Jul 17, 2010

Krisis Umno Terengganu sah belum pulih.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kecewa apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahagian Setiu tidak hadir pada mesyuarat perwakilan UMNO bahagian berkenaan, semalam.

Sambil beranggapan perkara itu mungkin mempunyai sebab tertentu, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berharap sekiranya wujud masalah ia perlu diselesaikan segera.

“Empat wakil rakyat tak hadir, saya berdukacita jugalah bukan sebab apa, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam soal politik.... ada Timbalan Ketua Bahagian tidak hadir, Naib Ketua Bahagian tidak hadir..... sebagai Timbalan Presiden UMNO saya rasa agak kecewalah.

“Mungkin ada sebab tertentu ataupun mereka ada masalah berhubung kait dengan penjawatan dan kepimpinan. Apa pun saya tidak hendak ulas panjang, yang saya hendak tekankan, isu dan permasalahan yang timbul sesama kita perlu diselesaikan dengan bijaksana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiu yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana, di sini, semalam.

Muhyiddin mengulas perkara itu selepas dimaklumkan mengenai ketidakhadiran empat ADUN di kawasan tersebut melalui ucapan Ketua UMNO bahagian, Datuk Mohd Jidin Shafie.

Empat ADUN yang tidak hadir ialah Asha’ari Idris (Langkap) yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Khazan Che Mat (Batu Rakit) yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian dan Ramlan Ali (Jabi).

Ketidakhadiran empat ADUN terbabit turut menimbulkan tanda tanya bukan sahaja kepada perwakilan lain, tetapi juga dalam kalangan orang politik di negeri ini yang menganggap krisis dalaman di bahagian berkenaan belum selesai.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang jug ADUN Jertih.

Selepas merasmikan majlis berkenaan, Muhyiddin kemudian memotong kek sempena sambutan Jubli Perak UMNO Bahagian Setiu diiringi Idris serta Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang yang mewakili Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.


- PAS kawasan Setiu : Bola sudang tanggung, apa lagi.

Jul 16, 2010

Terengganuku Runtuh lagi rupanya

Di petik dari laman sosial FaceBook trgkini






Surau Dewan konvensyen Taman Tamadun Islam. Gambar di ambil Khamis 8 Julai 2010.
Terengganuku runtuh terus runtuh.Mungkin kerana surau ini jarang dikunjungi maka keruntuhan ini tidak disedari umum. Kini kami bongkarkan keruntuhan itu...Itu dewan konvensyen TTI diluar dan dalam dewan nampak gah, hebat, bergaya dan perkasa, tetapi disuraunya runtuh menyembah bumi, amat merbahaya bagi jamaah yang bersolat terutama kakitangan.

Rakyat Didahulukan : Hadiah Untuk Rakyat...tahniah


Belum habis dengan isu rakyat dibebankan dengan saman ekor, blacklist untuk renew roadtax, kini rakyat Malaysia mendapat lagi hadiah lumayan dari kerajaan Malaysia.

Dalam suasana kakitangan kerajaan menunggu pengumuman naik gaji dari sehari ke sehari, maka inilah hadiahnya.

Tahniah BN...tahniah Umno, 1 Malaysia..Rakyat diutamakan...kan dah dapat hadiah lumayan...marilah sama-sama ucapkan terima kasih serta tahniah tidak terhingga. Walaupun apajua alasan, walaupun apa jua ungkapan, hakikatnya kerajaan semakin papa dan menuju bankrap.


Berikut adalah harga baru:

Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
Diesel - RM1.75 seliter.
Gula - RM1.70 sekilogram
Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:

Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Jul 1, 2010

Umno Kena Cermin diri.

Apabila PKR membuat keputusan menggantikan YB Azmin Ali sebagai Ketua Perhubungan Selangor dari TS Khalid Ibrahim maka adalah pula sigila talak mengeluarkan kenyataan mengkritik tindakan tersebut.

Mereka memperlekehkan TS Khalid kononya menerajui kerjaan tanpa kuasa politik.Malahan lebih parah lagi ada yang menggelarkan dengan gelaran satu kapal dua nahkoda.

Umno perlu tempah cermin besar besar dan bawa ke Terengganu. Letakkan di tengah-tengah stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, jemput rakyat jelata untuk sama-sama tengok dalam cermin tersebut. Lihat siapa MB di Terengganu dan lihat pula siapa ketua perhubungan Umno di Terengganu.? siapa? bukan setakat itu saje, di Besut pula umno seolah-olah ada badan perhubunganya sendiri disana yang terus berurusan dengan umno Pusat.

Lain kali harap harap sebelum membuat kenyataan lihat lihat lah disekeliling.
Cukup hanya setakat itu sebagai permulaan saya kembali menulis.

Selamat Kembali

Apa Khabar YB ???