Apr 11, 2009

Usul Undi Tidak Percaya terhadap MB Trg???

Petang jumaat 10.4.2009 saya terima sms "MB Terengganu beri amaran ADUN BN akan dipecat jika kemuka usul undi tidak percaya terhadap beliau .Beliau rela bubarkan DUN tegas Ahmad Said"


Sementara dibawah ini adalah petikan berita bernama :
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said hari ini berkata mana-mana Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau bakal berdepan tindakan disiplin termasuk dipecat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin yang mengatakan terdapat usul undi tidak percaya terhadap beliau akan dikemukakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama tiga hari bermula Isnin ini yang akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri serta ADUN Kijal berkata, mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap seorang Menteri Besar dalam persidangan dewan adalah satu perkara serius.

"Jika usul itu datang dari pihak pembangkang, kami di dalam kerajaan akan menolaknya. Jika ia dikemukakan oleh wakil BN, dia akan dipecat, itu biasalah.

"Kalau mendapat sokongan, bubar dewan itu sahaja. Kita terpaksa menerimanya kalau dia nak buat..apa nak kata," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Bukit Takal di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas khabar angin bahawa akan berlaku perubahan beberapa jawatan Menteri Besar termasuk Terengganu di bawah pentadbiran Perdana Menteri baru Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahmad berkata, beliau tidak mengetahui apa-apa tentang hal itu.

"Itu saya tidak tahulah....Terengganu kena tanya Tuankulah," katanya. sambil menyelar pihak media yang disifatkannya sebagai suka mengembar-gemburkan isu yang tidak diketahui kesahihannya.
Ulasan : Mat said nak pecat apa? nak pecat adun, bukan kuasa MB, nak pecat keahlian umno ? Bukan Kuasa Ketua Perhubungan.Jadi dia nak pecat apa? Dia nak bubarkan DUN? kalau Istana perkenan, kalau tak perkenan macam Perak, macamana? 7 Adun PAS pula macamana?...tunggu dan lihat.



4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Ganner takdok orang nok backup demer....banyok ulasang okk kutuk demer amber napok...dok rokk gining bohh...kata nok jadi org kuak ayoh cik aji adi....saya bukang mnder2 cma sebak takuk siang kekgii kalu reboh debing...takdok orang okk nok tulong piping demer akak sekgii...semek dok payoh lahh maing blog2 ning..wak bollog jerr...bollogh wok...baik gi nyappuh tannoh nung.......bila husband balikk sejuk skertt ati....skali agi dehh.......dok rokk ginning bohhh...............wassalam...

Anonymous said...

ORG HULU MEMANG GITU,, Buat kerja molek mung tu jgn ponteng kerja, dia tu padam doh jadi blogger sebab dia berhenti dah mengajar, mung tu masa pejabat main internet,,layar web prono pulak tu...wakkakaaaahhhhhh

Unknown said...

Jangan main main dengan saya, jangan ganggu dan kacau saya.
Awak buat kerja awak dan saya dengan kerja saya.

Anonymous said...

dok payoh backup dakpe doh...hok dok ngutuk tu bukangnye ada fakta ape.org tau blaker doh umno rasuah,hudoh,derake,nipu,maksiat dll...arap blogger sorang dohla,puang plok tu....buleh bukus doh umno lening...!innallillah.