Apr 9, 2009

Kenyataan Abu Bakar Ghani - Pakai sedap mulut je

Selepas melihat keputusan PRK Bukit gantang dan Bukit selambau, ternyata Pakatan Rakyat bertambah kuat sekali gus membatalkan cakap-cakap kosong yang menyatakan PR akan berputih mata selepas perubahan kepimpinan umno.

Itulah juga sebabnya hari mengundi kedua-dua pilihan raya dirancang tarikh sedemikian rupa, kerana umno-Bn mengambil teori yang umno-Bn akan kuat dan perkasa serta mendapat sokongan selepas kepimpinan nya berubahan,namun ternyata meleset.
Apa yang cuba saya jelaskan dalam entri saya kali ini berhubung dengan satu kenyataan dari seorang yang dahulunya adalah ketua penerangan PKR Terengganu sebelum PRU 12, selepas PRU 12 setelah hasrat Abu Bakar Ghani gagal untuk bertanding di Seberang Takir, beliau keluar dari PKR dan menumpang berteduh di tepi rumah Umno .(Keratan Sinar Harian ini adalah kenyataan Bakar Ghani berkaitan 2 PRK yg lalu)


Sebelum ini pelbagai tuduhan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau melalui akhbar Sinar Harian memburukkan Pas dan PKR.Ini semua tiada apa apa hanyalah untuk mencari publisiti murahan selepas merasakan diri sudah tidak keruan lagi. Selepas berkurung di Kg Telaga Daeng mengaharapkan belas ehsan Umno-Bn menghulurkan sesuatu.

Akhabr Sinar Harian itu sendiri sedikit tercemar apabila mengambil orang demikian untuk dimuatkan dalam sisipan berita akhbar tersebut.Kecuali lah Akhbar itu sendiri telah menjuruskan ke arah akhbar nyamuk yang sekadar untuk mengisi slot yang kosong pada keluaran hari esoknya.
Bakar Ghani ni bukanlah hebat sangat, saya pun pelik orang orang yang mempunyai rekod -rekod yang tak berapa baik diambil sebagai pimpinan PKR, malah masih kekal sehingga sekarang .

Kepada Abu Bakar Ghani, sudah lah membuat kenyataan membuta tuli, dengan sedap rasa, pakai hentam-hentam je.Fikir-fikirlah sikit dengan fakta sebelum mengeluarkan kalam.

Ni gak dok....lamabat sinar Hariang minta ulasang je, huuuuh suka sangat,bukan senang gambar dan nama nak masuk akhbar, masa duduk dalam PKR pung dak pernah masuk surat khabar....tapi bakar kena sedar setiap kali dia buat kenyataan masa tu lah pembaca berkata padam doh dengan bakar tu.......Baham Rambang.....

No comments: