Feb 28, 2010

Siapa Bilang YB Wahid Tak Turun Padang ?

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mengakui kadar kemiskinan di kawasan Bandaraya Kuala Terengganu masih wujud berikutan kos sara hidup yang tinggi dan semakin meningkat setiap tahun.

Menurut beliau, harga makanan dan minuman mahal menjadi salah satu penyebab yang menjadikan kos sara hidup sangat tinggi di Bandaraya Kuala Terengganu.

“Kuala Terengganu sememangnya sudah terkenal dengan harga makanan dan minuman yang mahal berbanding Kota Bharu dan Kuantan.

“Malah, saya pernah bangkitkan perkara ini pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Kita lemah dari segi penguatkuasaan sebab itulah isu harga mahal ini masih tidak dapat diselesaikan,” katanya kepada ketika ditemui pada Program Ziarah Pas di Chabang Tiga, di sini.

Menurutnya, jika penguatkuasaan ditingkatkan ia sedikit sebanyak mampu mengawal harga makanan dan minuman daripada terus naik sehingga membebankan pengguna seterusnya menyebabkan masalah kemiskinan tidak pernah mempunyai kesudahan.

Sementara itu, beliau berkata, soal pembangunan di Kuala Terengganu sepanjang tahun ini ia mengikut perancangan yang telah dirangka Kerajaan Negeri.

“Kita menyokong pembangunan yang dilaksanakan cuma jika ia membabitkan kes pengambilalihan tanah kita akan pastikan penduduk akan memperoleh pampasan yang setimpal,” katanya

Mengulas mengenai program ziarah Pas itu, Mohd Abdul Wahid berkata, ia program berterusan yang dilakukan pihaknya untuk memastikan orang kurang bernasib baik seperti uzur dan daif dapat dibantu.

“Pas setiap cawangan akan mengenal pasti mana-mana individu atau keluarga yang layak menerima bantuan. Selagi kita mampu kita akan bantu mereka yang kurang bernasib baik ini,” katanya.

Pada program ziarah itu, sebanyak 10 buah rumah di Kampung Kubang Buyung dan Kampung Simpang Tok Ku masing-masing menerima bantuan berupa barang keperluan dapur.

- Siapa Kata YB Wahid Tak Turun Padang-
-Siapa bilang YB Wahid Tak Menawan, tak menarik hati-

Feb 27, 2010

Agong selamat pulang dari Jerman

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selamat pulang ke tanah air selepas menjalani rawatan susulan fisioterapi di Bad Wiessee, Jerman sejak 26 Jan lalu.


Keberangkatan pulang Seri Paduka pada 11.30 malam semalam diiringi oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta anakanda-anakanda baginda.

Menurut kenyataan Istana Negara, keadaan Tuanku Mizan dilaporkan sihat selepas mendapat rawatan di Medical Park, St.Hubertus.

Tuanku Mizan turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan baginda sepanjang menjalani rawatan.

Pada 30 Nov tahun lalu, Tuanku Mizan menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum Rechts Der Isar, Der Technischen Universitat Munchen, Munich.

Aku Bangga mempunyai Sultan yang Permaisurinya sentiasa menutup Aurat.

Feb 26, 2010

Kacau Bubur Sura dalam Maksiat

Puteri Umno dalam Dun di Terengganu. Sedang membuat bubur sura. Bubur sura hanyalah adat orang Melayu sahaja. Tiada kene mengena dengan Hukum Allah. Namun sesetengah masyarakat melayu mengangap ianya satu kewajipan.
Yang paling malang lihat Puteri Umno di Terengganu ini. Kononya untuk membuat kebajikan mngacau bubur sura untuk diagihkan kepada rakyat sedangkan diri bergelumang dengan maksiat.

Rosak betullah fahaman puteri ini. Nah lihat tidak menutup aurat. Allah mewajibkan menutup aurat bukan mewajibkan menutup kepala. Ni tidak hanya menutup kepala tetapi aurat terus terdedah. Itu Maksiat namanya. Maksiat ni bukan nanti zina, judi, minum arak, khalwat, tapi bila engkar perintah Allah, bergaul dalam majlis bercampur laki puang pun dikira maksiat.
Maksiat itu luas pengertianya.

Sambut Maulud tapi tinggal ajaran Nabi Muhamad SAW

Adik-adik Pemuda Umno Hulu Terengganu,
Sambut maulud Rasulullah, tapi sayang sekali meninggalkan ajaran yang dibawa oleh Baginda.
Kelahiran Baginda dimuka dunia ini sebagai nabi akhir zaman. Kelhiran Baginda adalah sebagai cahaya permata untuk umat akhir zaman. Sayang, beriya-iya sambut Maulud tapi amalan dan ajaran Baginda dipinggirkan. Menganjurkan aktiviti maksiat, tidak meletakkan Al-Quraan sebagai sandaran dan panduan didalam kehidupan seharian. Nabi tak minta sambut ulangtahun kelahiranya, tapi Baginda minta supaya kita beramal dengan ajaran yang beliau bawa yang terkandung dalam Quraan dan Hadith.

Harap Faham.......

Feb 25, 2010

Mana Kompleks PAS Pusat?



18 Mei 2009 dua minggu sebelum Muktamar PAS ke-55, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah melancarkan tabung pembangunan Kompleks PAS Pusat disebuah hotel di Lembah Kelang.

Kompleks yang dicadangkan dibina di kawasan Sungai Merab dan berhampiran Putrajaya itu bakal menjadi pusat latihan, pusat komersil dan pusat konvensyen.

Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar itu bakal didirikan dengan sumbangan pelbagai pihak.

Apabila siap, kompleks ini bakal mempunyai sebuah dewan persidanngan yang boleh memuatkan 8000 orang di samping pusat latihan modern serba lemgkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.


Semasa muktamar PAS Pusat ke-55 di Stadium Melawati Shah Alam satu gerai khas telah dibuka untuk pendokong PAS melihat sendiri model yang kompleks yang dicadangkan itu.

Pembangunan Kompleks tersebut di Pengerusikan oleh Dato' Haji Husam Musa yang ketika itu memegang jawatan sebagai naib Presiden PAS.

Namun selepas muktamar ke-55 setelah Dato' Husam Musa tidak lagi memegang jawatan naib presiden kisah kompleks PAS Pusat itu hilang lenyap ditelan zaman. Kenapa berlaku demikian? Walaupun pada muktamar ke-55 itu ada satu pandangan oleh perwakilan dari Kota Bharu Dato' Wan Rahin supaya pembangunan komplek tersebut ditangguhkan sementara untuk memberi tumpuan kepada gerakerja parti yang lebih penting, tetapi belum lagi ada pengumuman rasmi yang dibuat untuk menangguhkan kompleks tersebut, walaupun Bendahari Pas semasa menggulung perbahasan dalam muktamar itu sedia membuat pertimbangan keatas saranan yang dibawa oleh PAS Kawasan Kota Bharu.

Apakah pelancaran Kompleks PAS pusat itu hanyalah sebuah retorik sahaja sebagai alat propaganda ketika kehangatan pemiliahn jawatan tertinggi didalam PAS di Muktamar ke-55 itu? Mungkin itu hanya persepsi semata-mata , kalau persepsi ianya boleh ditolak dan boleh diterima.( Walaupun ada yang mendakwa sesiapa yang menolak persepsi mereka adalah primitif)

Kalaulah persepsi ini betul maka malanglah bagi PAS kerana mempunyai unsur-unsur yang jelas bercanggah dengan polisi Islam yang dibawa.

Jadi untuk supaya ianya diperbicangkan lebih luas dan persepsi terus bersawang dikepala dalam hal ini, suka dicadangkan agar satu kenyataan rasmi dibuat oleh mereka yang dipertanggujawabkan akan kedudukan sebenar projek pembangunan Kompleks PAS ini.



Siapa MB Terengganu disisi Muhyiddin ?


Kelantan anjur diskusi khas royalti minyak

KOTA BHARU: Kelantan akan menganjurkan satu majlis penerangan khas Diskusi Tuntutan Royalti dari Perspektif Undang-undang di sini pada 6 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat dan Teknologi Negeri, Dr Mohamed Fadzli Datuk Hassan, berkata ia sebagai respons kepada penjelasan Kerajaan Pusat berhubung wang ihsan yang akan diberikan walaupun yang dituntut oleh kerajaan negeri ialah royalti.

"Kami harap dengan adanya diskusi ini ia akan akan dapat merungkai persoalan yang menimbulkan tanda tanya rakyat berhubung isu tuntutan royalti minyak yang diperjuangkan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di Kota Darulnaim di sini, hari ini.



Beliau berkata, majlis itu yang akan diadakan di Pusat Perdagangan Kelantan (KTC) menghimpunkan beberapa pakar dalam bidang undang-undang dan pegawai tinggi Petronas sebagai anggota panel. - Bernama

Feb 24, 2010

Kelahiran Rasulullah


Awan gelap Jahiliyah telah menutupi sepenuhnya Jazirah Arab. Perbuatan buruk dan haram, perang berdarah, perompakan, dan pembunuhan bagi memusnahkan seluruh kebajikan telah menyebabkan masyarakat Arab berada dalam situasi yang hina dan penuh kederhakaan. Pada waktu itulah muncul bintang pagi kemakmuran; suasana gelap itu kini disinari kelahiran Nabi Suci yang dinanti-nantikan. Mulalah langkah awal menuju pembangunan peradaban, kemajuan, dan kemakmuran bagi bangsa terbelakang ini. Segera cahaya ini menyinari seluruh dunia; asas-asas pengetahuan, kearifan, dan peradaban pun diletakkan.

Setiap lembaran kehidupan orang-orang besar layak dikaji dan diteliti dengan cermat. Kadang-kadang keperibadian seseorang demikian besar dan agung sehingga seluruh tahap kehidupannya, bahkan masa bayi dan kanak-kanaknya, menjadi misteri. Kehidupan orang-orang cerdas, pemimpin masyarakat dan pelopor kafilah peradaban, biasanya menarik dan mengandungi peristiwa-peristiwa aneh dan menakjubkan. Sejak lahir hingga mati, kehidupan mereka mengandungi misteri. Masa kanak-kanak dan remaja orang besar sungguh mengagumkan dan ajaib.

Taurat dan Al-Quran menggambarkan masa kanak-kanak Nabi Musa sebagai penuh misteri, dengan menyebutkan, “Ratusan anak tak berdosa dipancung supaya Musa tidak dilahirkan. Namun, kerana Allah menghendaki kemunculannya di dunia, maka bukannya musuhnya berbuat jahat kepadanya, malah Fir’aun sendiri, musuh terbesarnya, menjadi pengasuhnya.”

Al-Quran merakamkan, “Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu (ibu Musa) suatu ilham, iaitu, Letakkanlah ia (Musa) di dalam peti, kemudian lemparkanlah ke dalam sungai (Nil), maka pasti sungai itu membawanya ke tepi, supaya diambil oleh musuh-Ku dan musuhnya (Fir’aun).” Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang-Ku, supaya kamu diasuh di bawah pengawasan-Ku. (Iaitu) ketika saudaramu yang perempuan berjalan lalu ia berkata (kepada keluarga Fir’aun), “Bolehkah saya menunjukkan kepadamu orang yang akan memeliharanya?” Maka Kami mengembalikanmu kepada ibumu, agar senang hatinya dan tidak berduka cita …..”(Surah Thaha : 38-40)

Masa kehamilan, kelahiran, dan pengasuhan Nabi Isa bahkan lebih ajaib lagi. Al-Quranul Karim menuturkan masa pertumbuhan Isa sebagai berikut:
“……Kami mengutus roh Kami (Malaikat Jibril) kepadanya (Maryam), maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia sempurna. Maryam berkata, ‘Sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa.’ Ia (Jibril) berkata, ‘Sesungguhnya aku hanyalah seorang utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci.’ Maryam berkata, ‘Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki yang suci padahal tidak ada seorang manusia pun yang menyentuhku, dan aku bukan pula seorang penzina.’ Jibril berkata, ‘Demikianlah. Tuhanmu berfirman, “Hal itu mudah bagi-Ku, dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami, dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan.”

“Maka Maryam mengandungnya, lalu ia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh. Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma. Dia berkata, ‘Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti serta terlupakan.’ Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah, ‘Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka minum, makan, dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, “Sesungguhnya aku telah bernazar untuk berpuasa demi Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini.”

“Lalu Maryam membawa anak itu kepada kaumnya. Kaumnya berkata, ‘Hai Maryam, sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang amat mungkar. Hai saudara perempuan Harun, ayahmu sekali-kali bukanlah seorang yang jahat dan ibumu sekali-kali bukanlah penzina.”

“Maka Maryam menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata, ‘Bagaimana kami akan berbicara dengan anak kecil yang masih di dalam ayunan?”

“Berkatalah bayi itu (Isa), ‘Sesungguhnya aku ini hamba Allah. Dia memberiku Alkitab dan Dia menjadikan aku seorang Nabi.”(Surah Maryam : 17-30)

Bila orang yang beriman kepada Al-Quran dan Taurat, dan pengikut Nabi Isa, membenarkan fakta-fakta di atas berkaitan dengan kelahiran dua Nabi besar tersebut, seharusnya mereka tidak hairan terhadap peristiwa-peristiwa luar biasa yang menyertai kelahiran Nabi Muhammad SAW. Kita ketahui dari sejarah dan hadis bahawa ketika Nabi Muhammad lahir, dinding istana Khosrow retak dan beberapa menaranya runtuh. Api kuil di Parsi padam. Tasik Sawah mengering. Berhala-berhala di Kaabah tumbang. Cahaya dari tubuh Nabi naik ke langit dan menerangi tempat-tempat yang dilaluinya. Anusyirwan dan pendita-pendita Zarahustra bermimpi yang menakutkan. Ketika lahir, Nabi suci itu sudah disunat dan pusatnya pun sudah dipotong. Saat lahir ke dunia, baginda berkata, “Allahu Akbar, Alhamdulillah, Dia-lah yang harus disembah siang dan malam.”

Semua keterangan ini disajikan dalam naskhah sejarah yang benar dan dalam koleksi hadis-hadis sahih.(Bihar Al-Anwar, XV, Bab 3, m.s. 231-248) Memperhatikan fakta-fakta menyangkut Nabi Musa dan ‘Isa, yang dikemukakan di atas, tak ada dasarnya untuk ragu dalam penerimaan kejadian-kejadian ini.

Tahun, Bulan, dan Tanggal Kelahiran Nabi Muhammad
Para penulis sirah (sejarah/biografi) Nabi umumnya sepakat bahawa Nabi Muhammad lahir di Tahun Gajah 570 M. Adalah pasti bahawa baginda kembali ke sisi Allah tahun 632 M. Bila saat itu usianya 62-63 tahun, bererti baginda lahir tahun 570 M.

Hampir semua ahli hadis dan sejarawan sepakat bahawa Nabi lahir di bulan Rabiulawal, walaupun mereka berbeza pendapat tentang tanggalnya. Ulama-ulama Ahlus Sunnah Wal Jemaah sepakat bahawa baginda lahir pada hari Isnin, tanggal 12 bulan yang sama.

Memberi Nama kepada Nabi
Hari ketujuh telah tiba. Seekor domba disembelih Abd al-Muttalib sebagai ungkapan rasa syukurnya kepada Allah. Sejumlah orang dijemput untuk menghadirinya. Di hari perayaan yang besar itu, dihadiri oleh kebanyakan orang Quraisy, ia menamakan cucunya “Muhammad”. Ketika ditanya mengapa ia menamakannya Muhammad padahal nama itu jarang dipakai orang Arab, ia menjawab, “Saya berharap ia terpuji di syurga mahupun di bumi.”

Dalam kaitan ini, Hasan bin Tsabit berkata, “Sang Khaliq mengambil nama Rasul-Nya dari nama-Nya sendiri. Dengan demikian, sementara Allah adalah Mahmud (terpuji), Nabi-Nya adalah Muhammad (patut dipuji). Kedua-dua kata ini diambil dari akar kata yang sama dan mengandungi makna yang sama pula”.

Pastilah bahawa ilham suci memainkan peranan dalam pemilihan nama ini, kerana walaupun nama “Muhammad” dikenali di kalangan orang Arab, hanya segelintir orang hingga waktu itu yang diberi nama yang sama. Menurut bancian yang pasti, yang dikumpulkan para sejarawan, hanya enam belas orang yang diberi nama ini sebelum Nabi.”

Hampir tak perlu dikatakan, semakin sedikit suatu kata digunakan, semakin kecil pula peluang salah faham tentang kata itu. Kerana Kitab-kitab Suci telah meramalkan kedatangan Islam berikut nama serta tanda-tanda rohaniah dan jasmaniah yang khusus dari Nabi, maka tanda-tandanya haruslah demikian jelas sehingga tidak muncul suatu kekeliruan. Salah satu tanda itu adalah nama Nabi. Penting bahawa nama itu harus dipakai oleh demikian sedikit orang sehingga tidak ada keraguan atas identitinya, khususnya bilamana sifat dan tanda-tandanya dicantumkan. Dengan begitu, orang yang kemunculannya telah diramalkan oleh Taurat dan Injil ini dapat dikenali dengan mudah. Al-Quranul Karim menyebut dua nama Nabi. Dalam surah Ali Imran ayat (138), Muhammad ayat (2), al-Fath ayat (29), dan al-Ahzab ayat (4), baginda disebut Muhammad, sedang dalam surah ash-Shaf ayat (6), baginda disebut Ahmad. (Perbezaan ini, sebagaimana dicatat sejarah, adalah kerana ibunda Nabi sudah menamainya Ahmad sebelum datuknya menamai Muhammmad).

Masa Menyusui Nabi
Nabi disusui ibunya hanya selama tiga hari. Selepas itu, dua wanita lain mendapat kehormatan menjadi ibu susunya.

a. Suwaibah: wanita hamba sahaya Abu Lahab.

Ia menyusui Nabi selama empat bulan, dan kerap mendapat pujian Nabi dan isterinya yang soleh, Khadijah, sepanjang hidupnya. Setelah dilantik sebagai Nabi, Nabi berniat membelinya. Baginda mengirim seseorang menghadap Abu Lahab untuk mengadakan tawar-menawar, namun Abu Lahab menolak menjualnya. Bagaimanapun, Suwaibah menerima bantuan dari Nabi sepanjang hidupnya. Sekembalinya Nabi dari Perang Khaibar, berita kematian Suwaibah sampai kepada baginda. Tanda kesedihan terlihat di wajahnya. Baginda mencari putera Suwaibah, dengan maksud memberi bantuan, tapi baginda dilaporkan bahawa anak Suwaibah juga sudah meninggal lebih dahulu.

b. Halimah: puteri Abi Zuwaib dari suku Sa’ad bin Hawazan. Ia mempunyai tiga anak: Abdullah, Anisah, dan Syima’. Syima’ juga turut mengasuh Nabi.

Sudah menjadi kebiasaan, keluarga bangsawan Arab mempercayakan anak-anaknya kepada wanita penyusu. Biasanya para ibu susu itu tinggal di luar kota, sehingga anak-anak dapat dibesarkan di udara gurun yang segar serta tumbuh kuat dan sihat. Selain itu, di persekitaran gurun, anak-anak juga tak mudah ketularan penyakit seperti di kota Makkah. Mereka juga dapat belajar bahasa Arab di kawasan yang masih asli ini. Para penyusu suku Bani Sa’ad sangat terkenal di kawasan ini. Mereka mengunjungi Makkah pada waktu-waktu tertentu, lalu masing-masing membawa pulang seorang bayi.

Empat bulan selepas kelahiran Nabi, ibu-ibu penyusu Bani Sa’ad mengunjungi Makkah. Tahun itu mereka sedang mengalami kemarau yang teruk, sehingga sangat memerlukan pertolongan keluarga-keluarga bangsawan.
Bayi Quraisy yang baru lahir itu tidak mahu mengisap buah dada wanita penyusu mana pun. Kebetulan Halimah datang dan anak itu pun menyusu padanya. Keluarga Abd al-Muttalib sangat gembira. Abd al-Muttalib berkata kepada Halimah, “Engkau dari suku mana?” Jawabnya, “Dari suku Bani Sa’ad”. Lalu Abd al-Muttalib menanyakan namanya. Abd al-Muttalib sangat gembira mengetahui nama dan sukunya seraya berkata. “Bagus! Bagus! Dua kebiasaan yang baik dan dua sifat yang mulia. Yang satu kebahagiaan dan kemakmuran, dan yang lainnya kelembutan dan kesabaran.”


Masa Kanak-Kanak Nabi
Sejarah meriwayatkan bahawa kehidupan Nabi penuh peristiwa menakjubkan sejak masa awal masa kanak-kanak hingga kerasulannya. Semuanya mengandungi aspek kebesarannya. Keseluruhannya menunjukkan bahawa kehidupan Nabi tidaklah biasa.

Kini kita tampilkan dua kejadian dari sejarah hidup Nabi yang misteri dan ajaib. Bila kisah ini dihayati, maka ianya adalah meyakinkan kita tentang kebesaran dan kemuliaan Nabi SAW.

a. Halimah berkata: “Ketika memikul tanggungjawab membesarkan bayi Aminah, saya memutuskan menyusui sang bayi di situ juga di hadapan ibunya. Saya masukkan puting buah dada kiri yang berisi susu ke mulutnya, tetapi si bayi lebih suka susu sebelah kanan. Padahal buah dada kanan itu tak ada susunya sejak kelahiran anak saya yang pertama. Kerana desakan si bayi, saya menyusuinya dengan sebelah kanan yang kosong itu dan, sebaik saja ia menghisap, sumber yang kering itu pun berisi penuh susu. Kejadian itu membuat semua yang hadir kehairanan.”

b. Halimah juga mengatakan: “Sejak membawa Muhammad ke rumah, saya menjadi lebih makmur. Harta dan ternak saya meningkat.”

Kita dapati peristiwa serupa dalam Al-Quranul Karim berkaitan dengan Maryam (ibunda Nabi Isa). “Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia bersandar pada pangkal pohon kurma. Dia berkata, ‘Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berguna serta terlupakan.’ Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah, ‘Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu dan goyanglah pangkal pohon kurma ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.”(Surah Maryam : 23-25)

Memang terdapat perbezaan besar antara Maryam dan Halimah dari sisi kedudukannya, dan perbezaan serupa juga ada di antara dua bayi itu. Namun, jika martabat dan keunggulan peribadi Maryam menjadikannya memperolehi rahmat Ilahi, maka tidak mustahil kedudukan dan darjat si bayi Muhammad di kemudian hari menjadikan ibu susunya layak mendapat kurnia Allah.

Lebih jauh kita ketahui tentang Maryam dari Al-Quran. Kesucian dan kesolehannya telah mengangkatnya sedemikian rupa sehingga, “Setiap kali Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakaria berkata, ‘Dari mana kamu memperolehi (makanan) ini?’ Maryam menjawab, ‘makanan itu dari sisi Allah.”(Surah Ali Imran : 37)

Berdasarkan ini, tidak seharusnya kita ragu akan kebenaran mukjizat Nabi, apalagi menganggapnya mustahil.


Lima Tahun di Gurun
Nabi tinggal selama lima tahun bersama suku Bani Sa’ad dan tumbuh sihat. Selama itu, ada dua atau tiga kali Halimah membawanya menemui ibunya.

Kali pertama Halimah membawanya kepada ibunya adalah ketika masa menyusuinya selesai. Namun, Halimah mendesak Aminah untuk mengembalikan anaknya kepadanya. Alasannya, anak itu telah menjadi sumber kurnia dan rahmat baginya. Alasan ibunya mengabulkan permintaan Halimah adalah lantaran wabak penyakit sedang melanda Makkah waktu itu.

Kali kedua Halimah membawa Muhammad ke Makkah bertepatan dengan datangnya sekumpulan pendita dari Etiopia di Hijaz. Mereka melihat anak itu di kalangan suku Bani Sa’ad. Mereka mendapatkan bahawa semua tanda Nabi yang akan datang sesudah Nabi Isa, sebagaimana disebutkan dalam Kitab-kitab Suci, ada pada anak itu. Kerana itu, mereka memutuskan untuk menguasai anak itu bagaimanapun caranya, dan akan membawanya ke Ethiopia, supaya negeri itu memperolehi kehormatan mempunyai Nabi.

Sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran, tanda-tanda Nabi Muhammad telah diceritakan dalam Injil. Oleh itu, sangatlah wajar bila para pendita waktu itu dapat mengenali orang yang tanda-tandanya lengkap. Al-Quran mengatakan dalam kaitan ini. “Dan ingatlah ketika Isa Putera Maryam berkata, ‘Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, iaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (akan datangnya) seorang rasul sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad).’ Tapi tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang nyata, mereka berkata, ‘Ini adalah sihir yang nyata.”Suarh Ash-Shaf : 6.

Ada lagi ayat lain yang menunjukkan dengan jelas tanda-tanda Nabi Muhammad di dalam Kitab-Kitab Suci, dan orang-orang terdahulu mengetahui hal itu dalam Surah Al-A’raf : 157.

Feb 23, 2010

Keputusan Jawatankuasa Disiplin Perlu Di Taati - Nasharudin

Berikut adalah temuramah ringkas pihak ANN bersama YB Ust Nasharudin Mat Isa di KLIA sejurus sebelum beliau berangkat ke Doha, Qatar.


ANN : Selepas Jawatankuasa Disiplin PAS membuat keputusan dengan memberi amaran kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, YB Dato Dr. Hasan Ali dan menggantung jawatan parti selama 6 bulan kepada Yang DiPertua PAS Shah Alam, YB Khalid Samad, kedengaran suara-suara dikalangan blogger, ahli dan pimpinan PAS sendiri yang tidak berpuashati terhadap hukuman tersebut,lebih-lebih lagi dikalangan pengikut dan rakan-rakan YB Khalid Samad. Bagaimana YB melihat perkembangan tersebut?

YB Nasharudin : Selepas keputusan keluar masih terdapat respon-respon yang seolah-olah mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin tersebut. Saya ingin memberikan nasihat dan pandangan di sini. Pertamanya, keputusan jawatankuasa disiplin itu adalah keputusan yang dibuat secara kolektif oleh jawatankuasa bukan oleh individu, bukannya oleh pengerusi jawatankuasa disiplin dan sudah tentulah selepas menerima bahan-bahan bukti yang sewajarnya dan selepas mengadakan perbincangan dan juga selepas mengadakan soal jawab bersama mereka yang terlibat, keputusan tersebut telah dibuat.

Isunya saya lihat ada beberapa kenyataan termasuk kenyataan yang keluar daripada pimpinan Dewan Pemuda yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa pemuda yang mempertikaikan keputusan tersebut.

Ini adalah sebuah jamaah Islam, sebuah gerakan Islam, sebuah parti Islam yang mempunyai disiplinnya sendiri. Disiplin itu adalah disiplin untuk kita mentaati keputusan parti. Memang parti tidak pernah menyekat seseorang untuk memberikan pandangan, pendapat dan sebagainya, tetapi pandangan dan pendapat itu mestilah dalam kerangka jamaah itu sendiri, dalam kerangka Islam,dalam kerangka adab dan akhlak Islam.

Saya melihat mempertikaikan kenyataan/keputusan jawatankuasa disiplin ini adalah sedikit keterlaluan kerana saya sebutkan tadi keputusan itu dibuat secara kolektif dan bagi saya keputusan ini bukan sekadar perlu dihormati tetapi perlu ditaati keputusan tersebut kerana itu mewakili parti dan ianya telah dibuat dengan penilitian dengan bahan bukti dengan temubual dengan mereka yang berkenaan dan bukan sesuatu yang dihasilkan oleh individu-individu tertentu di dalam jawatankuasa tersebut.

Jadi disiplin ini adalah disiplin yang perlu kita fahamkan kepada seluruh ahli bahawa sebuah jamaah Islam, kita perlu akur kerana ianya bukan melanggar syarak tetapi cuba melaksanakan tuntutan syarak itu dan kalau terus menerus mempertikaikan keputusan-keputusan parti dan juga keputusan jawatankuasa disiplin ini akan menimbulkan suasana yang tidak sihat di dalam parti dan boleh membawa kepada keretakan yang akan memberikan kesan yang negative kepada parti kita.

Saranan saya adalah sepertimana juga yang telah disebut oleh Yang Berbahagia Setiausaha Agong dan pengerusi Jawatankuasa Disiplin. Sebagai Timbalan Presiden, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan peringatan kepada ahli-ahli kita bahawa keputusan parti dan dalam konteks ini yang diwakilkan kepada jawatankuasa disiplin, harus ditaati dan tidak perlu dibuat ulasan-ulasan yang boleh menimbulkan spekulasi yang berbagai tentang keadaan di dalam parti kita. Kalau ada permasalahan yang tidak puas hati, bawa ke dalam parti. Kita punya mekanisma tertentu di dalam parti yang boleh kita bangkitkan sesuatu isu ataupun menyelesaikan sesuatu isu bukan untuk dibawa urusan rumahtangga ini kepada media luar untuk diketahui oleh seluruh dunia.

Mungkin ramai orang yang pandai menulis, yang pandai berikan pandangan/pendapat, tetapi sekali lagi mestilah di dalam kerangka yang telah ditetapkan oleh parti sendiri.


ANN : Perlukah tindakan dikenakan terhadap ahli jawatankuasa dewan pemuda yang mengeluarkan kenyatan terbuka mempertikaikan keputusan jawatankuasa disiplin tersebut?



YB Nasharudin : Saya difahamkan Dewan Pemuda sudahpun membuat satu perbincangan khabarnya kebarangkalian tindakan yang diambil ke atas exco yang berkenaan. Bagi saya Dewan Pemuda harus firm disini, harus bertegas dalam konteks ini kerana ianya melibatkan keseluruhan dewan itu dan juga keseluruhan parti. Jadi, mereka harus bertegas untuk tindakan yang sewajarnya dikira perlu untuk diambil bagi memastikan ianya tidak menjadi satu kanser yang akan merebak di dalam parti.

Ordinan Darurat Dimansuhkan, Bukan Lagi Alasan Tolak Tuntutan Royalti - Husam

Anggota exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa berkata Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969, yang digunakan oleh kerajaan pusat sebagai alasan bagi menetapkan bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti, telah dimansuhkan pada 1979.

Oleh itu, katanya, ordinan berkenaan tidak boleh digunakan oleh kerajaan pusat dalam isu tuntutan royalti oleh keraaan Kelantan.

"Bagaimana kerajaan pusat boleh mengguna pakai ordinan yang telah dimansuhkan dan diiklankan dalam akhbar pada Ahad lalu," katanya kepada pemberita di sini hari ini bagi mengulas langkah kerajaan pusat menyiarkan iklan satu muka surat penuh di semua akhbar arus perdana berbahasa Melayu pada Ahad lepas bagi memberikan fakta sebenar mengenai kenapa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak.

Kerajaan Kelantan bertegas mahukan kerajaan pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ihsan walaupun mengikut peraturan, negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan sedangkan Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut.

Kerajaan pusat bersetuju memberi RM20 juta wang ihsan kepada penduduk Kelantan, yang merupakan bayaran pertama sebanyak lima peratus daripada hasil dua telaga minyak pada 2008, sama seperti yang termaktub di dalam perjanjian Akta Peroleum 1975, iaitu bayaran lima peratus daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada kerajaan negeri.

Husam juga berkata keputusan sama ada kes tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan akan dibawa ke mahkamah akan ditentukan minggu depan selepas exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri mendengar taklimat mengenai isu itu daripada bekas Peguam Negara, Tun Salleh Abas, pada Ahad ini. - BERNAMA

Feb 21, 2010

Pelajar Sekolah wajib sertai sukan tahun depan



Pelajar sekolah wajib sukan?
Bila lah nak insaf... umur dah lewat.
Ingatkan Pelajar sekolah wajib tutup aurat tahun depan...rupanya sukan yang diwajibkab.
Yang Allah perintah supaya diwajibkan tak dilaksanakan, sukan pulak yang wajibkan....tak apalah. Boleh ke Kementerian memastikan pelajar yang bersukan itu wajib menutup aurat?
Siapa nak tanggung dosa tu...dah tua-tua ni elok lah fikir macamana nak memastikan pelajar menurut syariat Allah. Kuasa yang ada disalah gunakan...Allah perintah wajibkan menutup aurat, ni tak pasal pasal mewajibkan sukan...

Apa nak jadi pemimpin Malaysia 1 ni..

Terminal Bas Kuala Berang belum dibaikipulih.


Gambar semasa kejadian runtuh 21.12.2009

Gambar diambil 21 2.2010


Terminal Bas di Pekan Kuala Berang yang runtuh pada 21 Disember 2009 belum lagi dibaikpulih. Tinjauan ketapak kejadian mendapati tiada seorang pun pekerja ditapak itu.

Menteri Besar Mat Said sebelum ini menegaskan bahawa tiada kompromi dengan kontraktor yang tidak menjalankan sesuatu projek speksifikasi yang telah ditetapkan.

Projek Terminal Bas Kuala Berang ini adalah milik Majlis Daerah Hulu Terengganu(MDHT) sehingga ini belum dapat disahkan samada kontraktor lama telah ditamatkan kontreknya dalam projek tersebut.

Arkitek projek ini adalah SAM Arkitek Perunding, juruteranya adalah MNA Consultant Sdn Bhd, juruukur bahan adalah Contract Management Consultant dan kontraktornya adalah Gemilang Mega Sdn Bhd.

Syarikat Gemilang Mega Sdn ada milik anak tempatan Kuala Berang dan dibayangi oleh ahli politik tempatan.( Adun Kuala Berang)

Pekan Pulau Condong Terbakar


MACHANG – Sebahagian pekan Pulai Chondong di sini musnah dijilat api dalam kebakaran besar di pekan itu malam kelmarin.

Kebakaran membabitkan 20 unit rumah kedai dua tingkat melibatkan kerugian mencecah RM1 juta.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Antara yang musnah dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu ialah kedai emas, kedai kek, kedai telekomunikasi dan kedai gigi palsu.

Menurut salah seorang mangsa, Mohd. Faizal Che Musa, 32, beliau menyedari kejadian ketika pulang dari majlis kenduri di kampung isterinya tidak jauh dari situ.

Feb 19, 2010

Transkrip penuh interview stesen TV Astro Awani.

Utusan Malaysia Bohong dan Maksiat.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia telah mengambil kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam konteks yang salah ketika menyiarkan berita bertajuk "Umno mula alami perubahan yang baik - Hadi" dalam keluarannya semalam, 18 Februari.Jelas ia semacam bertujuan untuk melagakan Abdul Hadi dengan para pemimpin PAS yang lain kononnya Abdul Hadi bersedia untuk bekerjasama dengan Umno termasuk dalam isu perkongsian kuasa dan kerajaan perpaduan.Jelas, apa yang dimaksudkan oleh Abdul Hadi adalah berbeza.Berikut adalah kandungan penuh wawancara yang disiarkan dalam akhbar Harakah pada bil 1514, 15-18 Februari 2010.

S: Datuk Seri, boleh perjelaskan sedikit apa yang dikatakan percanggahan pendapat antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dengan Presiden PAS dalam isu perbincangan PAS dengan Umno?
J: Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Dato’ Nik Abdul Aziz dan tidak ada pemisahan antara agama dengan cara hidup dalam Islam. Agama dengan politik dengan sosial dan sebagainya. Apa sahaja masalah dalam dunia ada kaitan dengan agama. Di mana, Tuan Guru Nik Aziz bercakap dalam konteks ‘ad-deen’ (agama dengan cara yang menyeluruh) dan saya mungkin menyentuh aspek-aspek tertentu. Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Guru Nik Aziz.

S: Ini bermakna, apa yang diperkatakan orang tentang berlaku percanggahan itu jauh sekali berlakunya?
J: Tidak…kita mesti memahami agama mengikut definisi Islam dari perkataan ‘ad-deen’ yang disebut al-Quran oleh Tuhan. Berbeza dengan agama yang diterjemahkan ‘religion’ dalam bahasa Inggeris atau agama dalam bahasa ‘Sanskrit’. Di mana, Islam adalah ‘ad-deen’ bukan sahaja agama, bukan sahaja ‘relegent’ termasuk di dalamnya cara hidup ‘way of life’ yang termasuk di dalamnya politik, ekonomi, sosial dan segala perkara yang berkait dalam urusan kehidupan manusia secara individu dan masyarakat, secara bangsa dan antarabangsa, secara globalisasi. Berkait dengan segala aspek yang menjadi tanggungjawab manusia di atas muka bumi ini. Apa yang disebut oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz ialah tentang surat yang dihantar kepada Perdana Menteri. Surat itu menyatakan PAS sedia berbincang dengan Umno dalam aspek Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini sebagai satu penyelesaian cara hidup bagi negara kita. Setelah kita melihat kegagalan-kegagalan yang dialami dalam negara kita talu-bertalu. Kita mengalami masalah politik yang belum selesai. Masalah ekonomi, masalah sosial yang makin hari makin parah. Sepatutnya, dibincang apakah penyelesaiannya. PAS boleh mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian secara Islam. Dalam hal ini, kita mengambil sikap yang terbuka dan boleh berbincang dengan semua pihak termasuk dengan kerajaan sendiri. PAS pernah melibatkan diri dengan forum Islam. Bukan sahaja melalui Parlimen, melalui Dewan Undangan Negeri (Dun). Bahkan, PAS pernah menyertai Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen). PAS pernah menyertai apa sahaja forum secara khusus yang diatur oleh kerajaan. Termasuklah yang terkini dalam isu kalimah Allah. Di mana, PAS telah menghantar wakil dalam perbincangan dengan IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) dan kita mengemukakan pandangan kita sebagaimana dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama’-ulama’ dalam kitab yang banyak yang dikarang oleh mereka.

S: Tuan Guru, adakah kaedah bagi penyatuan tersebut kerana isu perbincangan antara Umno-PAS telah lama tetapi tidak pernah menjadi kenyataan?
J: Masalah penyatuan ini kita hendaklah faham. Di sana ada perkara yang manusia wajib bersatu, ada perkara yang harus bersatu dan ada perkara yang haram bersatu dan tidak boleh bersatu sampai bila-bila. Perkara yang haram bersatu antara benar dan salah, adil dan zalim, antara haram dan halal, antara iman dan kufur, antara Islam dan jahiliah. Perkara yang principal, perkara yang konsep, yang diputuskan oleh al-Quran, yang ada nas. Di mana, dalam hal ini tidak boleh disatukan sama sekali antara perbezaan yang berlaku dengan manusia. Ini tidak boleh kita satu, perkara yang ‘tabie’, perkara yang naluri. Dan di sana, ada perkara yang boleh disatukan. Perkara yang menjadi kepentingan bersama, yang menjadi tujuan bersama, keadilan untuk semua. Hak kebaikan untuk semua, menolak keburukan untuk semua. Walau pun persepsinya berbeza itu boleh dibincangkan. Perkara yang boleh disatukan ada, perkara yang boleh diraikan antara satu sama lain, tolak ansur itu ada dan ini perlu dilihat. Kita tidak boleh melihat secara menyeluruh sebagai satu prinsip yang beku, yang jumud, yang tidak boleh rungkai. Oleh sebab itu, PAS bersdia untuk mengadakan perbincangan dalam perkara yang boleh dirungkai, yang boleh diselesaikan secara ‘ijtihad’, secara kebijaksanaan yang berpandukan kepada prinsip-prinsip ‘fleksibel’ yang ada dalam al-Quran, yang diajar oleh Nabi kita Muhamad SAW.

S: Dahulunya, PAS pernah kata Umno kafir. Dalam isu penyatuan ini macam mana hendak betulkan keadannya?
J: Kita (PAS) tidak pernah menentukan si anu bin si anu kafir. Kita (PAS) menyataka batas-batas iman dan kufur. Saya sendiri mengarang sebuah buku tentang Aqidah Muslim. Dan Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kitab Mustika Hadis. Jilid yang pertama yang menyatakan batas-batas Iman dan Kufur. Di sana, ada dinyatakan ada perkara-perkara yang boleh membatalkan iman seseorang, yang membatalkan Islam seseorang dan mungkin mereka yang melakukan secara jahil adalah berdosa. Dan kita (PAS) tidak boleh menentukan siapa-siapa jadi kafir melainkan melalui Badan Kehakiman secara Islam yang sah. Dalam Islam ada hukum dan undang-undang orang yang murtad. Dengan sebab itulah, mesti melalui Badan Kehakiman Islam yang kita (umat Islam) kena faham. Apa yang kita (PAS) sampaikan adalah secara ilmu. Kita (PAS) tidak menafikan ada di kalangan masyarakat kita yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, yang menghina hukum hudud, yang menghina hukum qisas. Dan ada di kalangan pemimpin kerajaan yang tidak perlu saya sebut namanya yang mengatakan sekiranya dilaksanakan hukum hudud akan jadi huru-hara. Jika laksanakan hukum Islam ramai orang Islam yang kudung (potong tangan). Ini hukum yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran. Mungkin mereka mengatakan demikian kerana jahil dan jika kerana jahil dia berdosa kerana tidak belajar. Tetapi, jika dia kata dengan pengetahuan dia, dengan tahu dia sebagai seorang Islam dan tiba-tiba dia menafikan hukum Allah. Ini boleh merosakkan aqidah (Islam) dia. Dan menjadi tanggungjawab kitalah (PAS) menyampaikan. Alhamdulillah, kita (PAS) telah berjaya menyampaikan mesej kita (Islam) sehingga hari ini Umno tidak boleh mendedahkan kesilapan kita dalam masalah ini. Apa yang berlaku ialah anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku. Dan tidak lagi menghina hukum-hukum Islam, tidak ada lagi budaya dalam Umno. Ini kejayaan yang dapat kita (PAS) laksanakan. Ini kejayaan dakwah yang kita (PAS) sampaikan bagi menyedarkan umat kita, bangsa kita dalam perkara (batas iman dan kufur) ini. Sepatutnya, kita tidak boleh bertelingkah dalam masalah ini dan PAS sendiri pernah minta diadakan muzakarah secara ilmu. Dalam PAS ada Majlis Syura Ulama’ PAS dan dalam Umno ada Biro Agama Umno. Dan kerajaan sendiri mempunyai Majlis Fatwa, ada mufti-mufti dalam kerajaan, ada IKIM ada macam-macam. Jika dalam Umno ada mereka yang membawa ijazah Phd dalam bidang Islam. Dalam PAS juga ada dan dengan sebab itu perbincangan secara ilmu adalah penting. Walau pun demikian, saya melihat telah berlaku anjakan paradigma dalam Umno tidak lagi mengatakan agama berpisah dari politik. Ini satu perubahan yang positif dan apa yang penting kita terjemahkan secara praktikal dan dilaksanakan dengan cara yang baik. Antaranya, sekurang-kurangnya memberi ruang kepada negeri-negeri yang dipimpin oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Tidak ada gangguan-gangguan dari segi semangat federalisma. Apa yang berlaku ialah mereka (Umno-BN) telah melanggar semangat dan konsep federalisma yang diamalkan, tidak menghormati keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) termasuk pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Bila pakatan Rakyat telah menubuhkan kerajaan, mereka (Umno-BN) mesti menghormati keputusan ini tetapi seolah-olah tidak berlaku penghormatan terhadap keputusan ini. Ini suatu hal yang lain dari prinsip Islam. Dengan sebab itu, perbincangan Islam secara ‘usuli’ secara asas perlu antara PAS dengan Umno yang merupakan ada di kalangan Islam disemua pihak. Jadi perbincangan secara ilmu sangat penting. Dan PAS telah meneroka, apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menjemput kami (PAS) menghadiri perjumpaan dengan IKIM dan saya sendiri hadir dalam majlis itu bersama dengan wakil PAS dalam persidangan itu dan kita (PAS) telah mengemukakan pandangan- pandangan kita (PAS). Ini suatu perkembangan yang sangat positif dan kita (PAS) bersedia untuk hadir jika dibuka ruang untuk kita (PAS) menghadirinya.

Feb 18, 2010

Payahnya Nak makan Jagung Kuala Berang


Sebelum ini saya telah menulis tentang rupanya jagung yang dijual di kampung Gaong Kuala Berang itu adalah rupanya jagung luar yang dibawa masuk.Walupun dimasa yang sama exco Rozi mamat bergegar-gegar disemua tempat kononnya jagung Kuala Berang nak dijual Ke Amerika Syarikat. Puihhhhh, cakap tak serupa bikin, cakap tapi tak buat.


Beberapa hari lepas sekali lagi saya menjenguk deretan bangsal jagung di Kg Gaong Kuala Berang untuk membeli sedikit jagung sebagai bekalan makanan kepada seseorang sedang berada di Hopital Sultanah Nur Zahirah. Isk teruk tak ada jagung, mana pergi semua jagung tu? atau memang semua dah dihantar ke Amerika Syarikat? Kalau gini payahlah YB orang2 Hulu nak makan Jagung, hasil pertanian dalam negeri pun tak seberapa dok sibuk nak hantar Amerika. Apa dah jadi ni YB. Inilah tahap exco yang telah mengambil Tukang Kebun sekolah sebagai penasihat. Lagak Tukang Kebun sekolah tu pulak melebihi YB tu sendiri. Itu lah umno.


tulisan yang berkaitan :

Utusan terus membelit Kenyataan Tok Guru.

Utusan, utusan ......bila nak taubat? dah banyak sangat buat kerja jahat dan maksiat.
Siar keputusan toto dan 4 nombor tak jahat ke , tak maksiat ke? Jahat lah tu sebab subahat dengan perjudian. Dimasa yang sama pula buka kolum untuk agama. Itu lah Utusan malaysia yang hari ini telah mendakwa Presiden PAS menyatakan umno telah berubah .



Utusan cuba mengelirukan pembaca dalam bab ini, Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh Tuan Guru adalah Umno sudah mula sedar dan insaf kalau selama ini mereka menghina hukum hudud dan mendakwa politik suku agama suku, selepas disedarkan oleh penceramah PAS dan kuliah PAS perkataan sedemikian sudah tidak kedengaran lagi keluar dari mulut umno. Ini merupakan kesan dari dakwah yang disampaikan oleh PAS.

Mari sama sama kita hayati klip video wawancara penuh antara Tok Guru dan Stn TV Astro Awani ( klip ini dipetik dari laman http://trgkini.blogspot.com/)

Dengar betul-betul dan faham betul-betul :

Bahagian 1

Bahagian 2


Seni Budaya Bangsa ?

Poster dikir barat, wanita tidak menutup aurat, main di Felda Bukit Bading, Dun Ajil.
" Majulah seni Budaya Bangsa" - Budaya bangsa ? bangsa melayu? Tidak tutup aurat, bergelek-gelek dan bergolek-golek atas pentas. Adun Ajil hadir tak? Tanya Adun Ajil betulkah ini budaya kita? budaya melayu? Kalau bukan budaya kita " Majulah seni Budaya Bangsa " tu untuk bangsa mana?

Soalan tambahan : sanggupkah anda mengizinkan isteri anda atau anak perempuan menjadi Tukang karut atau penyanyi solo kepada pesta dikir barat itu? Tanya YB rosol ? tanya YB Md Noor@ Liyas. Tanya diri, tanya iman, hubungkan kedua-duanya.

Inikah seni budaya bangsa kita?

Rozi mamat mabuk Ubi Gadong




Ubi Gadong kalau tak diurus dengan betul ianya bisa memabukkan.
Kerajaan negeri dibawah UDM dan JK Pertanian telah melancarkan kempen tanam ubi Gadong, sejauh mana projek itu menghabis kan duit dan sejauh mana kejayaannya tidaklah diketahui sebab selepas pelancaran tempohari tiada lagi khabar berita tentang ubi gadong.




Mungkin akibat tersilap mengurus ubi Gadong menyebabkan timbalan ketua umno Hulu Terengganu sudah menjadi mabuk gadong ketika mengulas tentang keretakan parti parti kompenan PR.Beliau menuduh kononya keegoan pemimpin PR yang tidak mendengar ahli bawahan penyebab kepada berlaku keluar parti dan krisis yang berterusan.




Rozi Mamat mabuk Gadong, dia mesti lihat kedalam, krisis umno Hulu Terengganu yang melarat-larat sehinggakan kepada umno cawangan dan JKKKK itu sendiri. Pergolakan JKKK di beberapa kampung di Hulu Terengganu sepatutnya ternampak oleh Rozi sebab itu bukan kuman di seberang tetapi gajah didepan mata.

Pertelagahan antara berliau bersama Ketua bahagian dengan puak ahli Parlimen, Adun K.Berang dan Adun Ajil. Rozi Mamat mabuk gadong, acu lihat , mesyaurat Pembangunan daerah, bila Rozi pergi siapa yang tak pergi>? Kalau Adun Ajil dan Adun Kuala Berang hadir, siapa pulak yang tak hadir? mereka silih berganti dan tidak bersedia untuk duduk bersama dalam satu majlis. Sehinggakan Pejabat Dun Kuala Berang dihalau macam anjing kurap, malahan lebih dasyat dari lakonan budak tadika kena halau di zaman PAS.

Siapa yang halau pejabat Adun Kuala Berang? pembangkang kah? PR kah? Rozi Mabuk ubi gadong. Macamana Rozi tak mabuk gadong kalaulah hanya tukang kebun sekolah yang menjadi penasihat kepada beliau.

Bukan Sekadar Tukar MB

Salam satu Islam, Islam Untuk semua.

Lewat hari-hari berlalu, laman ini tidak disentuh. Berulang-alik Kuala Terengganu membuatkan masa menjadi terlalu mahal untuk mengetuk butang-butang keyboard.

Beberapa hari berulang -alik ke Hospital Nor Zahirah, Kuala Terengganu mendapat beberapa info terbaru kedudukan index politik negeri Terengganu. Patutlah orang bandar dan pinggir sangat matang berpolitik, mereka mendapat info terkini terpantas.

Info kononya (asal) seorang isteri YB membeli berpuloh-puloh pasang sutera sebagai persiapan bakal dinobatkan sebagai wanita Pertama Terengganu rupanya bukan konon lagi, berita dan khabar ini sudah hampir 95% ketepatan, 5% lagi cuma tidak melihat sutera itu sendiri.

Isteri YB Manakah yang bertindak demikian, saya tidak bercadang untuk mendedahkannya, anda semua sepatutnya boleh mengagak dan membuat telahan. YB terlalu banyak menyerang AHmad Said dalam sidang Dun baru-baru ini.

Walaupun ada perkhabaran menyatakan 7 orang budak hitam telah berpaling tadah untuk bersama Ahmad Said, namun yang pasti dan dilihat sah berpaling tadah adalah Mohamad Ramli Noh.(Sebab anak dia menangis bila tahu Mat Said nak jual sekolah).

Ramli Noh sebenarnya dijanjikan jawatan exco agama dan penerangan bagi menggantikan tempat Kazan che Mat. Ramli pun percaya dan mengharapkan lah.

Ahmad Said nampak sedikit sukar sekarang, beliau masih ragu-ragu untuk membuat rombakan exco kerana kedudukan beliau sendiri diketahui sangat tidak stabil. Budak-budak nakal sedang giat menjolok -jolok buah di Putrajaya, silap-silap boleh jadi jatuh buah tersebut walaupun belum masak.Sementara di Muara sungai Terengganu bekas SUK terus menjalankan aktivitinya kesana-sini bagi memastikan beliau kembali semua ke Wisma Darul Iman Mac nanti.

Dalam kesebukan Umno/bn berkira-kira nak tukar MB, PAS Terengganu pula sudah bersiap-siap untuk menukar kerajaan. Itulah satu pandangan dari seorang pemimpin kanan PAS yang ditemui oleh kami sekeluarga semasa HNZ beberapa hari lalu. Itu harapan dan pengharapan rakyat kepada PAS supaya kembali meneruskan kebajikan kepada rakyat Darul Iman yang terganggu dan terputus selepas 2004.

Kalau benarlah demikian, PAS bukan sekadar mengharap atau semacam mahukan kembali menerajui kerajaan Terengganu, tetapi PAS mesti bergerak ke arah itu.
Tidak mahu lagi mendengar " cakap macam nak, perbuatan macam tak nak"

Jangan robohkan doktrin wala' taat dan thiqah dalam PAS

Oleh ; Ustaz Idis Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.



Wala’, taat, thiqah adalah kalimah yang begitu popular dalam gerakan Islam seperti Pas. Doktrin inilah yang menjadikan asas dan tiang kepada perjuangan Pas sehingga mampu bertahan sampai hari ini.

Setiap ahli Pas sudah berbai’ah ketika mengisi borang ahli Pas. Walaupun ada pemimpin yang cabut lari, ahli tetap bersama dengan roda putaran Pas. Mereka tetap dengan Pas, kerana mereka taat selagi pemimpin tidak menyelewing dengan menyertai pihak musuh.

Mereka sudah diajar oleh baginda nabi SAW ketika melakukan Baiat al-Aqabah yang terkenal sebelum baginda berhijrah. Rasulullah s.a.w bersabda Maksudnya,

“Berbaiahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di atas cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di masa susah dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah swt tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, dan kamu berbaiah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu, jadi untuk kamu ialah balasan syurga”.

Hebat macam mana seorang pemimpin kalau ia telah keluar dari Pas ia tidak akan ditaati. Contoh yang boleh kita lihat Datuk Asri haji Muda orang yang hebat ketika itu dengan kelicikan berpolitik dan seorang pidato yang ulung di negara ini. Tetapi apabila beliau keluar daripada Pas maka ia menjadi melukut di tepi gantang.

Apakah kita hendak kata bodoh kepada ahli Pas yang wala’ kepada arahan pimpinan apabila calon yang bertanding di kawasan itu bukan calon Pas. Walaupun peringkat jentera parti bermatian mahu calon Pas yang bertanding. Tetapi kepimpinan tetap juga hendak meletakkan calon di kalangan rakan Pakatan Rakyat (dulunya Barisan Alternatif).

Walaupun peringkat akar umbi tahu bahawa kekuatan jentera dan ahli di tangan Pas. Tetapi apabila keputusan sudah dibuat maka ia dipatuhi oleh ahli Pas. Mereka bertungkus lumus untuk memastikan calon rakan menang. Semuanya ini adalah contoh wala dan thiqah kepada pemimpin.

Dalam berjamaah mana ada keputusan yang diputuskan oleh jamaah semuanya ahli bersetuju. Kalau hendak tunggu semuanya bersetuju maka tidak akan bertemu keputusan.

Sama seperti dalam syarikat mana ada keputusan yang 100% di setujui oleh ahli mesyuarat. Hatta di zaman nabi SAW pun apabila keputusan diputuskan oleh nabi SAW ada yang tidak berpuas hati contohnya, peristiwa pembahagian ghanimah selepas daripada peperangan Hunaian.

Rasulullah saw telah berkenan untuk menyerahkan ghanimah kepada orang Quraisy yang baru memeluk Islam. Tindakan ini telah menyebabkan kaum Ansar kurang senang dan ada antara mereka mengatakan;

“Semoga Allah mengampuni Rasul-Nya, dia memberi Quraisy dan membiarkan kita padahal pedang-pedang kita masih menitiskan darah mereka”

Rasulullah saw mendengar berita tersebut dan baginda mengumpul kaum Ansar dan bersabda;

“Hai kaum Ansar, aku telah mendengar perkataan kamu! Bukankah ketika aku datang kamu masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah kepada kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu saling bermusuhan kemudian Allah menyatukan hati kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu masih hidup menderita kemudian Allah mencukupkan kamu dengan perantaraan aku?”

Setiap kali Rasulullah saw bertanya, mereka menjawab,

“Benar! Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih pemurah dan utama”.

Rasulullah saw meneruskan,

“Hai kaum Ansar, apakah kerana kamu marah kerana tidak menerima sampah dunia yang tiada nilainya? Dengan “sampah” itu aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja memeluk Islam sedangkan kamu semua telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kamu tidak puas melihat orang membawa pulang kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah saw? Demi Allah, apa yang kamu bawa pulang adalah lebih baik dari apa yang mereka bawa.”

Ini berlaku di zaman nabi SAW yang masih menjadi contoh yang hjidup pada ketika itu. Maka apalah sangat di zaman kini yang semakin jauih daripada contoh nabi SAW.

Kerana itulah perjuangan Pas memastikan keimanan sentiasa menjadi tulang belakang dalam perjuangan Pas yang dapat membentuk jiwa dan roh yang hidup dengan sinar islam. Kerana dalam perjuangan yang panjang dan jauh pasti akan hanya mendatangkan keletihan bagi jiwa-jiwa yang tidur dan lemah, kosong daripada nilai keimanan.

Namun diyakini, jiwa yang hidup dan tersinar darinya pancaran Islam yang tidak putus pasti akan dapat mendatangkan kekuatan yang akan memastikan setiap ahli itu akan terus berada di dalam jalan juang yang panjang dan jauh ini. Dalam medan pertempuran kita menghadapi musuh, kita memerlukan persiapan dari pelbagai segi: bilangan yang cukup, keperluan yang lengkap dan kesediaan fizikal yang mantap. Namun jangan kita lupa akan persiapan dasar yang paling utama iaitu ketaqwaan dan keimanan.

Maka jangan kita abaikan bekalan paling utama dalam perjuangan kita iaitu tarbiyah ketuhanan. Kerana ini adalah pendorong yang dijanjikan jaminan kejayaan oleh Allah sebagaimana firmannya:

“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan” (An-Nahl:128)

“Katakanlah: Semuanya (datang) adalah dari sisi Allah” (An-Nisaa:78)

Kalau pemimpin tidak ikhlas mereka akan lari, kerana Pas bukan sesuai untuk orang jahat. Jangan pula kita menuduh bahawa wala’ , thiqah ini candu dalam Pas untuk membolehkan pemimpin melalikan pengikut.

Ini satu tuduhan yang berat. Perlu disedari kebanyakan ahli Pas ini mereka juga pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin di peringkat cawangan atau lajnah Kalau kita tidak taat nanti orang pula tidak taat kepada kita, akhirnya yang hancur ialah Pas, yang ketawa ialah umno BN Walaupun kita marah kepada pemimpin tetapi jangan kita merobohkan “Intitusi” wala’ taat dan thiqah.

Kita boleh melahirkan rasa tidak puas hati kepada jamaah di majlis yang sepatutnya, tetapi bukan dalam blog. Menceritakan keaiban parti dalam blog sama seperti mendedahkan keaiban suami isteri kepada musuh dan musuh akan adu domba supaya ia menceraikan isteri dan dia akan berkahwin dengan bekas jandanya.

Faedah Taat, wala’ dan thiqah -Ahli dapat menunai tugas mengikut arahan parti supaya tidak menyalahi strategi parti

* Pas mampu mengerahkan ahli untuk turun demo yang besar seperti BERSIH, Mansuh ISA, PPSMI
* Pas mampu mengerahkan tenaga dalam setiap kali pilihanraya tanpa diupah -Supaya tidak timbul jamaah dalam jamaah.
* Dapat bertindak secara jama’i bukan individu. -Supaya kesannya terasa kepada jamaah dan masyarakat kerana ia dilakukan oleh parti.
* Seandainya berlaku kegagalan ia tanggung oleh jamaah bukan oleh individu.
* Dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang keterlaluan, ada orang yang lambat dan ada yang sederhana.

Sejarah membuktikan mereka tidak taat, wala’ dan thiqah kepada jamaah akhirnya menyertai umno. Teringatkah kita tokoh-tokoh seperti ustaz Mohd Nor Idris, ustaz Mustafa Taib, Wan Ismail Machang yang lantang mengkritik Pas dan pemimpin kerana bertahalluf dengan Parti Semangat 46 kerana parti ini adalah warisan umno. Akhirnya mereka bersama dengan umno apabila Pas berpisah dengan parti Semangat 46.

Adakah mampu Pas untuk melakukan demikian kalau kita cuba memusnahkan “institusi doktrin” yang sudah lama dibina. Umno gagal meroboh daripada luar, jangan pula kita sendiri yang hendak membantu merobohkan. Umno gagal hendak membina doktrin ini, mereka hanya boleh hidup dan bernafas dengan wang dan kuasa sahaja. Umno tidak ada wala’, taat dan thiqah, tetapi Pas ada perkara ini.

Feb 14, 2010

Tender Tidak Lulus Punca Zahrain Keluar Parti

Sungguh memalukan -


Zahrain Tewas dengan diri dan menyerahkan Bendera Keadilan
untuk angkat bendera putih?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar daripada PKR sebagai menjaga kepentingan individu dan peribadi.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, keretakan antara beliau dan Anggota Parlimen Bayan Baru itu berpunca apabila Zahrain gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort.

Katanya, beliau tidak meluluskan tender tersebut kerana syarikat yang disokong kuat oleh Zahrain baru sahaja ditubuhkan dua bulan sebelum tender projek dikeluarkan iaitu pada akhir September 2008.

"Saya rasa punca utama beliau letak jawatan ialah gagal dapat projek itu. Adakah saya diktator jika saya tidak beri kelulusan tender berjuta-juta itu kepada syarikat 'dua ringgit' itu?," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menegaskan bahawa syarikat berkenaan baru sahaja ditubuhkan dan menyebabkan beliau tidak yakin dengan keupayaan syarikat untuk mengendalikan projek yang bernilai lebih RM40 juta itu.

"Saya rasa Zahrain masih lagi geram kerana saya tidak luluskan tender tersebut pada syarikat dua ringgit itu dan punca beliau keluar parti dengan mengatakan saya seorang diktator," katanya.

Selain itu, Lim juga mempersoalkan tindakan Zahrain meletak kesemua jawatannya dalam parti, tetapi tidak sebagai Pengerusi dan Anggota Lembaga Pengarah Island Golf Properties Sdn Bhd sedangkan jawatan itu dilantik oleh kepimpinan parti dalam pakatan pembangkang.

Semalam, Zahrain mengumumkan keluar daripada PKR kerana kecewa dengan perjuangan parti itu dan hilang kepercayaan terhadap penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, beliau yang mengisytiharkan dirinya sebagai Anggota Parlimen Bebas, berkata keputusan itu dibuat kerana tidak yakin dengan kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang pimpinan Lim yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis.

Takziah Buat Keluarga Tok Guru.


Al-fatehah untuk Hajah Aishah Awang adik kepada Presiden PAS yang meninggal dunia di hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.

Beliau yang mengalami penyakit buah pinggang, kencing manis dan jantung sejak beberapa tahun lalu sering berulang-alik ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan susulan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berada di sisi adindanya itu ketika menghembuskan nafas terakhir.

Semasa hayat, allahyarhamuha pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu [1989-1991] dan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.

Jenazah beliau telah disemadikan di Tanah Perkuburan Rusila, selepas solat jenazah oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sendiri dan turut disertai Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau masih mampu hadir ke Konvensyen Muslimat PAS Terengganu minggu lepas walaupun kelihatan sangat uzur.
Sumber foto : trgkini

Feb 11, 2010

Terengganu Bakal dapat MB baru Mac ini?

Satu sumber dari blog yang pro umno Terengganu memaklumkan bahawa bekas (?) SUK yang masih bercuti sehingga 15 April ini sedang menjaja kononnya MB Terengganu akan bertukar lagi pada Mac ini.

Menurut sumber tersebut, sudah ada seorang isteri kepada YB ( MB Menanti) telah membeli berpuloh-puloh pasang kain sutera sebagai persiapan untuk ditabalkan sebagai Isteri kepada MB baru Terengganu.

Kesahihan berita ini tidak dapat dipastikan, namun pergolakkan kali ini melibatkan SUK yang diminta bersara awal. Bekas SUK ini dikatakan begitu yakin bahawa PM akan membuat rombakan kabinet dan akan membuat perubahan kepada pimpinan Kerajaan Terengganu. Oleh kerana mac ini merupakan masih dalam edah cuti bagi SUK yang bersara awal itu dan beliau dengan penuh keyakinan mendakwa beliau akan dilantik semula sebagai SUK dan pesaraan awal beliau yang bermula 16. April ini akan ditarik balik.

Sama-sama lah kita tunggu Mac ini samada dakwaan bekas SUK ini benar atau ianya sekadar angan-angan beliau sahaja. Begitupun politik umno/BN umno Terengganu terus bergelora dan bergelombang .

NILAI SEBUAH KUASA : Menghabiskan Khazanah Negeri

(Dikirim melalui email)

TERENGGANU terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya dengan hasil mahsulnya,termasuk petroleum,balak,emas,bijih besi(suatu ketika dulu) dan tidak kurang pula kaya dengan produk pelancongannya.WALHASILNYA daripada yang kaya-kaya itu balak pula yang menjadi modal cepat kaya bagi orang selama ini berangan-angan mahu celebrate kehidupan ini bagaikan 'orang kaya gila',bagaikan selebriti Hollywood dan Bollywood,berbelanja dan menonjolkan kehidupan sementara bagaikan billionair dunia,Bill Gate,Sultan Hassanal Bolkiah,Warren Buffett,Roman Abramovich,Raja-Raja Arab ataupun setidak-tidaknya gaya Tiger Woods.


ITULAH GAMBARAN HIDUP ATAU PERASAN HIDUPBILLIONAIR BALAK TERENGGANU SEKARANG.
Apakan tidak kalau DULU memandu Proton Saga Iswara ataupun habis kuat Mercedes Benz E230(Recond) KINI bergaya dalam Mercedes Benz CLS 350,BMW dan segala macam kereta mewah versi terbaru tahun 2009,2010 ataupun mungkin dah berangan-angan untuk booking terus kereta model 2020 akan datang.Itulah kekayaan hasil durian runtuh bermodelkan syarikat RM2,sekeping dua kertas permohonan ke Pejabat MB dan selepas itu air liur jaminan MB Terengganu akan terus kekal di dalam tangan Ahmad Said sekurang-kurang bagi sepanjang penggal ini.


MAKA ramailah bekas-bekas wakil rakyat ataupun ahli-ahli Mubarak 'menete'(approach)Ahmad Said memberi 'sokongan' sambil menyalahkan kepimpinan terdahulu(modal biasa dan tindakan yang sama bila 'MB baru ditabalkan'.Kalau semasa Wan Mokhtar menyalahkan Ibrahim Fikri,semasa Idris menyalahkan Wan Mokhtar,semasa Ahmad Said menyalahkan Idris,dan selepas ini siapa pula....?).Setengah tu semasa Wan Mokhtar dialah membaham segalanya,semasa Idris dialah yang merongkol(lebihkurang samalah dengan baham)semuanya,dan semasa Ahmad Said,bukan sahaja dia terus menikmati apa yang tak akan habis-habis tujuh keturunan menikmati kekayaan yang dibolot semasa menjadi exco di zaman Wan Mokhtar,ditambah pula kekayaan baru termasuk kapal-kapal laut yang menghantar bekalan ke pelantar minyak yang diMBO selain daripada menjadi ALP dalam anak sykt Kerajaan Negeri seperti TDM Bhd dll semasa zaman Idris,malah kini menerajui sykt apa nama Dasar Bahagia menikmati hasil balak beribu-ribu ekar.Ada pula ahli Mubarak yang' dicampak' projek runding terus bagi menutup mulut supaya jangan terus-menerus cerita kelemahan kepimpinan.Setengah Mubarak pula diberi jawatan ALP sykt tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur biarpun latarbelakang hanya guru sekolah darjah 6 yang tidak tahu langsung berbahasa Inggeris(barangkali minit mesyuarat syarikatpun suruh anak terjemah)perlu menghadiri mesyuarat syarikat yang dijalankan dalam Bahasa Inggeris.Biarlah apa sahaja lagipun syarikat bukan syarikat aku,kalau mampus atau gulung tikarpun bukan aku yang mampus atau gulung tikar.APAPUN YANG PENTING MEREKA AKAN COVER AKU.Kalau siapa sahaja cerita pasal aku,pastikan mereka akan kata aku kuat dan ramai sokongan.


SIAPA YANG DIFIKIRKAN DAN DIRASAKAN RAPAT DENGAN ISTANA?
Mereka mesti diberi balak.Hatta kalau selama ini hanya menjarah rumah ke rumah mengajar anak orang mengaji Quran perlu ubah imej menjadi jutawan balak.Kalau selama ini hanya tahu jaga kuda,perlu ubah imej menjadi jutawan balak.Pada masa yang sama,orang kanan akupun mesti menjadi multi millionaire balak.


SIAPA DIFIKIRKAN RAPAT DENGAN PM?
Opps orang yang ada kaitan dengan bekas PMpun penting juga.Kita kena bagi balak air.Kalau orang yang kita fikir kanan dengan PM sekarang?Perlu juga diberi balak.Ehhh.........kalau fikir pasal balak ni tak pernah habis ceritanya.Semua mahu balak.Betul lah pesan orang tua-tua, "balak ni, bunag 'k' jadi bala!!!!!!!"Tengok apa yang berlaku di Kelantan.Kerajaan Negeri diperintah Mahkamah bayar RM800 juta kepada Sykt Timberlane.Kes yang sama dihadapi oleh Kerajaan Terengganu sekarang di mana Sykt Riya Padu Holdings menyaman Kerajaan Negeri dan menuntut RM1 billion.Aaah..pedulikan tuntutan berapa banyak?Kalau kena bayarpun bukan duit aku!!!Aku tetap jadi MB asalkan orang boleh cerita baik-baik pasal aku di istana dan di hadapan Perdana Menteri.Hishammuddin???..........aah tak kisah.Asalkan dia boleh cerita baik pasal aku di depan Raja dan PM.RAKYAT?????Pedulikan mereka.Kalau mereka hukum parti dan Kerajaan pabila PRU,aku dah tak kisah.Aku sudah punya segalanya.Aku bersih sebersih-bersihnya.Mungkin bersih bagai Nabi?Kalau aku dilihat kurang bersih?Mudah sahaja.Daripada bini aku menangis,biar aku menangis dulu...Prinsip yang mesti aku pegang....daripada kena marah atau diminta berhenti baik aku menangis dulu sepaya kemarahan orang lain reda.BIAR KHAZANAH NEGERI HABIS ASALKAN AKU TERUS KEKAL.

Feb 9, 2010

Kita Lawan BN secara Jantan.

Mahkamah telah membuat keputusan bahawa Zamry adalah MB Perak, terimalah seadanya, tunjukkan kepada rakyat bahawa yang kita PR akur dengan undang-undang. Walaupun undang-undang itu terasa amat zalim dan perit terhadap kita.

Sekarang PR mesti turun untuk menawan hati rakyat. PR mesti ingat, menjadi kerjaan yang lemah kadangkala lebih baik menjadi pembangkang yang kuat. Oleh itu sekarang PR adalah sebuah pembangkang yang sangat kuat di DUN Perak. PR boleh mengasak mereka habis-habisan di DUN Perak.

Dua tahun lagi kita akan berdepan dengan mereka di PRU 13, kita atur langkah, kita susun strategi, kita lawan secara anak jantan. Buktikan kita tidak seperti BN yang tahu menikam dari belakang. Merampas kerajaan Perak dengan cara yang sangat tidak demokratik.

Ayuh, perjelaskan kepada rakyat kezaliman, kejahatan, kerakusan BN, PR kena mendidik rakyat, pastikan semua rumah sampai semua pesanan dan saranan PR. Ayuh bergerak terus maju. Dua tahun hanya sekejap, PAS Perak mestilah melangkah gagah memimpin Perubaha.

Feb 8, 2010

Usaha Dakwah mesti diteruskan kepada Umno/BN


Sehari dua ini heboh pula isu muzakarah dengan umno, walaupun sebelum ini telah hangat diperbincangkan sehingga ada saranan dari Mursyidul Am supaya PAS mengadakan EGM untuk memilih semula pimpinan nya.

Isu ini timbul kembali dan idea ini pula dicetuskan oleh Mursyidul Am sendiri, Alhamdulillah, Tok Guru Mursyidul Am tentulah lebih berilmu dari diri ini.Kemudian kenyataan TGNA ini disambut baik oleh TGHH yang selama ini memang diketahui umum telah membuka ruang berbincang dengan sesiapa sahaja termasuk Umno/BN.

Kalau kita kembali menghayati Mukatamar ke 54 dan Muktamar ke-55, antara intipati penting yang telah disepakati adalah seperti berikut " PAS mengambil keputusan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan dimasa yang sama membuka peluang dan ruang untuk berbincang dengan mana-mana parti politik"

Dari intipati diatas perkara penting tersebut boleh berjalan secara beriringan.

Perlu kita faham dan ingat, kehadiran Tengku Razaleigh didalam program munajat rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV Kota Bharu tempohhari juga adalah hasil perbincangan. Tidak kiralah siapa yang menjalankan tugas perbincangan tersebut. Saya amat yakin wakil Kerajaan Kelantan yang mengadakan berpincangan itu. Wakil kerajaan sudah tentu Adun atau Exco dari PAS. Tak Mungkin rasanya ADUN dari PKR.

Tengku Razaleigh adalah ahli Parlimen Umno/BN, disitu pun telah berlaku perbincangan antara PAS dan Umno? Betul ? Walaupun sebelum itu ada suara nakal dari bekas exco Pemuda PAS Kelantan yang memarahi Presiden PAS mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh dengan alasan ahli Parlimen Gua Musang itulah yang mengkhianati kerajaan Kelantan dengan mengeluarkan S46 dan Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah. Rakyat Kelantan sangat matang dalam politik, mereka tidak berdendam, itu ilmu yang diajar oleh TGNA. Mereka datang berduyung-duyung memenuhi stadium malam itu.

Kalau mereka mengambil kira kenyataan dari bekas exco pemuda PAS Kelantan itu, sudah tentu mereka tidak hadir kerana Ku Li ada pengkhinat kerajaan APU. Mereka tidak berdendam.

Kembali semula kepada topik perbincangan antara PAS dan Umno. Kita semua tahu yang mereka yang berada didalam umno itu sakit. Siapa lagi yang hendak diserahkan amanah untuk mendapingi mengubati mereka, mendakwah mereka, menjelaskan kepada mereka, memberi ubat kepada mereka supaya mereka sembuh dan menerima ubat Islam yang kita jual.

Apakah kita mengharapkan mereka terus mendapat hidayah tanpa perlu kita berusaha memahamkan mereka ? betul kita yakin hidayah itu adalah anugerah Allah, tapi mana usaha kita? Usaha dakwah kita ? Apa kah kita yakin mereka akan mendapat hidayah dengan memaki dan mengherdik mereka ?

Kita juga masih mengharap undi-undi mereka bukan ? sudah tentulah antara usaha untuk mendapatkan undi itu mesti mendapingi mereka untuk menjelaskan kepada mereka tentang keadilan Islam itu.

Seperkara lagi yang menjadi agenda penting yang mungkin terabai ialah sejauhmana pula kita berusaha memafamkan rakan-rakan kita dari PR tentang kesyumulan Islam itu ? mereka sudah datang bersama kita, ayuh jangan biarkan mereka begitu sahaja. Ini juga tanggungjawab kita ( memperkukuhkan PR)


Tiada jalan pintas dalam gerakan Islam

" Demi masa sesunggunya manusia berada didalam kerugian, kecuali mereka-mereka yang berpesan memesan dengan kebenaran dan pesan memesan dengan kesabaran"

Yakinlah usaha pesan memesan ini sudah semesti akan mendapat ganjaran pahala dari Allah S.N.T

Saya tertarik dengan satu komen pengunjung didalam blog ini seketika isu ini hangat diperkatakan dulu.Ianya berbunyi begini :

"Saya adalah tukang kempen bawahan yang berjalan dari rumah ke rumah. Apa kah saya hanya perlu menuju kerumah PR sahaja untuk mendapatkan undi? saya terpaksa kerumah Umno/BN untuk menambahkan undi bagi PR. Ceramah mereka tak pergi.Inilah cara terbaik bagi saya untuk menjelaskan kpd mereka. Saya berbincang dgn mereka, mak Bapak tak ikut tak apa, mungkin anak atau menantu dapat hidayah. Dan Saya yakin walaupun semua tak ikut, Insya'Allah ada ganjaran pahala dakwah disitu."

Wallahu'aklam

Presiden : Selamat Datang ke Hulu Terengganu.

Petang semalam menerima sms dari kawan sekolah " Tok mari rasmi surau kg nibung 9.2, kuliah maghrib" sebarkan.

Saya cuba mendapat pengesahan dari beberapa teman yang lain di Kuala Berang. Sah memangnya tok guru akan datang merasmikan surau Kg Nibung dalam Dun Telemung di Hulu Terengganu.

Tok Guru dijadualkan akan menyampaikan kuliah Maghrib dan seterusnya akan merasmikan surau kg Nibung, Hulu Terengganu.

Kalau tidak silap ingatan saya, Kg Nibung ini boleh dilalui ikut sekolah menengah Matang. Jarak nya dari Kuala Berang lebih kurang 7-8 batu sahaja.

Selamat Datang Tok Guru Presiden Ke Dun Telemung, semoga menjana ssemangat baru bagi DUN Terelung dan Parlimen Hulu Terengganu.

Syabas Muslimat PAS Terengganu

Gambar : Dipetik dari trgkini.blogspot.com





Menghadiri Konvensyen Muslimat PAS Terengganu pada 6.2.2010

Kehadiran melebihi 3000 orang ( sasaran awal cuma 2000) sehinggakan yang lebih dari 2000 itu terpaksa menunggu hingga jam 2.30 ptg untuk makan tengahhari. Sedikit rasa lapar tapi diatasi dengan kegembiraan melihat kehadiran muslimat yang diluar jangka.

Bertemu beberapa teman laman di bangku sekolah dan di kolej menjadi kan ianya satu agenda yang tiada dalam program tetapi cukup bermakna. Apa tidaknya apabila bertemu Dr. Nor yang kali terakhir bertemu semasa kempen piliharaya kecil Kuala Terengganu, lebih setahun yang lalu.

Pada keseluruhannya perbahas muslimat kelihatan semakin matang walaupun ada juga wakil muslimat yang kelihatan amat emosi.

Teguran wakil bppnt, Ustaz Ariffin Abdul Rahman juga perlu diambil perhatian oleh adik-adik nisa'. Adik-adik nisa' perlu sedar bahawa mereka akan mewarisi kepimpinan muslimat ini, mereka mesti bergerak secara matang dan bukannya terikut-ikut gaya Waja. Biarlah program melompat dan berlari itu diserahakn kepada waja sahaja dan Nisa' bergerak melahirkan pelapsi yang bakal mewarisi kepimpinan muslimat yang pasti suatu hari nanti akan di tinggalkan oleh Cik gu Sapinah dan lain-lain.

Sekali lagi diucapakan syabas dan tahniah untuk muslimat PAS Terengganu.



Feb 6, 2010

Patutkah PR bubarkan DUN Perak?

Debaran menanti keputusan siapakah yang berhak menjadi MB Perak semakin terasa menjelang keputusan mahkamah pada 9 Feb. nanti.

Ramai mengharapkan agar YB Nizal kembali mendapatkan haknya sebagai MB Perak yang sah selepas setahun beliau disingkirkan dengan cara amat mendukacita dan tidak bermaruah oleh BN.

Namun seandainya ditakdirkan nanti, YB Nizal dapat kembali jawatan MB, saya kurang bersetuju dengan cadangan beliau untuk terus membubarkan DUN Perak.

YB Nizal perlu mendapat persetujuan pimpinan tertinggi PR sebelum membuat sebarang keputusan untuk membubarkan DUN Perak.

Perlu diingat bahawa sudah setahun BN menodai negeri Perak, sudah semestinya pelbagai agenda telah dilaksanakan. Oleh itu PR Perak terlebih dahulu menuteralkan semula segala agenda yang terlaksana dan memastikan swing yang dilakukan oleh BN dibetulkan semula supaya mengembalikan semula sokongan kepada PR.

PR Perak perlu mengkaji semula jumlah pengundi baru yang telah dibawa masuk oleh BN ke negeri Perak.

PR Perak juga menyusun semula agenda untuk menawan hati rakyat.

Selepas program untuk kesejahteraan rakyat dilaksanakan, selepas mematahkan dakwaan jahat BN sebelum ini, selepas sudah dipastikan bahawa rakyat sememangnya selama ini ditipu BN maka saat itu bolehlah rasanya PR Perak mengira-ngira untuk mengembalikan semula amanah ini kepada rakyat untuk membuat pilihan kerajaan yang baru.

Feb 5, 2010

Selamat Berkonvensyen Muslimat PAS Terengganu.

Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu akan mengadakan konvensyenya pada 6 Feb 2010 di Masjid Rusila bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00mlm.

Konvensyen yang bertemakan ‘Muslimat Penjana Kemenangan’ itu dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

2 Ketas kertas akan dibahaskan dibentang oleh oleh Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Yusof dan Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Pada sebelah malamnya pula diakan ceramah khas sempena konvensyen tersebut.
Penceramah terdiri dari : Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ustaz Nik Zawawi Salleh dan YB Mohd Zaki Ibrahim.

-Selamat berkonvensyen untuk Muslimat Terengganu-
Insya'Allah akan hadir bersama - sama.

Sempena perbicaraan Kes Liwat DS Anwar Ibrahim

Sikap PAS Kes DS Anwar 1998


Soalan : Mengapakah PAS beria-ia benar mempertahankan DSAI,sedangkan beliau adalah manusia biasa dan tidak lari dari melakukan dosa seperti zina dan liwat.Apakah PAS mempunyai bukti kukuh bahawa sememangnya DSAI tidak melakukan kerja tersebut.

Jawapan:
PAS adalah Parti Islam,sandaranya mestilah mengikut ajaran Islam.PAS mestilah menghukum mengikut ajaran Islam. Perkara kemungkinan yang tersembunyi adalah bukan urusan kita.Ini berpandukan kepada Hadith Nabi SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya kami menghukum apa yang zahir,hanya Allah sahaja yang mengendalikan apa yang tersembunyi.Perkara yang tersembunyi Kepunyaan Allah dan akan dibicarakan dihari akhirat"

Jadi disini kita hanya menghukum apa yang zahir sahaja. Mengikut kaedah hukum hudud,seseorang itu boleh disabitkan dengan kesalahan zina dan liwat dengan adanya ikrar secara sukarela secara rasmi dihadapan hakim,sebanyak 4 kali. Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Hukum hudud di tolak sekiranya ada kekeliruan"

Ini bermakna bahawa pengakuan ikrar tersebut mestilah dengan kerelaan hati tanpa di paksa sebanyak 4 kali(mengikut mazahab hanafi).Didalam hal ini juga Islam lebih menggalakkan sesorang itu bertaubat dengan Allah kerana itu lebih afdal daripada ianya dijatuhkan hukuman didunia.Perkara ini berpandukan kepada hadith nabi SAW ketika peristiwa yang berlaku keatas Maiz bin Malik.:

Maiz bin Malik datang mengadap Rasulullah SAW dan berkata:"Hukumlah aku,kerana aku telah berzina"ketika itu Rasullah tidak mengambil perhatian keatas permintaan Maiz.Kemudian beliau datang lagi kepada Rasulullah dan mengatakan "Hukumlah aku,kerana aku telah berzina" .Kemudia Rasullah bertanya adakah kamu mabuk atau gila?Sahabat mengatakan bahawa beliau tidaak mabuk atau gila.Selepas itu Azan asyar dilaungkan dan Maiz bin Malik bersolat asyar bersama Rasulullah.Selepas solat Asyar beliau datang lagi kepada Rasulullah dan berkata"Hukumlah aku kerana aku telah berzina" Rasulullah menjawab"Bukan kah kamu telah bersolat bersama-sama dengan ku tadi,mudah-mudahan kamu Allah mengampun dosa kamu.beliau berkata"Ya,saya telah solat asyar tadi,tetapi,Hukumlah saya kerana saya telah berzina"kemudian Rasulullah bertanya "adakah kamu telah kawin?"beliau menjawab "ya"Lalu Rasulullah menjatuhkan hukum rejam sampai mati kepada beliau.Ketika hukuman dijalankan beliau lari dan dikejar oleh para sahabat dan merejamnya hingga mati.

Apabila berita ini dikabarkan kepada Rasulullah SAW beliau murka dan berkata:
"mengapa kamu mengejar beliau,mungkin beliau bercadang untuk menarik balik pengakuanya"

Kesimpulanya disini,seseorang yang membuat pengakuan ikrar,kemudia ketika hukuman dijalankan dan pengakuan itu ditarik balik ,maka hukumanya digugurkan. Hukum hudud terhadap kesalahan zina dan liwat boleh juga disabitkan dengan 4 orang saksi yang adil.Ini berpandukan Firman Allah di dalam surah An-Nur yang bermaksud:

" Dan orang-orang yang menuduh perempuan(termasuk lelaki)zina atau liwat dan tidak boleh mendatangkan 4 saksi ,maka orang yan menuduh itu dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 80 kali.dan jangan diterimaa orang yang menuduh ini sebagai saksi kerana mereka ini adalah orang yang fasik."

Syarat-syarat sebagai saksi pula adalah seperti berikut:

1.Islam

2.Adil(tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dengan dosa kecil serta tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah)

3Lelaki(dalam kes zina dan liwat orang perempuan tidak boleh menjadfi saksi)

4.Setiap saksi mestilah melihat perkara tersebut pada masa yang serentak.

Dalam kes zina dan liwat para ulamak bersepakat bahawa ujian DNA dan tayangan video adalah tidak boleh dijadikan sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan.Walaupan begitu ujian DNA di bolehkan untuk mengugurakan tuduhan.

Jelaslah dari hujjah diatas bahawa pertuduhan yang dilakukan terhadap DSAI tidak diselesaikan mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam.Dan inilah hujjah yang menjuruskan PAS menetang kezaliman yang dilakukan terhadap DSAI,walaupun satu ketika dulu DSAI adalah musuh no.2 PAS.....ini berpandukan Firman Allah yang bermaksud:

"Janganlah dengan sebab kamu bermusuhan kepada sesuatu kaum maka kamu tidak berlaku adil.Berlaku adil lah kamu ,kerana itu lebih hampir kepada Taqwa"....
Ingat-ingatlah....

Wallahua'lam.
sedutan dari jawapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika Majlis Dailog di kg.Gelugor Kedai ,Marang Terengganu-1999

Nik Aziz mahu Pas-UMNO duduk semeja bincang isu agama

Menunggu sehingga hari ini untuk memastikan kenyataan tersebut datang dari Tuan Guru sendiri atau sekadar mainan media semata-mata.

Sudah disemak tiada penafian dari Tok Guru dengan berita dari BERNAMA maka jelas sekarang Tuan Guru telah membuka ruang untuk berbincang demi agama Islam.

Semoga tiada suara dan tulisan sinis yang memperli Tok Guru. Inilah sifat seorang pendakwah.
Jalan dan ruang dakwah terlalu dan panjang.



KOTA BHARU 4 Feb. – Selepas menolak perbincangan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu UMNO dan Pas duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemimpin UMNO perlu memikirkan mengenai pentingnya kedua-dua parti itu membincangkan isu-isu yang menyentuh agama kerana tiada faedahnya sekiranya kedua-dua parti mengamalkan pendekatan permusuhan politik.


Nik Abdul Aziz juga berkata, tidak ada sebab langsung untuk kedua-dua parti itu bertengkar mengenai isu pembangunan.

"Saya mahu majlis perbincangan mengenai agama Islam (seperti ini) antara UMNO dan Pas sudah lama.

“Lima puluh tahun UMNO bertengkar dengan Pas apa hasilnya, banyak masa habis. Parti itu banyak menggunakan masa, kepakaran dan kewangan untuk melawan gerakan Islam seperti Pas, apa hasilnya melainkan bertengkar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar kalimah Allah di sini, hari ini. – Bernama

Terima lah keputusan Lembaga Disiplin Parti.

Seminggu sudah lembaga disiplin parti membuat keputusan keatas Pesuruhjaya Pas Selangor Datok Hasan Ali dan YDP Shah Alam YB Haji Khalid Samad.

Suara-suara yang tidak puashati terus menerus mengerisik. Tidak cukup dengan kata-kata disambung pula melalui email dan sms.

Tiada pimpinan tinggi PAS yang memberi alasan. Ini kerana mereka faham dengan tugas Jawatankuasa tersebut. Mereka boleh menerima. Tanggujawab telah diberikan kepada JK tersebut. Kalau tidak yakin dan tidak percaya, masa kan tanggujawab tersebut diserahkan kepada mereka.

Tuan empunya diri yang menrima hukuman menampakkan kematangan didalam menerima keputusan. Syabas kepada YB Hasan dan YB Khalid. Saya merasa amat yakin sekiranya YB Khalid membuat rayuan, rayuan tersebut diterima dan mungkin pergantungan beliau dipendekkan kepada tiga bulan sahaja.

Itulah silapnya kita manusia, mereka-mereka yang tidak puashati hanya akan merasa puas apabila keputusan tersebut selari dengan kemahuan dan kehendak mereka. Mereka ini membuat andaian semata-mata, sedangkan JK tersebut telah membuat penyiasatan, penyiasatan pula dikalangan yang lain, yang menjatuhkan adalah JK ini.

Kepada yang masih tidak puashati bertenanglah sejenak, sedangkan orang yang menerima hukuman tidak lah bertidak seperti anda.

Saya tertarik dengan kata-kata Dato' Tuan Ibarahim Tuan Man "KALAU KITA TIDAK BOLEH MEMBATU JAMAAH PUN, JANGANLAH PULA KITA MENYUSAHKAN JAMAAH"

Terimalah seadanya.

Feb 3, 2010

Al - Fatihah Untuk Kak Som

Mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Hajjah Kalthom Othman, 61, kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 1.30 pagi ini di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setelah diserang ‘massive stroke’.

Beliau diserang angin ahmar di rumahnya pada jam 2.30 petang semalam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis, di sini, yang kemudiannya dirujuk ke HUSM.

Allahyarhamuha adalah antara aktivis PAS yang paling bergiat cergas yang sentiasa istiqamah dengan perjuangan dan pernah menjadi Ketua Muslimat PAS negeri, Tumpat dan Pasir Puteh, sehingga kini masih bertugas sebagai Ketua Halaqat Dun Selinsing.

Jenazah bekas Ahli Dewan Negara dari tahun 1991 hingga 1997 itu akan disemadikan selepas Zohor dan solat jenazah di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh.

PAS Kelantan menyifatkan kepulangan kerahmatullah bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu sebagai satu kehilangan besar kepada gerakan Islam di negara ini.

Setiausaha Badan Perhubungan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, Allahyarham yang dikenali sebagai Kak Som seorang yang istiqomah dalam perjuangan sejak muda lagi.

Katanya, kehilangannya begitu dirasakan sekali terutamanya PAS Kelantan memandangkan Allahyarham seorang yang gigih dan bersemangat kental dalam gerakan dakwah.

“Tentunya pemergiaannya beliau sukar dicari ganti. Allahyarham seorang yang lantang menegakkan kebenaran dan menyebarkan misi dakwah.

“Beliau bermula dalam perjuangan dari bawah sehingga berada di kemuncak sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat,” katanya di sini.

Petang semalam beliau disedari terjatuh di rumahnya sebelum dikejar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh dan kemudian dirujuk ke HUSM.

Sehubungan itu Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan mewakili kerajaan negeri dan PAS Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Anggota parlimen Pasir Puteh, Mohamad Hussin berkata, Kak Som seorang yang istiqomah dalam perjuangan tanpa mengira masalah kesihatan yang dihidapinya.

Katanya, biarlah beliau sering keuzuran kebelakangan ini namun tugas menyampaikan dakwah tetap dilakukan.

Pagi tadi jenazahnya diziarahi Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat serta pemimpin-pemimpin PAS. Al Fatihah

Feb 2, 2010

Ulangkaji Keruntuhan Stadium Sultan Mizan

Rabu : 3.2.2010 Laporan Stadium Runtuh.


MB Terengganu telah memaklumkan kepada media bahawa laporan lengkap keruntuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abdin akan dibentangkan pada hari rabu 3.2.2010.

Kita berharap supaya laporan ini bukanlah seperti menyapu sampah ke bawah karpet tebal di Wisma Darul Iman. Ini kerana rakyat sedang menunggu laporan sebenar punca keruntuhan Stadium yang dibina dengan kos RM 200 juta itu.

Sebagai ulangkaji mari kita melihat fakta berkaitan Stadium tercanggih itu

Maklumat Pembinaan Komplek sukan Terengganu-Stadium Gong Badak

Terengganu Sports Complex

PROJECT DATA
Project Name
Terengganu Sports Complex

Location
Kuala Terengganu,
Terengganu state, Malaysia

Status
Under Construction

Expected Completion
Main stadium: September 2007;
indoor stadium: January 2008

Site Area
74 hectares
Gross Floor Area

Main stadium: 100,000 m²;
Indoor Stadium: 3,119 m²

Building Height
Main stadium: 67 m (east stand), 36.3 m (west stand);
Indoor stadium: 42 m

Storeys
Main stadium: 9 (east stand);
Indoor stadium: 4-4.5

Seating Capacity
Main stadium: 60,000;
Indoor stadium: 5,000

Client/Owner
Terengganu State Government


Architecture Firm
Senibahri Arkitek


Principal Architect
Ar. Raja Kamarul Bahrin Shah


Project Architect
Badrul Hisham


Main Contractor
Main stadium: Bina Structur-Genggam Mercu-Emarcon JV; Indoor stadium: Ahmad Zaki Sdn Bhd

Mechanical & Electrical Engineers
Main stadium: Public Works Department, Terengganu (Mechanical & Electrical Division);


Indoor stadium: Samudra Consult
Civil & Structural Engineers

Main stadium: AZM Engineers- MA Consult-Protech Consultant consortium Indoor stadium: MECIP (M) Sdn Bhd
Images/Photos
Senibahri Arkitek