Apr 20, 2009

TNB kekal tarif elektrik- mana janji?

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengekalkan kadar tarif elektrik sedia ada selagi harga minyak, gas dan arang batu tidak berubah, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.
Beliau berkata, yang penting bagi agensinya sekarang adalah memastikan keberkesanan penggunaan elektrik.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) mengadakan perbincangan bersama TNB baru-baru ini berhubung isu (kenaikan kadar tarif elektrik) dan maklum balas yang saya bagi ialah TNB akan cuba mengekalkan kadar tarif elektrik sebaik mungkin,” kata Che Khalib kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemantapan Program Pintar TNB di sini, semalam.

Kerajaan menerusi Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi baru-baru ini mengumumkan penurunan kadar tarif elektrik 3.7 peratus daripada 32.5 sen/kWj kepada 31.31 sen/kWj, mulai 1 Mac 2009.

7 comments:

Anonymous said...

Kain rentang yang dibuat mungkin oleh penyokong pas yang menangguk di air yang keruh, yang menuduh penyokong kerajaan barisan nasional macam2. Terima kasihlah atas tuduhan tersebut. Kalau kita ada kesempatan bolehlah kita berjumpa di padang masyar jika diizinkan. *-----Kata duit kerajaan duit haram...bila time bantuan dan gaji bulanan penyokong pas yang kerja kerajaan, termasuk adun mereka sendiri. Demer ning bahang jugokkk.......kalau lah nak kata duit haram..jika penyokong pas bekerja sendiri dan hanya berniaga...kitaran duit tersebut datangnya dari mana...tulong jelaskan.....cthnya penyokong kerajaan yang dapat bantuan kerajaan membeli dengan peruncit atau peniaga pasar malam contohnya. Peniaga pasar malam tu penyokong pembangkang...duit tu macammana? Pusing-pusing sama gokk...? Jadi janganlah pandai-pandai ikut sedak jer nok kata....

staff JPA K.Trg said...

Mashitah pun kerja dengan firaun, sebagai tukang sikat rambut anak firaun,Mashitah akhirnya syahid.
Tu lah kerajaan ni pun satu, baik jangan ambil cukai lah dari orang2 pas..ni dak cukai gi ambil juga, roadtax dll.
Kalau takdir orang Pas tak masuk kerja kerajaan, ramai guru kosong, pegawai besar kosong..yang cerdik2 di Universiti kebanyakan anak orang pas bila keluar kerja kerajaan sebab anak orang tak mau kerja kerajaan sebab dia tahu tempat untuk gomol pitis lebih banyak, kalau tak caya tanya anak sedara dato' Wan hisham...dia tak mau kerja gomen ma....

Anonymous said...

Pegawai besar kerajaan orang Pas ke? tak logik langsung....Pegawar besar kerajaan tak ada mana-mana parti sebab kumpulan A keatas. Cuba cakap pegawai besar mana orang PAS. Senang sikit nak buat aduan. Derang bawak dasar parti yang memerintah yakni dasar yang diperkenankan oleh sultan (kerajaan negeri) ataupun yang dipertuan agung (persekutuan)..bosnya menteri atau menteri besar(biasanya menteri ni dikalangan orang barisan nasional)....awak ni sapa?...misti awk ni mat rempit yang tak tahu kehala pentadbiran...itulaa...mak ayah suruh belajar ni idak...merempit kehulu kehilir....tak pon buruh yang kijer sekali dengan indon ataupun bangla.....pastu bincang pasal pentadbiran dengan mereka....maka jadilah macam awak nii...Satu lagii saya rasa lebih banyak cukai di kutip dari orang yang lain dari logo penawar rindu...buat apa mereka bayar cukai...sebab menteri menteri tuu dari logo kerajaan bn...baik bagi duit kat tuan guru mereka yang diedarkan diceramah-ceramah.Apa daaa.....Satu lagii...senang ke nak shahid..syurga allah itu teramatlah mahal...kalau berlawan sesama muslim syahid ke?.....

Anonymous said...

Penawar rinduku ni mana dia nak paham...sebabnya dia terperasan duduk bawah kerajaan palestin..walaupun ada ic kerajaan malaysia....boleh dimaafkanlah....Kalau silap kira penawarrinduku ni boleh jadi meroyan...cuba tgk banner blog nii...tutup muka macam orang palestin.....saya harap ayah cik haji hadi hantar penawar rinduku ni ke palestin supaya dapat bantu rakyat palestin lagi banyak faedah dapat.....bekalkan dengan lastik-lastik buatan kampung Durian Badorr ataupun Kuala Pueh....kebarangkalian untuk syahid ada disitu sebab lawan dengan orang yahudi.Ni tidak...buat tulisan-tulisan yang merapu....penuh dengan cacian, bangkangan (derhaka),Fitnah. kabar angin dan benda-benda kotor yang lain...apa daa...

Anonymous said...

Kappung Tajing ahh wehhh..........

Anonymous said...

Blog yang kotor penuh dengan fitnah dan kata mengata...saya bagi darjah kekotoran blog ini pada darjah 101 kurang lebeh tiga suku peratus...ranking antara yang tertinggi kekotoran blog di hulu teganu.....Tahniahhhhhhh......anda telah berjaya kerana mengatasi darjah kekotoran blog yang tertinggi dan saya rasa akan diberi pengiktirafan di akhirat kelak............Wallahhuaalam..

PauhUnited said...

Bila ada orang marah, blogger penawarrindu sudah berjaya...tahniah blogger hulu, teruskan membedal puak puak sonal

-Ahli Pas Kg Pauh-