Feb 28, 2009

Apa yang Kena dan apa yang tak kena

Gambar ini semasa Mesyuarat Agong Umno Bahagian Marang yang lalu(23 okt 2008).
Gambar berpegangan tangan ini sebaik sahaja mereka Yahya Kahtib, Alias Abdullah dan Razali Alias Menang jawatan masing-masing.Oleh kerana terlalu ghairah selepas menang maka tanpa segan-segan dan tanpa silu-silu Razali dan Ku Zainuddin TERpegang tangan Ketua wanita dan ketua Puteri Umno Marang.....
Agak-agak lah , Ustaz Khazan dan Ustaz Ramli Noh nak kata Halal, harus atau haram dalam kes ni.....Renung-renunglah.

Feb 25, 2009

Persiapan Pas Terengganu PRU 13

Imej Pas Terengganu sedikit melonjak selepas dengan bergaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil yang telah diadakan pada 17 jan 2009 yang lalu.
Kewibawaan Pesuruhjaya dan pimpinan PAS Terengganu juga agak melonjak sedikit selepas sebelum ini diserang oleh beberapa individu didalam Pas dari negeri lain.
Terengganu yang selama ini dianggap salah satu tanah yang subur bagi PAS untuk menabur benih telah dianggap menjadi tanah kontang apabila 4 negeri selain Kelantan berjaya di rampas oleh pakatan Rakyat dalam pru 12.Akan tetapi kejayaan PRK036 dengan kerja keras pakatan Rakyat dari seluruh negara seolah-olah tanah yang kontang ini telah dibajai dan disiram dan sememanya kembali subur.

Saya masih ingat satu ungkapan, satu ucapan dari Dato' Mustafa Ali semasa pelancaran jentera pilihanraya(sebelum hari penamaan calon) antara lain beliau menyebut " Keputusan pilihan raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu nanti merupakan penanda aras kepada gerakan tawan Terengganu dalam PRU ke-13"

Saya kira sudah tentunya selepas sebulan kemenangan itu berlalu, Pas Terengganu telah merangka satu arah halatuju bagi mencapai matlamat yang diungkap oleh Dato' Mustafa Ali itu .

Biarlah YB Hj Wahid seorang sahaja yang menjelajah seluruh Malaysia sebagai kunjungan beliau bagi mengucapkan terima kasih kepada petugas Pakatan yang datang membantu.

Kalau dilihat kepada keputusan PRK 036 dengan usaha dan kerja serta susunan jentera yang teratur PAS Terengganu mampu untuk mencapai kemenangan semula dalam PRU 13.
Sepanjang 2 pilihanraya kecil yang mampu saya bergelumang di Terengganu, rasa saya susunan Jentera di Kuala Terengganu jauh lebih baik dari PRK Dun Kuala Berang.
kalau saya boleh memberi markah untuk kedua-dua Prk itu, di Kuala Terengganu saya sedia untuk memberinya 85% dan di Kuala Berang pula saya hanya sanggup memberinya 25% sahaja.

Kembali kepada usaha kearah merampas semula Terengganu dalam pru 13, pas harus ingat sesungguh selepas kalah dalam prk 36 sudah semesti umno/bn tidak berdiam diri.Mereka akan berusaha memulihkan semula umno/bn di Terengganu.Oleh itu didalam menyusun strategi merampas Terengganu, perkara-perkara gerakan/gerakkerja umno/bn mesti juga diambil kira.

Kita semua perlu juga ingat bahawa bekerja untuk Pas di Kuala Terengganu tidak sama bekerja untuk Pas di Kawasan pendalaman.Kemudahan internet tidak sampai di pendalaman, akhbar serta bahan terbitan parti juga tidak sempurna tibanya di kawasan pendalaman.Sumber kewangan juga tidak semudah dibandar.Kefahaman rakyat juga berbeza dengan Kuala Terengganu.Ceramah ceramah penerangan juga amat jarang sekali tiba di pendalaman.Oleh itu Pas mesti menyusun gerakkerja mengikut kekuatan Dun itu.Tahap kerja mestilah tidak dibuat sama bagi semua dun.
Sepatutnya kalau di Kuala Terengganu atau dipinggirnya dapat diadakan ceramah 5 kali sebulan, dun di kawasan pendalaman sepatutnya mengadakan ceramah 20 kali sebulan.Kalau di Pekan Bt 6 Mat Sabu datang 2 bulan sekali sepatutnya di Kg Menerong Ajil di Jemput Mat Sabu 2 kali sebulan( bukan semestinya Mat Sabu- penceramah kelas 1).

Ini tidak, sudahlah ceramah itu jarang sekali, penceramahnya pula orang disitu tidak kenal kerana bukan penceramah popular,sepatutnya ambilah penceramah popular untuk berceramah di Kampung Jerangau Sungai, baru lah mereka yang pendalaman ini nak pergi.
Contohnya ambilah penceramah kelas satu untuk dun dun yang berat, sementara dun yang sudah hebat hanya cukup dengan penceramah kelas dua atau kelas tiga, bagi mereka-mereka ini di Kawasan bandar, ada live ceramah, ada jualan Cd , ada akhbar Harakah ada akhbar Siasah, ada majalah Buletin.

Saya yakin sudah mestinya ahli di pendalaman akan menjawab mereka tidak ada tenaga, mereka tidak ada sumber kewangan, mereka tidak jentera yang tersusun.Ah...itu jawapan lama , itu jawapan lama , jawapan itulah yang saya dengar 20 tahun lalu ketika masih belajar di Mahmudiah Kuala Berang.Masakan 20 tahun itu tidak berubah, masa tiada usaha untuk berubah ...

Pada saya lah, kalau betul betul kita ingin melihat Pas itu maju di pendalaman, kena ada usaha yang tersusun, Perhubungan PAS Terengganu perlu menyusun strategi itu dari sekarang.Tenaga mahir dari dun yang hebat perlu diagihkan dari sekarang, contohnya 10 orang tenaga kerja dari Dun Wakaf Mempelam dihantar ke Dun Kuala Berang, 10 orang dari Dun Batu Buruk dihantar ke Pengkalan Berangan. Budaya kerja di Dun masing masing mesti diterapkan di dun yang lemah itu.

Ini hanya beberapa contoh dan secebis pandangan yang saya lontarkan untuk Pas Terengganu bergerak kearah mengembalikan kegemilangan Terengganu Darul Iman.

-Terima Kasih-

Feb 22, 2009

Tahniah Untuk MP Kuala Terengganu


1 Jan 2009: Ustaz Abdul Hadi telah membuat kejutan dengan mengumumkan Haji Wahid Endut sebagai calon PAS dalam PRK P36,satu nama yang langsung tidak dijangka oleh semua pihak.



6 Jan 2009: Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, Perlawanan 3 Penjuru.




Calon Pilihan Rakyat " Berubah Untuk Kemenangan Rakyat"



Selepas berhempas pulas menghadapi Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri , BN dll akhirnya pada 17 Jan 2009 Calon Pas Hj Mohd Abd Wahid Menang dengan maj 2631.





17 Feb 2009 selepas sebulan dinobatkan sebagai MP Kuala Terengganu secara sah selepas lebih 32 ribu pengundi Kuala Terengganu mahukan beliau, akhirnya YB Hj Wahid mengangkat sumpah di Parlimen.





* Walaupun ct bukanlah pengundi Kuala Terengganu, ct tetap bangga kerana kami (Suami & anak sulong) telah sama-sama membantu siang dan malam untuk memangkan Calon PAS.
Tahniah Hj Wahid, syabas Cikgu Wan Fatimah.