Nov 11, 2009

Ini lah Perancangan Tersusun Melemahkan PAS

Tunggak kekuatan PAS pada masa ini terletak pada 2 ulamak besar yang menerajui Parti itu sekarang.Kekuatan yang ada pada Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi adalah merupakan inspirasi kepada Gerakan Islam PAS.

Kunci kekuatan dan ketahanan terletak pada diri mereka berdua. Oleh itu sekiranya ada usaha untuk memusnahkan PAS, maka usaha pertama adalah mestilah meruntuhkan mereka berdua.Samaada memecahkan keakraban mereka berdua atau melemahkan kedua-duanya secara berasingan.

Usaha ini telah lama dilakukan oleh musuh-musuh Islam di Malaysia, sejak seawal kebangkitan kedua-dua ulama' ini lagi. Pelbagai usaha telah dilakukan samada melalui fitnah luar atau meresap melalui organ didalam PAS itu sendiri. Namun Allah tetap memelihara Jamaah ini dari anasir-anasir jahat berkat doa dan munajat.


Pelbagai usaha fitnah telah dilemparkan supaya ada perbezaan pandangan yang boleh mengheret mereka berdua kekancah perpecahan.Didalam usaha samada secara sedar atau tidak ada dikalangan organ parti yang turut terheret untuk sama-sama memberi saham untuk menjayakan agenda memecahbelahkan keakraban dua Tok Guru ini.

Terkadang , ada yang terlalu berani dan terlalu laju didalam membuat telahan.Walaupun kekadangnya mengaku sebagai organ Jamaah, akan tetapi tindakan yang diambil sering kali menguntungkan musuh.Apa tujuannya bertindak demikian? adakah untuk berbangga -bangga dengan dengan apa yang dilakukan? Sedarkah kalian sesuatu yang kita lakukan itu menguntungkan musuh? Maka sekira-kiranya yang kita lakukan itu menguntungkan musuh-musuh islam, apa kah ganjaran yang akan Allah sediakan untuk kita?Mungkin kita mentafsirkan mengikut telahan kita bahawa tindakan kita itu wajar? Tapi sedarkah kita kewajaran yang kita telah berpandukan hukum apa? Hukum akal? atau sememangnya kita bertaklik buta?

Ya betul orang yang berijtihad itu kalau betul dapat dua pahala, sementara yang salah itu mendapat satu pahala.Tapi Ijtihad kita itu berpandukan ilmu atau akal? kalau bertijtihad berpandukan akal semata-mata, usahkan mendapat satu pahala. dosa pula yang diundang.

Selepas usaha memecahkan kedua-dua ulama' PAS ini menemui kegagalan walaupun dengan pelbagai cara yang diusahakan, musuh-musuh Islam berusaha pula melemahkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.Pelbagai gelaran, pelbagai kelemahan yang dilebelkan.Namun begitu usaha menimbul kebencian pengikut dan ahli terhadap beliau juga dilihat menemui kegagalan.
Sebahagian besar ahli dan pengikut tidak terjebak dengan dakyah yang dibawa oleh musuh-musuh Islam.Malahan mereka masih sayangkan pemimpin ini dan masih mengharapkan agar beliau terus memimpin PAS. Lantas usaha ini dihalakan pula kepada mereka mereka yang dikeliling beliau. Usaha ini nampak semacam ada sedikit keberkesan tetapi dengan semangat ukwah dan tarbiyah ahli juga mampu menangkis usaha jahat tersebut.

Kini dalam sehari dua ini pula ditimbulkan pula isu bai'ah supaya menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat, apakah musuh-musuh Islam mengangap pemimpin PAS sejahil mereka mengeluarkan bai'ah yang sedikian rupa?Isu rasanya tidak bertahan lama.

Disamping itu, kini dalam masa seminggu sudah dua kali pegawai SPRM 'mengziarahi' pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk apa itu semua? hanya dengan mengambil maklumat dari blog semata-mata.Bagaimana mungkin SPRM boleh bertindak dengan hanya maklumat dari blog? selama ini beratus-ratus fakta telah dikemukakan oleh blogger yang pro Pakatan Rakyat, apa tindakan SPRM? Kes ini juga dilihat satu usaha untuk melemahkan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kebetulan CEO PMBK adalah menantu beliau.Ada dakwaan menyatakan bahawa orang dalam yang buat ona, jika betul begitu, itulah tangan-tangan jahat yang berusaha untuk melemahkan Tok Guru.

Inilah usaha-usaha musuh Islam yang tidak putus putus bekerja untuk melemahkan kedua-dua Tok Guru ini. Oleh itu sebagai ahli dan penyokong kepada jamaah ini marilah kita bersatu mempertahankan kedua-dua Tok Guru ini dari musuh-musuh islam yang tidak putus-putus berusaha untuk menghancurkan Jamaah ini.

Dan ketika kaum kafir merancang untuk memenjarakan engkau, membunuh engkau atau mengusir engkau - mereka merancang dan Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang’ [Al-Anfaal 8:30]

Kita sayang Jamaah ini, kita sayang kedua-dua Tok Guru ini.

Takziah Untuk Datuk Kamaruddin Jaafar

KELANA JAYA, 11 Nov: Isteri Datuk Kamarudin Jaffar, Datin Kamariah Kamarudin meninggal dunia jam 6 pagi ini selepas sekian lama melawan kanser.

Datin Kamariah meninggal di rumahnya di No 2, Jalan 7/2, Kelana Jaya, di hadapan anak-anaknya kerana suami beliau, Datuk Kamarudin, anggota Parlimen Tumpat yang juga AJK PAS Pusat masih dalam perjalanan pulang dari Qatar.

Beliau bergegas pulang ke Malaysia selepas mengetahui isterinya tidak sihat malam tadi. Kamarudin, bekas Setiausaha Agung PAS, dijangka akan sampai ke KLIA tengahari ini.

Allahyarhamah Datin Kamariah, 50-an, telah sekian lama menghidap kanser payudara dan sedang menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi.

Suami beliaulah, walaupun dalam keadaan sibuk yang sentiasa berada di sisinya termasuk berada bersama beliau setiap kali mendapatkan rawatan kimoterapi di SJMC.

Datuk Kamarudin juga adalah Pengarah Urusan Harakah sehingga kini.

Seluruh warga PAS, kakitangan Harakah dan Harakahdaily serta anak-anak syarikat mengucapkan takziah kepada Datuk Kamarudin dan keluarga. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah.

Alfatihah

sumber ; harakahdaily.net

Ini Juga satu hasil Kajian untuk PAS

Ini juga merupakan satu hasil kajian yang sepatutnya diambil kira oleh pimpinan PAS didalam memperkasakan Parti.Paling tidak ianya sebagai panduan sepintas lalu.

Keputusan tinjauan ini dikutip dari laman Mstar.


Nov 10, 2009

SPRM bertindak berasaskan tulisan didalam Blog???

SPRM: Jangan spekulasi siasatan PMBK

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan yang sedang dijalankan SPRM terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM berkata ini memandangkan siasatan masih dijalankan.

Oleh itu, SPRM berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehinggalah siasatan selesai dijalankan.

Menurutnya, isu siasatan terhadap PMBK kini diberi liputan meluas oleh pihak media dan mendapat perhatian masyarakat.

"SPRM juga mengharapkan sokongan orang ramai dalam usaha SPRM memerangi jenayah rasuah," kata kenyataan itu lagi.

Sabtu lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berkata terpulanglah kepada SPRM untuk menyiasat sesiapa sahaja termasuk menantunya, Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang dituduh melakukan pecah amanah.

SPRM baru-baru ini telah menyiasat dakwaan itu dan telah ke pejabat Abdul Ariffahmi bagi menyiasat dakwaan penulis blog tersebut.

CT : Mengapa dalam kes di Kelantan SPRM bertindak berpandukan tulisan didalam Blog.
Selama ini berapa banyak blog telah mendedahkan kes-kes salaguna kuasa dan penyelewengan tetapi langsung tidak diambil tahu oleh SPRM, wajarkah begitu?

Bajet 2010 - Jawi dan Rumi


Buku ucapan Tuan Guru Presiden ( PAS-Marang) didalam Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010.
Buku ini agak menarik berbanding dengan buku buku biasa kerana sebuah buku ini mengandungi versi rumi dan jawi dalam satu buku. Versi rumi mempunyai 54 mukasurat sementara versi jawi pula 70 mukasurat.
Tahniah dan syabas kepada Pejabat Presiden, PAS di Jalan Raja Laut kerana berusaha menerbitkan buku ini.

Umno Penghkhianat Besar Terhadap Islam.

Jelas Umno pengkhianat besar terhadap Agama Islam.
Umno hanya menggunakan Islam sekekerat-sekerat untuk kepentingan diri.
Umno sanggup menekan sekiranya usaha islam hendak dilasanakan.





Umno / BN sanggup tak tangkap Ayah Pin takut ianya diHukum secara Islam mengikut perundangan Murtad yang telah diluluskan oleh DUN Terengganu tahun 2003 semasa pemerintahan PAS.



Dipetik dari : www.trgkini.blogspot.com

Nov 9, 2009

Pesuruhjaya PAS Selangor Boleh Dilucut Jawatan Jika Didapati Bersalah


Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali bakal berhadapan dengan tindakan digugurkan daripada jawatannya itu jika beliau didapati bersalah melanggar perlembagaan parti.

Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada mStar Online.

"Tindakan yang boleh kita ambil ialah sama ada kita gantung keahlian, kita gugurkan keahlian ataupun kita akan gugurkan jawatannya...itu adalah mengikut peraturan dalam parti," katanya.

Beliau juga mengesahkan bahawa pihaknya telah pun menghantar surat tunjuk sebab kepada Hassan dan beberapa pemimpin PAS negeri itu minggu lalu dan kini siasatan sudahpun dimulakan.

“Dan saya nak tegaskan bukan Hassan Ali sahaja, ada beberapa orang lagi yang turut disiasat," katanya tanpa mahu menyebut lain-lain nama pemimpin PAS Selangor yang turut disiasat.

Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa mereka yang disiasat itu akan dibicarakan seadil-adilnya mengikut saluran dan peraturan parti.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terkini siasatan yang dijalankan pihaknya keatas beberapa pemimpin PAS Selangor.

Ditanya sama ada memang terdapat kes terhadap Hassan, Tuan Ibrahim berkata: "Pertuduhan ada, tapi hanya diperingkat ini ialah pertuduhan. Jadi kita beri masa kepada dia untuk buktikan bahawa apa yang dituduh itu tak betul...lepas tu kita akan teliti, kalau ada kes kita akan panggil dia."

Naib Presiden PAS itu enggan mengulas lanjut kepada soalan sama ada siasatan itu turut melibatkan pemimpin tertinggi lain di peringkat negeri Selangor.

"Saya ingat nanti sampai masa anda akan tahu juga bila tindakan akan kita buat," katanya.

Tambah Tuan Ibrahim, pihak yang disiasat itu perlu mengemukakan penjelasan secara bertulis termasuk mengemukakan dokumen-dokumen sokongan dalam masa 14 hari selepas menerima surat tunjuk sebab.

"Mereka akan kemukakan secara bertulis dalam bentuk dokumen,” ujar Tuan Ibrahim lagi.

Sumber : Mstar

Nov 8, 2009

Resolusi Seminar PAS Pusat 7.11.2009

1. PAS menetapkan sasaran untuk meningkatkan semula sokongan golongan muda terutamanya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

2. Selain itu PAS juga akan mengukuhkan Pakatan Rakyat dan meningkatkan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 secara lebih proaktif.

3. PAS juga berusaha untuk meningkatkan sokongan bukan Muslim dengan bertindak aktif menubuhkan Kelab Penyokong PAS di kawasan masing-masing.

4. Memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi serta menguatkan parti di peringkat akar umbi seluruh negara.

5. Membuat pelan tindakan antaranya menguatkan kempen nasional yang bertemakan 'PAS Untuk Semua'.

Nov 7, 2009

Siapa Aziz Bari ????

Siapa Aziz Bari???? kenapa beliau bertindak mengkritik Abdul Hadi Awang disaat ini? kenapa beliau Tidak mengadakan kempan pengunduran Abdul Hadi Awang Semasa muktamar ke-55 dulu, beliau tahukan muktamar 55 adalah tahun pemilihan?
Sepatutnya beliau menjalankan kempen ini semasa kawasan sedang bermesyuarat Agung.

Tetapi kenapa baru sekarang? kenapa?....apa kepentingan beliau?sehinggakan cara beliau sangat tidak beradab dan beradat.

Tentu ada sesuatu, sudah semestinya ada agenda, mustahil kalau orang kata beliau tiada agenda.

Saya akan bentangkan kepada pembaca sebaik sahaja seminar Khas ini selesai. kenapa itu dan kenapa ini.

Siapa Aziz Bari, kenapa dengan dia?

Nov 1, 2009

Piala Malaysia- Kelantan menuju juara

Tahniah diucapkan kepada pasukan Kelantan Darul Naim yang telah berjaya menempah tiket keperlawan akhir piala Malaysia,setelah berjaya menyingkirkan Perlis dengan kemenangan 3-1 di Stadium Utama, Kangar dan layak dengan agregat 5-1.

Seperti yang dijanjikan dulu saya tetap menyokong Kelantan dalam perlawanan akhir ini sekiranya Kelantan bertemu Terengganu.Namun keputusan telah diketahui bahawa Terengganu kecundang jua akhirnya.

Kenapa saya tetap menyokong Kelantan dan tidak Terengganu? itu hak saya , siapa pun tidak boleh menghalang sokongan saya kepada Kelantan.

Sejarah telah membuktikan bahawa Terengganu hanya mampu membawa pulang piala Malaysia pada tahun 2001 semasa MB nya ketika itu ada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, sebelum dan selepas itu Terengganu masih belum mampu untuk berbuat demikian.Ini adalah fakta, siapapun tidak boleh menafikannya.Rekod belum pecah setakat ini.

Kali ini juga saya mengharapkan agar Piala Malaysia akan di bawa pulang ke Kelantan ketika MB nya adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. itu lah harapan dan doa saya.

Sokongan saya tiada kena mengena dengan Presiden KAFA DS Anuar Musa.Juga sokongan ini tiada kaitan dengan cadangan Exco Kelantan untuk melantik adun dari Umno untuk memegang jawatan timbalan exco Kelantan.Tok Guru Nik Aziz dengan tegas menjelaskan bahawa sudah serik dan tak hingin lagi bekerjasama dengan Umno.