Apr 30, 2009

Luahan Rasa Nik Abduh-satu pandangan.


Tulisan Ustaz Nik Abduh, anakanda kepada Tok Guru Nik Aziz telah menimbulkan satu gelombang baru kepada suasana politik tanahair.
Selain dari beberapa pemimpin pas dan blogger, ia juga telah menarik minat akhbar tempatan memfokuskan kepada tulisan beliau.
Nik Abduh rasanya sudah lama memendam perasaan ini, beliau yang dikenali dengan sikap lemah lembut sebelum ini, tidak banyak bergurau serta tidak benyak bercakap akhirnya melapas beberapaperkataan yang dirasakan oleh orang-orang terlibat sangat keras dan tidak sepatutnya.

Samada kita setuju atau tidak dengan tulisan beliau, hakikatnya beliau telah meluahkan apa yang beliau maksudkan yang dipendam selama ini, malah kini luahan tersebut bersambung kesiri 2 dan beliau berjanji akan menyusul selepas ini siri-siri seterusnya.
Ada sesetengah pihak yang mendesak beliau menyebut nama-nama yang beliau maksudkan orang-orang disekeliling ayahanda yang berperanan memberi nasihat dan gambaran yang salah hinggakan ayahanda seringkali dilihat bertelagah dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Kemuncaknya Tok Guru Aziz mengeluarkan kata-kata yang beliau adalah Nahkoda kepada kapal ini, yang membawa maksud beliau merupakan peneraju utama PAS.

Mungkin Tok Guru Haji Abdul Hadi sudah tahu ada wazir ayahanda yang memberi nasihat yang salah atau sengaja disalahkan,lalu Tok Guru Haji Abdul Hadi tidak membalas ungkapan yang dilontarkan oleh Tg Nik Abdul Aziz.Yang pastinya ada orang yang sangat gembira dengan ungkapan oleh Tg Nik Abdul Aziz itu.

Walaupun pelbagai ada sesetengah pihak mendesak supaya Ustaz Nik Abduh mendedahkan nama nama orang dikeliling ayahanda yang dimaksudkan, namun dirasakan pendedah nama bukanlah tujuan asal beliau, melainkan mereka yang terlibat menyedari serta mengambil tindakan meninggalkan kerja-kerja tersebut.Sesiapa yang berada dikeliling Tok guru harus menghisab diri sendiri sejauh mana tindakan yang telah dilakukan selama ini.

Kita semua tidak mengetahui apa sebenarnya perbincangan yang tepat antara mereka dua beranak.Sudah tentu apabila anak dan ayah duduk semeja luahan peribadi akan keluar.Lalu lah hasil nya Ustaz Nik Abduh mencoretkan apa yang terpendam selama ini melalui blog beliau.

Ada yang tidak setuju dengan luahan Ustaz Nik Abduh ini melalui laman blognya, tetapi kenapa selama ini bermacam-macam juga tulisan dari beberapa blog yang jelas dikenali menghentam pimpinan ulamak dibiarkan begitu sahaja, malahan ada yang seronok dengan cemuhan kepada kepimpinan ulamak itu.

Bagi yang tidak terlibat, tidak terpalik apa yang dimaksudkan dengan Ustaz Nik Abduh kelihatan tenang, usahlah gundah gulana, janganlah pula resah gelisah, apa nak di risaukan kalau bukan kita yang dituju?

Apakah Nik Abduh mengharapkan keuntungan dunia dengan luahan ini? penolakan jawatan dan kerusi oleh beliau jelas bukan itu yang dikejar.Merasakan bahawa beliau yang mampu meluahkan perkara ini, supaya ianya tidak berpanjangan, sebelum nasi menjadi bubur, sebelum bubur menjadi basi, sebelum basi ia berulat.Lontaran yang buat ini amat tepat pada ketika dan waktunya.
Kalaulah Nik Abduh mencari popular segera dan sementara, ini bukanlah jalanya.Semua tahu yang beliau disebut-sebut akan dicalonkan sebagai ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, tindakan beliau ini sangat tidak popular dikalangan pemuda Kelantan.Atas dasar Ustaz Nik Abduh yakin, usaha menyelamatkan Jamaah itu lebih utama dari mempertahankan jawatan peribadi beliau,lantas beliau telah mengambil jalan ini.
Saya yakin kalau Nik Abduh berniat untuk mendedahkan keburukan seseorang, beliau mempunyai tulisan yang lebih panjang dan lebih banyak dari apa yang beliau luahkan.

Jadi, sekiranya kita jujur dengan jamaah ini, sesiapa yang yang merasakan merekalah yang di maksudkan oleh Ustaz Nik Abduh, usah tangguhlah lagi, carilah jalan penyelesaian demi kepetingan jamaah.

1 comment:

PemudaPC said...

SALAM perjuangan....

terima kaseh buan ctKay's kerana memberi sokongan kepada ust,nik abduh....pandangan amat kami hargai