Apr 17, 2009

Antara Akal dan Nakal

Kali ini saya hanya ingin menulis ringkas dan pendek sahaja.

Saya ingin memberi respon terhadap seorang pengunjung blog ini yang meminta agar saya mengulas sedikit tulisan bekas su Perhubungan Umno Terengganu, bekas exco kerajaan negeri, bekas timbalan Ketua Bahagian Hulu Terengganu, bekas Pengerusi penyelaras Dun Ajil, tak lain tak bukan seorang Adun yang kini hanya ahli biasa.

Oleh kerana saya ingin mengulas tulisan beliau, maka disini saya petikkan semula tulisan dan komen beliau :-

Cuma saya tertarik dengan pendapat ulamak PAS dan mufti Perak yang bercanggah tentang penggunaan ayat Quran oleh orang kafir. Saya diajar oleh Tok Guru saya bahawa Al Quran tidak boleh dibaca, dipegang dan disentuh oleh mereka yang berhadas besar. Saya tidak tahu sama ada yang diajar kepada saya itu sesuatu yang songsang. Atau inilah yang dinamakan 'Matlamat menghalalkan cara'....

Saya sangat akui dan sememangnya juga saya diajar bahawa Al-Quraan tidak boleh dibaca,dipegang dan disentuh oleh mereka yang berhadas besar.

Dalam kes seorang kafir di Perak, beliau tidak memagang malah beliau juga tidak menyentuh, tapi menjadi kemusykilan nya ialah beliau membaca.
Oh sangat dangkal yang mengulas, tidak kira siapa beliau, sangat nakal beliau menggunakan akal.
Saya mempunyai banyak hujjah dalam bab ini, samada hujjah Aqal atau naqkli.
Dan pada oleh kerana saya telah berjanji untuk menulis pendek sahaja maka disini saya kemuka kan satu hujjah pendek untuk di fikir bersama.

" Sejarah telah membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW semasa pemerintahan baginda telah mengutuskan Surat kepada ramai pemimpin dan pembesar kafir, didalam utusan beliau itu, beliau selitkan ayat-ayat suci Al-Quraan sebagai panduan dan petunjuk kepada pembesar pembesar kafir.Tidak lah pula sejarah menyebut bahawa Pembesar Kafir itu menyuruh orang Islam membaca surat tersebut dan tidak tercatat dalam sejarah bahawa pembesar kafir tersebut telah membersihkan dirinya dari Hadas besar sebelum membaca surat yang mengandungi Ayat suci Al-Quraan itu...Sangat mudah untuk difahami rasanya......Wallahu'alam

- Selamat bermuktamar kepada PAS Kawasan Kubang Kerian pada 18/4/2009 yang akan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Abdul Hadi Awang( Presiden PAS)
-YDP bagi Kawasan Kubang Kerian adalah YB Dato' Husam Musa.-

3 comments:

Anonymous said...

Ya betul tu kak..Mana si Rasul melayu ni dapat wahyu.

Lebai Gelam said...

Dengan rendah hati saya memohon penghujahan lanjut untuk berkongsi pengetahuan.

Pertama adakah pada zaman Rasulullah terdapat pemimpin kafir membaca ayat al quran sebagai pandu arah untuk tujuan mempengaruhi umat islam bagi memilih pemimpin tidak kira sama ada kafir atau islam.

Kedua, Tanpa prajudis saya mohon rujukan dalil naqli dan sumber rujukan soheh (kitab-kitab) sebagai panduan agar dapatan tersebut dapat membantu perkongsian ilmu kepada saya.

Terima kasih dan salam ilmu.

Lebai malang said...

Lebai Gelam, komen asal penulis ini ialah kepada hujah yang mendakwa bahawa membaca Al-quraan dalam berhadas Besar.
Walaupun tanpa prajudis tapi soalan tuan penuh parjudis.

Untuk mendapat hujah naqli, tuan lebai boleh dengar penhujahan di
mms://webtv.terengganukini.net/ceramah/090410/090410c.wmv
-Lebai Malang-