Apr 3, 2009

Debaran menunggu Menteri dari Terengganu.

Selepas DS Najib di lantik menjadi PM ke-6 beliau dijangka akan mengecilkan saiz kabinet Malaysia.Mana-mana Kementerian yang bertindih atau ada persamaan tugasan akan disatukan, antara yang disebut-sebut adalah Kementeria Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi akan digabungkan menjadi satu Kementerian.Mengikut ura-ura Kementerian tersebut akan diserahkan kepada Datuk Idris Haron.

Ada juga terdapat khabar kononya beberapa menteri yang dikenali dari Kem Pak Lah akan digugurkan selepas kalah dalam pemilihan baru-baru ini.Mereka yang disebut sebut akan digugurkan adalah termasuk Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tan Sri Muhd Muhamad Taib; Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Sementara itu debaran menanti rakyat Terengganu siapakah dikalangan Ahli Parlimen Terengganu akan dilantik bagi menanggotai Kabinet Najib.Selain daripada Ahmad Shabery Chek satu-satunya ahli Parlimen yang memenangi kerusi Majlis tertinggi.Seorang lagi ahli Parlimen dari Terengganu telah tewas dalam usaha merebut kerusi majlis tertinggi, beliau ialah ahli Parlimen Besut Datuk Abdullah Mohd Zain.Beliau juga dijangka akan kehilangan jawatan penasihat Agama Kepada PM selepas PM bertukar tangan.
Sementara itu ahli Parlimen Kuala Nerus yang disebut-sebut akan dilantik sebagai Menteri Penuh dalam kabinet baru telah menarik diri dari bertanding jawatan MT walaupun percalonan yang berliau perolehi telah melayakkan untuk beliau bertanding.Seorang lagi calon dari Terengganu yang menarik diri ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu Dato' Tengku Putra Awang.Beliau adalah ahli MT sebelum ini, yang memenangi jawatan tersebut pemilihan 2004 dengan jumlah undi 1660.
Seorang lagi penyandang dari Terengganu yang tewas pula adalah bekas "Giants Killer" Dato' A.Rahman Bakar,beliau dijangka akan kalah lebih awal lagi selepas beliau sendiri gagal mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Marang, walaupun pada pemilihan 2004 beliau mendapat 1358 undi.

Seandainya Dato' Rahman Bakar berjaya mengekalkan jawatan ahli MT beliau berkemungkinan besar akan dilantik sebagai Menteri, walaupun beliau kini bukanlah ahli parlimen, namun beliau sekarang merupakan Senator yang mewakili Terengganu.

Satu khabar yang tersebar kuat sekarang, walaupun agak sedikit tidak logik adalah apabila Dato' Seri Idris Jusoh memenangi Kerusi MT beliau dijangka akan dilantik sebagai senator dan seterusnya akan dilantik sebagai Menteri Penuh dalam Kabinet DS Najib.Dikalangan penyokong beliau di Besut, perkhabaran ini sudah mula berjalan dari mulut ke mulut.

Bagaimana pula tuah tiga lagi ahli Parlimen BN di Terengganu, Dato' Mohd Jidin di Setiu, YB Mohd Nor Othman di Hulu Terengganu dan Matludi di Dungun.Kalau nasib mereka baik di zaman DS Najib mana tau kalau-kalau mereka dilantik bersama-sama dalam kabinet PM ke-6.Semuanya tiada yang mustahil, debaran menunggu rakyat Terengganu.Debaran juga menunggu duit royalti yang dijanjikan oleh DS Najib semasa PRK 036 belum juga dimasukan kedalam kumpulan wang disatukan negeri Terengganu.
Bab Kata Kartun animasi PRK036 "Bahangggg Ke'cekkkkkk"

1 comment:

Anonymous said...

Boleh jadi jugak datuk Deris....lepas ni ada peluang lagi dia nak jadi MB