Apr 18, 2009

Pilihanraya Negeri di Terengganu?

Setengah jam sebelum masuk maghrib sebentar tadi, sepupu saya yang bertugas di sebuah pusat Bestari.com telah menghantar sms

"PM mahu Ahmad Said berundur dari jawatan MB, Ahmad said pula sedang berusaha mendapat perkenan sultan bagi membubarkan Dun."
Saya bertanya beliau dari sumber mana berita tersebut, beliau hanya menjawab percayalah...

Sebelum ini pun saya ada mendengar cakap-cakap bahawa dalam pertemuan dengan PM6 tempohari pun memang Ahmad Said dinasihatkan supaya berhenti daripada memegang jawatan Menteri Besar Terengganu.Disamping itu juga dikhabarkan bahawa lapuran ketidak telusan Mat Said dalam mengurus tadbir Negeri Terengganu.

Senarai kelemahan Ahmad Said juga telah beredar dipasaran.Di merata-rata tempat, salinan kertas A4 yang menyenaraikan tindak tanduk Ahmad Said dijaja.

Sebelum ini pun, ketika mula-mula megambil alih jawatan MB, Ahmad Said pernah berkata bahawa beliau bukannya MB yang boleh kekal lama pun.Mungkin, sekali lagi saya ulang mungkin beberapa tidakan Ahmad Said memecat pegawai agensi Kerajaan Terengganu adalah atas dasar menyedari bahawa hayat beliau sebagai MB tidak lama, jadi peluang semasa masih menjawat jawatan MB beliau gunakan habis-habisan untuk memberi tempat kepada kenalan dan rakantaulan beliau.
Ini bermakna dalam masa menjadi MB sesingkat ini, beliau telah berjaya menggunakan jawatan tersebut untuk memilih orang orang kepercayaan dan menolak serta memecat orang orang yang beliau tidak percaya dan tidak senangi.Mungkin selepas ini, setelah beliau tidak lagi bergelar MB beliau akan merasa puas.Walaupun mungkin beliau tidak memegang lagi jawatan MB namun beliau telah berjasa kepada orang orang yang beliau kehendaki.
Ketika ini lah peluang beliau, masa inilah beliau gunakan sepenuhnya.
"Peler-peler orang nak pecat aku, baik aku kuca dulu..."
Maka jika itulah yang berada dibenak pemikiran Ahmad Said, tindak mustahil lah beliau mengambil tindakan tersebut.
Sementara itu sejauh mana Ahmad Said bertindak untuk membubarkan Dun belum ada sebarang kenyataan lagi.Umum telah mengetahui Ahmad Said juga kaki acah( test Market) dalam kes Yahya Khatib melawan ketua Umno bahagian Marang, beliau telah menegaskan bahawa akan memecat yahya Khatib dari jawatan exco.Namun sampai hari ini tiadalah akan kedengaran lagi suara untuk memecat exco.



Begitu juga dalam kes pembubaran Dun, Ahmad Said pun takut juga untuk bubar Dun,silap-silap beliau tidak dicalonkan semula oleh BN.Walaupun beliau adalah Ketua Perhubungan Umno Terengganu, namun G10 yang diketuai AMT lebih mendapat restu dan disenangi oleh pengerusi dan timbalan pengerusi Umno malaysia.



Pilihanraya Dun Di Terengganu walaupun agak mustahil ianya akan berlaku, bagi PAS jangan terleka dan terpedaya dengan rentak tarian umno ini.Persiapan untuk menghadapi kemungkinan pilihanraya Kecil itu mesti garapkan bermula sekarang.

6 comments:

Budak Kg Chapu said...

Macamana Ramli hj noh boleh berada bersama Mat Said? Difahamkan beliau termasuk dalam geng 10 budak hitam yang boikot Dun Terengganu,.Adakah Ramli ni jenis boleh-boleh je, atau Ramli masih gilakan jawatan exco.Awas Rosol Wahid, jgn percaya 100% kepada ramli Noh.

kepokgondle said...

molek..molek..molek...bubar..bubar..bubar...ngundi pulok kite.

KT800 said...

Untuk Trangganu PAS sepatutnya menang tetapi kenapa PAS Kalah. Bila kalah dicari kaedah.Cari helah. Cari masalah. PAS dan UMNO siapa? Usah gaduh-gaduh.Islam laka-laka. Masing-masing jagalah negeri yang telah dimenangi. Pemimpin pastinya akan disoal kelak. Sebab itulah Khalifah Umar Abdul Aziz amat takut untuk menjadi pemimpin.

Kita sering menghina arang kerana hitam tetapi kita seringkali lupa masakan yang pernah kita nikmati kerana pengorbanan arang.

UMNO pernah jadi arang.
PAS juga pernah jadi arang.

Bersyukurlah.

Anonymous said...

ayat yang seakan lucah ni direka oleh penawar rindu sendiri....bukan ( MB teganu ). Maksudnya akan menjadi lain bila di baca oleh sesetengah orang. "Peler-peler orang nak pecat aku, baik aku kuca dulu..."
----*nampak sangat penawar rindu tak alert dengan sosio budaya orang negeri teganu. Malu saya sbg org teganu. Gi wak jeppuk (cekodok) nung penawor rindu..ader gok pekdohnya..

Mamatkeling said...

Hanya orang-orang yang berotak lucah akan mentafsir kan mengikut kelucahannya.
Bagi orang Trg tuleh, biasa ah, tak dok meder pung......

Anonymous said...

Hanya dia saja yang tahu. Kelucahan yang melampau...kalau akhbar-akhbar perdana akan ada editornya untuk mengawal tulisan-tulisan...So jagalah tulisan anda sebelum publish supaya tidak timbul fitnah.......wallahualam....