Jan 26, 2011

623 Anak Luar Nikah di Terengganu 2010

sumber : Sinar Harian 26.01.2011
KUALA TERENGGANU – Amat menggerunkan apabila jumlah kelahiran anak luar nikah yang didaftarkan mencatat angka cukup besar, melebihi 600 orang sepanjang tempoh 2010 di negeri ini.

Melalui statistik Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Terengganu, anak luar nikah atau diistilahkan sebagai anak tidak sah taraf itu paling banyak berlaku di daerah ini melalui pendaftaran paling tinggi iaitu 188 berbanding di daerah lain.

Pengarahnya, Ghazali @ Suhaimi Muhammad mengakui, apa yang mengejutkan juga, kebanyakan kes paling tinggi berlaku dalam kalangan mereka yang berketurunan Melayu.

“Bagi pihak JPN, sudah menjadi tanggungjawab jabatan, setiap orang yang lahir perlu didaftarkan,” katanya.

“Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan di Pejabat JPN, Wisma Persekutuan, di sini, semalam.

Berdasarkan statistik pendaftaran anak tidak sah taraf itu, Besut mencatat pendaftaran kedua tertinggi iaitu sebanyak 102 orang, Dungun (78), Setiu (68), Kemaman (63), Hulu Terengganu (43), Marang (30), Kerteh dan Al-Muktafi Billah Shah masing-masing 23 dan 28 pendaftaran.

Mengulas lanjut, Ghazali berkata, anak yang tidak sah taraf akan dibin atau dibintikan dengan nama Abdullah dalam sijil kelahiran.

“Biasanya sijil kelahiran anak tersebut tidak mempunyai maklumat ‘bapa’ tetapi ada kes tertentu yang meletakkan maklumat ‘bapa’ dan perkara ini tertakluk di bawah Seksyen 13 Akta Pendaftaran Negara 1957, bagaimanapun nama anak tetap dibin atau dibintikan dengan Abdullah.

“Ramai tidak tahu mengenai akta ini dan ada yang menyalahkan JPN, seolah-olah kita tersalah bin atau bintikan anak tersebut memandangkan maklumat bapa tertera dalam sijil berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, terdapat juga pendaftaran sijil kelahiran anak tidak sah taraf berlaku dalam kalangan warga asing yang melahirkan anak mereka di negeri ini.

“Sekiranya yang melahirkan anak itu adalah warga asing, mereka perlu mendaftarkan kelahiran di JPN dan harus dijelaskan di sini, sijil kelahiran bukan penentu taraf kewarganegaraan seseorang, sesiapa pun kena berdaftar,” katanya.

Sementara itu, Ghazali turut berharap kelahiran anak luar nikah dapat diatasi melalui kerjasama pelbagai agensi supaya ia tidak merebak atau menjadi penyakit masyarakat.

Kalau Bukan ini Pilihanya...




Kalau bukan ini menjadi pilihan di DUN Tenang, yang macamana lagi nak dicari????



PENDEDAHAN XCLUSIF!!! FIRST LADY oF MALAYSIA - F.L.O.M !!

BAHAGIAN F.L.O.M.


Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod
Pegawai Khas


Saleha binti Mohd Rabani
Pembantu Peribadi


G. Vimala
Pen. Pegawai Tugas Khas


Siti Zaiton binti Abdul Ghani
Pembantu Peribadi


Rizal bin Mansor
Pen. Pegawai Tugas Khas


Nurul Rosemiemmy binti Khasimi@Mohamed
Pen. Pegawai Tugas Khas


FIRST LADY oF MALAYSIA - F.L.O.M

Kegilaan ini harus ditamatkan segera!!

Siapakah sebenarnya 'First Lady' dalam negara sistem raja berpelembagaan? Bukankah ianya hak milik kepada YTM Permaisuri Agong??

Satu persoalan yang kerap ditanya-tanya dan jawapan sebenar masih kelabu. Tetapi sejauh mana kelabunya jawapan kepada persoalan siapakah Wanita Pertama Negara, ia tidak pernah menjadi satu kebenaran untuk digunakan samada secara rasmi ataupun tidak rasmi ke atas sesiapa sahaja dalam negara ini waima isteri kepada Perdana Menteri.

Apabila istilah 'First Lady' ini digunakan walaupun secara tidak rasmi, ia satu pengkhianatan ke atas institusi Agong. Apatah lagi jika istilah tersebut digunakan secara rasmi, pasti si 'pencuri' istilah diraja itu harus dihukum dan dibuang negeri!

F.L.O.M Divisyen - Apakah fungsinya bahagian ini apabila ia diletakkan sebaris dengan bahagian lain dalam carta organisasi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Apakah ianya untuk 'menjaga' kebajikan isteri kepada Perdana Menteri?


Sepertimana yang tertera dalam laman web rasmi Perdana Menteri Malaysia, FLOM adalah satu penghinaan yang jelas bukan sahaja ke atas Tuanku Agong, tetapi ia juga penghinaan dan penganiayaan terhadap seluruh rakyat Malaysia apabila buat pertama kali dalam sejarah satu division dibangunkan hanya semata-mata untuk pengurusan seorang isteri Perdana Menteri.


Ia termasuklah mengurus untuk mendapatkan bajet-bajet yang tidak masuk akal seperti berlangsungnya Sidang Kemuncak "First Ladies" yang diadakan pada 11 hingga 13 Oktober tahun lalu di sebuah hotel terkemuka negara. Apabila konvensyen yang dihadiri oleh kebanyakkan Wanita Pertama negara-negara Afrika itu menelan belanja RM4.5 juta untuk period 3 hari, apakah ia masuk dek akal?

Tidak cukup dengan PERMATA, peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isteri perdana menteri juga disifatkan sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak. Apakah ianya berkait rapat dengan penubuhan FLOM dan menjadi jalan kepada apa jua bentuk 'perniagaan'. Hapuskan kegilaan ini segera!!

Dari Tunku Abdul Rahman Putra sehinggalah kepada Paklah, belum pernah kita dengar setiap isteri-isteri Perdana Menteri mempunyai satu pejabat rasmi yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen. Bahagian FLOM ini adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana. FLOM atau nama panjangnya First Lady of Malaysia adalah sepatutnya disebut sebagai Pejabat Isteri Perdana Menteri.

Hari ini, ketika Najib mengarahkan rakyat marhein mengubah cara hidup dengan mengurangkan pelbagai jenis subsidi sebagai isyarat, sepatutnya berasa malu kerana membenarkan tertubuhnya sebuah pejabat Isteri Perdana Menteri. Penubuhan FLOM Divisyen ini juga menunjukkan betapa urusan pentadbiran negara sedikit sebanyak telah bercampur-aduk dengan perihal rumah tangga. Adalah lebih baik Najib mengumumkan satu jawatan menteri khas untuk isterinya.

Bilakah FLOM ditubuhkan? Untuk pengetahuan semua, nama Prof. Dato' Hj. Khairil Annas bin Jusoh cukup terkenal kerana terlibat dalam perjumpaan Saiful Bukhari untuk memohon biasiswa di Pejabat Perdana Menteri. Anda melihat nama Khairil Anas sebagai salah seorang pegawai tertinggi dalam carta laman web JPM, tetapi adalah menjadi pelik apabila tidak seorang pun perasan kewujudan FLOM yang cartanya sedikit atas dari kedudukan nama Prof. Dato' Hj. Khairil Annas bin Jusoh sedangkan nama Khairil Anas merupakan satu nama yang mempunyai kekerapan tinggi dalam enjin carian ketika namanya meletup satu masa dulu.

Sehingga hari ini, berapakah bajet yang telah dibelanjakan oleh FLOM tidak diketahui. Untuk apa bajet dikeluarkan? Apa yang dibelanjakan? Adakah ianya perlu dan berkepentingan? Sekadar mana keperluan Bahagian FLOM ini relevan? Apakah penubuhan Bahagian FLOM ini menjadi punca akan perbelanjaan dan peruntukkan untuk JPM jauh meningkat pada tahun ini ??

Justeru, kita sebagai rakyat harus mendesak agar bahagian yang tidak perlu seperti FLOM ini dibubarkan segera kerana tidak nampak akan keperluannya untuk kepentingan negara, selain daripada suatu pembaziran yang nyata. Kerajaan terpaksa menanggung pembayaran gaji yang lumayan terhadap setiap staf-staf yang bekerja di bawah pentadbiran bahagian FLOM. Ia termasuk juga gaji untuk pegawai-pegawai tertingginya yang pasti ada yang mencecah belasan ribu. Semua pembayaran ini untuk apa jika tidak untuk isteri Perdana Menteri dan kroninya?

Kepada wartawan, sila jalankan tugas anda untuk membuat terjahan ke Pejabat Bahagian FLOM di bawah Jabatan Perdana Menteri ini. Cuba tanya Najib apakah fungsinya Department First Lady of Malaysia dan tanya sama Rosmah, betulkah bajet FLOM melebihi bajet untuk pembangunan orang asli dan pembangunan Islam di negara ini? Sedikit keberanian pasti mengubah segala-galanya. Saya menunggu wartawan berani untuk memecah kebuntuan FLOM!!

Last but not least, mungkin ada yang bertanya, apakah kaitnya FLOM dengan isteri Perdana Menteri? Mungkin ada yang mempersoalkan, benarkah FLOM ini benar-benar ditubuhkan untuk Rosmah?

Harap sedikit lagi bersabar, akan saya bentangkan dalam satu lagi sesi pendedahan Divisyen First Lady of Malaysia! FLOM belum berakhir di sini dan akan diteruskan sehingga Department FLOM dibubarkan !!

Lihat Laman Rasmi JPM di Sini - http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1947

Jan 25, 2011

PAS bangga DAP, PKR jawab isu bersalam

Umno yang memperdagangkan Islam dan memperkudakan mereka yang arif dalam agama untuk menghalalkan apa sahaja tindakan pemimpinnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyatakan demikian sebagai mengulas ucapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menuduh PAS memperdagangkan agama kerana telah melanggar fatwa dengan mencalonkan wanita menjadi calon di pilihan raya kecil Tenang.

“Nampaknya fikiran menteri yang jaga urusan agama sama seperti Tun Dr Mahathir yang membangkitkan isu yang sama.

“PAS tidak hairanlah dengan Tun yang sudah berada di hujung senja, jika dibandingkan dengan Datuk Jamil Khir yang masih muda dan arif berkenaan agama,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, mungkin Jamil buat-buat lupa, kerana PAS pernah melantik Khatijah Sidik di Parlimen Dungun pada tahun 1959.

“Sila buka balik sejarah, baru boleh beri komen dan keluar hukum,” ujarnya.

Katanya, kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan diikuti pula oleh Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang memainkan isu Cikgu Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki adalah lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN.

PAS, ujarnya boleh memaafkan dua pemimpin daripada parti komponen BN yang tidak memahami situasi itu.

“Persoalannya apa yang tokoh-tokoh agama buat sepanjang 53 tahun berkawan dengan MCA dan Gerakan untuk menerangkan masalah hukum asas. Mungkin mulut orang agama dalam Umno sudah penuh dengan sagon,” katanya.

Justeru, tegasnya PAS merasa bangga isu bersalam itu dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam.

Jan 24, 2011

Tenang Buat Cik Gu Mala.

Foto : FB PAS PJ Selatan


Setakat Info hari ini :
1) Bendera PAS Dibakar dan dicabut - Laporan Polis Telah dibuat

2) Pengundi mengeluh cara "Paksa" jentera BN ,

3) Pengundi Cina ingin lebih faham islam dan mengatakan bahawa suara Soi Lek adalah bukan suara orang cina

4)Peristiwa kematian S/U UMNO Tenang - Pengundi melayu mula buka mata

5)Kumpulan pengundi felda Hulu Selangor masih menagih janji baki RM4,000 yang dijanjikan najib

6) Jentera Pakatan Rakyat merayu sahabat2 yang berkelapangan turun membantu calon PAS - Sila daftar ke pejabat parti masing2

7) Peneroka Felda menyatakan usaha NGO (Anak) membuka kaunter aduan sebagai tindakan berani dan mesra rakyat - mereka tidak menyangka akhirnya ada NGO yang berani seperti ini.

8) Muslimat2 PAS dan Nisa' dilihat lebih kehadapan dalam merayu undi

9) Petugas DAP & PKR isytihar Grempur Habis-habisan

10) Petugas PR isytihar sokongan kepada Unit Amal yang banyak membantu mereka 24 jam!

11) Rayuan Generator Elektrik , kerana kami dinafikan hak bekalan elektrik untuk menghidupkan khemah2

12) Veteran Wanita UMNO Johormenangis kerana Sikap biadap Jentera Pemuda UMNO yang menunjukkan isyarat lucah kepada petugas PAS

13) Desakan Penduduk Kampung Agar Polis , AADK & Jabatan Agama Islam memeriksa konvoi2 motor anak-anak remaja untuk memastikan mereka bebas dari pengaruh dadah dan arak

14) Ibu Bapa dinasihatkan agar memantau anak-anak mereka dari digunakan oleh UMNO untuk berkonvoi motosikal dan tidak menerima apa2 bayaran dari mereka kerana nyawa dan akhlak anak-anak lebih bernilai dari wang RM50

15) Berlaku kekeliruan apabila majlis-majlis UMNO kekurangan "Ustaz" untuk membacaakan doa , tahlil dan akhirnya "ustaz" yang dijemput adalah dari Petugas PAS

16) Puteri UMNO dinasihatkan untuk memakai tudung dan menutup aurat semasa merayu undi

17) Masjid dan surau dipenuhi oleh petugas2 pakatan rakyat hingga menimbulkan suasana kurang senang oleh ajk masjid dan menyeru petugas bn supaya datang ke masjid

18) Hebahkan Info ini Seluas Dunia!

Normala Sudirman, calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang menegaskan dakwaan 'zina' yang dilempar terhadapnya langsung tidak berasas sama sekali.

Katanya, isu fitnah dan provokasi merupakan perang psikologi dan ianya perkara biasa berlaku dalam PRK sebelum ini. Dakwaan itu timbul sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai calon PAS.

Semalam, satu dakwaan yang dibuat di laman sosial Facebook menuduh beliau mempunyai skandal sebelum berkahwin dengan suaminya, Maarof Abdul Mutalib.

Memetik pemilik akaun sosial itu dikenali sebagai ‘Suara Dari Bumi’ mendakwa, bekas guru itu meninggalkan bekas suami pertamanya kerana mengejar harta dan kebendaan.

“Perkara ini tidak akan melemahkan semangat saya kerana percaya dengan perlindungan Allah dan semangat juang untuk membawa pembaharuan kepada DUN Tenang,” ulas beliau lanjut.

Chua Soi Lek Mengalih Isu


Sumber Foto : Facebook trgkini.





Chua Soi lek, presiden MCA @ aktor filem seketika dulu, kini di Tenang sudah berani menyuara dan mengkritik kesucian ajaran Islam.




Walaupun sudah lama bersama Umno namun umno tidak pernah memberi faham kepada beliau tentang islam. Orang islam yang bersama umno pun semakin hanyut, macamana mungkin untuk memberi faham kepada bukan islam.

Di Tenang sebenarnya CSL cuba mengalih isu dengan mereka cipta isu isu lain supaya sejarah filem beliau tidak disebut-sebut di PRK Tenang. Dengan mencetuskan isu isu mungkin isu filem beliau tidak disentuh. Itu CSL, umno sendiri pula tidak merasa jijik dengan akhlak yang tidak senonoh CSL. Umno terus menerus menyanjung CSL demi untuk meraih undi Cina.

Undi Cina di Tenang sangat memihak kepada Pas. Umno cukup gusar dengan situasi ini, tidak boleh tidak tugasan mengalih undi Cina ini dibebankan kepada MCA, maka aktor terbaik itu macam lipas kudung tercabut ekor " Menggelupur".