Jul 30, 2009

Selamat berhimpun kepada GMI


Lebih kurang 50 jam dari sekarang sekali lagi kita akan sama-sama berhimpun dilokasi yang telah ditetapkan untuk sama-sama menyatakan sokongan kita terhadap Gerakan mansuhkan ISA.

Adalah pula seorang mufti menyatakan bahawa haram menghadiri perhimpunan ini sekiranya mendatangkan kemudaratan. Akan tetapi tidaklah pula si mufti ini menyatakan tetang ISA itu samada ianya menepati atau tidak dengan hukum Islam.




Anak kami yang sedang menuntut di utara tanah air sudah mula bergerak menaiki bas jam 9.00 mlm tadi. Dia sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh mengaharapkan agar ummi sama-sama menyertai perhimpunan tersebut dan ingin sekali bertemu Ummi di perhimpunan tersebut.


InsyaAllah kami sekelurga akan mula bergerak menuju Ibu Negara sebaik sahaja selesai mendengar kuliah jumaat di Masjid Rusila.




Cuma sedikit teguran buat pimpinan Pakatan yang telah berikrar untuk sama-sama memimpin himpunan tersebut.Harapan suapaya tidak lagi berlaku seperti himpunan BERSIH 2007 dimana pada ketika itu, dimana kepimpinan utama Pakatan hanya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sahaja yang sama sama bergerak bersama rakyat dari Masjid negara menuju ke Istana negara, sedangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan En. Lim Kit Siang ketika itu hanya menaiki kenderaan menuju ke Istana Negara. Sangat-sangat diharapkan agar pada 1 Ogos nanti sama DSAI, TGHH ,LKS dan lain lain hendaknya bergerak bersama rakyat menuju ke Istana Negara.

Selamat berhimpun GMI

‘Datuk ekspres’

Hmetro.com hari ini melapurkan tentang kegiatan membeli pangkat Datuk dengan tajuk 'Datuk ekspres'
Suatu masa dahulu heboh juga diperkatakan oleh rakyat Terengganu, kununnya ada pembesar Terengganu yang telah membeli gelaran Datuk dari negeri luar.

Antara yang pernah disebut adalah beberapa pemimpin umno Terengganu.Salah seorangnya adalah pemimpin umno bahagian Marang ketika itu.Tidak dipastikan siapa pemimpin umno yang dimaksudkan itu.

Utusan Malaysia- Banyak lagi yang kena Minta Maaf !!!

Bila-bila kalau nak tulis tu ingat-ingatlah sikit ye!!!!

[Klik Imej untuk saiz sebenar]

Najib kena pantau KPI Ahmad Shabery Cheek

SUATU ketika dahulu, apabila Ahmad Shabery Cheek menjadi Menteri Penerangan, ramai yang tertawa dengan ‘gelagatnya’ selepas berdebat dengan Anwar Ibrahim. Seperti orang hilang pedoman, dia merubah waktu siaran berita jam 8.
Nasib baik dia tidak lama di Angkasapuri kerana kalau lebih lama dia di situ, lebih banyak yang dia hendak ubah, supaya orang tidak kata dia tidak ada membawa apa-apa perubahan ketika duduk di kerusi Menteri di Kementerian Penerangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ‘menurunkan’ pangkatnya dari Menteri Penerangan kepada Menteri Belia dan Sukan.

Najib nampak Shabery tidak ada kemampuan di Kementerian Penerangan. Lebih lama dia di Angkasapuri, bimbang juga jika dia ubahnya waktu berita jam 8 ke jam 12, dengan alasan mahu semua orang berada di rumah waktu itu.
Buat sekian kalinya, semua Menteri Belia dan Sukan adalah dari kalangan mereka yang ‘junior’ sebagai permulaan untuk melangkah menjadi Menteri, tetapi Shabery, Perdana Menteri ‘undurkan’ dia ke kerusi ‘junior’ untuk dia belajar semula untuk menjadi Menteri.

Kini, dia di KBS, dia sudah buat macam-macam pengumuman. Bukan main ramai budak-budak mentertawakannya. Cakap-cakapnya tidak berasas. Dia tidak layak menjadi Menteri tetapi bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah ‘terlantik’ dia sebagai Menteri.

Baru-baru ini, dia umumkan KBS akan bangunkan industri sukan. Berdekah-dekah budak-budak ketawakan dia. Apa tidaknya, ketika pasukan Manchester United (MU) datang ke Malaysia, KBS dikatakan tidak tahu menahu. Pegawai-pegawai KBS termasuk Menteri tidak ‘dihormati’ walaupun pasukan bola ini adalah pasukan sukan yang ‘sewajarnya’ datang ke Malaysia dengan ‘concern’ KBS.

Malangnya, mereka tidak pedulikan Menteri Belia dan Sukan. Mereka yang terlibat membawa pasukan MU tidak tahu pun KBS ada Menteri dan perlulah dibawa berunding. Khabarnya, mengelabah kakitangan KBS yang ingin menonton perlawanan persahabatan antara MU dengan pasukan Malaysia mencari tiket untuk masuk ke stadium.

Lemah sungguh KBS di bawah Shabery. Industri sukan yang hendak dibangunkan itu pula apa bendanya? Dia tahu tak pasukan bolasepak yang terlibat dalam Liga M, termasuk Liga Perdana dan Liga Super, ada yang sudah empat bulan tidak bergaji?
Shabery boleh bercakap, persatuan-persatuan bola (FA) negeri-negeri tidak ada kena mengena dengan KBS dan dirinya. Ini jawapan ‘standard’ yang bakal keluar dari mulutnya.

Sebagai Menteri Belia dan Sukan, apakah Shabery tidak tahu perkara ini? Atau dia sudah tahu tetapi buat-buat tidak tahu. Atau dia memang tidak mahu ambil tahu. Atau, dia tahu tapi dia memang jenis tidak mahu menjadi manusia yang serba tahu.
Dengan kedudukannya sebagai Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman, Ketua Penerangan Umno Negeri Terengganu dan Ahli Majlis Tertinggi Umno (MT), salah satu langkah menarik minat golongan muda untuk berminat dengan Umno dan BN, berilah perhatian kepada golongan pemain bola ini.

Kalau pemain-pemain bola tidak dapat gaji sampai empat bulan, kepada siapa mereka hendak mengadu. Kalau mendedahkannya dalam surat khabar, nanti kena tindakan disiplin pula, digantung dari menjadi pemain. Kalau hal gaji pemain bola ini pun Menteri Belia dan Sukan tidak ambil peduli, Najib kenalah memikirkan balik siapakah yang seharusnya bertanggungjawab membela nasib pemain-pemain bola ini.

Begitu juga dengan jadual perlawanan liga bolasepak Malaysia. Pernahkah Shabery ambil tahu mengapa ia tiba-tiba berubah? Apakah kesannya dengan kebajikan pemain-pemain yang terlibat ini? Tahukah Menteri Belia dan Sukan bahawa terlalu banyak politiking dalam persatuan sukan negeri-negeri dan persatuan sukan kebangsaan?
Ambil tahulah. Kurangkan sedikit bercakap pasal mahu membangunkan industri sukan bagi menambah pendapatan negara. Ambil tahulah kalau ada pasukan dari luar negara hendak mengadakan perlawanan dengan pasukan Malaysia. Jangan sampai tidak dipedulikan langsung. Memalukan!

Cubalah fikirkan bagaimana cara hendak mencari satu mekanisme supaya pemain-pemain bola dibayar gaji sama seperti tarikh Menteri mendapat gaji setiap bulan. Bukan gaji pemain bola Malaysia setanding dengan gaji menteri, tetapi nasib mereka tidak terbela.

Kalau Najib boleh turun ke Puduraya, ke Jalan Masjid India dan kawasan-kawasan yang kotor dan busuk, kenapa Shabery tidak pernah turun menonton perlawanan bolasepak negeri-negeri.

Turunlah. Bertanya kepada pemain-pemain dari Sabah dan Sarawak adakah mereka sudah menerima gaji bulan berkenaan. Pusingan liga sudah hamper berakhir, tetapi Shabery masih tidak bersedia untuk berbuat demikian tetapi, kelihatan terselit di belakang VVIP ketika menyaksikan MU menentang pasukan Malaysia.

Mudah-mudahan menjelang Ramadan dan Syawal ini, semua pemain bola yang masih belum menerima gaji sejak 4 bulan lalu, dibayar gaji atas ‘concern’ Menteri Belia dan Sukan yang sudah berubah dari seorang yang sering tidak diberitahu, kini dia sendiri cuba untuk ambil tahu demi kepentingan golongan muda dan belia.

Kalau ini semua dia buat, bermakna KPI nya sebagai Menteri mungkin tercapai. Najib kena pantau semua ini, jangan tertipu dengan mereka yang sibuk untuk berdebat, mahu membangunkan industri sukan dan mahu menonton perlawanan bolasepan MU dengan Malaysia, tetapi kerja sendiri, terabai.

Bubar DUN Terengganu.

Beranikah Ahmad Said?
Sok sek,sok-sek di Terengganu semakin kedenganra yang kononya Ahmad Said akan membubarkan Dun Terengganu sebelum persidangan ogos ini.
Tindakan ini akan diambil setelah Ahmad Said melihat Mahyuddin dan Hishamuddin lebih percaya kepada beliau berbanding kumpulan pemberotak Umno yang diketuai oleh Rosol Wahid.

Soalannya macamana pula dengan Najib ? PM dilihat lebih berminat untuk bersama-sama kumpulan pemberontak. Kalau tidak demikian , masakan ketika cadangan menteri Kabinet beliau sebaik sahaja menjadi PM, nama Idris Jusoh telah disenaraipendekkan.
Namun nasib Idris Jusoh masih malang, nama beliau masih ditolak.
Kegagalan Najib melantik Idris Jusoh dilihat sebagai satu kemenagan kepada Ahmad Said. Tugas menteri yang hendak di letakkan dibahu Idris Jusoh ialah seorang menteri pusat yang khas bagi menjaga hal ehwal Terengganu.kalau lah hasrat ini terlaksana, sah Terengganu akan mempunayi 2 kepala. Kelam kabut dibuatnya.

Presiden PAS sendiri telah melontarkan harapan agar jentera PAS mesti berada didalam keadaan bersiap-sedia untuk menghadapi kemungkinan pembubaran dun.Pastinya presiden sudah dapat menghidu kemungkinan tersebut.

Bagi PAS samada pembubaran itu berlaku atau tidak, kita mestilah sentiasa berada didalam keadaan bersiap sedia. Tambahan pula selepas PAS Terengganu telah melaksanakan retritnya. Hndaknya janganlah retrit tersebut akan menjadi retorik.

Jul 28, 2009

"Nik Abdul Aziz bukan tuan guru yang tulen"

Setiausaha Agung Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Hasan Hamzah, berkata sebagai seorang yang dihormati dan diberi kepercayaan oleh masyarakat Melayu, Nik Abdul Aziz sepatutnya tidak boleh mengucapkan perkataan yang bersifat keterlaluan.

"Nik Abdul Aziz bukan tuan guru yang tulen. Kalau beliau boleh keluarkan perkataan 'Pergi Jahanamlah Umno', kita juga boleh kata 'Pergi Jahanamlah Pas'," katanya.

Umno sangat marah bila perangkap mereka terus menerus tidak mengena, selama ini pun bilamasa umno/bn mengiktiraf Tok guru Nik Aziz sebagai Tuan Guru? Kita pun memang tak ingin dan tidak mengharapkan umno memberi pengtirafan tersebut.Kalau mereka terima Tok guru sudah tentu mereka tak lagi berjuang bersama umno.

Jadi kita sikitpun tak pelik bila mereka marah-marah, sebenarnya mereka bukan marah pasal kata-kata tok guru tu, tapi mereka marah sebab perangkap mereka dah makan tuan.
Ulang sekali lagi " Pergi Jahanan Umno".

政府提供電子書 小學生存色情片

(瓜 拉登嘉樓25日訊)小學生濫用州政府免費提供的電子書,下載和儲存色情影片及照片。

12名分別就讀五年級和六年級的小學生,是在家中上網下載並儲存有關色 情影片和照片后,帶返校園與同學“分享”。

左圖為登州大臣拿督阿末賽益(中)5月間在推介禮上,對登州政府首創的電子書計劃深感自豪。

右圖為登嘉樓州政府 今年5月免費供應電子書給州內各源流小學5年級學生,當時,工作人員忙著為嶄新的電子書輸入課程綱要。

(瓜拉登嘉樓25日訊)小學生濫用州政府免費提供的電子書,下載和儲存色情影片及照片。

Jelas Niat Jahat Pewaris.

Apabila Polis memberi arahan supaya Himpunan Mansuhkan ISA dibatalkan pada sabtu 1 Ogos 2009, jelas ini lah yang dimahukan oleh Pewaris.
Tiada niat lain apabila Pewaris juga merancang mengadakan Himpuan menyokong ISA pada hari dan masa yang sama melainkan dengan tujuan untuk menggagala himpunan asal yang dirancang oleh Gerakan Mansuhkan ISA GMI.

Elok benar pewaris ini dikenakan ISA, mereka yang merangcang dan mengancam keselamatan negara. Dah betul mereka ni setuju benar, elok benar mereka ni mersai keseronokan berada dalam tahanan ISA.

Kalau tak seronok tak mereka sokong agaknya?

Jul 27, 2009

GMI menjemput wakil SUHAKAM turun memantau himpunan

Penyalahgunaan e-book : Ambilah iktibar.

Ada saja cara untuk menyalahguna kemudahan yang disediakan oleh kerajaan baik di peringkat Pusat mahu pun negeri.

Terbaru, penyalahgunaan buku elektronik (e-Book) yang diusahakan kerajaan negeri ini.

Lebih malang lagi salah laku itu melibatkan beberapa murid tahun lima di sebuah sekolah rendah di Gong Badak di sini.

Guru yang memeriksa e-Book kira-kira 12 murid di sekolah itu menemui rakaman video dan gambar porno.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama sekolah terbabit.

Ahmad Razif berkata, pihak sekolah bertindak menarik balik e-Book daripada murid-murid terbabit.
‘‘Kita telah mengeluarkan arahan kepada semua sekolah untuk mengambil serius penyalahgunaan e-Book.

‘‘Ia kesalahan serius dan pihak sekolah berhak mengambil tindakan keras termasuk membuang sekolah murid terbabit,’’ katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, murid-murid tersebut memberi alasan bahan-bahan tersebut dimuat turun oleh abang mereka.

Bagaimanapun, katanya, tindakan tetap boleh dikenakan kerana murid-murid tersebut adalah penerima e-Book dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kemudahan itu.

Beliau memberitahu, beberapa sekolah telah mengambil langkah pencegahan termasuk melarang murid-murid membawa e-Book pulang jika mereka didapati memuat turun video dan lagu.

CtKay's : Berita terkini dilapurkan kerjaan negeri akan membelanjakan sebanyak RM30 Juta bagi menyediakan satu perisian untuk mengawal pelajar dari menyalahguna e-book.Apakah semasa kertas cadangan program ini Kerajaan negeri tidak memikir soal ini sehingga satu peruntukkan baru sebesar itu dibelanjakan untuk tujuan ini, atau sememangnya memberi peluang untuk mendapatkan RM yang sejumlah itu.

Jul 25, 2009

KERIAN 1: INDUSTRI GERAGAU

    July 13th, 2009
    Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.


    Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.



    Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.



    Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.



    Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.



    Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?



    Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.



    Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.



    Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.



    Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..



    Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!

    Sumber : http://www.bluehikari.com/


    Jul 21, 2009

    Abe Uji start wat Kerje Dohhh

    Biar pun baru seminggu dinobatkan sebagai wakil rakyat di Manek Urai, namun Mohd Fauzi Abdullah sudah keluar masuk kampung menemui orang ramai. Iklan


    Hari ini beliau menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan penduduk di Lata Rek dan Chatel. Beberapa hari lalu jamuan laksa diadakan di Chuchuh Puteri.

    Dan Jumaat ini beliau juga menerima jemputan majlis kesyukuran daripada nelayan di sebuah kampung di Besut.

    Sehingga hari ini beliau sudah menemui sebahagian besar pengundi di hampir semua peti undi di Dun Manek Urai bagi merakamkan penghargaaan di atas sokongan padu mereka mempertahankan perjuangan Islam.

    "Insya Allah saya akan membawa suara rakyat di Manek Urai bagi memastikan nasib mereka lebih terbela di samping melakanakan program mempertingkatkan ekonomi rakyat.

    "Saya juga tidak lupa sokongan padu semua pihak termasuk persatuan peniaga dan korporat yang memberi sokongan sepanjang kempen pilihan raya diadakan," katanya ketika dihubungi di sini.

    Beliau juga berkata, biar pun baru dengan tugas wakil rakyat, namun pengalaman lama sebagai ahli majlis Majlis Daerah Kuala Krai dan aktivis parti diharap sedikit sebanyak dapat membantunya melaksnakan tugas.

    Beliau juga mengucap terima kasih kepada semua pihak termasuk Badan Perhubungan PAS PAS Negeri, Dewan Ulamak, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda, kawasan, pimpinan KeADILan dan DAP di atas kesungguhan mereka membantu kempen sebelum ini.

    Mohd Fauzi yang lebih senang dikenali sebagai Abe Uji juga menyifatkan kemenangannya pada 14 Julai lalu sebagai kemenangan perjuangan Islam dan menegak keadilan.

    "Biar pun terpaksa berdepan dengan segala jentera kerajaan Malaysia dan Umno, namun rakyat di Manek Urai tetap mempertahankan ketulenan perjuangan mereka selama ini," katanya.

    Beliau juga memberitahu akan membuka pusat khidmat di Dun Manek Urai dalam masa terdekat dan tidak menolak kemungkinan tinggal di Dun berkenaan bagi memudahkan mendampingi rakyat.

    Pada pilihan raya kecil yang diadakan Selasa lalu Abe Uji mengatasi calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat dengan kelebihan 65 undi.

    Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandang, Haji Ismail Yaacob

    ISA tiada kena mengena dengan Islam

    Sempena Himpunan Hapuskan ISA 1 Ogos 2009










    PRINSIP KEADILAN DALAM ISLAM

    “Janganlah semata-mata kerana membenci suatu puak maka kamu tidak mahu melakukan keadilan. Adillah kamu dalam tindakan dan hukuman terhadap mereka kerana ia akan mendekatkan kamu kepada Allah s.w.t” – maksud al-Quran


    Islam adalah agama yang mengutamakan keadilan. Salah satu daripada nama Allah s.w.t. ialah Al-Adlu. Allah itu maha adil. Maka agama yang diturunkan kepada umat Islam sudah pasti akan menjunjung tinggi prinsip keadilan.

    Perinsip pertama yang disebut dalam al-Quran ialah prinsip keadilan mutlak. Iaitu keadilan yang dilaksanakan tanpa mengira kelompok manusia. Sama ada mereka beragama Islam atau pun bukan, semuanya dipandang sama.

    Quran menyebut dalam satu ayat yang sangat besar ertinya kepada kita, yang maksudnya: “Janganlah semata mata kerana membenci suatu puak maka kamu tidak mahu melakukan keadilan. Adillah kamu dalam tindakan dan hukuman terhadap mereka kerana ia akan mendekatkan kamu kepada Allah s.w.t.”

    Berdasarkan itulah maka Nabi Muhammad s.a.w. telah melaksanakan prinsip keadilan kepada masyarakat tanpa mengira sesiapa, sama ada mereka itu orang bawahan atau atasan. Satu ketika, berlaku satu peristiwa dimana seorang perempuan daripada suku bangsawan Quraisy telah meminjam harta barang-barang kemas sahabat-sahabatnya tetapi dengan sengaja enggan memulangkannya semula.

    Diadukan kepada Nabi Muhammad kes itu, disiasat dan didapati benar perempuan ini telah melakukan satu kesalahan mengambil harta orang tanpa mengembalikannya. Nabi kemudiannya menghukum perempuan tersebut dengan hukuman hudud.

    Mendengar itu, maka berlakulah satu usaha daripada kalangan bangsawan Quraisy untuk memujuk Nabi supaya menarik balik hukuman tersebut atas alasan menjaga nama baik golongan bangsawan. Mereka lalu mengutus Usamah bin Zaid untuk untuk berunding dengan Nabi supaya menarik balik hukuman tersebut.

    Bila Usamah mengadap Nabi dan menyatakan tujuan itu, dengan tiba-tiba Nabi baik berang. Baginda marah dan terus menyampaikan ucapan yang terkenal. Kata Nabi: “Sesungguhnya telah binasa orang-orang yang

    sebelum daripada kamu kerana dasar keadilan mereka bila orang-orang atasan, bangsawan atau orang di kalangan yang berkuasa melakukan sesuatu jenayah, maka mereka memaafkannya tanpa apa-apa hukuman.

    ”Kalau orang-orang lemah bukan dari kalangan bangsawan atau minoroti yang melakukan jenayah itu, maka mereka segera melaksanakan hukuman hudud. Demi Allah ,sekiranya anak perempuanku Fatimah yang mencuri, aku sendiri yang akan potong tangannya.”

    Inilah keadilan dalam Islam. Keadilan yang tidak memandang bulu, tidak memilih kes serta tidak mendahulukan sesuatu kes dan membelakangi kes yang lain. Jauh sekali untuk mengada-adakan kes yang tidak ada. Atau sengaja menghukum sesaorang itu dengan hukuman yang berat, direkaciptakan kes-kes, dipalsukan beberapa kenyataan dan keterangan hingga membolehkan kehendak mereka terlaksana.

    Prinsip kedua yang Islam terima pakai ialah ‘yang menuduh hendaklah membawa bukti dan yang kena tuduh hendaklah menafikan dengan bukti-bukti yang sebaliknya.’

    Dalam sebuah hadis disebut: “Keterangan dibebankan kepada orang yang mendakwa. Kalau tidak mempunyai bukti, sumpah diterima sebagai keterangan daripada orang yang dituduh bahawa dia tidak melakukan kesalahan itu. Atau dia boleh membawa bukti bagi meragukan keterangan-keterangan yang dibawa oleh orang yang menuduh.”

    Hakim dalam Islam tidak campur tangan dalam hal pembuktian. Dia hanya mendengar siapa yang kuat hujahnya. Berdasarkan itulah hukuman akan dilaksanakan. Bukan dengan cara hakim bertindak sebagai pendakwa atau hakim bertindak lebih daripada pendakwa.

    Di zaman Khalifah Ali bin Abi Thalib, berlaku satu kes dimana Ali telah kehilangan baju besi. Didapati baju besi itu ada dalam simpanan seorang Yahudi. Ali melaporkan ke mahkamah, diambil tindakan dan dibicarakan.

    Yahudi ini menyangka bahawa tentulah dia akan kalah dalam kes ini kerana beliau seorang Yahudi. Yang membuat pertuduhan pula ialah seorang khalifah dan dibicarakan di depan seorang hakim yang dilantik oleh khalifah tersebut.

    Dalam perbicaraan itu, Ali gagal membuktikan kepada mahkamah tanpa sebarang keraguan bahawa baju tersebut kepunyaan nya. Kata lelaki Yahudi tersebut, “baju itu ada pada aku, maka akulah yang ampunya”.

    Akhirnya mahkamah memutuskan bahawa dakwaan Ali tidak sabit dan baju besi itu bukan kepunyaan Ali tapi kepunyaan Yahudi tersebut. Maka bersurailah majlis. Kemenangan diberikan kepada yahudi tersebut kerana bukti Ali meragukan dan tidak kukuh.

    Yahudi yang pada mulanya meletakkan sangkaan bahawa dia tidak akan menang kes tersebut, telah menyatakan keadilan Islam itu mengatasi agama dan bangsa. Dia pulang semula kepada mahkamah dan berkata, “aku amat menghargai keadilan yang diberikan dan sekarang aku ingin mengaku apa yang sebenarnya.

    ”Sebenarnya baju ini baju Ali, aku ambil. Sengaja aku berbuat sedemikian untuk melihat keadilan dalam Islam.”

    Kata hakim, “kami hanya menghukum berdasarkan yang zahir manakala yang batin, yang kami tidak lihat kami serahkan kepada Allah s.w.t.

    Inilah contoh satu bentuk keadilan yang memuaskan semua orang. Walaupun untuk Yahudi kalau haknya jelas, maka Islam beri kapadanya. Undang-undang tidak digunakan untuk memuaskan nafsu pemerintah atau memuaskan nafsu orang-orang yang mendakwa.


    BUKTI DAN PENYAKSIAN


    “Manakala saksi yang diragui kebenarannya, yang rosak peribadinya, saksi yang ditohmah dan disabit melakukan perkara yang sumbang seperti saksi yang berkhalwat misalnya atau saksi yang disebut sebagai penzina misalnya, atau saksi yang dilihat dia tidak sembahyang misalnya, atau saksi perempuan yang tidak tutup aurat misalnya, itulah saksi-saksi yang fasik.”

    Sebagai agama yang mengutamakan keadilan, Islam amat mementingkan bukti. Bukti adalah sesuatu yang menjadi asas keterangan perbicraan dalam Islam. Saksi adalah sebahagian daripada bukti.

    Untuk para saksi, Nabi berikan satu prinsip yang cukup jelas. Kata Nabi “Mereka yang layak menjadi saksi tidak boleh enggan atau menolak peranan sebagai saksi.” Bila seseorang itu dipanggil oleh mahkamah atas nama saksi, beliau wajib hadir walau pun beliau sebagai ketua negara.

    Ali pun terpaksa hadir ke mahkamah walau pun beliau seorang khalifah. Sesorang itu tidak boleh angkuh atau sombong, tak mahu hadir ke mahkamah. Manakala saksi palsu adalah satu perbuatan yang amat terkutuk, yang termasuk dalam tujuh perkara yang membinasakan manusia.

    Nabi sebut dalam hadis yang bermaksud: “Ada tujuh kategori manusia yang akan mendapat perlidungan Allah s.w.t. pada hari mahsyar iaitu hari yang tidak ada padanya sebarang perlindungan, satu daripadanya ialah saksi yang adil, bukan saksi yang palsu.” Atau disebut juga sebagai perkara-perkara yang membawa dosa besar ialah saksi palsu.

    Untuk orang yang menjadi saksi, Nabi berkata, “kalau kamu melihat kejadian itu dengan mata kepala kamu dengan terang macam kamu nampak matahari, maka berdirilah sebagai saksi. Kalau tidak jangan jadi saksi.” Saksi sebegini adalah saksi yang benar, berwibawa serta boleh diterima.

    Manakala saksi yang diragui kebenarannya, yang rosak peribadinya, saksi yang ditohmah dan disabit melakukan perkara yang sumbang seperti saksi yang berkhalwat misalnya atau saksi yang disebut sebagai penzina misalnya, atau saksi yang dilihat dia tidak sembahyang misalnya, atau saksi perempuan yang tidak tutup aurat misalnya, itulah saksi-saksi yang fasik. Dan saksi yang sebegini tidak diterima dalam sebarang perbicaraan mahkamah Islam .

    Mengapa Islam menolak saksi-saksi yang sebegini? Kerana dikhuatiri kalau dia tidak takut kepada hukuman Allah, maka dia juga tidak takut kepada hukuman manusia. Misalnya jika ada saksi yang disabit berkhalwat. Dia boleh melakukan kejahatan kepada Allah s.w.t., membuat maksiat, melanggar hukum Allah,tidak takut kepada siksaan Allah dan tidak takut neraka Allah.

    Maka orang sebegini tidak takut kepada hukuman manusia dan tidak takut untuk memalsukan keterangan di mahkamah. Oleh itulah Islam menolak saksi jenis ini untuk menjaga supaya keadilan tidak boleh disangsikan.


    PERTUDUHAN

    ”Manakala dalam kes zina atau liwat, sekiranya orang yang menuduh gagal membuktikan dengan empat orang saksi, maka hukuman atau senario ketika itu berubah daripada kes zina kepada kes qazaf. Bila sabit kes qazaf, maka mahkamah akan menghukum orang yang membawa kes itu dengan sebatan 80 rotan.”


    Orang yang membuat pertuduhan dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, tuduhan terhadap orang lain kerana hendak mengembalikan harta kepunyaannya atau kepentingan dirinya. Contohnya sesaorang menuduh orang lain mencuri harta kepunyaannya. Tujuannya ialah agar mahkamah boleh memutuskan supaya orang tersebut mengembalikah harta kepunyaannya.

    Bagi pertuduhan seperti ini, orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti bahawa barang tersebut adalah kepunyannya seperti kes Ali bin Abi Talib. Sekiranya gagal dia rugi sahaja, selesai!

    Yang kedua ialah tuduhan untuk mengenakan hukuman ke atas orang lain. Tuduhan seperti ini pula dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, tuduhan dalam kes-kes maal iaitu kes-kes harta atau kes-kes jenayah yang tidak melibatkan hudud.

    Yang kedua tuduhan yang melibatkan kes hudud seperti menuduh sesaorang itu berzina, liwat dan sebagainya. Bagi kes pertama iaitu pertuduhan kes maal, kalau orang yang yang menuduh gagal membuktikannya, kes itu tidak sabit.Itu saja.

    Berbeza bagi kes kedua iaitu kes yang melibatkan hudud. Contohnya, dituduh si polan itu melakukan zina atau liwat misalnya, maka mahkamah Islam akan meminta supaya orang yang membawa kes itu mengemukakan empat orang saksi yang u’dul.

    Maknanya saksi-saksi yang tidak diragukan kesahihan mereka dan mereka nampak perkara itu benar-benar berlaku. Mahkamah akan bertanya kepada saksi sama ada saksi atau saksi-saksi itu nampak atau tidak kejadian itu berlaku seperti mereka nampak kayu celak masuk ke dalam botol celak.

    Kalau tidak nampak, berlakulah keraguan. Kalau keempat–empat orang saksi nampak, maka sabitlah zinanya atau liwatnya dan yang dituduh itu akan dihukum dengan hukuman hudud iaitu sebat seratus rotan bagi yang belum berkahwin.


    Manakala ditanam sehingga paras pinggang dan dibaling dengan batu sekiranya pesalah itu telah berkahwin. Ini hukuman Allah yang tidak ada campur tangan manusia. Redha hukuman ini kita jadi muslim,tak redha hukuman ini kita jadi engkar. Engkar boleh menjurus kepada kekufuran.

    Manakala dalam kes yang sama, sekiranya orang yang menuduh gagal membuktikan dengan empat orang saksi, maka hukuman atau senario ketika itu berubah daripada kes zina kepada kes qazaf. Qazaf bermakna menuduh sesaorang itu berzina tanpa berjaya membawa empat orang saksi. Bila sabit kes qazaf, maka mahkamah akan menghukum orang yang membawa kes itu dengan sebatan 80 rotan.

    Sesudah hukuman itu dijatuhkan, sesaorang itu tidak boleh lagi menjadi saksi dalam sebarang kes penyaksian selama-lamanya. Bila menjadi saksi pun tidak layak, gugur keahliannya sebagai seorang manusia yang sempurna. Maka dia tidak layak lagi hatta untuk bertanding dalam pilihan raya. Atas itulah maka Islam meletakkan satu asas bahawa yang menuduh itu hendaklah benar-benar pasti dan cukup saksi.


    Berkaitan dengannya, timbullah isu kalau tidak cukup saksi maka ia boleh membawa kepada fitnah. Menuduh sesaorang berzina tanpa membawa empat saksi, bererti qazaf. Islam menetapkan demikian kerana tidak mahu membuka ruang fitnah. Jika tidak fitnah boleh berlaku dengan mudah.

    Jika ini berlaku mungkin ada orang yang boleh diupah dengan sogokan kepentingan duniawi supaya mengaku di mahkamah atau di mana-mana balai polis mengatakan dia dirogol contohnya dan mahkamah boleh menerima keterangan oleh seorang saksi sahaja, maka itu tidak diterima oleh Islam kerana boleh mendedahkan kepada ruang fitnah.

    Jika sabit fitnah, maka Islam telah menyediakan pembalasan yang setimpal dengan orang yang melakukan fitnah. Al-Quran menyebut dalam sebuah ayat yang bermaksud: “Mereka-mereka yang menaburkan fitnah, melakukan fitnah keatas orang-orang mukmin lelaki dan perempuan maka Allah sediakan bagi mereka itu dua seksa. Yang pertama azab neraka jahannam, dan (mereka jadi) bahan api neraka yang dibakar selama-lamanya.”

    Atas itulah maka Islam meletakkan fitnah ini dalam kategori yang amat besar kesalahannya sampai disebut ‘fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh’.

    KEZALIMAN ISA

    “Kalau sebagai pemerintah, kalau kamu sebagai hakim, jangan kamu jatuhkan sebarang hukuman kepada orang yang datang kepadamu sebelum kamu dengar keterangan daripada kedua-dua belah pihak.” - Sabda Nabi.


    ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah satu bentuk undang-undang yang membolehkan sesaorang itu ditahan tanpa bicara. Atau dengan lain perkataaan, kerajaan boleh menjatuhkan hukuman kepada seseorang tanpa perlu mengemukakan bukti dan tanpa perlu diadakan perbicaraan.

    Kalau itulah yang maksudkan dengan ISA, maka ia jauh menyimpang dari makna keadilan yang digariskan oleh Islam. Sekaligus ia juga merupakan satu kezaliman yang dikenakan terhadap sesaorang itu tanpa memberi hak kepada beliau untuk mebela diri.

    Islam telah meletakkan satu prinsip yang cukup jelas. Sabda Nabi dalam satu hadis sahih yang bermaksud: “Kalau sebagai pemerintah, kalau kamu sebagai hakim, jangan kamu jatuhkan sebarang hukuman kepada orang yang datang kepadamu sebelum kamu dengar keterangan daripada kedua belah pihak.”

    Iaitu keterangan dari pihak yang mendakwa dan yang kena dakwa. Hak pendakwa ialah pembuktian. Hak yang kena dakwa ialah menafikan dengan menunjukkan bukti sebaliknya.

    Itulah yang Islam pakai dan Islam tidak pernah kenal makna ISA. Dalam Islam tidak pernah ada peristiwa hukuman dijatuhkan ke atas yang dituduh tanpa perbicaraan dan tanpa keterangan. Islam tidak menerimanya kerana ianya merupakan satu kezaliman.

    ISA juga merupakan satu alat yang boleh digunakan sewenang-wenang kerana ianya tidak boleh persoalkan dan orang yang dituduh mungkin teranaiya kerana fitnah tadi.

    Kalau boleh difitnahkan sedemikian kepada orang dan boleh dipercayai fitnah itu kerana tidak ada perbicaraan, maka akan berleluasa kezaliman kepada masyarakat dan mereka itu terpaksa menerimanya atas nama ISA. Atas itulah maka kriteria kesaksian handaklah jelas. Orang yang kena tuduh itu disaksikan kesalahannya diberi peluang untuk membela diri. Jika dia bersalah, dapat dibuktikan kesalahannya. Jika dia benar, maka beliau dapat mempertahankan dirinya.

    Islam menyatakan setiap orang yang dituduh itu pada prinsipnya tidak bersalah sehinggalah dibuktikan kesalahannya. Kalau seseorang rakyat boleh dihukum tanpa perlu mengemukakan bukti dan diadakan perbicaraan, maka ia telah menolak prinsip ‘the person itu innocent until proven guilty’.

    Prinsip ini adalah prinsip sejagat dan terima pakai oleh negara-negara maju di ceruk dunia mana sekali pun. Dengan menggunakan ISA, bererti kita adalah negara yang paling mundur dalam sistem kehakiman.

    Islam tidak menerima konsep undang-undang rimba,iaitu undang-undang yang berdasarkan siapa kuat dia yang benar, siapa yang berkuasa boleh berbuat segala-galanya. Prinsip Islam ialah sesiapa yang melakukan keselahan, dia akan menerima angkubah dari perbuatannya tanpa mengira pangkat atau kedudukan.



    Jul 20, 2009

    UMNO tidak ikut Islam

    UMNO tidak ikut Islam

    SHAH ALAM – Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib mendakwa pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama 50 tahun tidak mengamalkan prinsip asas keislaman kerana banyak banyak mencabar ayat-ayat suci al-Quran dan Sunnah.

    Beliau berkata, ini dapat dilihat pelbagai masalah yang dihadapi kerajaan sekarang seperti keselamatan, jenayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan dan sebagainya.

    “Masalah ini terjadi kerana kepimpinan BN tidak menghayati kandungan Islam yang sebenar. Jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan Allah dan menabikan Muhammad SAW, landasan sebenar perlu dituruti.

    “Kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain?” katanya, semalam.

    Sekiranya dibandingkan dengan kepimpinan Pas, beliau berkata, Pas memperjuangkan Islam agar menjadi akidah kepada negara dari segenap segi sama ada dari sudut pentadbiran, kehakiman atau sebagainya.

    “Pendek kata, apa sahaja yang terkandung dalam dua kalimah syahadah iaitu ‘tiada tuhan disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah’ akan diaplikasikan oleh Pas bukan sahaja dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara,” katanya.

    Menurutnya, situasi sebeginilah yang membezakan antara UMNO dan Pas memandangkan dasar serta matlamat perjuangan yang dibawa jauh berbeza.

    “Kita dapat lihat kepimpinan negara, terang-terangan menolak hukum Allah,” katanya.

    Beliau berkata, UMNO membenarkan ‘Riddah’ atau murtad: berleluasa di samping mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.

    Harun berkata, sekiranya hanya menghebohkan soal pembinaan masjid, semua dunia membina rumah Allah itu, namun pentadbiran mereka sama juga tidak mengikuti ajaran Islam.

    “Status kedudukan pemimpin di negara barat dan timur yang sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO di Malaysia ini,” katanya.

    Menurutnya, sekiranya masih wujud benih keimanan dalam hati pemimpin UMNO, beliau merayu mereka kembali bertaubat ke jalan Allah SWT.

    Unit Amal nafi program kebajikan untuk ahli

    KAMPUNG GAUNG - Unit Amal Negeri menafikan dakwaan khidmat sosial masyarakat yang dilaksanakan mereka hanya untuk ahli-ahli Pas, sebaliknya ia program kebajikan untuk semua tanpa mengira fahaman politik.

    Pengarah Unit Amal Negeri, Mohd Shaiful Ambia Darusa[gambar] berkata, wa-laupun penubuhannya ‘dibayangi’ parti politik tetapi pelaksanaan kerja-kerja sukarela Unit Amal tidak me-letakkan ia sebagai halangan bagi membolehkan khidmat masyarakat dihulurkan.

    “Tidak dinafikan Unit Amal ini di bawah Pas, tetapi kerja-kerja sukarela yang kita jalankan tidak hanya terhad kepada kawasan atau penyokong Pas semata-mata, ia adalah untuk semua.

    “Paling penting ialah kita dapat menabur bakti secara sukarela kepada masyarakat kerana jalinan kemua-fakatan sebenarnya lebih ber�nilai.

    “Berkonsepkan kemasyarakatan, Unit Amal menolong mereka yang memerlukan dari aspek tenaga se-perti membantu mangsa-mangsa banjir di Johor beberapa tahun lalu. Jelas di sini, Unit Amal bukan bergerak melakukan kerja-kerja sukarela dalam ruang lingkup politik semata-mata,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian sempena Jambori Amal Peringkat Terengganu yang berlangsung di sini selama tiga hari, berakhir kelmarin dan disertai kira-kira 250 ahli Unit Amal dari seluruh Terengganu.

    Menurutnya, program tersebut adalah acara tahunan anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri di bawah Jabatan Amal Terengganu bagi memberi peluang kepada setiap ahli turun padang secara langsung berbakti kepada masyarakat.

    Gambar dipetik dari blog jabatan Amal

    “Tahun lalu kita adakan di Merchang, Marang dan kali ini selain mengadakan perkhemahan di sini, terdapat juga beberapa aktiviti sam-pingan melibatkan khidmat sosial di beberapa kampung dalam Dewan Undangan Negeri Kuala Berang iaitu Kampung Tajin, Tanjung Putat dan Telaga.

    “Selain aktiviti sukaneka, kita juga menjalankan program gotong-royong membersihkan tanah perkuburan, menjalankan kerja-kerja mengecat, membina surau dan menziarahi rumah-rumah golongan fakir miskin,” katanya.

    Sokongan makin tipis, penyokong tolak BN

    KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu semakin menaruh keyakinan tinggi bahawa penyokong Barisan Nasional (BN) termasuk pemimpin mereka akan bertindak meninggalkan parti berkenaan pada bila-bila masa sahaja.

    Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib percaya, penyokong BN, khususnya UMNO akan berbuat demikian sebaik sahaja Pas mendapat kedudukan terbaik dalam politik di negara ini.

    Lebih jelas, katanya, sokongan dan keyakinan rakyat terhadap UMNO dilihat semakin tipis dan perkembangan ini akan mempengaruhi pengundi untuk memberi harapan baru kepada Pas.

    “Bila-bila masa sahaja orang akan keluar UMNO, pemimpin UMNO pun nak keluar UMNO,” katanya kepada :Sinar Harian :ketika dihubungi, semalam.

    Ditanya lanjut berhubung perkara itu, beliau memberitahu ada mende-ngar desas-desus berhubung perkara itu dan berkemungkinan besar berlaku peralihan politik di negeri ini selepas pilihan raya umum ke-13.:

    Dalam perkembangan terbaru, Pas Terengganu terus memperkasa jentera parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan da-tang selepas meraikan kemenangan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan, Selasa lalu.

    Beliau berkata, pihaknya memberi tumpuan kepada pembangunan insan teru-tama dari aspek kesedaran bagi memastikan orang Melayu mengetahui tanggungjawab mereka sebagai orang Islam.

    Usaha itu diteruskan dengan turun ke setiap kawasan pada setiap minggu bagi merapatkan jurang antara pemimpin dan rakyat di samping mendengar luahan masyarakat setempat secara terus.

    “Kita sudah pun memulakan pendekatan ini sejak tiga minggu lalu dan sudah melawat tiga kawasan di Parlimen Kuala Terengganu, Besut dan Kemaman,” katanya.

    Mengulas lanjut, beliau berkata, Pas tidak menjanjikan aspek material kepada masyarakat atau ‘menggula-gulakan’ dengan wang, sebaliknya menawarkan perjuangan dalam menegakkan dasar Islam.

    “Perjuangan kita adalah perjuangan bersama dan kita melihat semua terlibat dalam perjuangan ini sama ada golongan profesional, orang tua, orang muda, akil baligh dan sebagainya,” katanya.

    Selain itu, Harun juga memberitahu, Pas turut memberi tumpuan terhadap golongan muda di negeri ini bagi memastikan mereka tidak diabaikan.

    Sumber : Sinar Harian Edisi Terengganu.

    Jul 19, 2009

    Selamat datang Ustaz Nasaruddin Mat Isa Ke Terengganu


    Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasaruddin Mat Isa akan ke Kuala Terengganu pada 22.7.2009 kerana menghadiri pelancaran Bulan Tarbiah.
    Beliau dijangka akan menjadi ahli Panel kepada Forum Tarbawi yang akan diadakan di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu.

    Selain dari beliau Forum tersebut juga membariskan ahli panel yang terdiri dari :

    Ustaz Saiful Bahari Mamat - Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu.

    YB Ustaz Mohd Nor Hamzah - Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu.

    Majlis pelancaran Bulan Tarbiah dimulakan dengan Solat maghrib, bacaan mathurat, Tazkirah, solat Isyak dan Forum Tabawi.

    Inilah julungkalinya Ustaz nasaruddin ke Terengganu selepas beliau di pilih semula oleh perwakilan didalam muktamar PAS ke-55 di Shah Alam awal bulan Jun lalu.

    - Semua di Jemput Hadir-

    Masalah dalaman Umno Marang.

    Umno Marang terus menerus mengahadapi masalah dalaman. Akibat dari itu, saptutnya Ketua Wanita Umno Marang yang dilantik sebagai senator telah dinafikan haknya.

    Ketua Wanita Umno Marang ialah Toh Puan Zaitun Mat Amin, merupakan isteri kepada Dato' Muda Mamat, bekas exco kerajaan Terengganu, bekas ketua bahagian Marang, bekas calon Parlimen Marang .

    Sebenarnya kedudukan Zaitun sangat tidak selesa semasa dibawah Dato' Rahman Bakar. Ini kerana Dato' Man Bakar lah orang yang telah merusakkan kerjaya politik suami beliau Dato' muda Mamat. Dato' Muda gagal mempertahankan jawatan ketua bahagian selepas dicabar sengit oleh Rahman Bakar. bermula dari situ lah dendam antara mereka berterusan dan kemudian pula Zaitun memenangi kerusi ketua Umno Marang dalam keadaan beliau di tolak ketua bahagian. Hasil kerja tikam dari belakang wanita umno terlibat menjatuhkan Rahman Bakar di tangan Yahya Khatib Mohd.
    Sepatutnya Toh Puan Zaitun telah dilantik sebagai senator, namun oleh kerana Yahaya Khatib bukan orang yang selesa di sisi Ahmad Said, cadangan nama Zaitun itu telah ditolah mentah-mentah oleh Ahmad Said, disamping itu peranan Rahman Bakar yang disahkan penasihat kepada Ahmad Said juga amat besar didalam memastikan isteri Muda mamat tidak dilantik sebagai senator. Alasan lojik akal yang sangat mudah diteriama. Masa kan satu bahagian 2 Senator.
    Masalah dalaman umno Marang terus berterusan, bagaimana kumpulan penyokong Rahman Bakar tetap tidak hadir setiap kali majlis yang di hadiri oleh Yahaya Katib samada majlis parti atau majlis kerajaan. Mulut Yahaya Khatib amat tidak disenangi oleh pengikut Rahman Bakar. Yahaya pakai lepas-lepas je maki Rahman Bakar didepan orang ramai termasuk pegawai Kerajaan. Terbaru dalam satu majlis Di Mercang, Marang, Yahaya dengan sinis menggelarkan ketua Umno dulu (Man Bakar) Dok Rok cetong, cap ayam, kaki tidur dll didepan pegawai kerjaan dan pegawai kanan Telekom.

    Oleh itu kepada Toh Puan Zaitun, sebelum melihat atau menuduh kudis orang lain, elok sangat dilihat bisul di dalam kain yang sudah membesar dan menunggu masa untuk melentup.

    Pembangkang dalam Kerajaan di Terengganu.

    MP Hulu dan Adun Ajil

    Hakikatnya kumpulan yang menolak Datok Ahmad Said adalah golongan yang boleh dipanggil sebagai pembangkang dalam Kerajaan.Istilah ini juga sangat popular di zaman Wan Mokhtar Ahmad menjadi Menteri Besar Terengganu.


    Terbaru, ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Noor Othman bersama Adun Ajil [ kedua-duanya adalah calon ketua dan timbalan ketua bahagian Hulu Terengganu.] telah hadir dalam majlis Makan durian bersama ahli Parlimen Hulu Terengganu.


    Dalam majlis tersebut mohd Noor telah mendesak supaya kerajaan segerakan pembinaan Politeknik di Hulu Terengganu. Pada Februari 2008 Perdana menteri ketika itu telah menyempurnakan majlis pecah tanah Politeknik Hulu Terengganu di Kg Kuala Jeneris, Mukim Hulu Telemung, Daerah Hulu Terengganu.Terletak disebelahan sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jeneris.

    Namun begitu, tentu Mohd Noor sendiri telah mengetahui bahawa projek pembinaan pusat pengajian tersebut di Hulu Terengganu telah dibatalkan. Peruntukan untuk tujuan tersebut telah dibawa lari ke UDM mukim Tembila, Daerah Besut melalui kementerian Pengajian Tinggi pada ketika itu.


    Kini Mohd Noor seolah-olah bersuara seperti pembangkang mendesak kerajaan bina segera Politeknik Hulu Terengganu di tapak yang baru di Mukim Tersat, jalan Sekayu.Mohd Noor mendakwa kawasan baru itu lebih sesuai dan menjimatkan kos pembinaan kerana tidak melibatkan kawasan bukit seperti di Kuala Jeneris.

    Mohd Noor Kena faham, semasa kertas proposer untuk tujuan Projek pembinaan Politeknik Hulu Terengganu, di Kg Kuala Jeneris itu masa kan tidak diambil kira bukit-bukit di pesekitaran? Mohd Noor juga kena tahu walaupun masa Pak Lah datang pecah tanah itu beliau masih pegawai pendidikan, sudah berapa puluh ribu ringgit telah dihabiskan untuk tujuan pecah tanah? Mohd Noor kena tanya Tengku Putera apakah hakikat sebenar yang terselindung sehinggakan projek ini dibatalkan terus bukanya di tangguh-tangguh? Rosol juga mesti tanya Rozi kenapa peruntukkan untuk projek ini digunapakai untuk menyuntik UDM di Tembila, YB YB semua kena tahu ini semua, patutnya diberitahu kepada rakyat juga. Ini kerana rakyatlah yang diminta menepuk tangan kuat-kuat bila MB Idris Jusoh dan PM Pak Lah umumkan projek ini. Malang sungguh malang seandainya YB Hulu Terengganu dan YB Ajil tidak tahu kisah sebenar dibelakang pembatalan Politeknik Hulu Terengganu, patut sungguh jadi pembangkang dalam kerajaan.

    Tok Guru Memimpin, InsyaAllah Semuanya Selamat.

    Selamat Dunia, Selamat Akhirat.










    Jul 17, 2009

    1 Malaysia, Rakyat di dahulukan.....Langkah demi langkah...


    Tarif elektrik naik bulan depan?
    Peter Chin: Kertas kerja dibentang di Kabinet minggu depan

    PUTRAJAYA: Kertas kerja mengenai kenaikan tarif elektrik akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu depan dan jika diluluskan ia dijangka akan dikuat kuasa mulai bulan depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.

    Beliau berkata, kenaikan tersebut yang melibatkan keseluruhan pengguna elektrik dalam negara termasuk pihak komersial dan pengguna biasa, telah mendapat kelulusan daripada Majlis Ekonomi Negara.

    "Bagaimanapun peratus kenaikannya masih belum boleh diumumkan sehinggalah ianya diluluskan oleh Kabinet," katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan dengan warga kementeriannya serta pelancaran logo baru kementerian tersebut, di sini hari ini.

    Ditanya sama ada kenaikan tersebut bakal menambah lagi beban rakyat yang baru diumumkan dengan kenaikan kadar tambang pengangkutan awam semalam, Peter Chin berkata kenaikan tersebut tidak akan terlalu membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

    "Kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan kerana ia didorong oleh harga bahan api dan gas di pasaran antarabangsa yang menyebabkan kenaikan kos penyelenggaraan.

    "Kalau kita tidak naikkan, pihak kerajaan atau Tenaga Nasional Berhad kena buat subsidi sebab ada pihak yang terpaksa membayarnya (kenaikan kos).

    "Kita boleh jelaskan kenapa tarif perlu dinaikkan dan kalau kita dapat menjelaskan dengan kukuh dan jumlahnya tidak terlalu tinggi hanya bagi menyeimbangi kos, maka saya fikir rakyat boleh memahami keadaannya," kata beliau.

    Berucap di majlis itu, Peter Chin berkata, kerajaan sedang mengambil tindakan proaktif mengenai mitigasi bagi mengatasi jangkaan kekurangan air akibat fenomena El Nino.

    Beliau berkata, beberapa siri perbincangan yang melibatkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi dan operator air di seluruh negara telah diadakan bagi memastikan bekalan air mencukupi.

    Orang ramai juga perlu segera melaporkan kepada operator air jika terdapat sebarang kebocoran air dan insiden paip pecah bagi mengelakkan pembaziran air, katanya.BERNAMA


    1 Malayisa rakyat tetap didahulukan sebagai mangsa, semalam tambang Bas dan teksi.

    Ini merupakan hadiah Najib ke 13 dan 14 sempena 100 hari menjadi PM.


    1 Malaysia, Rakyat di Mangsakan.

    Jul 16, 2009

    Mengisafi Manek Urai.

    Tulisan ini adalah email dari seorang pengunjung yang mendakwa sebagai anak Kuala Krai di Perantauan.

    لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْفَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُدْبِرِينَ


    Sesungguhnya Allah swt telah menolong kamu dalam banyak medan peperangan dan hari peperangan Hunain ketika kamu dijangkiti penyakit ujub [ kagum diri / rasa diri hebat ] dengan sebab ramainya jumlah bilangan bala tentera kamu , maka ia ia sebenarnya tidak boleh mendatangkan apa - apa faedah ( keistemewaan/kemenangan ) kepada kamu di medan perang itu sehingga bumi yang luas dirasakan sempit oleh kamu kemudian kamu berpaling undur melarikan diri .
    -Surah At-Taubah ayat 25.


    Keputusan Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai amat mengejutkan bagi semua pendokong PAS. Ini kerana Manek Urai merupakan kubu PAS. Sejarah kekalahan PAS di Kelantan tahun 1978 tetap menyaksikan Manek Urai dimenangi oleh PAS selain sebuah lagi DUN di Parlimen Pengkalan Chepa.
    Kemenangan hanya dengan majoriti 65 sudah semestinya amat memeranjatkan.Walaupun mungkin PAS akan menyediakan pelbagai alasan semasa bedah siasat nanti.Suka disarankan agar selain daripada Jabatan Pilihanraya negeri Kelantan dibawah YB Fatah Harun membuat bedah siasat tersebut, elok juga rasanya Jabatan Pilihanraya PAS Pusat melalui ketua Pengarahnya YB Dato' Halim Abdul Rahman juga membuat satu bedah siasat bebas yang berasingan untuk mengkaji punca sebenar keputusan tersebut.
    Bagi PAS Kelantan pula hendaklah berlapang dada dan lebih melihat kedalam didalam membuat bedah siasat itu nanti.

    Beberapa insiden dalaman yang tidak berlaku di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang juga perlu di suluh.Walaupun mungkin serangan UBN itu sangat hebat, namun seandainya kita mempunyai jentera yang mantap dan hebat sepatutnya kita mampu untuk hadapi.Di Bukit Gantang dan Di Kuala Terengganu juga demikian.Itu lah sebabnya kita perlu melihat kelemahan dalaman kita.

    Peranan Pemuda Pas pusat seolah-olah terpinggir dalam PRK Manek Urai. Dua program besar yang cuma dilaksanakan oleh DPPP masih juga dibayangi oleh pimpinan PAS Kelantan.Sedangkan sebelum ini sebarang pelancaran gerakkerja Pemuda disetiap PRK ianya dirasmikan oleh Ketua Pemuda Pusat itu sendiri.lihat sahaja pelancaran Gerak Kerja Pemuda yang telah diadakan pada 19 jun 2009 di Air Terjun Lata Rek, telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Husam Musa. Begitu juga dengan Himpunan Pemuda Pakatan Rakyat yang diadakan pada 5 Julai 2009 di kampung Sungai Sok juga masih dibayangi oleh Dato Haji Husam Musa.Kenapa ini semua berlaku?

    Program himpunan pemuda Pakatan Rakyat itu sepatutnya merupakan satu program yang sangat grand. Namun akhirnya ia hanya jadi ceramah pentas pemuda.Kerahan oleh Pemuda PAS Pusat supaya setiap negeri menghantar 1000 peserta telah dibatalkan disaat akhir. Paling menyedihkan apabila suara-suara sinis daripada pimpinan kanan Dewan Pemuda Kelantan (SU) mengeluarkan kata-kata yang tidak sanggup untuk ditulis bagi menghalang kehadiran Ketua Pemuda Pas Pusat dan exconya ke perhimpunan tersebut. Kenyataan bekas ketua pemuda PAS Kelantan YB Mohd Zaki Ibrahim didalam mengulas kemenangan tipis di Manek Urai antaranya ialah pengundi muda telah berubah mengundi BN sudah cukup untuk membuktikan Peranan jentera Pemuda PAS gagal untuk dimanafaat sepenuhnya. Ketua Pemuda PAS yang baru mengambil alih jawatan ini, YB Ustaz Latif Abdul Rahman mesti mengambil satu tindakan untuk membetulkan dan memulihakan perakara ini. kebetulan pula beliau juga merupakan Yang Dipertua PAS Kuala Krai yang baru. Hanya tidak sampai 3 bulan beliau mengambil alih kedua-dua tugas dari penyandang asal, beliau sudah diuji dan diduga dengan Pilihanraya kecil.
    Pengalaman di Pengkalan Pasir seolah-olah langsung tidak diambil iktibar di Manek Urai.

    Pada tulisan ini, tidak bercadang untuk mengulas beberapa kelemahan JPN, bilik gerakan, jentera penerangan serta beberapa unit lain kerana sekiranya ada kesempatan akan diulas dalam email yang akan datang, InsyaAllah.

    1 Malaysia, Rakyat di Dahulukan...sudah bermula..


    Tambang teksi, bas sekolah naik

    Tambang teksi bagi satu kilometer pertama dinaikkan dari RM2 kepada RM3 mulai 1 Ogos.

    Dalam pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz di Kuala Lumpur hari ini, bagi jarak setiap 115 meter, kadarnya adalah 10 sen.

    Kadar lama, kenaikan 10 sen untuk setiap 150 kilometer.

    Teksi yang menunggu penumpang pula, kadar terbaru 10 sen untuk setiap 21 saat berbanding dahulu untuk 45 saat.

    Selain itu, kadar tambang bas sekolah berhawa dingin dibenarkan naik sehingga 30 peratus bermula tarikh yang sama, katanya.

    Kadar baru tambang teksi itu dilaporkan mengambil kira pelbagai faktor termasuk destinasi, jarak dan masa selepas kajian Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Mei lalu.

    Kerajaan sebelum ini pada dasarnya bersetuju memberi kenaikan 30 peratus bagi meringankan beban pengusaha pengangkutan awam, termasuk surcaj 30 peratus tambang bas ekspres.

    Terengganu dan Kelantan, 2008 dan 2009



    لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ
    فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُدْبِرِينَ
    Sesungguhnya Allah swt telah menolong kamu dalam banyak medan peperangan dan hari peperangan Hunain ketika kamu dijangkiti penyakit ujub [ kagum diri / rasa diri hebat ] dengan sebab ramainya jumlah bilangan bala tentera kamu , maka ia ia sebenarnya tidak boleh mendatangkan apa - apa faedah [ keistemewaan/kemenangan ] kepada kamu di medan perang itu sehingga bumi yang luas dirasakan sempit oleh kamu kemudian kamu berpaling undur melarikan diri .




    surah at Taubah ayat 25

    Piliharaya Umum 2008.

    Parlimen Kuala Terengganu.

    Dun Manek Urai

    Pilihanraya Kecil 2009.

    P036 Kuala Terengganu

    Keluar 64, 045
    PAS 32,883
    BN 30,252
    Bebas 193
    Rosak 665

    Majoriti 2,631


    N41 Manek Urai
    Keluar 10, 722
    PAS 5,348
    BN 5,283
    Rosak 92

    Majoriti 65

    Suatu perbandingan antara dua pilihanraya kecil.

    Jul 15, 2009

    Kejutan Mahyiddin Di Manek Urai - Jambatan Emas

    Mana satukan antara berikut yang akan menjadi pilihan Mahyiddin TPM bagi di bangunkan untuk menyambung antara Manek Urai Lama dan Manek Urai baru ?

    Kedua -dua peti undi tersebut telah dimenangi oleh UBN. Mahyiddin berjanji untuk membuat Jambatan bernilai 10 juta.
    Sudah tentu Ibrahim Al-Lompati sangat geram dengan projek tersebut....
    Mana satu piliahn Kalbu?

    Ini Kah? Jambatan 1Malaysia.




    Atau Yang ini dengan nama Jambatan Najib


    Mungkin yang ini pula dengan nama Jambatan Mahyiddin?




    Mungkin juga terpilih yang ini dengan Jambatan Taun Aziz?


    Ah Kalau yang ini elok sangat nama Jambatan TokPar


    Atau ini juga piliahan Mahyiddin and the Gang's
    Sama-sama kita tunggu, atau anda semua ada cadangan jambatan tersebut dengan nama Brahim Al-Lompati ? Silakan.....


    Jul 14, 2009

    Keptusan Rasmi PRK Manek Urai

    KEPUTUSAN RASMI
    UNDI PAS 5348
    UNDI BN 5283
    MAJORITI 65
    JUMLAH UNDI ROSAK 92
    JUMLAH KELUAR MENGUNDI
    10 722 (87.22%)

    JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27

    JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9

    Kemaskini Manek Urai Jam 7.35 Ptg

    Abe Uji Mene Tipis di Manek Urai

    PAS 5363
    BN 5293

    MAJORITI 90
    JUMLAH UNDI ROSAK 90
    JUMLAH KELUAR MENGUNDI 10 746 (87.42%)

    JUMLAH SALURAN MENANG 14

    JUMLAH UPU MENANG 4
    JUMLAH SALURAN KESELURUHAN 27

    12.00 Tengahri 68.4% Keluar Mengundi di MU

    Sehingga jam 12 tengahari tadi, kira-kira 68.4 peratus atau 8,475 pengundi keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini.

    Jul 9, 2009

    PAS minta penyokong puasa sunat untuk Manek Urai

    KUALA LUMPUR, 9 Julai: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengarahkan agar semua ahli dan penyokong PAS serta semua mereka yang bersimpati dengan perjuangan Islam melakukan puasa sunat pada hari Ahad 12 Julai ini.

    Pada malamnya, mereka diminta bermunajat untuk memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan yang cemerlang kepada calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dalam pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai nanti.

    Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Mustafa Ali,
    Setiausaha Agung PAS
    hari ini.

    Umno terduduk dengan berita ini.

    Nasharudin sahkan turun Manek Urai Sabtu ini

    SERDANG: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mengesahkan beliau akan turun Sabtu ini bagi membantu kempen parti itu menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

    Nasharudin yang sebelum ini dilaporkan dihalang daripada hadir di Manek Urai berkata, masalah kesihatan yang dialaminya sejak seminggu lalu menghalang beliau hadir lebih awal di bahagian itu.

    "Sejak seminggu lalu saya mengalami masalah kesihatan... terasa sakit di bahagian usus.

    "Jadi doktor minta saya jalani pembedahan kecil dibahagian usus hari ini," katanya ketika ditemui selepas selesai pembedahan.

    Beliau keluar Hospital Serdang kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

    Satu isu yang cuba dibesarkan oleh Umno/BN serta media milik mereka ternyata telah ditangani dengan baik oleh PAS. Berita ini sekaligus menempelak tuduhan jahat Khairy terhadap Dato' Husam Musa.
    Kesempatan ini diucapkan tahniah kepada semua yang berjaya memerangkap Umno/BN, selicik-licik Khairy akhirnya masuk juga perangkap PAS. Lepas ni boleh sembelih lah pulak...

    Tuan Guru Presiden ziarah penduduk Laloh

    sumber : http://prkn41.pas.org.my
    Manek Urai
    , 7 Julai - Tuan Guru Presiden PAS sempat menziarahi seorang penduduk Kg Laloh yang telah diserang stroke. Kg Laloh merupakan kawasan yang terletak di dalam DUN Manek Urai.
    Hj Mokhtar Kadir berumur 60 tahun merupakan sepupu kepada Arwah Pak Su Wel, bekas Adun yang telah banyak berjasa kepada penduduk di DUN Manek Urai. Hj Mokhtar memberitahu kepada Tuan guru bahawa beliau telah lama mengidap penyakit tersebut.

    Kelihatannya beliau tidak mampu berdiri sendiri melainkan dibantu oleh keluarga beliau.

    Tuan guru yang sangat bersimpati, juga menasihati kepada Hj Mokhtar supaya banyak bersabar menghadapi dugaan yang sangat mencabar tersebut dan banyakkan berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan olehNya.

    Turut sama dalam program ziarah tersebut ialah YB Dato' Hj Omar Mohamad yang merupakan ADUN Perupuk.


    Sebelum itu Tuan Guru Hj Abd Hadi menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Laloh, bertajuk Isra' Mikraj.Dalam kuliah tersebut, Tuan Guru menyeru kepada ahli jamaah masjid supaya berjuang menegakkan Islam dan menyokong risalah yang diwarisi daripada Rasulullah s.a.w tersebut.

    Sumber : http://prkn41.pas.org.my

    Jul 8, 2009

    Akhirnya Usaha yang murni berbaloi juga.

    Tahniah diucapan kepada GMP , PAS serta ngo's yang lain, usaha kalian selama ini sudah berbaloi. Biar apa jua alasan yang diberikan, pokoknya PPSMI telah dihapuskan. Kini kita sama-sama menunggu perarakan seterusnya Gerakan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009.

    Selepas bekerja di Manek Urai, ayuh kita bersiap siaga untuk ke Kuala Lumpur bersama-sama GMI.

    Menunggu Kehadiran Ustaz Nasaruddin di Manek Urai.


    Selepas kekusutan UG telah diukai, selepas Tok Guru Nik Aziz menarik balik desakan keatas Ustaz Nasa, selepas semua pimpinan tertinggi PAS memutuskan supaya isu UG ini tidak berbangkit lagi, maka harapan saya, juga rasanya harapan penyokong setia PAS ingin melihat Ustaz Nasa bersama pimpinan pusat yang bersama-sama turun di Manek Urai.

    2 Pilihanraya kecil sebelum ini beliau adalah tenaga utama yang merancang kelancaran perjalanan pilihanraya tersebut.

    Di Kuala Terengganu, beliau boleh dikatakan berada di dalam parlimen sebelum penamaan calon sehinggalah selesai pilihanraya kecil Kuala Terengganu, sekaligus meraikan kemenangan PRK tersebut. Begitu juga dengan PRK Bukit Gantang.

    Kini kelibat beliau masih belum kelihatan di Manek Urai. Malam pengumuman calon beliau tidak hadir, hari penamaan calon juga beliau tidak hadir.
    Ada cerita ketidakhadiran beliau adalah kerana itu merupakan keputusan PAS Kelantan, namun semalam Pengarah PRK Manek Urai YB Fatah Haron telah menafikan dakwaan tersebut. Hari ini pula timbalan pengarah PRK Manek Urai YB Datuk Wan Rahin juga menafikan yang PAS Kelantan tidak mengizinkan Ustaz Nasa hadir, cuma jadual untuk beliau tidak disusun.

    Isu ketidakhadiran Ustaz Nasa ini nampak kecil, tetapi sekiranya ia tidak ditangani dengan baik nescaya sedikit sebanyak akan memberi kesan dan menganggu kelancaran PRK N41 bagi PAS.

    Mungkin bagi yang ego dan sombong akan terus bercakap besar dengan menafikan isu tersebut memberi kesan.

    Oleh itu sekiranya benar tiada halangan atau sekatan dari PAS Kelantan, tidak boleh tidak Ustaz Nasa mesti kena turun di Manek Urai. Sebelum ini pun selepas tidak kelihatan Parlimen selepas isu UG tempohari, akhirnya ustaz Nasa hadir di Parlimen malahan beliau turut mengambil bahagian berucap di Parlimen. Begitu juga selepas itu juga beliau diberitakan telah turun beberapa kali di Parlimen Bachok.

    Penamaan calon Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, Ustaz Nasa berjalan seiringan bersama Dato' Husam Musa, Dato' Mustaffa Ali, DS TG Presiden serta YB Solahuddin-keharmonian ini mesti diteruskan.


    Oleh itu sebagai Tuan rumah, Jabatan Pilihanraya Kecil N41 mesti membuat sesuatu untuk memastikan kehadiran Ustaz Nasa, hubungilah beliau, sediakan program untuk beliau. Sekiranya perkara ini boleh berlaku maka terduduklah umno/BN dengan isu ini.

    Ustaz Nasa sendiri pula sebaik-baiknya berusahalah menghubungi kawan-kawan di Kelantan, berusahalah untuk memastikan dapat hadir di Kelantan.

    Jul 7, 2009

    Gambar paling menarik dihari Penamaan Calon

    Gambar ini diambil juga dari satu blog. Diberitakan kapalterbang remote yang membawa bendera PAS ini berlegar-legar di atas kawasan penyokong PAS yang sedang menunggu keputusan penamaan calon PRK N41 Manek Urai.
    Orang Pas memang kreatif. Syabas.

    Eh, cantiknya poster ini.


    Poster ini semakin banyak di manek urai, Seronoknya tengok Poster begini...he...

    Jul 2, 2009

    Ini lah Suratku

    AGIHAN SEPERTI DILAMPIRAN 'A'

    Assalamualaikum,
    Menemui kekandaku YB 10 Budak hitam.
    Pertama-tama saya memohon kemaafan diatas kehadiran satu catatan yang tidak pernah diundang ini. Tidak kiralah apakah namanya surat ini samada surat terbuka, surat terdedah, surat melayang atau boleh juga dikenali sebagai surat maya.

    Kekanda YB 10 budak hitam, tatakala ini mungkin YB sekelian mula balik ke pengkalan Parlimen masing-masing setelah hampir 3 minggu berada di persidangan Parlimen. Sudah berkira-kira siapakah dulu yang hendak ditemui dalam kawasan yang wakili oleh kekanda sekalian.

    YB 10 Budak Hitam,
    Saya tidak mahu lagi mengungkit-ungkit tentang surat yang ditandatangani oleh kekanda di parlimen tempohari. Biarlah ianya menjadi satu lipatan sejarah hitam dalam arkib perjuangan ini. Sebagaimana sebuah surat Ayahanda Hj Ismail Abdullah seorang pimpinan kanan PAS Kelantan kepada Datuk Asri Muda pada tahun 1977. Surat tersebut kini dicari dan dibaca semula.

    YB,
    Saya bukanlah ahli Parlimen sebagaimana kalian semua, usahkan kata memasuki Parlimen, jalan ke Parlimen pun saya sudah tidak pasti.
    Saya bukan ahli Parlimen, bukan pimpinan pusat, bukan pimpinan Muslimat Pusat, bukan juga pimpinan negeri malahan tidak sekali-kali pimpinan kawasan atau Dun . Saya hanyalah seorang yang kerdil dalam sebuah cawangan yang terpencil di sebuah kampung di Hulu Terengganu.

    YB 10 budak Hitam.
    Saya mungkin sangat tidak bersetuju dengan surat tempohari yang diketuai oleh YB Kekanda dari Shah Alam, kekanda YB IR Khalid Samad.YB semua jangan terkejut kerana kali ini saya sungguh-sungguh pula mengharapkan agar kekanda YB 10 hitam untuk megeluarkan satu lagi surat rasa hati / luahan kalbu bagi membuktikan bahawa sokongan kekanda 10 budak hitam tidak pernah berbelah bagi dalam hal dan kes terbaru ini.

    YB 10 Budak Hitam,
    Saya yakin sudah tentu sekali ada didalam pengetahuan dan makluman YB dengan apa yang menimpa kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Kedah yang di pimpin oleh YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.Mustahil rasanya para YB tidak mendapat khabar tentang tindakan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su yang telah membuat keputusan keluar dari Pakatan di Kedah.

    Disaat-saat dan ketika inilah kami dibawah ini tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti sebuah surat yang ditandatangani oleh 10 YB menyatakan sokongan samada terhadap YAB MB atau sokongan kepada Pengerusi DAP Kedah.Bukan untuk mengajar jauh sekali untuk mengarah, siapalah saya ini, namun kekanda 10 budak sepatutnya perlu terkedepan untuk membuat satu kejutan baru, pujuk lah YB Khalid untuk mendraf surat dan mintalah YB Hatta untuk menjadi jurucakap, setelah draf surat siap, cetaklah ia lalu edarkan kepada semua YB 10 budak hitam.Lepas itu panggilah wartawan semua akhbar buatlah salinan surat tersebut sebanyak mungkin untuk edaran .

    YB 10 budak Hitam,
    Saya tidak ada hak untuk memaksa atau menentukan siapa yang harus disokong dalam kes di Kedah, cuma saya hanya saranan satu surat tandatangan tanda sokongan samada untuk MB atau DAP.

    Kekanda YB,
    Sedarlah kekanda semua adalah yang berpendidikan tinggi, semuanya memiliki pelbagai latarbelakang ijazah, kecuali kak Lah ( YB Zailah) saya tidak pasti beliau belajar dimana selepas beliau belajar di Sebuah pondok di Kelantan tempohari, kekanda bertindaklah mengikut kebijaksanaan sepertimana bijaknya tindakan YB kekanda di Parlimen tempohari.Mungkin kekanda YB tidak dapat membuat sidang media di Parlimen dalam kes terbaru ini, namun kesempatan berkampung di Manik Urai elok dan sangat sesuai untuk mengadakan sidang media khas YB 10 budak hitam, kebetulan pula kawasan tersebut diwakili oleh YB Hatta.
    Yakinlah YB, kalau cerdik tindakan YB dulu maka cerdik juga tindakan kali ini.

    Akhirnya sebelum saya mengundur diri sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa saya tetap mengharap sangat-sangat agar satu surat menjelaskan pendirian 10 YB budak hitam akan terpampar di media cetak dan media maya, janganlah mengambil masa terlalu lama untuk bertindak.

    Sekian Terima Kasih.

    "ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN"
    t.t.


    LAMPIRAN A

    1. Dr Hatta Ramli (Kuala Krai),
    2. Khalid Samad (Shah Alam),
    3. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor),
    4.Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat),
    5. Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang),
    6. Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja),
    7. Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa),
    8. Dr Mohd Hayati Othman (Pendang),
    9. Taib Azamuddin Md Taib (Baling),
    10. Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

    Umno BN Yang Sangat Kecewa

    Umno/BN sangat kecewa apabila kegawatan didalam PAS tidak berpanjangan. Mereka sungguh-sungguh mengharapkan agar kegawatan antara pimpinan kanan itu akan berterusan.


    Mereka menggunakan seberapa mungkin setiap media yang dikuasai untuk menangguk di air keruh bagi meneruskan agenda untuk melihat pepecahan didalam PAS. Namun apabila 2 tok guru telah mendamaikan hati-hati yang resah gelisah, umnoBN tidak dapat menyembunyikan kegelisannya apabila mula membuka cerita baru dengan menuduh bahawa PAS tunduk kepada kehendak rakan Pakatan Rakyat. Ye lah orang dan berpakat, mesti kena ada kesepakatan.

    Umno/bn tahu mereka tidak mampu untuk mendamaikan pertelingkahan dalam jangka waktu yang singkat.Kegawatan dan kekalutan pimpinan mereka pastinya akan berterusan serta akan pasti ada tindakan cantas mencantas.

    Berpeluknya Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi serta berpeluknya Tok Guru Nik Abdul Aziz dengan Ustaz Nasa hampir mustahil untuk berlaku dalam ubn. Tidak mungkin bagi kita untuk melihat Mat Said dan Idris Jusoh untuk berdamai dan berpeluk dalam masa yang singkat ini walaupun sebelum ini semasa menghadiri majlis Angkat sumpah Mat Said sebagai MB tempohari kelihatan mereka berpelukan. Pelukan mereka kelihatan sangat janggal, hasilnya keretakan tersebut terus terusan hingga ke hari ini dan tidak diketahui bila pula penghujungnya. Juga rasanya hampir mustahil untuk melihat pelukan damai antara Rosol Wahid dan Tengku Putra awang.

    Inilah sebenarnya yang membezakan antara pimpinan Pas dan pimpinan ubn.Pemimpin Pas berjuang atas dasar taqwa dan mencari keredhaan Allah.Sebalik pemimpin ubn hanya memikirkan untuk mencantas dan menaikkan akrab mereka sahaja. Insaflah....