Apr 20, 2009

Gelombang biru makan tuan




Disangka panas tiba-tiba hujan di tengahari. Keindahan pokok rhu melambai-lambai di pesisiran pantai Terengganu rupanya ditimpa badai gelombang biru yang sudah tidak kenal mangsa. Iklan

Bisik rakyat negeri itu: Kali ini gelombang biru mahu makan tuan!. Entah gerangan apa tiba-tiba yang berhormat bertukar wajah kesetiaan. Sedangkan sebelum ini hamba jelata duduk elok langsung tiada tempias menandakan hujan.

Barangkali tikaman semalam belum hilang parut. Sebaliknya sudah menjadi barah. Tidak tahu bila hendak meletup. Cuma menunggu Abdullah belah.

Namun jiwa yang berhormat Terengganu ini tidak seberani Megat Panji Alam. Barangkali takut pada sejarah Megat dibunuh oleh Hang Tuah. Jadi nyawa sekarang cukup dijaga walaupun terpaksa korbankan hak rakyat.

Hamba sahaya Terengganu terkejut besar bila Geng 10 (10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tidak hadir sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 14 April) tidak pergi bersidang. Rupanya Geng 10 dijangkiti virus ugut yang melanda negeri jelapang padi baru-baru ini.

Virus ugut menyerang Dun Bukit Selambau sehingga wakilnya dahulu V Arumugan terpaksa lari ke India dan melepaskan jawatan Exco serta Adun tersebut. Pilihan raya kecil di adakan di situ pada 7 April dan dimenangi calon Parti Keadilan Rakyat, S Manikumar.

Rupanya virus ugut dalam katogeri yang cepat merebak dan sekarang telah melanda Terengganu Darul Iman. Dikatakan juga pihak polis sukar mengesan kerana banyak laporan polis dibuat oleh Arumugan satu pun tidak dapat ditangkap.

Kata setengah orang virus ugut itu telah dikambing hitamkan. Siapa yang menghitamkan kambing itu kena tanya Koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman gantung kerana didakwa membunuh Altantuya.

Rakyat marhean tengok Cif Inspektor Azilah Hadri dan Sirul sedih juga kerana undang-undang hanya kenal golongan mereka. Sama seperti virus ugut. Kalau Muhammad saw berkata: �Jika Fatimah (anak Muhammad saw) mencuri, nescaya akan ku potong tangannya.�

Maknanya Muhammad saw tidak membezakan golongan bangsawan daripada undang-undang. Apakah keadilan ini dinikmati sama oleh Azilah dan Sirul serta rakyat marhean?

Sekarang baru yang berhormat Geng 10 tahu sayangnya nyawa. Yang berhormat semua ada 10 orang kawan tetapi masih takut. Bagaimana kawan yang berhormat di Bukit Selambau, V Arumugan terkonteng-konteng menyelamatkan nyawa seorang diri.

Arumugan membuat banyak laporan polis berhubung ugutan bunuh keatas diri beliau. Malah kawad cam pun sudah dibuat apabila polis menangkap saspek. Dapat ditangkap tertuduh sebaliknya pihak keselamatan melepaskan tertuduh begitu sahaja. Tiada tindakan diambil.

Umno pula persenda V Arumugan lari tanggungjawab. Dituduh lagi V Arumugan tidak pentingkan rakyat kerana lebih mementingkan peribadi dan diri sendiri sehingga sanggup meletak jawatan sebagai wakil rakyat Bukit Selambau.

Geng 10 hanya buat sekali laporan polis sudah ada respon segera daripada polis. Malah pihak yang dituduh pula buat laporan polis bila namanya dituduh.

Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Besar Terengganu, Wan Ahmad Wan Muda, dilaporkan membuat laporan di balai polis Kuala Terengganu, menafikan pembabitannya dengan penyebaran SMS berbau ugutan bunuh kepada tiga Adun negeri itu.

Sebelum itu, tiga Adun Barisan Nasional (BN) Terengganu, Adun Permaisuri, Abd Halim Jusoh dan Adun Paka, Zakaria Abdullah menerima SMS berbau ugutan bunuh daripada nombor telefon bimbit 019-9158369 manakala Adun Ajil, Rosol Wahid menerima SMS daripada komputer.

Kerja polis bertambah mudah kerana menurut Abd Halim dan Zakaria, kata mereka selepas menyemak Dairi Kerajaan Negeri, mereka dapati SMS itu dihantar daripada telefon bimbit yang didaftarkan sebagai kepunyaan SUSK berkenaan.

Jadi pihak polis boleh menahan untuk reman kerana dalam banyak kes berunsur ugutan dan SMS berunsur fitnah pihak polis cepat bertindak dan mereman tertuduh.

Seperti dikatakan tadi virus ugut ini ada dalang yang mengawal. Barangkali ada profesional yang pakar tentang virus ugut tahu cara bagaimana hendak mengendalikan dan mengatasinya. Orang yang pakar dalam bidang ini sudah tentu berpengalaman mengwujud dan menghapuskan virus ugut.

Sepatutnya kes ini diserah pada pihak polis untuk siasatan tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan SMS ugut yang diterima Adun BN itu dihantar oleh pejabat Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

"Mereka dapat SMS (ugutan), tetapi SMS itu tidak berpunca dari pejabat menteri besar. Jadi tidak ada kesahihan SMS yang dihantar (itu). Jadi, saya minta mereka ini, semua hadir ke persidangan dewan seperti biasa," kata Najib.- Adnan Ibrahim/harakahdaily

6 comments:

Tok Ketua. said...

cik puan.

Dalam kes Mat Sabu ditangkap khalwat kenapa senyap saja. sekadar bertanya. hu hu hu hu.

Anonymous said...

Biasa la tuu...keburukan orang senang nampak..keburukan sendiri..........

Bigmama said...

Mat Sabu dah di ulas dalam blog lama tahun 1996 dulu...lama dah tu huhuhu..huhuhu

Tok Ketua said...

bigmama.kalau marah kena jual.

boleh tutup tutuplah. hu hu hu hu.

Padamlah sejarah tu. buatlah sejarah baru. hi hi hi hi.

Muka yangterpaliti arang masakan boleh dicuci dengan bedak sejuk.
hwa. hwa.hwa.

Bigmama said...

Kalau nak belawang pun cari lah isu yang baru-baru sikit.
Bigmama tak marah pun, cuma sedap belawan ni isu hak baru-baru lah, kalau main isu lama, dok cukup nok tulis sini.

Tok Ketua said...

Bigmama.

Ketika jadi pemerintah mengapa masih berlagak seperti pembangkang. Kelantan, kedah masih menagih janji pilihanraya. Dah setahun berlalu. Janji sikitpun belum ditunai. Pecat memecat adalah. Lain tok dok pon. Ini isu baru. Bigmama semak semulo manefestoo PAS mu jumpo janji-janji to. Dok boak ko mntak boak.

Lawang mesti lawang. Kata nwak braheem.