Dec 11, 2010

Umno Terengganu Guna duit Rakyat untuk kepentingan UMno

Ini lah jumlah duit kerajaan Terengganu, duit rakyat Terengganu yang telah disalurkan kepada Adun , exco, Pegawai Pembangunan dun/Parlimen ( bagi kawasan yang mereka kalah) Duit duit sepatutnya diguna untuk sesuatu yang bermanafaat untuk rakyat , namun puak-puak umno menggunakan duit yang besar ini untuk kepentingan politik umno. Masa keluarkan duit atas nama jawatan rasmi tetapi semsa menggunakan duit itu digunakan atas nama umno dan BN, jamuan rakyat Umno Dun. Atas nama Ketua bahagian lah .


Contoh terbaru wanita Umno Dun Ladang menggunakan peruntukkan PPD untuk membuat kursus IT untuk AJK wanita umno Ladang, begitu juga dengan majlis kacau bubur asyura, guna duit kerajaan negeri tapi guna nama Umno Kuala Terengganu. Sudah sudah lah umno buat kerja tak betul, jangan salaguna duit tersebut. Umno kena cari duit sendiri. Lain kali gunalah nama agensi kerajaan. Paling tidak pun guna lah nama adun atau PPD itu sendiri. Fikir-fikirlah.

Dec 10, 2010

Utusan Malaysia merudum : Masih Tak Cerdik

Laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini kononnya Kerajaan PAS Terengganu cuai sehingga disaman RM1 bilion dianggap menyalahi etika.

Hal ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika diminta mengulas laporan akhbar tersebut.

Kerajaan Terengganu disaman oleh syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn Bhd dan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Abdul Rahim Muda telah membuat keputusan memihak kepada syarikat berkenaan dalam penghakiman 27 Oktober lalu.

Menurut Mustafa, kes tersebut masih dalam proses perundangan dan pihak kerajaan negeri sedang dalam proses rayuan.

“Adalah tidak beretika untuk meletakkan kesalahan itu kepada parti,” ujarnya yang juga bekas Exco kerajaan negeri kepada Harakahdaily.

Hal ini, katanya kerana mana-mana pihak yang mengambilalih kuasa, tidak kira PAS atau Umno akan bertanggungjawab atas segala perkara termasuk hal saman tersebut.

“Ketika kes ini berlangsung di mahkamah, PAS tidak lagi memerintah. Malah sepanjang kes ini berlangsung tiada seorang pun pimpinan PAS yang pernah menjadi kerajaan dirujuk,” katanya.

Kerajaan PAS sendiri, jelasnya pernah menerima tanggungjawab disaman ketika dalam kes Yee Seng Sdn Bhd lawan kerajaan Terengganu.

Pada ketika itu, katanya PAS memerintah Terengganu dan kes tersebut telah pun bermula pada zaman pemerintahan Umno.

Sebagai kerajaan negeri, jelasnya PAS bertanggungjawab penuh dalam kes tersebut.

“Walaupun kalah PAS tidak pula meletakkan kesalahan itu kepada Umno,” jelasnya lagi.

Dalam hal ini, Mustafa menyifatkan laporan akhbar tersebut telah diperbesar dan lebih bermotifkan politik.

Dec 7, 2010

Khir Toyo dan Kenaikan harga Barang


Bagikan satu letupan bagi pengamal media baru bila bekas MB selangor di dakwa atas tuduhan rasuah. Sebahagian besar blog pro pembangkang dan laman sosial FB juga membicarakan isu ini.

Kes ini telah lama disebut oleh pembangkang, malah seorang Adun di Selangaor juga telah difailkan saman fitnah oleh Khir Toyo kerana kononnya telah menfitnah beliau didalam menyebut harga bunglow Bali di Shah Alam itu. Adun Sekichan mendakwa bahawa kos bunglow tersebut bernilai RM24Juta.

Dalam pendakwaan terhadap Khir harga bunglow itu disebut RM3.5 Juta sama seperti yang didakwa oleh Khir. Sementara harga yang dibeli pemilik asal adalah 6.5 Juta. Sekurang-kurangnya pendakwan ini telah menjelaskan harga istana ini dan sekali gus menafikan dakwaan Adun Sekichan, lepas satu bab untuk Khir Toyo. Pendakwan telah membersihkan namanya dakwa beliau.

Kes telah dibuat pendakwaan oleh peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan beliau telah memberi alasan kenapa kes ini lambat didakwa.

Isu Khir Toyo sebenarnya telah berjaya mengubah minda rakyat dari berfikir isu kenaikan harga barang yang berlaku 2 hari lepas. Isu kenaikan harga barang 4 dalam satu sebagai hadiah rakyat didahulukan sepatutnya tidak dilupakan kerana ini isu rakyat secara menyeluruh. Semua rakyat apa jua anutan politiknya mesti akan terasa, cuma puak puak tolol dalam umno sahaja buat buat tak ambil hirau. Laman laman sosial milik mereka yang pro BN ( Barang naik) sedikitpun tidak membicarakan soal kenaikan barang ini.

Apa kerajaan tak sedarke yang tak sampai sebulan lagi sessi persekolahan baru akan bermula? Bonus RM500.00 ( lima ratus) untuk kakitangan kerajaan, bagaimana dengan mereka yang bukan kakitangan awam, ? tak kan kerana bagi bonus 500.000 kerajaan dendam dengan rakyat dan menaikan harga 4 barang secara serentak? ini ke slogan rakyat didahulukan? ye dahulukan merasa bebanan.

Jadi, isu Khir Toyo hanya mungkin sesuai di Selangor dan bandar bandar besar sahaja, sedangkan isu BN-Barang Naik adalah isu menyeluruh, rata-rata rakyat merasai kenikmatan diatas kenaikan harga barang tersebut. Isu ini mesti dimainkan. Rakyat kena tahu inilah apa yang didahulukan, kerajaan cakap besar dakwa ekonomi negara sudah pulih, namun harga barabg terus naik. Pemimpin dan Isteri bermewah-mewah juga.

Nov 23, 2010

Patung Naga di Pulau Warisan ?

Satu sumber memaklumkan bahawa kerajaan negeri Terengganu akan meletakkan 2 ekor Patung naga di Pulau Warisan , kg Cina yang baharu saja siap dibina.


Dua ekor patung tersebut dikatakan bernila RM500,000 (setengah juta). Kita tunggu dan lihat apa kesudahanya.


Sebagai rekod, sebelum ini kerajaan PAS Terengganu telah membuang Patung penyu di Bulatan Ladang. Walaupaun dizaman pemerintahan BN sebelum itu yang diterajui oleh Wan Mokhtar Ahmad, Mufti Negeri Terengganu telah mengeluarkan fatwa tentang haramnya patung penyu tersebut namun kerajaan BN tidak mampu bertindak.


Kini selepas Patung penyu itu dibuang nung jauh ke laut Cina Selatan, tetiba 2 ekor patung naga pula telah berada di Kuala Terengganu, tempat sebenar hendak diletak belum disahkan lagi, namun dilaman sosial facebook seorang aktivif umno Terengganu ada membincangkan perkara ini.

Oct 12, 2010

Kearah Mana belia kita nak dibawa?

Program Futsal Belia 1 Malaysia sedang giat belangsung di Terengganu melibatkan peringkat Dun , Parlimen dan Negeri.

Sukan Futsal Belia 1 Malaysia ini anjuran Kementerian Belia dan Sukan, Kerajaan Negeri Terengganu dan belia 4B.

Menteri Belia dan Sukan Dato' Ahmad Shabery Cheek hendak bawa kearah mana belianita kita? Sementara kerjaan negeri juga terlibat dalam program maksiat ini.












Umno , BN langsung tidak mengambil kira dosa pahala didalam menjalankan aktiviti sukan, Jelas batas batas aurat wanita muslim tetapi umno/bn / kerajaan langsung tidak perdulikan itu semua. Kamana Shbery, Mat Said, Rozi nak bawa arah mereka ini

Ustaz Kazan, Ramli Noh dan kamaluddin Omar ( PA Ugama MB) dok sedap tingkat 16 tu tengok2 sikit..bui bui lah nasihat ketika anda berkuasa. Bila dah tiada kuasa, menyesal tak berguna.


Sep 25, 2010

Janji Kosong Pangsapuri Ladang Gemilan 2



Penduduk tuntut janji

LADANG - Penduduk Ladang Tok Pelam dan Ladang Mengabang yang menerima tawaran tinggal di Pangsapuri Ladang Gemilang 2 disebabkan pengambilalihan tanah masih ‘tertanya-tanya’ status rumah yang didiami hari ini.

Sehingga kini, mereka mendakwa Kerajaan Negeri masih lagi tidak memutuskan sama ada rumah itu disediakan untuk disewa semata-mata dalam tempoh tiga tahun ataupun diberikan untuk sewa beli seperti mana yang pernah dijanjikan sebelum ini.

Wakil penduduk, Ibrahim Awang, 39, mendakwa, pada awalnya, penduduk dimaklumkan bahawa rumah ini hanya untuk disewa sahaja dengan kadar bayaran RM300 sebulan tetapi Menteri Besar (MB) pernah menjanjikan akan memberikan kelonggaran untuk disewa beli sekiranya ada penduduk yang berminat.
“Malah, dalam pertemuan yang dibuat pada 11 Januari awal tahun ini juga, MB pernah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri akan memberi potongan harga untuk setiap rumah dengan nilai sebuah kereta Proton Saga.

“Sehingga hari ini, kami masih menunggu janji tersebut kerana kami difahamkan pihak Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) masih menegaskan bahawa status rumah ini tidak berubah iaitu diberi kebenaran menyewa sehingga tempoh tiga tahun,” dakwanya kepada Sinar Harian.
Menurut Ibrahim, selain menagih janji, penghuni di Pangsapuri Ladang Gemilang 2 ini juga turut meluahkan rasa ketidakpuasan hati kerana terpaksa membayar bil air bermula Julai sedangkan mereka mula menghuni rumah tersebut pada 1 Ogos.

“Kami menerima kunci rumah pada hujung Julai dan mula menghuni di sini pada 1 Ogos. Menjadi tanda tanya kami hari ini, mengapa bil air pada Julai terpaksa dibayar sedangkan ketika itu, kami masih lagi tidak menerima kunci rumah,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata, isu perjanjian status rumah pernah diajukan di dalam dewan baru-baru ini dan MB bersetuju untuk menukarkan status sewa sahaja kepada sewa beli bagi penduduk yang berminat.

“Jadi, saya berharap Kerajaan Negeri mengotakan janji yang ditaburkan kepada penduduk sebelum ini,” katanya.

Tengku Hassan turut menggesa Kerajaan Negeri melunaskan janji mengurangkan harga seunit rumah dengan nilai sebuah kereta Proton Saga seperti mana yang difahamkan telah dijanjikan dalam satu majlis :penjela�san dasar kerajaan mengenai pembangunan semula Kampung Ladang dan Pangsapuri Ladang Gemilang yang diadakan pada 11 Januari di Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang.

Aug 30, 2010

Umno bikin Maksiat di Masjid

Umno kencing ke mukanya sendiri apabila memainkan isu :

Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan



Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.


Soalan:

Apakah hukumnya orang-orang bukan beragama Islam memasuki masjid? Jika dibolehkan, apakah tatacara dan adab-adab bagi membolehkan mereka masuk ke dalam masjid untuk tujuan melawat dan menyaksikan kawasan dalam masjid?

Jawapan:

Di dalam mazhab asy-Syafie orang kafir haram dan ditegah sama sekali daripada masuk Masjidil Haram sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah : 28.

Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram. Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan junub.

Ini berdasarkan hadith Baginda SAW yang menjelaskan bahawa pada zaman Baginda SAW orang-orang kafir masuk ke dalam masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam keadaan berjunub. (I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318)

Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut ketentuan syarak terhadap mereka.

Keharusan orang kafir masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram berdasarkan hadith Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (yang bermaksud) :

“Rasulullah SAW telah mengutus pasukan berkuda ke Najd. Kemudian mereka datang kembali dengan membawa seorang (tawanan) lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsauban bin Utsal lalu mereka mengikatnya pada salah satu tiang masjid. (HR al-Bukhari)

Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah berpendapat secara mutlak membolehkan orang kafir memasuki masjid selain Masjidil Haram tetapi dengan mendapat keizinan orang Islam. Sementara itu, orang Islam yang memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal.

Daripada penjelasan para ulama’ Syafiiyyah di atas, jelas bahawa orang kafir adalah dibolehkan masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram apabila telah memenuhi syarat-syarat yang telah dijelaskan.

Untuk ini, pihak masjid memang perlu membuat peraturan sesuai dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah.

Yang ni pun kena baca gak:
MASJID SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN - JAKIM



Aug 26, 2010

SahlaM dan Rama Dahan versi Umno K.Terengganu


Lihat lah kain rentang versi Pergerakan Pemuda Umno Kuala Terengganu
Wasahlam dan Rama dahan.

Aug 20, 2010

Umno Semakin terdesak, Zahid semakin Jahat

Kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat yang dibaca di beberapa masjid di negeri itu.

Exco Hal-Ehwal Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata siasatan awal mendapati ianya tidak berlaku kerana teks khutbah Jumaat, yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam negeri, tidak menggunakan nama Lim.


Katanya, hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.

Abdul Malik berkata, beliau telah membuat siasatan awal dan mendapati kejadian itu tidak berlaku seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi perhubungan Umno negeri.

Abdul Malik menjelaskan, teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim, seperti yang didakwa.

"Dan kalau mereka tidak baca teks sekalipun, saya percaya hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan ganti nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah," katanya lagi.

Tambahnya, dakwaan itu juga tidak menyebut dengan jelas masjid yang terbabit, sebaliknya hanya menamakan kawasan Permatang Pauh, Jelutong dan Tasek Gelugor.

Ditanya lanjut, beliau berkata kerajaan negeri tidak akan mengambil tindakan lanjut atas dakwaan itu kerana "tidak timbul isu."

"Isu ini sengaja diada-adakan, sebab sememangnya tiada isu. BN yang sengaja wujudkan isu ini," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.


Abdul Malik juga berkata, sekiranya Ahmad Zahid mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut, beliau hendaklah membuat laporan supaya dakwaan tersebut dapat disiasat.

"Kalau dia ada maklumat, sepatutnya dia buat laporan kepada kerajaan negeri, atau kepada polis atau kepada pejabat mufti, bukannya pergi beri kenyataan kepada media," katanya lagi.

Sementara itu, bercakap dalam satu sidang media pagi ini, Abdul Malik juga berkata kerajaan negeri serta JAIPP tidak menerima sebarang arahan lisan mahupun bertulis untuk menukar nama tersebut dalam teks khutbah.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa sesetengah jawatankuasa masjid menggunakan isu tersebut untuk mensabotaj kerajaan negeri.


BOHONG LAGI.......

Aug 18, 2010

Kini di Terengganu.

Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditinggalkan di depan pintu pagar rumah seorang anggota polis di Kampung Batin, di sini malam tadi.

L/Kpl Marzuki Hamid, 44, berkata, bayi lelaki seberat 3.03 kilogram itu ditemui anaknya Hafiyana, 19, kira-kira pukul 10.15 malam dalam keadaan berbogel dan ditinggalkan di atas rumput tanpa sebarang alas.

Marzuki yang bertugas di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu berkata, ketika itu, beliau dan anggota keluarga yang lain keluar dan hanya Hafiyana ada di rumah.

"Hafiyana ternampak bayi itu ketika ingin keluar untuk membeli barang di kedai tidak jauh dari rumah. Sebaik ternampak bayi itu, dia bawa masuk ke dalam rumah dan menyelimut bayi itu dengan tuala sebelum menghubungi saya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Marzuki berkata, sebaik mendapat panggilan daripada anaknya, beliau segera pulang ke rumah dan menghantar bayi yang mempunyai cukup sifat itu ke hospital.



Beliau berkata, bayi itu langsung tidak menangis ketika ditemui dan sepanjang perjalanan ketika dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Supt K Manorahan ketika ditemui pemberita berkata bayi itu dipercayai baru sahaja ditinggalkan di rumah anggota polis berkenaan.

"Kami percaya ia ditinggalkan dalam tempoh tidak sampai sejam kerana ketika anggota polis itu keluar rumah pukul 9 lebih, bayi itu belum ada di situ," katanya.

Beliau berkata, polis sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan individu yang dipercayai meninggalkannya di situ dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Manoharan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pembuangan bayi itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pegawai Perlindungan Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Mohd Abdan Ishak berkata buat sementara bayi itu akan dijaga oleh jabatan itu sebelum mahkamah menentukan institusi mana bayi itu akan ditempatkan.

* Tidak ada lagi jalan yang singkat melainkan dengan kembali kepada Allah, kembali kepada Agama, yakinlah dengan ayat " Nakalan Minallah"
Tidak usah kita berteori akal lagi, kembali lah kpd Al-Quraan...marilah sama sama bersolat hajat.

SPRM OH SPRM OH SPRM ...apa dah jadi ?



KUALA LUMPUR – Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub membidas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) mendedahkan maklumat sulit berkaitan kerugian Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) bernilai RM8 bilion kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJK) menyebabkan tiada siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya dikenakan terhadap laporan itu.

Menurutnya, bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajuddin Ramli mungkin dilindungi pihak tertentu menyebabkan beliau bebas daripada pendakwaan akibat kerugian itu.

“SPRM sepatutnya menyiasat perkara tersebut tetapi telah mendedahkannya kepada JSJK Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga menyebabkan rasa cemas kepada individu yang terlibat,” katanya pada sidang media di Pejabat Pas, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, MAS berasa tindakan SPRM bertentangan dengan peruntukan S:29(4) dan S(65) Akta SPRM 2009.

“PDRM adalah salah satu pihak yang diadu dan tidak sepatutnya menerima butiran aduan MAS di mana mereka berasa ragu dengan SPRM kerana jelas gagal melindungi dokumen penting untuk dirahsiakan dalam melakukan siasatan," katanya.

Menurutnya, ini menyebabkan MAS membuat satu lagi laporan kepada SPRM ke atas bekas pengerusinya itu, dan juga terhadap JSJK serta Jabatan Peguam Negara.

“Saya ingin mendedahkan di sini siapa yang melindungi penjenayah ini, siapa yang melindungi kes ini daripada disiasat dan didakwa kerana ia merupakan kes yang cukup besar.

"SPRM perlu menjawab persoalan ini kerana disifatkan sebagai tindakan yang tidak berintegriti dan membahayakan orang yang membuat aduan,” katanya.

Beliau berkata, isu kerugian MAS telah diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid di Parlimen pada 2009 namun masih tiada sebarang jawapan rasmi sehingga kini.

”Saya dapati ada beberapa perkara yang memerlukan penelitian dan penyiasatan yang lebih mendalam terhadap perkara ini tetapi PAC hanya mendiamkan diri.

“Saya berasa Tajuddin tidak berseorangan dalam perkara ini kerana tidak mungkin seorang sahaja yang buat. Mungkin terdapat satu rangkaian atau konspirasi yang wujud dengan satu skandal besar seperti ini, ” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed ketika dihubungi berkata, beliau akan menyemak perkara itu sebelum membuat sebarang kenyataan.

“ Saya akan ‘check’(semak) dulu, esok (hari ini) saya akan beritahu,” katanya

Aug 15, 2010

Kelulusan bukti salah guna kuasa

"Tindakan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional memberikan tanah kepada syarikat yang dimiliki oleh pemimpin mereka untuk dibangunkan adalah salah guna kuasa yang jelas," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Chang Lih Kang.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Exco Kanan, Datuk Hamidah Osman, semalam yang menjelaskan tiada sebarang penyelewengan berlaku terhadap kelulusan itu.

Lih Kang berkata, kenyataannya itu tidak bermakna pemaju UMNO tidak boleh mendapat projek, tetapi mereka harus membuktikan syarikat itu adalah syarikat yang mempunyai daya saing dan tidak mendapat projek atas sebab hubungannya dengan UMNO.

Menurutnya, Hamidah mesti menjelaskan kepada rakyat adakah projek itu dibuka secara tender, berapa syarikat yang mengambil bahagian dan kenapa projek diberikan kepada syarikat berkenaan (Safura House of Diamond).

"Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Mejar (B) Roslan Zakaria antara pemegang saham dalam syarikat ini.

“Jika kerajaan gagal membuktikan perkara ini, bermakna satu penyelewengan serius telah berlaku dan Datuk Dr Zambry selaku Pengerusi Jawatankuasa Tanah harus dipecat dari jawatannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, katanya, kenyataan Hamidah berkenaan 20 penternak ikan hiasan di Gopeng yang telah diberi kebenaran untuk menjalankan kegiatan itu di Lawan Kuda adalah tidak benar sama sekali.

“Tidak ada seorang pun dari 20 penternak itu ditawarkan tanah di Lawan Kuda sebaliknya mereka berusaha memohon mendapatkan hak milik tanah sejak sekian lama tetapi semua permohonan ditolak tanpa sebab,” katanya.

Beliau bagaimanapun kesal dengan tindakan wakil rakyat itu yang dikatakan sanggup berbohong mempertahankan penyelewengan yang dibuat.

“Sekiranya kerajaan negeri tidak melakukan sesuatu untuk selesaikan masalah ini, kami akan mengambil tindakan mempertahankan hak petani dan penternak ikan hiasan,” katanya.

Terdahulu, Lih Kang telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kelulusan terhadap 50 ekar tanah di Kampung Sungai Itek, kepada syarikat pemaju itu yang dikatakan wujud salah guna kuasa.

Dengan kelulusan untuk pembangunan projek perkampungan tersusun dan penduduk setinggan di Gopeng itu, maka penternak ikan hiasan yang bertapak sekian lama di tanah yang sama terpaksa berundur.

KUALA TERENGGANU – Keadaan pentas utama dan beberapa khemah peniaga Bazaria Larut Malam KT Uptown yang rosak akibat dipukul ribut pada petang puasa pertama menyebabkan kawasan sekitar itu ibarat padang jarak padang tekukur.

Tinjauan Sinar Harian ke kawasan itu mendapati hampir 90 peratus kerosakan berlaku di pentas utama selain besi khemah tercabut dan berselerakan sehingga menjejaskan perniagaan peniaga di situ.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Mat, 20-an, berkata, kejadian itu sememangnya tidak dijangka kerana tiada sebarang tanda menunjukkan ribut akan berlaku.

“Mujur pada hari itu, tiada seorang pun individu tercedera kerana kejadian berlaku terlalu cepat.

“Walaupun kejadian itu sudah berlalu, namun masih belum ada tanda-tanda kerosakan akan dibaiki pihak berkenaan malah ia dibiarkan begitu sahaja sehingga menimbulkan banyak tanda tanya terutama bagi pengunjung yang datang dari jauh,” katanya

Menurutnya, jika kawasan itu tidak diselenggarakan secepat mungkin, dikhuatiri akan berlaku kecurian oleh indi­vidu ti­dak bertanggungjawab yang mungkin akan menjual barang-barang bernilai di kedai kitar semula.

“Oleh itu, diharapkan kerja pembersihan dilakukan segera supaya dapat memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung pada waktu malam,” katanya.

Peniaga berdekatan, Roslan Razak, 28, berkata, kejadian ribut pada petang puasa pertama itu adalah di luar jangkaan kerana sebelum itu cuaca agak baik, namun tiba-tiba berlaku angin kencang disusuli hujan.

“Kerosakan teruk yang berlaku mungkin disebabkan ia terletak berdekatan laut dan saya bersyukur kerana ketika itu banyak gerai belum dibuka.
“Jika kejadian ini berlaku pada waktu ma­lam semasa kunjungan orang ramai, ti­dak dapat dibayangkan keadaannya,” katanya.

Menurutnya, bagi menarik semula kunjungan orang ramai ke KT Uptown, diha­rap­kan pihak berkenaan dapat membersihkan semula persekitaran kawasan ini kerana ia adalah destinasi pilihan untuk membeli-belah bersama keluarga.

Aug 1, 2010

Jumlah kelahiran anak tidak saf taraf di Terengganu membimbangkan

– Kes kelahiran anak luar nikah di Terengganu amat membimbangkan, dengan jumlahnya meningkat dari setahun ke setahun.

Berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2005 hingga Jun 2010, jumlah keseluruhan anak luar nikah di Terengganu ialah 2,314 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri Yahya Khatib Mohamad berkata daripada jumlah itu, seramai 230 anak tidak sah taraf dicatat pada tahun 2005 dan jumlah itu meningkat kepada 251 pada 2006, 325 (2007), 549 (2008), 611 (2009) dan 321 dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

“Hampir keseluruhan kes anak luar nikah di Terengganu itu membabitkan wanita beragama Islam dan berumur 15 tahun ke atas,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Jendela IKS di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri sedang mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengatasi masalah kelahiran anak luar nikah di negeri ini, termasuk menganjurkan kempen ke masjid dan program kesedaran bakti remaja.

Yahya berkata kerajaan negeri juga telah mengadakan program “ingat sebelum kena” yang ditumpukan di 130 sekolah untuk memberi kefahaman dan kesedaran di kalangan pelajar tentang masalah sosial. –

YB Yahya! tak usah dok buat langkah langkah tertentulah, kembali kepada AlQuraan, semua ada disitu. Pemipin negeri pun kena berakhlak mulia juga....Anak sendiri macamana?

Jul 17, 2010

Krisis Umno Terengganu sah belum pulih.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kecewa apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahagian Setiu tidak hadir pada mesyuarat perwakilan UMNO bahagian berkenaan, semalam.

Sambil beranggapan perkara itu mungkin mempunyai sebab tertentu, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berharap sekiranya wujud masalah ia perlu diselesaikan segera.

“Empat wakil rakyat tak hadir, saya berdukacita jugalah bukan sebab apa, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam soal politik.... ada Timbalan Ketua Bahagian tidak hadir, Naib Ketua Bahagian tidak hadir..... sebagai Timbalan Presiden UMNO saya rasa agak kecewalah.

“Mungkin ada sebab tertentu ataupun mereka ada masalah berhubung kait dengan penjawatan dan kepimpinan. Apa pun saya tidak hendak ulas panjang, yang saya hendak tekankan, isu dan permasalahan yang timbul sesama kita perlu diselesaikan dengan bijaksana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiu yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana, di sini, semalam.

Muhyiddin mengulas perkara itu selepas dimaklumkan mengenai ketidakhadiran empat ADUN di kawasan tersebut melalui ucapan Ketua UMNO bahagian, Datuk Mohd Jidin Shafie.

Empat ADUN yang tidak hadir ialah Asha’ari Idris (Langkap) yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Khazan Che Mat (Batu Rakit) yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian dan Ramlan Ali (Jabi).

Ketidakhadiran empat ADUN terbabit turut menimbulkan tanda tanya bukan sahaja kepada perwakilan lain, tetapi juga dalam kalangan orang politik di negeri ini yang menganggap krisis dalaman di bahagian berkenaan belum selesai.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang jug ADUN Jertih.

Selepas merasmikan majlis berkenaan, Muhyiddin kemudian memotong kek sempena sambutan Jubli Perak UMNO Bahagian Setiu diiringi Idris serta Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang yang mewakili Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.


- PAS kawasan Setiu : Bola sudang tanggung, apa lagi.

Jul 16, 2010

Terengganuku Runtuh lagi rupanya

Di petik dari laman sosial FaceBook trgkini






Surau Dewan konvensyen Taman Tamadun Islam. Gambar di ambil Khamis 8 Julai 2010.
Terengganuku runtuh terus runtuh.Mungkin kerana surau ini jarang dikunjungi maka keruntuhan ini tidak disedari umum. Kini kami bongkarkan keruntuhan itu...Itu dewan konvensyen TTI diluar dan dalam dewan nampak gah, hebat, bergaya dan perkasa, tetapi disuraunya runtuh menyembah bumi, amat merbahaya bagi jamaah yang bersolat terutama kakitangan.

Rakyat Didahulukan : Hadiah Untuk Rakyat...tahniah


Belum habis dengan isu rakyat dibebankan dengan saman ekor, blacklist untuk renew roadtax, kini rakyat Malaysia mendapat lagi hadiah lumayan dari kerajaan Malaysia.

Dalam suasana kakitangan kerajaan menunggu pengumuman naik gaji dari sehari ke sehari, maka inilah hadiahnya.

Tahniah BN...tahniah Umno, 1 Malaysia..Rakyat diutamakan...kan dah dapat hadiah lumayan...marilah sama-sama ucapkan terima kasih serta tahniah tidak terhingga. Walaupun apajua alasan, walaupun apa jua ungkapan, hakikatnya kerajaan semakin papa dan menuju bankrap.


Berikut adalah harga baru:

Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
Diesel - RM1.75 seliter.
Gula - RM1.70 sekilogram
Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:

Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Jul 1, 2010

Umno Kena Cermin diri.

Apabila PKR membuat keputusan menggantikan YB Azmin Ali sebagai Ketua Perhubungan Selangor dari TS Khalid Ibrahim maka adalah pula sigila talak mengeluarkan kenyataan mengkritik tindakan tersebut.

Mereka memperlekehkan TS Khalid kononya menerajui kerjaan tanpa kuasa politik.Malahan lebih parah lagi ada yang menggelarkan dengan gelaran satu kapal dua nahkoda.

Umno perlu tempah cermin besar besar dan bawa ke Terengganu. Letakkan di tengah-tengah stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, jemput rakyat jelata untuk sama-sama tengok dalam cermin tersebut. Lihat siapa MB di Terengganu dan lihat pula siapa ketua perhubungan Umno di Terengganu.? siapa? bukan setakat itu saje, di Besut pula umno seolah-olah ada badan perhubunganya sendiri disana yang terus berurusan dengan umno Pusat.

Lain kali harap harap sebelum membuat kenyataan lihat lihat lah disekeliling.
Cukup hanya setakat itu sebagai permulaan saya kembali menulis.

Selamat Kembali

Apa Khabar YB ???

May 23, 2010

Masih belum pulih sepenuhnya- Update Gambar

Gambar 1 Sebuah Masjid di Terengganu yang mana sebelum ini masjid diheboh-hebohkan seluruh Negeri telah mengikuti arus teknologi Maklumat dengan makmun dapat menghayati khutbah melalui kain layar pemancar yang di siarkan teks khutbah tiap kali jumaat. Saya bertanya kepada makmum tempatan yang kebetulan berada dimasjid tersebut, dimaklumkan sudah setahun sedemikian, hanya kerangka kain layar, pemancar rosak seawal lagi.




Gambar 2. Kaunter bayaran pandu masuk SATU - Sayrikat Air Terengganu sudah 2 bulan tidak beroperasi.Alasan yang diberikan oleh 2 orang pegawai yang ditanya sangat berbeza. Seorang pegawai lelaki memaklumkan bahawa sistem komputer kaunter tersebut rosak dan akan dinaik taraf. Sementara pegawai wanita memaklumkan bahawa kerani kaunter tersebut sudah pencen april yang lalu dan belum berganti. Soalan saya: Tiada pegawai dari unit lain ke untuk pinjam sementara?



Gambar 3, Peristiwa ini berlaku beberapa bulan yang lalu. Kisah ini sengaja dihebohkan oleh Maidam tetapi nampak macam nak memaafkan. Kalau jujur Maidam kena lapor kepada Pegawai Daerah kerana JKKK telah pecah amanah memilih ibu kepada YB untuk menerima zakat.Walaupun Maidam kata silap JKKK, namun silap ke? setiap tahun JKKK dan Amil membuat pemutihan, kut kut dah bertahun tahun tibang pitis zakat... Asnaf mana yang diambil ? Miskin? Miskin ke ibu YB tu...huhu...hu...hmmm miskin ke? Masa zaman PAS anak Exco ambil atas asnaf belajar ( Sabilillah) ni dok taulah...atas asnaf Umno dan BN lah kut...asnaf ke 9 tu.
Gambar ke-4 Ini lah gambaran di bandaraya Persisir Air Kuala Terengganu, ketika kami bertolak dari Kuala Berang menuju ke HSNZ Kuala Terengganu. Binatang ini berkeliaran dan najisnya berjijiran ditepi jalan bandarayaku ini.




Gambar 5, Dalam keadaan saya yang kecemasan, parking sangat sukar di HSNZ, akhirnya dapat ke distinasi selepas parking sebelahan Pusat rawatan harian. Wad Kecemasan HSNZ pula sedang dibaikpulih.

Kini terdampar dirumah setelah 10 hari di HSNZ, semangatku tidak pernah luntur. Kesempatan ini tahniah kepada Dun Telemong kerana sedang menyiapkan markas Tarbiyah dun di kampung Tenkawan, hulurkan sumbangan anda .

May 13, 2010

Update Di Terengganu hari ini.

Ini antara gambar-gambar peristiwa yang berlaku di Terengganu pada hari yang sempat masuk ke Facebook saya.



Pemidang Bangkit Melayu,di persimpangan Bukit Tunggal jalan Batu 6 Kelantan. 9 mei masih tersergam gagah sementara gambar bawah 12 Mei sudah hilang. Katanya kena Gertak
.







Laporan Polis oleh Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu keatas program Bangkit Melayu anjuran Gertak dan institut intergriti Terengganu.


Ini merupakan Klinik 1malaysia cawangan Gelugor Kedai, Dun Alor Limbat Parlimen Marang.


Ada pula cakap-cakap di kedai menyatakan bahawa usaha ini adalah untuk memburukkan MB Ahmad Said. Benarkah ? kalau begitu siapa dalangnya.

May 12, 2010

Kejayaan Perjuangan Melayu Ku

Berbanggalah wahai perjuangan melayu ku dengan kejayaan anda, untuk keselesaan generasiku dimasa depan.

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

May 11, 2010

Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu Canggah 1Malaysia

Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu bersama GERTAK akan menganjurkan himpunan yang diberi nama Bangkit Melayu di Kuala Terengganu pada 13 Mei semepana peristiwa berdarah 13 mei 1969.

GERtak di pimpin oleh Calon Barisan Nasional / Umno yang kalah kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Dun Rhu Rendang.

Himpunan ini jelas sekali bercanggah dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib Razak. Samada Razali Idris atau Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu tidak sedar atau sememangnya konsep 1mlaysia itu begitu caranya?Atau program ini sengaja digunakan atas nama ngo selepas menyedari bahawa Umno itu sendiri sudah gagal untuk mengumpul bagi membangkitkan semangat melayu.

Atau ini juga merupakan main politik kelompok tertentu untuk mendapat haloba politik yang dilihat kedudukan dan realiti di terengganu sangat tidak menentu.

Ini juga adalah merupakan tari silat antara umno negeri, Perkasa Trg. Pakida dan Gertak yang sejelasnya mempunyai agenda tersendiri.

Kalaulah ini benar, maka Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu telah dicabul dan dilacur oleh fahaman sempit perkauman melayu, kerana telah menggerakkan bangkit melayu langsung tiada dalam agenda penubuhan institut tersebut serta konsep 1malaysia. Lainlah kalau BTN memang ianya ditubuh untuk tujuan tersebut serta untuk memelihara umno.
Oleh yang demikian Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu sepatut hadham dan faham maksud dengan istilah Integriti, maka perkara ini tidak sekali-kali akan berlaku kerana ianya bercanggah dengan konsep dan matlamat penubuhan institut tersebut. Kecuali pengarah nya memang bebal dan tidak mengetahui misi dan visi Institut tersebut lalu jadilah ia lintang pukang, tunggang terbalik seperti ini. Intergriti Pengarahnya telah dicabul oleh Gertak bersama Razali Idris, atau sememang intergriti Pengarah sudah hilang dek di ragut oleh Razali?

Arpin Draman - sebagai Pengarah Integriti Negeri

Program ‘Melayu Bangkit’ bersifat perkauman

PAS melihat program Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) pada 13 Mei ini jelas bersifat perkauman untuk membangkitkan semangat orang Melayu.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, program itu tidak sihat dan tidak wajar untuk diadakan dalam keadaan rakyat sedang bersatu ke arah mewujudkan perpaduan.



"Ini sudah tentu satu perkara yang tidak sihat dan tidak wajar untuk diadakan di persada tanah air di saat kita sudah merdeka 50 tahun dan Perdana Menteri membangkitkan slogan 1Malaysia,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, pagi ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Pengerusi Gertak, Razali Idris yang disiarkan di sebuah akhbar semalam yang menyatakan bahawa tarikh 13 Mei dipilih untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu dan mengenang peristiwa berdarah yang pernah berlaku pada tarikh tersebut.

"Ini satu kenyataan yang serius yang menyebut secara nyata dan terang memilih tarikh tersebut untuk membangkitkan semangat Melayu ini. PAS memandang tindakan ini sebagai sangat tidak bertamadun," kata Salahuddin.

Justeru, PAS katanya meminta seluruh rakyat menyedari tentang bahaya kumpulan yang cuba mewujudkan sentimen perkauman ini.

"Kita minta rakyat Malaysia sedar dengan kewujudan kumpulan yang sangat berbahaya ini, yang cuba membangkitkan kembali semangat perkauman di negara ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau juga menegaskan, tidak salah jika Umno BN ingin mengadakan program sedemikian tetapi harus memilih topik yang lebih sihat dan tidak menyentuh sensitiviti perkauman.

"Kita harap program ini diadakan dengan topik yang lebih sihat.

Beliau juga khuatir Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu yang dilibatkan secara langsung dalam program itu, dipergunakan untuk politik sempit Umno.

"Saya sangat aktif dengan IIM dan banyak perkara yang dibangkitkan dalam IIM. Tapi IIM Terengganu dilibatkan dalam program yang sangat sempit dan ekstrem ini.

"Jadi saya minta Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap IIM Terengganu yang boleh dipergunakan oleh puak-puak yang ekstrem ini kerana saya yakin di belakang program ini adalah Umno," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula berharap program itu dibatalkan.

Belau berkata, ianya jelas melibatkan Unit Perancang Ekonomi di bawah Kerajaan Negeri Terengganu.

Beliau mempersoalkan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dijangka akan menghadiri program itu.

"Saya nak tanya Mahathir, adakah dia nak hidupkan kembali semangat perkauman ini? Dia sebagai negarawan, nak hadir ke program sebegini. Ini yang amat dikesalkan," katanya.

Program itu akan diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu.

* Komen : Tak Takut runtuh ke ??? Mana tahu kut 13 Mei ni runtuh pulak.

May 8, 2010

Anggur sudah berbuah, Mana jagung dan kurma

Anggur negeri Kedah senyap-senyap je telah menghasilakan buah,



Macamana dengan pokok Kurma yang ditanam oleh Idris Jusoh seawal menjadi MB 2004 dulu disekitar bandar Kuala Terengganu dan diwaktu malam dihiasi dengan lampu berwarna warni.

Apakhabar pula jagung Kuala Berang yang di export ke Us. Sudah berisikah kandang kambing di Kampung Payang kayu , Hulu Terengganu. Oh pimimpinku...

May 7, 2010

Orang Hulu mula celik Politik

Pembangkang percaya peluang untuk menawan semula negeri ini terbuka luas, apabila rakyat dikatakan sudah celik politik ke arah memastikan perubahan besar berlaku pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT), Mohd Nor Hamzah berkata, senario itu kini berlaku di hampir semua kawasan, bukan sahaja bandar, malah meliputi penduduk di luar bandar.

Beliau berkata, dalam perkembangan terbaru, pihaknya berjaya mengutip dana yang boleh menampung pembinaan sebuah markas Pas di Tengkawang yang dikatakan kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Semasa mengadakan ceramah di Tengkawang, kita mendapat dana yang banyak untuk membina sebuah markas di kawasan itu. Tengkawang dalam DUN Telemong adalah kawasan kuat UMNO,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, rakyat yang ditakrifkannya sebagai celik politik dikatakan benci pada sikap UMNO yang melakukan ugutan bagi meraih undi, selain membazirkan wang rakyat.

Mohd Nor turut yakin bahawa mereka tidak akan tertipu terhadap rancangan parti kerajaan yang akan menggunakan agenda pembangunan dan menurunkan jentera kerajaan setiap kali berlangsungnya pilihan raya.

Sehubungan itu katanya, Pas sedang melaksanakan usaha penerangan kepada masyarakat secara berterusan.

Menurutnya, antara penjelasan tersebut termasuklah isu penyelewengan di negeri ini dan kegagalan kepimpinan kerajaan untuk mengembalikan hak rakyat seperti tuntutan royalti minyak.

“Kalau diikutkan, kita memang tidak mampu untuk bersaing dengan UMNO kerana mereka mempunyai jentera yang begitu besar, tetapi kita akan laksanakan sedaya mungkin,” katanya.

May 6, 2010

Najib akan layan PERKUASA ?

Berita Harian keluaran hari ini meyiarkan rencana mengenai permintaan PERKASA dalam MEB.


Seperti biasalah,sinonim dengan PERKASA,PERKASA meminta supaya Perkara 153 diterapkan dalam MEB,meletakkan kuota dalam pengagihan kekayaan negara mengikut kaum dan banyak lagi yang bersifat perkauman.


Dengan gagasan 1Malaysia yang telah diumumkan PM Malaysia,mahukah agaknya PM Malaysia menurut apa yang dimahukan persatuan radikal PERKASA ini(ahahahahahaa jangn hentam sama saya ah).


Tambahan lagi,dalam rencana tersebut,wujudnya juga perkataan rasuah.Adakah PERKASA cuba menyatakan bahawa sebelum ini,memang berleluasanya rasuah dalam DEB.Persoalannya,siapakah yang memberi dan siapakah yang menerima?Fikir-fikirlah sendiri.Apa boleh buat,YB Senator Ezam pun tidak mampu membanteras rasuah(ahahahahahaha).


Apa-apa pun,DEB masih dalam perbincangan.Apa-apa pun boleh berlaku.Jikalau PM Malaysia menuruti permintaan PERKASA,mengamuklah rakan-rakan lama UMNO iaitu MIC dan MCA,jikalau tidak,PERKASA melalui pengerusinya,iaitu MP Pasir Mas pasti mengamuk.Maklumlah,PERKASA ini manja sedikit.Buat malu kaum sahaja.


Apa pun juga,masih belum dilihat keihkhlasan PERKASA untuk membasmi kemiskinan,terutamanya kemiskinan kaum Melayu dan Bumiputera,apa yang pasti mereka ini cuma melakukannya untuk politik.Maklumlah,pengerusinya sendiri tidak berparti,asyik berpindah randah.(ahahahahaha).Hal ini kerana,apa yang diminta bukan bersifat memberi kemudahan kepada semua rakyat,tetapi kepada sesubah golongan,iaitu usahawan(bisnesman,kontraktor,blah blah blah blah).

Ahmad Said Menungkah Arus

Politik Umno di Terangganu nampaknya kembali panas dan bergolak. Sebelum ini politik Umno Terangganu membahang akibat pergolakan di antara kem Datuk Ahmad Said dan Datuk Idris Jusoh.Walaupun kini telah reda tetapi baranya masih menyala dan bila-bila boleh menyala kembali.


Rupa-rupanya semasa Umno berhempas pulas berkempen dengan menabur fitnah dan melonggokkan jutaan ringgit untuk membeli undi di Hulu Selangor, Mat Said dan anggota rombongan seramai 177 berlepas ke Guangzhou untuk menarik 'pelaburan' pada 18 April lalu.

Kalau Airbus 330, pasti sesak satu pesawat berkenaan. Nampaknya rombongan Mat Said lebih hebat dan ramai daripada rombongan Perdana Menteri Dato Seri Najib yang sebelum ini terbang ke Amerika dan singgah di Jepun. Itupun, Perdana Menteri 1Malaysia sebaik sahaja mendarat di Subang tidak tunggu lama terus ke Hulu Selangor untuk memastikan BN menang di sana.

Manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin pula tak sempat balik ke rumah kerana berkampung di Hulu Selangor sepanjang pilihanraya kecil berkenaan. Begitu juga dengan menteri, timbalan menteri dan pemimpin Umno yang lain masing-masing tetap tunjuk muka dan kelihatan sibuk dan menyibuk atau pura-pura sibuk di Hulu Selangor.

Tindakan Mat Said terang-terang cuba menunjukkan kuasa dan pengaruh beliau di Terangganu. Beliau boleh buat apa sahaja tanpa mempedulikan pimpinan Umno lain di peringkat Pusat. Ternyata tindakan Mat Said tidak mengenang budi lebih-lebih lagi kepada Muhyiddin Yassin yang bermati-matian sewaktu pilihanraya kecil parlimen Kuala Terangganu tidak lama dulu.

Ada sesiapa yang berani mengambil tindakan kepada Mat Said? Semua ini sudah cukup membuktikan bahawa sewaktu era Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, beliau semakin hilang kawalan dan pengaruh terhadap Umno di peringkat bawahan. Walaupun sudah terang dan nyata terdapat pemimpin Umno di peringkat bawahan seolah-olah cuba memijak kepala beliau sendiri!

May 1, 2010

Palanivel dan Ezam kenapa bukan Ibrahim Ali


Kelihatan Ibrahim dengan berucap didalam satu demo, disamping beliau ialah krektor Najib, Ibrahim sedang mengutk dan memaki-maki Najib dalam demo tersebut.


Salam blogger.

Ezam Mohd Nor dan Palanivel telah dilantik sebagai senator. Jadi senator ni seronok, ada status YB, kemudahan sama dengan ahli Parlimen, cuma tiada kawasan parlimen yang dijaga.

Ibrahim Ali juga YB tapi dia ada tanggujawab atas kawasanya parlimenya. Selain itu dia merupakan presiden Perkasa malaysia. Saya tidak tahu apa fungsi Perkasa, apa tujuan ianya ditubuhkan. Perkasa itu sendiri dilihat disertai oleh barang-barang reject Shop umno.

Ezam dapat senator free, YB Ezam akan masuk dewan negara, palanevel pula akan dilantik sebagai timbalan menteri. Sekiranya betul Palanivel dilantik sebagai timblan menteri ini bermakna satu kejayaan besar Mic. Namun Mic tidak berpuashati, tak kan dah lama jadi tibalan menteri kali ni timbalan lagi.

Bagaimana pula dengan Presiden perkasa ? Beliau dah round Malaysia, lancar sana, lancar sini, demo sana , demo sini. Mahathir pun baru-baru ini dah angkat nama perkasa kerana berjaya menarik undi melayu di PRK Hulu Besut. Tiada diketahui statistik mana yang diambil Tun Mahathir semasa membuat kenyataan tersebut dan sekaligus memperlihatkan bahawa Umno sudah gagal dihati melayu , begitu ke? Sebenarnya mahathir mahu Ibrahim dilonjakkan. Dulu selepas lompat dari S46 Mahathir pernah memberi jawatan kepada Ibrahim sebagai Setiausaha Kementerian selama 2 minggu, kerana selepas itu parlimen dibubarkan dan pilihanraya umum seterusnya Ibarahim bertanding atas tiket BN, tewas. Untuk maklumat Ibrahim Ali tidak pernah menang di Parlimen Pasir

Apr 28, 2010

Tanah : Masih dengan lagu lama.

" Satu tapak rumah untuk setiap rakyat " BN Terengganu terus mendodoikan lagu retorik ini, semenjak zaman MB Wan Mokhtar lagi.
Malahan selepas mengambil alih dari Pas pada tahun 2004, Idris Jusoh juga mendendangkan lagu ini juga. Sayang-seribu kali sayang, mulut manis bagaikan gula, ungkapan hipokrit ini di jaja ke seluruh pelusuk negeri. Namun hakikatnya, dunia dan isi-isinya tahu, betapa rakus dan gelojohnya bila Idris Jusoh melalui agensi di bawah kerajaan bertindak merampas semua tanah untuk rakyat yang dianugerahkan oleh kerajaan Pas, lebih bernafsu lagi, rumah rumah yang didirikan dengan titik peluh dan wang ringgit sendiri tumbang menyembah bumi, bukan sebuah tapi berpuluh puluh buah. Apa salah mereka? adakah kerana mereka menceroboh secara haram, tafsiran mana yang diambilkira? undang-undang rimba mana yang di gunapakai? Kalau pun mungkin ada yang pernah dianugerah tanah sebelum itu, kenapa dirampas semua? pilihlah mengikut keperluan, ini tidak. Itulah akibat bila nafsu mengusai akal.

Kini Ahmad Said yang mengambil alih tugas MB dari Idris Jusoh menyanyikan lagi lagu yang sama, macam burong tiong bunyinya. Walaupun Ahmad seawal menjadi Mb dulu pernah berjanji akan menkaji semula tanah-tanah yang pernah di rampas dizaman Idirs untuk diberi semula kepada yang hak. Mana mungkin Ahmad tidak tahu, sekarang pejabat tanah pun sedang giat mengagihkan tanah kepada rakyat umno melalui ukuran jurukur berlesen. Tanah-tanah tersebut kebanyakan yang telah diberi milik dizaman Kerajaan pas. Layout telah diubah dan dibahagikan kepada rakyat umno tanpa menawarkan kepada peserta di anugerah tanah dizaman pas dahulu. Walaupun ada yang terlibat itu memang tidak memiliki tanah walau sejengkal kecuali tanah kubur yang masih diberi percuma, itu delepas nyawa sudah tiada pada jasad.


Sudah-sudahlah, jujurlah kita dengan diri, dengan rakyat dan paling penting jujurlah dengan Allah. Penasihat MB Mat said sepatutnya mencari irama dan melodi baru sepatutnya, kami sudah muak dengan lagu lama yang agak berirama keroncong itu. Kalau mahu naikkan imej Mat Said di mata Idris sekalipun , gunalah lagu baru yang berirama semasa yang segar dan melunakkan. Ciptalah lagu irama versi Mat Said, kerana yang dimainkan itu adalah lagu versi Wan Mokhtar lagi. Sudah-sudah lah tu rentikan.

Apr 25, 2010

Mari kita lihat

Mari kita lihat apa yang telah kita lakukan, belum lakukan, akan lakukan dan mesti lakukan.
Ini adalah angka rasmi pendaftaran baru pengundi yang diusahakan oleh parti-parti politik seluruh malaysia bagi tahun 2009.

Syabas buat PAS Kelantan dan PAS perak. Teruskan.



Apr 22, 2010

Ada lagi gambar ini

Gambar ini masuk kedalam mailbox saya meminta saya memaparkan di blog ini, dibuka untuk komen...komen jangan tak komen



Apr 21, 2010

Senarai kertelibatan Judi ...


Lihat siapa yang kena...

Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -

Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:

Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.

Jumlah saham - 1,900,000

Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari

Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)

Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.

Jumlah saham - 1,666,666

Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.

Jumlah saham - 680,334

Dalam Genting Berhad

Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.

Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)

Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)

Jumlah saham - 3,334,600

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

Dalam Sports Toto

Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)

Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.

Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).

Jumlah saham - 292,336,584

Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.

Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

Mana Peranan YB dikalangan Guru di Hulu Terengganu.

Daripada senarai cadangan panel untuk sekolah berprestasi tinggi untuk tahun depan di negeri Terengganu, tenyata sekolah di daerah Hulu Terengganu masih lagi keciciran dan tidak termasuk didalam senarai ersebut.

Kita tidak pasti apakah kreteria yang di ambil kira didalam mencalonkan sekolah-sekolah tersebut oleh panel yang dilantik.

Dari senarai yang dicalonkan itu, hanya Hulu Terengganu dan Dungun yang tercicir.


Disini kita ingin mempertikaikan peranan 4 orang YB di Hulu Terengganu yang dulu nya adalah berkhidmat sebagai pendidik tidak mampu untuk melonjakkan pencapaian pendidikan di Daerah ini. Semua YB BN adalah bekas pendidik. Bermula dengan YB Parlimen Mohd Noor Othman, Adun Ajil Rosol Wahid, Adun Kuala Berang Zawawi Ismail dan Adun Telemung Rozi mamat. Mereka pernah mengajar di sekolah di Hulu Terengganu. Kecuali Rozi Mamat yang lain juga pernah berkhidmat di Pejabat Pelajar Daerah. Semnetara Zawawi dan Mohd Noor pernah juga menjadi pengetua.

Mohd Noor menjadi pengetua di Sekolah Ajil, Sekolah Menerong dan SMK Tengku Ampuan Intan sebelum bertukar di pejabat Pelajaran Daerah. Zawawi juga pernah menjadi pengertua di Sk Kuala Jeneris kemudian memasuki pejabat pelajaran daerah.

Masih terngian-ngian janji manis keempat wakil rakyat ini selepas hari pernamaan calon Pru 12, mereka berjajanji dengan gabungan keempat empat warga pendidik ini, mereka akan melonjakkan kecermelangan pendidikan di Hulu Terengganu.

Ternyata dengan senarai cadangan sekolah berprestasi tinggi ini, Hulu Terengganu tercicir. Tiada sebuah pun sekolah di Hulu Terengganu yang disnaraikan samada sekolah rendah atau sekolah menengah.

Kalaulah didalam bidang sendiri dan mereka juga pernah berjanji untuk melonjakkanyapun mereka gagal, apatah lagi bidang bidang lain yang lebih jauh dengan mereka sebelum.

Tulisan ini bukannya atas sentimen politik kepartian semata-mata, namun hasrat murni untuk melihat kelonjakan pendidikan di Hulu Terengganu yang dilihat jauh ketinggalan berbanding daerah lain yang telah jauh meninggalkan kita.

Harapan ini pernah diletakan dibahu Allahyarham Dato Razali Ismail, namun beliau tidak berkesempatan untuk melaksanakan tanggujawab itu walaupun berliau telah ada usaha-usaha kerah tersebut.

Pada siapa lagi hendak diletakkan harapan ini?

Dalam Umno Kenapa tak Tegur? tak didik ?

Datuk Zaid Ibrahim berkata " Semasa didalam Umno dulu, puak puak umno tidak pernah menempelak beliau kerana mengamal alkhohol, tiada yang heboh, tiada yang sebar...
Tetapi setelah bertaubat dan keluar dari umno barulah umno bising-bising tentang haramnya arak..".Zaid dah taubat, yang dalam umno tu ramai lagi, tunjuklah gambar dalam blog, suruhlah Ustaz bagi fatwa.

Zaid juga berkata semasa pilihanraya umum 2004 berliau bertanding diatas tiket BN berhadapan dengan PAS, PAS tahu latarbelakang kehidupan beliau, tapi PAS tidak serang peribadi beliua, tetapi bila berhadapan dengan BN, maka diserang peribadi beliau.


Ada berani ke?

Apr 20, 2010

Semua mantan PM kecuali Pak Lah minum arak

Tengok siapa yang kena - Sendiri Mau Fikir...


BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.

Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."

"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi tersebut "orang PAS tidak pernah buat".

"Tidak, tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.

"Tetapi saya nak bagi tahu, kamu (Umno) main isu Zaid ini, kalau kita (PAS) hendak main, kita boleh sebut.

"Ini apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat)," katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama dengan Umno selepas ini.

Ditanya sama ada PAS mahu menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata:

"Tengoklah kalau (mereka) agas (sombong) sangat."

Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi itu untuk "memukul" Zaid.

Apr 19, 2010

Bila Nafsu Mengusai Akal

Bila nafsu mengusai akal, maka akan hilanglah kewarasan dan kewajaran.

Atas gambar asal sementara yang bawah gambar ....
Di Buka kepada yang gatal-gatal untuk komen
Lihat siapa kena...sendiri mau fikir (dengan akal bukan nafsu)

Apr 18, 2010

"Saya sudah insaf dan mohon keampunan tuhan," - Zaid Ibrahim

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim hari ini secara tidak langsung mengakui bahawa beliau pernah mengambil minuman keras apabila berkata beliau kini sudah insaf dan memohon kemaafan daripada Allah.

“Saya sudah mintak maaf dengan Allah s.w.t dan saya mintak maaf dengan rakyat Selangor.

“Saya sudah perjelaskan sebelum ini, saya bukan malaikat dan ada kelemahan semasa saya muda dahulu. Kalau Umno hendak mainkan isu ini kerana mereka itu malaikat terpulanglah,” katanya pemberita selepas menunaikan solat asar di masjid Kerling di sini hari ini.

Hari ini, akhbar Mingguan Malaysia dalam laporan muka depannya memetik Naib Presiden PKR, Azmin Ali, mencabar BN mengemukakan bukti berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadap calon mereka yang didakwa sebagai kaki botol tegar.

Zaid dipertaruhkan PKR bagi mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan, bakal berdepan saingan empat penjuru daripada BN dan dua calon Bebas yang turut menawarkan diri untuk bertanding pada pilihan raya kecil 25 April ini

Mengulas lanjut isu berkenaan, Zaid yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Baru berkata, apa pun kelemahan dan ketidaksempurnaannya sebagai seorang manusia beliau masih mampu menjadi wakil rakyat yang baik dan memperjuangkan hak rakyat sekiranya menang dalam pilihan raya kecil ini.

“Saya tidak kisah jika Umno hendak serang peribadi saya..serang lah mereka tak perlu berhenti.Mereka ada tujuh hari lagi untuk serang saya.

“Apa yang silap itu silaplah, saya tidak lari daripada kebenaran. Saya tidak hipokrit dan bukan macam mereka. Bila saya silap saya mengaku tapi mereka tidak mereka angkuh,” ujarnya.

Zaid percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai sama ada beliau layak atau tidak menjadi wakil rakyat di sini.

“Kalau saya layak saya akan menang, kalau tidak layak saya kalah. Itu sahaja,” katanya.

Ditanya bila beliau berhenti daripada amalan minum arak itu Zaid berkata: “Itu tak usahlah kita bercerita. Itu cerita lama yang tak perlu diungkitkan lagi.”

Dalam perkembangan berkaitan, Zaid berkata beliau tidak perlu bersumpah untuk membuktikan dia tidak pernah minum arak.

“Apa nak sumpah-sumpahnya suruh lah orang-orang yang minum arak dalam Umno itu bersumpah dahulu. Sumpah adalah urusan saya dengan tuhan, tak perlu tunjuk kepada mereka,” katanya ketika mengulas mengenai cabaran yang dilontarkan oleh Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusof mencabar bekas menteri Kabinet itu supaya bersumpah bagi membuktikan beliau tidak pernah minum arak.

Minum arak: Hisham minta jangan kaitkan Umno

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan pembabitan Umno dalam mengaitkan Datuk Zaid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan tabiat suka meminum arak.

Beliau yang juga menteri keselamatan dalam negeri berkata, PKR seharusnya tidak cepat melatah dengan menuduh Umno dalang disebalik tuduhan yang berlegar di dalam blog kerana apa yang tertulis adalah tuduhan peribadi penulis, bukannya Umno.

"Dulu mereka gunakan maklumat-maklumat di dalam blog untuk mengiakan tuduhan dan hujah mereka terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN). Pada masa tu kita tidak pula suruh mereka membuktikannya.

"Nak suruh kita buktikan memang tak masuk akal kerana bukan kita yang tuduh macam tu. Kenapa dia nak takut dan gelabah sangat kalau ia tak benar," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran pemimpin PKR agar Umno membuktikan tuduhan di dalam blog tersebut.

Beliau sebelum itu menghadiri Program Bersama Rakyat di Taman Sri Cahaya, Batang Kali di Hulu Selangor yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Datuk Alwi Ibrahim dan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Mohd Isa Abu Kassim.

Semalam, Naib Presiden PKR Azmin Ali dilaporkan mencabar Umno supaya membuktikan dakwaan bahawa Zaid mempunyai tabiat buruk termasuk suka meminum arak.


Hishammuddin berkata, cabaran pembangkang itu jelas menunjukkan mereka semakin terdesak untuk meraih sokongan kepada Zaid untuk pilihan raya 25 April ini selain kegusaran mereka terhadap pendekatan BN yang semakin diterima majoriti penduduk di Hulu Selangor.

"Dunia ini bulat...apa yang dia (pembangkang) sebelum ini guna untuk tuduh kita, sekarang ini dah terbalik terkena pada muka mereka sendiri," katanya.

Hishammuddin berkata, pembangkang juga kelihatan ketandusan idea kerana berterusan menggunakan isu Apco bagi menyerang kerajaan, bukannya menerangkan pendekatan yang akan diambil bagi memajukan kawasan dan membela rakyat.

B
eliau berkata, isu tersebut sebenarnya sudah selesai dan rakyat telah diberitahu bahawa siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati tidak ada warga Israel terbabit dalam pembangunan projek Sistem Laporan Polis (PRS) di Bukit Aman seperti didakwa pembangkang.

Bagi membuktikan ketelusan, Kementerian Dalam Negeri, katanya, telah mengambil empat langkah, termasuk membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa terdapat perisik Israel di Bukit Aman.

Katanya, beliau juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuka kertas siasatan serta membawa perkara itu ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) selain mengesyorkannya untuk diteliti Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen.

Hishammuddin juag menganggap isu tersebut hanyalah mainan pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat di atas kegagalan mereka membawa perubahan kepada negeri Selangor secara umum dan Hulu Selangor khasnya.

"Itu biasa, apabila mereka ketandusan perjuangan dan isu pokok yang boleh menyentuh jiwa dan sanubari rakyat seperti apa yang kita lakukan, maka mereka tak ada pilihan lain selain membuat tuduhan kepada kerajaan pusat dan menyerang peribadi pemimpin-pemimpin BN," katanya

Terdahulu, Hishammuddin menyerahkan surat kelulusan permohonan taraf kewarganegaraan, sijil warganegara dan daftar lewat kelahiran kepada 15 orang penduduk.

Harap-harap Hisham juga Sudah Taubah, Insya'Allah.

PRK Hulu Selangor dan Arak

Lihat siapa yang kena. Sendiri mau fikir.
Saya pun merasa pelik juga, tetiba umno boleh bercakap tentang haramnya arak dalam PRK kali ini. Dalam PRK sebelum ini tidak pernah Umno berbicara tentang arak..tak sebut..Ini nampak satu perubahan dalam umno/bn terhjadap arak.

Tertarik dengan kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz " PRK Hulu Selangor adalah medan bagi PAS untuk menjelaskan kebaikan Islam".

Gambar dibawah adalah hiasan semata-mata.







Amanat Presiden Untuk PRK Hulu Selangor.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor adalah pilihan sebulat suara PAS, PKR dan DAP.

Oleh itu, beliau mahu semua pihak dalam PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat itu.

Abdul Hadi berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis meraikan para petugas PAS dari Terengganu yang berkumpul di Felda Sungai Tengi, Ulu Bernam petang tadi.

Lebih 100 petugas PAS dari negeri itu berkumpul di situ dan menerima amanat dari beliau serta lain-lain pimpinan PAS sebelum menjalankan tugas sehingga pilihan raya kecil ini pada 25 April nanti.

"Ada orang buat macam-macam tuduhan kepada Datuk Zaid masa dia Umno dulu. Saya tegaskan, kalau adapun itu masa dia dalam Umno. Sekarang dia sudah bersama kita dan dah meninggalkan Umno," kata beliau penuh semangat diiringi takbir dari para penyokong PAS.

Bagi beliau, Zaid adalah tokoh kebangsaan yang mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin.

"Ketika para pemimpin Umno lain berebut-rebut nak jadi pemimpin, dia meletakkan jawatan sebagai menteri kerana menentang salah guna ISA," kata Abdul Hadi merujuk tindakan Zaid melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana membantah tindakan kerajaan menahan tiga orang termasuk seorang wartawan di bawah ISA.

Berhubung dengan tindakan firma guaman Zaid menyaman kerajaan negeri Kelantan kerana meluluskan undang-undang Hudud, Abdul Hadi menegas itu apa yang Zaid buat sebagai pemimpin Umno dan dia telah menarik balik tindakan itu.

"Itu semasa dia bersama Umno...sekarang dia sudah keluar dari Umno. Baru-baru ini dia dah pergi menunaikan haji....kita yakin dia telah berubah selepas bersama kita," kata beliau.

Abdul Hadi juga memberitahu, selepas Zaid meletakkan jawatannya dan keluar dari Umno, beliau juga ada berbincang dengan para pemimpin PAS untuk menyertai parti Islam itu atau menyertai PKR. Selepas berbincang termasuk dengan pemimpin PKR, mereka bersetuju Zaid perlu menyertai PKR.

Ucapan Abdul Hadi di majlis itu penuh semangat serta menjawab pelbagai persoalan panas yang berbangkit dalam pilihan raya kecil ini walaupun hujan mencurah-curah ketika beliau berucap sehingga banjir kilat di sekitarnya.

Felda Sungai Tengi adalah salah satu kawasan Felda yang menjadi kubu Umno dalam Dun Hulu Bernam di Hulu Selangor. Dalam pilihan raya umum lalu, calon PKR, Datuk Dr Zainal kalah lebih 600 undi di peti undi itu.

Dalam pilihan raya ini, Umno menjadikan empat kawasan Felda sebagai pangkalan gerakan mereka untuk memenangkan calon BN, P Kamalanathan dari MIC.

Namun, ketidakpuasan hati ahli Umno di situ jelas dalam pilihan raya ini. Mereka melalui Umno Hulu Selangor berusaha keras untuk mempastikan seorang calon Umno bertanding dalam pilihan raya kecil ini, namun apa yang mereka dapat adalah kosong berbanding MIC yang mendapat tiga menjelang hari penamaan calon.

Selain dapat menjadi calon, Timbalan Presiden MIC, G Palanivel yang mereka tidak sukai dikatakan akan dilantik menjadi senator dan timbalan menteri.

Salah seorang dari mereka berkata, jika BN menang dalam pilihan raya kecil ini, harapan untuk calon Umno bertanding di kawasan Parlimen yang majoriti orang Melayu ini akan hilang terus.

* Marilah sama-sama kita belajar patuh dan taat dengan kepimpinan, walaupun mungkin sebelum ini penulis mempunyai sikap sendiri dengan calon PKR, disini dengan penuh keinsafan dan rasa rendah diri menarik balik segala tuduhan terhadap Dato' Zaid Ibrahim. Semoga Allah mengampun segala dosa dan kesalahan beliau dari kita semua dimasa yang lalu sama yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja.
Ya Allah, siapalah diri ini tanpa pengampunan dari Mu Ya Allah.

Ini Kerja PAKATAN, BN Tak Buat Kerja ini


Apr 17, 2010

Tengok siapa yang kena....

Malas nak tulis banyak-banyak....lu sendiri fikir la.