeri Pulau Pinang.

Pilihanraya Kecil Penanti diadakan berikutan perletakkan jawatan Adun tersebut dari PKR Fairuz Khairuddin.Ini juga bermakna sudah 3 orang wakil rakyat PKR telah meletakan jawatan dalam tempoh setahun selepas pilihanraya umum.
Sementara 3 lagi pilihanraya adalah kerana kematian YB kawasan masing-masing.

Walupun mungkin ada antara kita merasa seronok dengan pilihanraya kecil, namun seandainya acapkali diadakan pilihanraya kecil atas sebab perletakkan jawatan, dibimbangi ianya memberi kesan kepada pengundi.Tidak kena gaya, rakyat atau pengundi akan jadi muak, jemu dan menganggap ketidak kesungguhan didalam mengisi kemenangan atau boleh diistilahkan sebagai 'main-main' sahaja.


Bila perasaan demikian telah meresap kedalam kepala pengundi, untuk mengeluarkanya semula bukan suatu kerja yang mudah.Suka dicadangkan seandainya masih ada hasrat untuk meletakan jawatan dari MP atau ADUN PKR, satu kajian secara menyeluruh dan rapi bagi menilai persepsi rakyat dengan pilihanraya kecil.
- Tahniah diatas ketegasan Tuan Guru Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Presiden dan dato' Pengarah Pilihanraya PAS Pusat , kerusi Penanti sememangnya milik PKR.