Apr 14, 2009

10 ADUN BN memulau Sidang DUN


Sepuluh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu hari ini 'memulaukan' persidangan Dewan Undangan Negeri pagi ini - yang berlangsung buat hari kedua - berkaitan dengan kemelut politik negeri itu.

Perkembangan terbaru ini dikaitkan dengan desas-desus sejak beberapa bulan lalu bahawa ada usaha berterusan untuk menggesa Menteri Besar, Datuk Ahmad Said meletakkan jawatan.

Mereka terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Muhammad Ramli Noh, Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

Ketiadaan kesemua mereka pada sesi soal jawab pagi ini, yang dihadiri semua 10 anggota exco dan Menteri Besar Datuk Ahmad Said, menyebabkan ia didominasi semua lapan ADUN dari PAS.

Hanya tiga wakil rakyat BN yang kelihatan menghadiri sidang Dewan pagi ini.

Sumber-sumber memberitahu bahawa difahamkan mereka berbuat demikian untuk menekan Menteri Besar yang dilantik Mac 2008 supaya meletakkan jawatan.

Tindakan kesemua ADUN BN itu dipercayai mempunyai kaitan dengan SMS berbentuk ugutan yang diterima oleh tiga wakil rakyat BN iaitu Permaisuri, Paka dan Ajil malam semalam berhubung kemelut politik di negeri ini.

Bagaimanapun Rosol ketika ditemui wartawan di sini memberitahu, tindakan mereka itu bukan bertujuan memulaukan sidang DUN.

Sebaliknya jelas beliau, pihaknya bertindak demikian demi faktor keselamatan selepas menerima SMS berbentuk ugutan semalam.

Tengah malam tadi pula tiga ADUN BN Terengganu termasuk Rosol membuat laporan polis setelah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ugutan, dipercayai berhubung kemelut politik di negeri ini.

Isu itu dipercayai berlaku selepas Ahmad membuat kenyataan untuk mengambil tindakan tegas termasuk memecat ADUN BN, jika mereka membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau.

Terengganu mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri, lapan daripadanya diwakili pembangkang.
Ulasan : Rasol menafikan bahawa tindakan mereka ini bukanlah untuk memulau sidang DUN, tetapi untuk tujuan keselamatan.
-Adakah kesemua 10 orang ini menerima sms ugutan?Sedangkan yang membuat lapuran polis hanyalah 3 orang sahaja.
- Adakah 10 orang Adun BN ini sudah hilang keyakinan dengan pegawai keselamatan ? ataupun tahap keselamatan di Wisma Darul Iman, tempat bersidangnya DUN Terengganu sudah tidak selamat seperti tempat persidangan kemuncak Asean di Bangkok.
- Kalau dah penakut macam ini, mana janji untuk mempertahankan martabat Melayu?

1 comment:

kepokgondle said...

dia ning braning mase pokyeh ade kuaser jer...lepah tu nakut pait. yg dier braning kutuk tok guru jer...memang dasar keling paria