Apr 13, 2009

Ketua Penerangan Umno Perlis Derhaka Kepada Sultan

Krisis Umno yang berterusan

Datuk Seri Shahidan Kassim sepatutnya menjadi menteri besar kerana beliau dilantik sebagai pengerusi perhubungan Umno Perlis, kata ketua penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh.

Sambil menyifatkan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sebagai "produk haram" tradisi Umno, Hashim berkata, menteri besar itu harus melihat sejarah Umno di mana pengerusi perhubungan negeri, selalunya dilantik memegang jawatan tersebut.

"Salah faham oleh Md Isa. Pengerusi perhubungan sepatutnya jadi MB.

"Amalan dalam parti Umno, jawatan MB diserahkan kepada pengerusi perhubungan negeri. (Md Isa dilantik) MB masuk jalan bagaimana?” kata Hashim, mengulas kenyataan Md Isa yang mahu menteri besar turut dilantik sebagai pengerusi perhubungan bagi memudahkan penyelarasan.

"Beliau jadi MB bukan mengikut norma dan sistem dalam Umno. Dia adalah 'produk haram' dalam sistem parti.

"Md Isa tak ada merit untuk cakap (soal ini) kerana dia langgar sistem dan peraturan parti," tambah Hashim.

Md Isa berkata demikian semalam sebagai mengulas cadangan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mahukan jawatan pengerusi perhubungan Umno negeri dikembalikan kepada menteri besar.

Peneraju Umno negeri

Md Isa dilaporkan berkata, sewajarnya pentadbiran dan politik berada di bawah satu kepimpinan di peringkat negeri.

Menurut Md Isa lagi, jika menteri besar atau ketua menteri tidak dilantik sebagai pengerusi badan perhubungan Umno, sudah pasti penyelarasan sukar dilakukan dalam hal-hal pentadbiran berkaitan politik.

"Terpulang kepada presiden Umno untuk menentukan siapa yang akan dilantiknya sebagai peneraju Umno di negeri ini," Md Isa dipetik berkata.

Hashim berkata lagi, Md Isa menjadi menteri besar kerana lapan ADUN BN negeri itu – daripada 15 wakil rakyat - membuat keputusan yang bercanggah dengan keputusan parti yang mahukan Shahidan meneruskan jawatannya sebagai menteri besar selepas pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Sambil menyifatkan kenyataan Md Isa itu sebagai "amat pelik" dan "memutar belit sejarah", Hashim berkata, kenyataan menteri besar itu juga bercanggah dengan hasrat Umno untuk melakukan transformasi.

"Md Isa perlu berhenti bercakap perkara tersebut, kerana kenyataan tersebut bercanggah dalam era tranformasi dalam Umno," katanya.

'Tumpu pada tugas'

Beliau menasihatkan ADUN Bintong itu menumpukan tugas beliau untuk memajukan Perlis, di samping berlapang dada dengan mengiktiraf jasa Shahidan sewaktu memegang jawatan tersebut.

"Tak perlu bergaduh. Sepatutnya beliau tarik (pemimpin Umno negeri) bekerja bersama-sama, bukan bertindak meminggir dan menyisihkan orang yang dilihat rapat dengan Shahidan," katanya.

Walaupun lebih setahun sebagai menteri besar Perlis, Md Isa belum lagi dilantik pengerusi badan perhubungan Umno seperti tradisi di negeri-negeri lain.

Md Isa dan Shahidan terperangkap dalam perang politik susulan keputusan mengejut istana Arau membelakangkan bekas menteri besar itu selepas BN menguasai kembali Perlis, Mac tahun lepas.

Gejala yang sama berlaku di Terengganu apabila istana mengangkat Datuk Ahmad Said bagi menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.

Bagaimanapun Idris melepaskan jawatan pengerusi badan perhubungan Umno kepada Ahmad tidak lama selepas

2 comments:

Haji Mohd Ghauth Mohd Yusof said...

Di Perak pula Menteri Besar dilantik tidak mengikut tradisi demokrasi.

Kerajaan yang dipilih oleh rakyat dijatuhkan secara tidak mengikut perlembagaan.

Siapa ajar anak kencing belari?

Anonymous said...

Itulah kepakaran yg ada pada geng geng UMNO. Apa yg PR buat, semuanya tak betul. Semuanya derhaka pada Tuanku Sultan. Tapi kalau geng geng UMNO yg buat semuanya betul dan bukan derhaka kepada Tuanku Sultan. Kononnya ikut suara rakyat, ikut perlembagaan dan demokrasi. Memang sah UMNO suka putar belit macam ular kepala dua. UMNO memang hebat. Respek betul ngan cara UMNO.