Dec 31, 2009

Hadiah Tahun Baru 1Malaysia

Harga Gula Naik 20sen


PUTRAJAYA
: Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom di sini hari ini.
Amaran : Jangan terlebih gula dalam makanan

Enjin Kapalterbang hilang ni... apa cerita?

Tolong gak bagi komen sikit pasal Enjin KapalTerbang RM50 Juta hilang ni. Ye 50Juta, bukan 50sen.
Kerja siapa kah ini? Kerja PAS? Kerja PKR? kerja DAP? atau kerja PKatan Rakyat?

Jom lah bagi komen-komen sikit.
Jangan tukar topik, bincang bab enjin hilang....pengomen dari umno amat-amat dialu-alukan.

Dec 30, 2009

Wakil Umno Gomol MB Terengganu.

Sidang DUN Terengganu
Bergomol sama sendiri..... bom dan kuih Bom........Janganlah tunjuk ketidakcerdikan ( b@dohlah tu)


Dec 29, 2009

Dr Rosli Allani : Ulama' Wajib Nasihat Beliau.

Dr Rosli Allani Abdul Kadir, adalah bekas ketua Penerangan DPP Kelantan, juga bekas pegawai khas (PA ) Datok Haji Husam Musa exco Kerajaan negeri Kelantan.

Hari ini heboh diperkatakan manusia yang bernama Dr.Rosli ini telah mengingkari perintah Mahkamah Syariah supaya bermufarakah (tinggal berasingan) susulan kesahihan perkahwinan mereka diragui .


Pada 21 Disember lepas, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu telah mengarahkan mereka tinggal berasingan sementara (mufarakah) kerana meragui perkahwinan mereka yang dikatakan dilakukan oleh satu sindiket di sebuah masjid di Selangor.


Rosli dan pasangannya Noor Illani Mohd Nor dikatakan masih tinggal bersama di sebuah rumah di Jalan Long Yunos di Kota Bharu walaupun mendapat perintah mahkamah supaya bermufarakah.

Sepatutnya perkara ini tidak beterusan begini, kemana pergi orang alim di Kelantan? kenapa tidak menasihati beliau? walaupun mungkin beliau telak meletakkan kedua-dua jawatan diatas , beliau tetap dikenal sebagai orang pas.

Ketua Pemuda Kelantan, YB Ustaz Abd Latiff A.Rahman dan iparnya naib ketua Pemuda YB Ustaz Ahmad Attiqullah Baihaki sepatutnya memberi nasihat lebih awal kepada Dr.Rosli dalam perkara ini.Tunjukan lah kesepakatan kita dalam Dewan Pemuda PAS Kelantan, jangan biarkan beliau terus diburu dan melarikan diri bersama isteri muda beliau itu.

Kalau dibiarkan berterusan, perkara ini akan berlarutan, Dr.Rosli telah mengkari keputusan mahkamah, beliau mungkin diburu dan ditahan. Mahukah kita sahabat itu dilakukan begitu dengan kita tidak bertindak membantu untuk menyelamatkan beliau dunia dan akhirat.

Kalau betul beliau merasakan beliau berdua betul dan benar, sabar serta tunggulah perbicaraan, kita faham mungkin Dr. Rosli ada masalah besar dengan bapa mertuanya. Tetapi Dr. Rosli kena hormati kepurusan mahkamah syariah itu.


Dr. Rosli Allani adalah antara yang lantang mendesak supaya menantu Tok Guru sdr Ariffahmi meletak jawatan serta merta. Beliau juga dikatakan antara kelihatan hadir memberi sokongan kepada blogger Kickdefella semasa membuat sidang media selepas dipecat dari PMBK. Dr Rosli jugalah antara orang yang lantang mengkritik Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat di Seminar PAS yang mempertikaikan tulisan jahat Dr.Aziz Bari.


.

Dec 28, 2009

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M

ENAKMEN 4

TAHUN 2002

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M
Tarikh Persetujuan DiRaja : 2 September 2002
Tarikh disiarkan dalam Warta : 25 September 2003
Tarikh mula berkuatkuasa : 27 Oktober 2003


[Tr. P.U. 10/2003]


Oleh kerana masih terlalu ramai rakyat Terengganu dan Malaysia tidak menyedari dan tidak faham apa yang dilakukan oleh Kerajaan PAS Terengganu sepanjang 1999-2004. Maka ini lah diperturunkan ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M.


Perkara ini telah dipacakkan pada undang-undang tubuh negeri Terengganu pada 25.09.2003.
Sehingga kini Umno/BN masih tidak meminda perkara tersebut dalam perlembagaan Terengganu. Walaupun sebelum itu Umno mendakwa bahawa peraturan dengan nama hudud PAS. Kalau betul ianya bercanggah dengan Islam, sudah pasti ianya telah dipinda oleh Umno.

Untuk mendapat penjelasan selanjutnya sila bacanya disini

Dec 27, 2009

China claims world's fastest train


China on Saturday unveiled what it billed as the fastest rail link in the world -- a train connecting the modern cities of Guangzhou and Wuhan at an average speed of 350 kilometres (217 miles) an hour.

The super-high-speed train reduces the 1,069 kilometre journey to a three hour ride and cuts the previous journey time by more than seven and a half hours, the official Xinhua news agency said.

Work on the project began in 2005 as part of plans to expand a high-speed network aimed at eventually linking Guangzhou, a business hub in southern China near Hong Kong, with the capital Beijing, Xinhua added.

"The train can go 394.2 kilometres per hour, it's the fastest train in operation in the world," Zhang Shuguang, head of the transport bureau at the railways ministry, told Xinhua.

Test runs for the service began earlier in December and the link officially went into service when the first scheduled train left the eastern metropolis of Wuhan on Saturday.

By comparison, the average for high-speed trains in Japan was 243 kilometres per hour while in France it was 277 kilometres per hour, said Xu Fangliang, general engineer in charge of designing the link, according to Xinhua.

Beijing has an ambitious rail development programme aimed at increasing the national network from the current 86,000 kilometres to 120,000 kilometres, making it the most extensive rail system outside the United States.

China unveiled its first high-speed line at the time of the Beijing Olympics in 2008 -- a service linking the capital with the port city of Tianjin.

In September, officials said they planned to build 42 high-speed lines by 2012 in a massive system overhaul as part of efforts to spur economic growth amid the global downturn.

The network uses technology developed in co-operation with foreign firms such as Siemens, Bombardier and Alstom.

Siapakah Orang Besar Pejabat MB yang ditangkap????

Melayari internet dengan carian google merupakan satu kemestian bagi saya apabila gagal mendapat maklumat jelas secara lisan dari seseorang.

Seorang pengjenguk blog ini telah meminta saya menulis tentang pegawai di tingkat 16 Wisma Darul Iman ( Pejabat MB ) yang telah ditangkap oleh pegawai penguatkuasa JHEAT sedang bersama 2 pasangan di sebuah chalet baru-baru ini.

Saya cuba hubungi teman di Tingkat 6 Wisma tersebut tetapi kebetulan beliau ada mesyuarat, kemudian hubungi pula seorang kawan satu kelas di UKM dulu yang kebetulan sekarang bertugas di JHEAT,( segan , tak berani nak cakap) maka mencarilah saya melalui google. terjumpa pula satu laman yang menulis tentang itu, penulis blog ini adalah penyokong umno dan pembela kumpulan Idris Jusoh, bacalah seterusnya disini.

Dec 26, 2009

Kereta Rasmi milik Kerajaan Negeri Hilang

SUK dengan tegas menyatakan dia tidak tahu menahu.

Jangan Siasat Saya Sahaja - Dr. Mahathir

Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu siasatan turut dijalankan ke atas kerajaan pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menerima bayaran sebanyak RM270 bilion daripada Petronas sepanjang lima tahun pemerintahannya sebagai Perdana Menteri.

Dr. Mahathir berkata, siasatan itu perlu menjurus kepada ke mana wang sebanyak itu dibelanjakan sedangkan yang digembar-gemburkan hanyalah 'koridor kosong' di sana-sini.

"Lima tahun rejim Tun Abdullah menerima sebanyak RM270 bilion daripada Petronas sedangkan dalam tempoh 22 tahun saya memerintah, syarikat minyak itu membayar sebanyak RM126 bilion," tegasnya dalam blog popular beliau, Che Det di sini.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir mencabar kerajaan menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat dakwaan bahawa beliau 'menghilangkan' RM100 bilion sepanjang 22 tahun pemerintahannya seperti yang didakwa dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, orang ramai berhak mengetahui bagaimana wang sebanyak itu digunakan oleh kerajaan Tun Abdullah termasuk projek-projek yang telah dibiayai dengannya.

Beliau mempersoalkan tindakan meminjam dana daripada China bagi membina Jambatan Kedua Pulau Pinang.

"Saya tahu banyak usaha dilakukan untuk menyiasat sama ada saya ada menyalahgunakan wang kerajaan tetapi tidak berjaya lalu dibuhkan Surujanjaya Diraja dan menuduh saya dipengaruhi pihak tertentu dalam pelantikan hakim-hakim," jelas beliau.

Beliau menegaskan mempunyai hak untuk membersihkan namanya termasuk Tun Abdullah juga dengan cara kerajaan perlu membuka semua ruang siasatan tanpa melindungi sesiapa atau apa-apa sekalipun.

"Kerajaan telah berjanji mahu telus dan mereka perlu membuktikan janjinya itu," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, dalam buku karangan Wain yang menggelar bekas Perdana Menteri itu sebagai 'penyeleweng', Dr. Mahathir mengakui kerajaannya ada kehilangan wang tetapi bukan seperti yang didakwa.

Kata beliau, pada ketika itu kerajaan mungkin kehilangan kira-kira RM10 bilion melibatkan kes seperti pembelian timah daripada spekulator di pasaran dunia, tindakan Bank Negara memperdagangkan mata wang asing - kerajaan bertindak memberhentikan urus niaga itu - dan kerugian oleh Bank Bumiputera di Hong Kong.

"Saya tak fikir jumlah itu lebih RM10 bilion, jika kita hilang RM100 bilion maka kerajaan memang dalam masalah yang sangat besar," katanya lagi.

Tambah beliau, terdapat tahun-tahun tertentu pertumbuhan ekonomi negara amat teruk tetapi kerajaan tidak pernah gagal memenuhi komitmen kewangannya termasuk melunaskan hutang.

Pembangunan banyak projek, katanya lagi, sememangnya memerlukan wang yang banyak dan tetapi kesemuanya dapat dinikmati oleh rakyat termasuk projek Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar KLCC, Menara Kuala Lumpur (KL), Lapangan Terbang Antrabangsa KL, Pelabuhan Utara dan Barat di Klang, komuter, Transit Aliran Ringan dan monorel.

Selain itu, tambahnya, rangakaian lebuh raya, tren elektrik dan landasan berkembar, Putrajaya, Cyberjaya, pembangunan Langkawi, Proton, Modenas, loji pembuatan cip Silterra dan lain-lain.

"Jadi saya tak fikir Barry Wain merujuk kepada projek-projek itu ekoran dakwaan kehilangan RM100 bilion itu," ujar beliau.

Dec 25, 2009

SUK Terengganu diarah besara Awal.


SUK Terengganu dijangka akan bertukar lagi seawal 2010.Hal ini telah didedahkan YB Bn dalam sidang Dun Terengganu baru-baru ini.

Ini bermakna Dato' Moktar Nong akan bersara awal( dipaksa).Sebelum ini pun beliau telah mengambil tempat orang yang dipaksa untuk besara awal oleh Dato' Seri Idris bin Jusoh . Jawatan SUK semakin panas dan mengelegak sebaik sahaja BN merampas semula Terengganu pada 2004. Senioriti atau kekananan Pegawai Tadbir negeri(TCS) telah ditolak ketepi didalam melantik SUK negeri. Sepatutnya pada 2004 Dato' Tengku Hasan Tengku Omar[PAS- Ladang ] yang paling layak dilantik SUK pada 2004, namun selepas PAS kalah pada tahun tersebut Dato' Tengku juga diminta bersara awal dan Dato' Engku Mohamad pula dipeti sjukkan. Ini tidak lain tidak bukan kerana Idris Jusoh mahu melantik anak emas beliau dato Muhatar Abdullah sebagai SUK. Akibat dari perlantikkan yang tidak mengikut saluran yang betul, akhirnya Muhatar Abdullah gagal untuk menyempurnakan tugasan beliau disisi mata Idris Jusoh.

Idris kemudiannya melantik Mokhtar Nong sebagai SUK dengan meninggalkan beberapa orang pegawai yang PTN yang lebih kanan.

kini Ahmad Said pula dikatakan meminta( paksa) supaya mokhtar Nong mengosongkan kerusi tersebut kerana dikatakan Mokhtar adalah orang Idris Jusoh. Ahmad Said sangat kecewa apabila perkara-perkara penting polisi negeri amat cepat sampai ke pengetahuan Idris, malahan berita tersebut disampai secara sinis kepada idris Jusoh seawal Ahmad Said belum lagi sampai ke tingkat 16 sebaik selesai mesyuarat exco.


Ahmad Said memang terkenal antara manusia yang tidak boleh berkompromi dengan orang-orang yang menentang beliau, lalu tidak boleh tidak Dato' Mokhtar Nong terpaksa menjadi persara bukan dalam keadaan persara wajib.
.

Dec 24, 2009

Saman Royalti Terengganu diteruskan

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata kerajaan negeri masih lagi berunding dengan kerajaan pusat berhubung penyelesaian pembayaran royalti petroleum kepada negeri ini yang masih tertangguh.

Ahmad berkata kerajaan negeri menolak tawaran pembayaran royalti yang dibuat Kementerian Kewangan sebanyak RM1.686 bilion dan bertegas menuntut jumlah RM2.792 bilion bagi tempoh 2000 hingga 2009.

Berikutan itu, masih tidak ada kata sepakat dicapai berhubung pembayaran royalti minyak oleh Petronas itu menyebabkan rundingan mengenainya berlanjutan sehingga kini.

"Walaupun kerajaan negeri berhasrat untuk menyelesaikan perjanjian itu secepat mungkin, tetapi terdapat beberapa perkara dalam perjanjian itu yang masih tidak mendapat dipersetujui kedua-dua pihak.

"Saya tidak dapat menjelaskan secara terperinci tentang isu atau perkara baru yang dapat dipersetujui oleh kerana kedua-dua pihak masih lagi mengadakan rundingan dan ini mungkin akan menjejaskan perundingan yang sedang berlangsung," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.

Menjawab soalan lisan yang dikemukakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang) mengenai perkembangan terkini proses pembayaran royalti petroleum kepada kerajaan Terengganu, Ahmad berkata mesyuarat berkenaan wang royalti dimulakan pada 16 Sept 2008 antara tiga pihak iaitu kerajaan pusat, kerajaan negeri Terengganu dan Petronas.

"Saya telah jelaskan secara terperinci kepada Perdana Menteri ketika itu bahawa perlunya kerajaan pusat mengembalikan hak rakyat Terengganu mengikut perjanjian asal," katanya.

Katanya mesyuarat itu mengandungi tiga intipati, iaitu royalti dibayar terus oleh Petronas kepada kerajaan negeri; semua pembayaran yang telah dibuat oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan antara 2000 hingga 2009 adalah dianggap sebagai pembayaran royalti kepada Terengganu dan kerajaan negeri menarik balik saman terhadap Petronas.

Mesyuarat itu juga bersetuju untuk membincangkan komponen perbelanjaan yang telah dibuat oleh kerajaan persekutuan tetapi perlu dibayar balik oleh Kementerian Kewangan kepada kerajaan negeri.

Mesyuarat terakhir berlangsung di Kuala Terengganu pada 18 Ogos 2009 dan sehingga tarikh itu, Kementerian Kewangan memperincikan iaitu, sepanjang 2000 hingga Mac 2009, kementerian itu telah menerima sebanyak RM15.847 bilion daripada Petronas dan jumlah pengeluarannya sebanyak RM16.576 bilion.

"Perbincangan antara kerajaan negeri dengan Kementerian Kewangan telah berjalan sekian lama dan pihak kementerian masih tidak berganjak dengan keputusan awal untuk membayar balik RM1.686 bilion sahaja.

"Sedangkan tuntutan kerajaan negeri pada ketika ini berjumlah RM2.792 bilion setelah ditolak perbelanjaan yang dibelanjakan di negeri Terengganu. Itulah senarai yang kita putuskan dan kita berharap rundingan dapat diselesaikan," katanya.

Tegasnya, selagi perkara itu tidak diselesaikan, kerajaan negeri tidak akan menandatangani sebarang perjanjian berhubung perkara itu.

Dec 22, 2009

Video : Terengganuku runtuh lagi.........

Sedutan keruntuhan terminal pengangkutan awam di Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Ini merupakan keruntuhan ke-3 dalam tahun ini di Terengganu selepas Stadium sultan Mizan Gong Badak', Kuala Terengganu dan Masjid Kampung Batu Putih , Kemaman.

Mungkin inilah doa orang-orang yang kena zalim ketika Masjid Kg Bujal diruntuhkan serta rumah-rumah orang miskin yang diroboh.....Berfikirlah bagi mereka-mereka yang masih mempunyai akal yang waras...

Cap Ayam : Tanam kelapa sawit tepi rumah....

Gomol sama sendiri:

Peruntukkan RM100 Juta dibawah perbelanjaan mengurus Pertanian yang dibentangkan untuk belanjawan 2009 tidak berjaya.2009 hanya tinggal seminggu lagi projek tanam kelapa sawit keliling rumah dengan peruntukkan RM100 juta belum nampak batang hidung.
Ini idea siapa? idea Mb? idea Exco Pertanian? idea pegawai pertanian?




Malahan ada seorang YB dari BN secara sinis memperli MB dan exco pertanian, dengan berkata rakyat dikawasan beliau bertanya 'susah tak YB jumpa rumah saya, maklumlah rumah saya ni dikelilingi pokok kelapa sawit," kata adun tersebut ketika sesi perbahasan pembentangan bajet 2010 DUN Terengganu hari ini.


Katanya, berdasarkan perancangan berkenaan, penduduk miskin akan diberi 15 hingga 20 benih kelapa sawit untuk ditanam di kawasan keliling rumah, namun setakat ini status projek itu seolah-olah tergantung tanpa sebarang pelaksanaan

Projek kelapa sawit keliling rumah belum nampak batang hidung, kini ada pulak projek Jagung untuk diexport ke USA.

Enjin Pesawat F-5E RM50 juta Boloss dan hilang


Pas merakamkan rasa kesal dan bimbang terhadap tahap keselamatan negara kita atas kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Beberapa persoalan yang boleh ditimbulkan kepada kerajaan dan Kementerian Pertahanan. Kenapa sekarang baru kerajaan sedar tenang kehilangan enjin tersebut, sedangkkan ia sudah berlaku sejak tahun 2007. Apakah tahap keselamatan negara kita begitu lemah. Enjin kapal terbang bukan boleh diletak di dalam kotak mancis, macam mana enjin sebesar itu boleh dicuri dengan begitu mudah. Ia pula dibawa ke luar negara, bukan dijual kepada peniaga besi buruk Kampung Chu Badak Sentul .

Pas yakin jenayah ini mesti melibatkan orang yang berkuasa dan perlu disiasat dengan segera dan teliti. Kita tidak mahu yang ditahan hanya ikan bilis, sedangkan ikan jerung masih bermaharajalela. Jenayah ini amat memalukan negara kita di mata dunia, terutama di kalangan pelabur asing. Persitiwa ini adalah jawapan kenapa indeks rasuah negara meningkat dari setahun kesatahun, contohnya pada tahun 2008 Malaysia menduduki nombor 47 manakala tahun 2009 meningkat pada nombor 56. Sebab itu Pas dan Pakatan Rakyat serius dalam menentang rasuah di negara ini kerana kita tahu bahana kepada negara dan rakyat. Keselamatan negara akan tergugat apabila gejala rasuah tidak dihapuskan dan ia merupakan ibu segala kejahatan dalam sebuah negara.

Dec 21, 2009

Stesen Bas K.Berang Runtuh : Memang cap ayam

Empat Cedera Bumbung Kaca Terminal Bas Dalam Pembinaan Runtuh

Tiga buruh rakyat Bangladesh dan seorang buruh tempatan cedera apabila penghadang cahaya kaca di terminal bas baru Kuala Berang yang sedang dalam pembinaan runtuh Isnin.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.05 petang itu, difahamkan terdapat 15 pekerja di kawasan berkenaan dengan dua daripadanya sedang memasang kaca sebagai bumbung penghadang cahaya.

Kejadian itu menyebabkan dua buruh yang berada di atas bumbung dan dua lagi yang berada di bawah cedera ringan di kaki dan tangan akibat terkena serpihan kaca itu.

Penyelia tapak pembinaaan berkenaan, Zahir Hariri berkata kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Hulu Terengganu dan dirawat sebagai pesakit luar.

"Ketika kejadian saya berada di pejabat tapak pembinaan dan saya terdengar bunyi kuat dari arah terminal itu. Apabila keluar, saya lihat kaca yang dijadikan bumbung penghadang cahaya jatuh dan pecah," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata kerja pemasangan kaca yang dimulakan sejak seminggu lepas itu hampir 80 peratus siap.

Kejadian dipercayai berlaku disebabkan penyambungan panel yang tidak sempurna pada penghadang cahaya itu, katanya.

Terminal bas berharga RM4.2 juta yang mula dibina pada Mac 2008 dan sepatutnya siap awal tahun depan itu merupakan projek Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Menurut papan tanda di depan projek tersebut, bangunan ini adalah milik Majlis Daerah Hulu Terengganu. Ia berupa projek membina dan menyiapkan terminal pengangkutan awam.




Arkitek projek ini adalah SAM Arkitek Perunding, juruteranya adalah MNA Consultant Sdn Bhd, juruukur bahan adalah Contract Management Consultant dan kontraktornya adalah Gemilang Mega Sdn Bhd.

Syarikat Gemilang Mega Sdn ada milik anak tempatan Kuala Berang dan dibayangi oleh ahli politik tempatan.

Memang cap Ayam. Hadiah tahun baru bagi orang Kuala Berang, CAP AYAM.

- Sedang berusaha untuk mendapatkan gambarnya.



.

Dec 20, 2009

Selamat bersidang DUN Terengganu.

Dewan undangan negeri Terengganu [DUN] akan bersidang bersidang pada 21- 23 Disember 2009.

Persidangan kali ini merupakan persidangan yang akan dibentangkan belanjawan negeri Terengganu untuk tahun 2010.

Menteri Besar Ahmad Said akan menbentangkan bekanjawan didalam sidang untuk dibahas oleh Adun-Adun, kemudianya akan dibawa untuk cadangan kelulusan pada hari terakhir.

Harap- harap Adun BN tak boikot belanjawan Ahmad Said sebagaimana 70 orang ahli Parlimen memboikot belanjawan Najib Razak.

Harap-harap juga geng 10 pun tak boikot. Kalau boikot juga, jadi samalah macam ahli Parlimen BN baru-baru ni.

Dec 19, 2009

Kuala Berang dah ada KFC



Pusing-pusing pekan Kuala Berang [ lama dok turung Pekang] selepas hampir sebulan tidak ke Pekan ini(walaupun jarak dgn rumah hanya 4 km je ).Kebetulan sebelum ini ketika makan malam blogger bersama Pimpinan PAS Terengganu kami sekeluarga berada di Utara tanah air. Pohon maaf kepada blogger dan pimpinan Terengganu.

Nak ceritanya ialah mungkin ini merupakan satu kebanggan orang Hulu Terengganu terutama disekitar pekan Kuala Berang sebab dah ada KFC. Selama ini orang Kuala Berang makan ayam goreng pasar malam atau yang goreng sendiri. Sekarang dah KFC orang Kuala Berang tak payah turun ke Kuala Terengganu.

Kami juga semasa berada di Sungai Petani, Kedah Darul Aman berkesempatan juga singgah di sebuah restoran Ayam Goreng, tapi bukan lah KFC. Kami sekeluarga singgah menjamu selera di RFC, Radix Fried Chicken. Sebuah restoran makanan segera yang dimiliki oleh 100% usahawan Muslim. Ia adalah rangkaian perniagaan HPA ( kopi radix - Mai secawan)

Secara jujur tanpa bias, anak-anak dan suami mengakui kenikmatan RFC mengatasi KFC. Antara yang ketara ialah kelebutan dan kehalusan daging ayam RFC. Difahamkan ayam RFC adalah ayam organik. Seandainya HPA membuka restoran RFC tersebut di Kuala Terengganu, maka tanpa kompromi hanya itulah pilihan kami sekeluarga.


.

Dec 17, 2009

Tahniah Malaysia menang 1-0

Tahniah Kepada Pasukan bolasepak Malaysia yang telah memenangi perlawan akhir Sukan sea ke 25 dengan menewaskan pasukan Vietnam dengan 1-0.

Walaupun permainan tidak sebaik ketika melawan Laos tempuhari namun pujian patut diberi kerana semangat juan permain yang cukup tinggi.

Kemenangan ini sekaligus menamatkan penantian Malysia selama 20 tahun.
Walaupun kemenangan ini kerana pasukan lawan yang menjaringkan gol sendiri, ianya tetap dikira menang.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431


Dec 16, 2009

Bas Cas Ligas, dulu Free le ning kena tambang

Ada orang panggil bas rumah, ada orang panggil bas bandar, ada juga yang panggil bas cas ligas.

Ikutlah nak panggil nama apa pun.

Mulai 1 Januari ini, orang ramai yang menggunakan perkhidmatan bas tersebut yang mula diperkenalkan pada 2007 akan dikenakan tambang RM1 dan RM2.

Caj RM1 dikenakan untuk laluan dari pusat bandar ke Chendering dan laluan ke Taman Tamadun Islam (TTI) manakala RM2 untuk perjalanan ke Batu 6 sehingga Gong Badak.

Bas tersebut kendalian Cas Ligas Sdn. Bhd. anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) turut mengenakan caj serupa ke atas penumpang yang berusia tujuh tahun ke atas.

Sebelum ini bas tersebut menjadi isu kerana tidak mendapat kelulusan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)

Saya sendiri sebenarnya tidak pernah menaiki bas tersebut sebelum ini, semetelah pula sekarang ini berbayar lagi tak berminat untuk menaikinya.

Dec 15, 2009

Isteri PM berdosa tak tutup aurat – Nakhaie Ahmad

Tajuk diatas dipetik dari harakahdaily.

Petikannya berbunyi begini :
"Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak menutup aurat sebagai berdosa.

“Perbuatan seperti itu satu dosa,” katanya merujuk kepada soalan seorang peserta pada satu wacana yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre.

Itu Nakhaie yang kata, tak kiralah samada dia terperangkap dan lalu terpaksa mengeluarkan kenyataan tersebut. Yang pentingnya beliau telah berani menyebut perkataan tersebut.

Apa yang menarik dalam kenyataan beliau ialah apabila dia berkata berdosa tidak menutup aurat.Kenapa ditimbulkan perkataan tersebut, kerana sejak akhir-akhir ini seringkali berlaku salah faham terhadap perkara tersebut.Ada sesetengah dikalangan masyarakat islam hari ini ( Wanita) menanggap bahawa berdosa tidak bertudung.Sedangkan hakikat sebenarnya ialah berdosa tidak menutup aurat, bertudung adalah sebahagian daripada menutup aurat, itupun sekiranya cara bertudung itu menepati syarak.

Jadi, apabila ada yang mentafsirkan bahawa bertudung sudah menutup aurat maka ramailah yang bert-shirt lengan pendek dan memakai mini telekung.

Berbalik kepada aurat, kewajipan tersebut untuk lelaki dan perempuan Islam. Bukan sekadar hanya isteri PM, semua yang tak tutup aurat tetap berdosa, tak datin, tan seri, to' puan atau apa-apa jua gelarannya. Sesungguhnnya menutup aurat itu wajib.





.

Rakyat Malaysia khalwat di Jeddah: Sebatan 70 kali

Seorang jururawat warga Malaysia berusia 30-an berdepan hukuman sehingga 70 sebatan serta penjara selepas ditahan berkhalwat di sebuah rumah di Jeddah, Arab Saudi.

Pasangannya, seorang doktor juga rakyat Malaysia berusia 40-an, bagaimanapun melarikan diri meninggalkan kekasihnya, dipercayai menggunakan pasport palsu Indonesia untuk keluar dari Arab Saudi sebelum kes itu dibicarakan.

Kedua-duanya yang bertugas di sebuah hospital di Jeddah, ditahan bersama seorang lagi lelaki warga Malaysia yang menghadapi tuduhan bersubahat kerana tinggal di rumah sama.



.

Dec 14, 2009

Bila UBN Berniaga Duit Kerajaan.....

Terengganu tutup firma rugi
100 syarikat milik kerajaan negeri distruktur semula mulai tahun depan


Ini lah kehebatan Kerajaan BN Terengganu mentadbir negeri ini. Selama ini rakyat Terengganu
dihidangkan dengan berita yang lunak-lunak dan enak-enak.

Anak-anak Syarikat Kerajaan Terengganu ini antaranya ditadbir dan diurus oleh wakil rakyat BN dan pemimpin umno semua peringkat.

Orang-orang umno memang pandai berniaga, lebih lebih lagi dalam membuat satu-satu tuntutan dari anak syarikat.


Kira-kira 100 syarikat milik kerajaan Terengganu yang terbabit dalam perniagaan, komersial dan pelaburan akan distruktur semula bermula tahun depan dalam usaha menjadikannya lebih berdaya saing dan mampu menjana keuntungan dari semasa ke semasa.

Usaha itu akan dilakukan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TISB), iaitu perbadanan yang menguruskan semua aktiviti syarikat terbabit dan penstrukturan semula dijangka mengambil tempoh setahun untuk diselesaikan tanpa membabitkan pembuangan pekerja.


TISB kini memiliki tiga syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia iaitu TDM Berhad Group; Eastern Pacific Industrial Corporation (Epic) Berhad yang terbabit dalam industri minyak dan gas serta Golden Pharos Berhad yang terbabit dalam sektor pembalakan.

Ia diperbadankan pada 1 Mac 2006 dan agensi yang terbabit dengan TISB ialah Menteri Besar Inc, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Yayasan Terengganu, Yayasan Islam Terengganu dan Yayasan Pembangunan Keluarga.

Syarikat lain yang diuruskan TISB termasuk Jasa Merin (M) Sdn Bhd yang menyediakan kapal sokongan pesisir pantai dalam sektor industri minyak dan gas; Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd yang mengurus dan mengendali sumber air untuk keperluan domestik dan komersial; Hartanah Terengganu Sdn Bhd dan GPQ Sdn Bhd (sektor hartanah dan pembinaan); Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, Ketengah Jaya Sdn Bhd dan Yit Ketengah Perwira Sdn Bhd (sektor pertanian, ladang sawit, ternakan ayam, kambing dan lembu).

Selain itu, TISB turut memiliki Hotel Primula Beach Resort dan Permai Inn serta syarikat pelancongan, YTYI Sdn Bhd, Pusat Perubatan Kuantan (KMC), Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTSH) dan Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC); serta Safety Centre Sdn Bhd.

Selama ini rakyat didedahkan bahawa umno BN lah satu-satunya parti yang boleh mentadbir negeri ini dengan baik. Mampu mengurus anak syarikat untuk lebih maju dan untuk kepentingan rakyat.

Orang-orang yang jujur dan orang-orang yang mahir dalam perniagaan sudah lama nampak yang terlalu banyak anak-anak syarikat negeri ini yang bertindih dan bertindang aktivitinya.Malah lebih dasyat dari itu, ada syarikat ini berlawan dan bersaing perniagaan dengan rakyat negeri.Contoh yang paling nyata adalah antara TDM dan ladang Rakyat.
Walaupun TDM ada aktiviti lain, namun masih ada yang bertindih dengan Ladang Rakyat.

Itu Umno BN Terengganu yang cekap dan sedang merakyatkan pembangunan.

Satu soalan cepumas untuk dijawab oleh UBN dan sewaktu dengannya, : Apakah tujuan sebenar penubuhan anak syarikat tersebut? Adakah sekadar untuk memberi jawatan dan gaji kepada pemimpin umno?

Dec 13, 2009

Dr Jeffrey KitinganMasih Bersama PKR ?

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam buat pertama kalinya secara terbuka mengakui sesetengah calon pilihan raya bagi parti itu yang menang dalam pilihan raya umum tahun lalu ternyata mempunyai trek rekod yang tidak memuaskan.

’’Kita berhadapan dengan masalah kerana beberapa calon yang kita letakkan bertanding mempunyai trek rekod yang lemah.Malah pada sesetengah kawasan, kita tidak jangka pun yang mereka akan menang tetapi mereka menang," katanya.

Anwar berkata demikian kepada para pemberita selepas merasmikan Konvensyen PKR Negeri Sarawak yang pertama di Crown Square.

Anwar, berkata, dua daripada calon mereka yang menang tetapi 'bermasalah' di Perak telah pun mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai Umno (sebenarnya bebas).

Malah beliau memberi amaran mana-mana wakil rakyat PKR yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat akan digugurkan daripada senarai calon menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun beliau menyatakan rasa puashatinya dengan ahli-ahli parlimen PKR yang beliau sifatkan sebagai 'cemerlang' tetapi mereka masih perlu terus mempertingkatkan kecekapan kerana harapan yang diletakkan oleh rakyat adalah tinggi.

Ditanya mengenai keputusan Adun Ngemah, Gabriel Adit yang mengisytihar keluar PKR dan menyertai Parti Cinta Malaysia, Anwar berkata, itu adalah hak beliau untuk menyertai mana-mana parti pilihannya kerana dia telah lama meninggalkan PKR.

Dalam nada yang sinis, Anwar berkata, PKR tidak mempunyai tempat untuk seseorang pemimpin yang menyertainya dengan harapan mereka akan menyelesaikan hutang pribadi atau hutang cukai pendapat.

Mengenai Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Anwar sambil tersenyum berkata; "Saya telah mendengar pelbagai khabar angin tetapi hakikatnya ialah beliau ada bersama saya hari ini (duduk di sebelah Anwar pada sidang akhbar itu).

Dec 12, 2009

Tahniah Malaysia 2- Thailand 1

Pasukan bola sepak Malaysia meraikan kemenangan sejurus tiupan wisel pengadil dalam masa kecederaan pada perlawanan menentang Thailand sempena Sukan SEA Ke-25 di Stadium Utama, Vientiane, hari ini. Malaysia menewaskan Thailand dengan keputusan 2 -1 seterusnya melayakkan skuad negara ke pusingan separuh akhir.

YB Ustaz Wan Ismail kini HUSM

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, yang sakit ketika mengerjakan haji di Mekah, selamat pulang untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, sekembalinya dari Tanah Suci petang ini.

Wan Ismail, 59, dibawa ke hospital itu dengan menaiki ambulan setibanya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, dekat sini dan diiringi anggota keluarganya.

Antara pemimpin PAS yang menyambut ketibaan beliau ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, dan Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat.

Dua hari lepas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan bahawa Adun Melor itu uzur ketika mengerjakan fardhu haji dan tidak mengetahui secara jelas penyakit Adun itu

Dec 8, 2009

Negara Rugi RM100 Billion dibawah Pentadbiran Mahathir




Sebuah buku, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times mendakwa Malaysia mengalami kerugian kewangan secara langsung berjumlah kira-kira RM50 billion sepanjang tempoh 22 tahun pemerintahan Dr. Mahathir.

Jumlah itu bertambah sekali ganda jika diambil kira kerugian lain yang ditanggung, seperti pelupusan hutang tanpa rekod.

Berasaskan nilai pertukaran matawang, ‘kerugian’ RM100 billion itu bersamaan dengan AS$40 billion.

Buku itu, yang ditulis oleh bekas editor Asian Wall Street Journal, mendakwa kebanyakan kerugian berlaku pada sekitar tahun 1980-an dan antara penyebabnya ialah percubaan kerajaan untuk memanipulasi pasaran timah dan pertaruhan Bank Negara dalam pasaran matawang.

Penulis itu, yang kini menjadi penulis residen di the Institute of Southeast Asian Studies in Singapore turut mendakwa Mahathir menggunakan sumber kewangan rahsia untuk membolehkan UMNO, yang diterajuinya ketika itu berkembang menjadi sebuah kolongmerat besar dengan pelaburan dalam setiap cabang ekonomi.





Oleh: Haji Banang
(dipetik dari http://www.paradigma.com.my/ )



.

Buku Kemelut Politik Umno Terengganu

Buku ini belum ada dipasaran, ditulis oleh kumpulan Pro Ahmad Said dan penentang kuat Idris Jusoh. Penulis, Zainal Yusuf sebelum ini seringkali menulis melalui media baru, blog dan portal menentang keras Idris Jusoh, mengkritik kumpulan 10.

Diharapkan dengan kehadiran buku ini akan menambahkalutlah lagi Umno Terengganu.

Betul ke KB Mall Runtuh ?

Gempar seluruh negara KB Mall runtuh.

Ramai yang tak faham mengatakan KB Mall runtuh....


Isk....isk... itu bukan runtuh, itu kejadian kereta langgar tembok dan tembok pecah dan kereta pun jatuh kebawah.

Janganlah pula keruntuhan di Terengganu nak pula di bawa ke Kelantan, jangan jadi macam Pak Pandir.

Yang runtuh itu begini :-

Runtuh 1
Runtuh 2
Runtuh 3

Dec 6, 2009

Tidak Perlu Tegur Tok Guru Nik Abd Aziz - Harun Taib

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang kini berhadapan dengan isu ‘doa sampai pecah perut’ sebagai mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada pemimpin lain.

Harun berkata, keistimewaan Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, jelas berdasarkan sokongan kuat rakyat, lebih-lebih lagi di negeri tersebut.

“Setiap kali Tok Guru adakan majlis, terdapat ramai penyokong. Sebab itulah Pas terus memerintah Kelantan (sejak 1990) hingga kini. Rakyat sentiasa di belakang beliau. Kita harap sokongan akan berterusan,” katanya.

Harun menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai tokoh yang sukar digugat dan ketokohannya itu diharap dapat membuat beliau terus menjadi Menteri Besar.

Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu, mengulas soalan berkaitan bilangan orang di majlis perhimpunan anjuran Pas di Dataran Ilmu, Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin untuk mendengar ucapan Nik Abdul Aziz mengenai isu tersebut.

Perhimpunan itu diadakan empat hari selepas demonstrasi bantahan penyokong UMNO terhadap Nik Abdul Aziz, mendesak beliau meminta maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung ‘doa bala’ yang Nik Abdul Aziz cadang diadakan sekiranya Kerajaan Pusat tidak memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mahu tokoh agama dalam Pas menegur hasrat Nik Abdul Aziz yang disifatkan bertentangan dengan ajaran Islam kerana hendak mendoakan orang Islam lain ditimpa musibah, Harun berkata, teguran sentiasa dibuat jika ada tokoh atau ahli parti itu dianggap melakukan perbuatan bercanggah dengan ajaran Islam atau melampaui batas.

“Teguran bukan kepada ahli sahaja, tetapi meliputi pimpinan tertinggi parti, termasuklah Tok Guru (Nik Abdul Aziz). Kita tidak akan membiarkan perbuatan melampau (sekiranya ada),” katanya.

Bagaimanapun, dalam kes ‘berdoa sampai pecah perut’ Nik Abdul Aziz itu, katanya, teguran tidak perlu kerana beliau tidak bersalah.

“Kita perlu faham sebab beliau hendak berdoa demikian. Beliau tidak akan mendoakan sesuatu tanpa sebab. Hasrat beliau hendak berdoa demikian disebabkan kerana rakyat Kelantan dizalimi Kerajaan Pusat, yang enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, tetapi menggantikannya dengan wang ihsan,” katanya.

Muhyiddin berkata kelmarin, sebagai seorang yang digelar Mursyidul Am dan berpengetahuan luas dalam agama, Nik Abdul Aziz tidak patut bertindak atau berkelakuan yang tidak mencerminkan sifatnya sebagai seorang Islam.

“Adakah wajar orang yang dizalimi ditegur hanya kerana mereka berdoa? Bukankah mereka berhak berdoa atas dasar mahu mendapat kembali hak mereka? Mereka berdoa semata-mata untuk membanteras kezaliman yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN),” katanya.

Harun berkata, tindakan mereka mendapatkan royalti minyak untuk Kelantan diharap dapat mengelak negeri lain hilang hak mereka kepada Kerajaan BN.

Beliau percaya tumpuan yang diberi kepada Kelantan dan cabaran yang dihadapi oleh Pas membuktikan ia sebuah parti yang kuat dan mampu terus memerintah Kelantan.

Sumber : Sinar Harian

Mencari Keredhaan Allah Matlamat Perjuangan - catatan 1 Fatwapujangga

kemenangan sesuatu pilihanraya dijadikan sebagai ukuran prestasi sebuah parti......dan ini tidak dinafikan jika sekiranya parti itu difahami dalam ruang lingkup ilmu sekular.......TETAPI.... dalam ilmu siyasah islam... kemenangan sesuatu pilihanraya...dan .. kelebihan majoriti.... tidak bermakna ianya suatu kebenaran dan kemenangan.... kerana.... untuk menjadikan ianya suatu kemenangan dan kebenaran ianya mestilah selari dengan dasar dan ajaran islam.......
banyak parti2 sekular didunia ini....yang memenuhi aspirai rakyat dan memenuhi perspektif.....mereka menang dengan majoriti yang besar... tetapi TIDAK bermakna mereka benar.....

DAN..... banyak gerakan islam yang memperjuangkan islam yang asal.... kalah dalam setiap penyertaan mereka dalam pilihanraya...kerana tidak memenuhi aspirasi rakyat....TETAPI.....tidak bermakna perjuangan mereka itu salah....BAHKAN... kalau dilihat pada dasarnya dan matlamat perjuangannya... ianya amat memenuhi ajaran islam yang berlandaskan alquran dan assunnah.....
lihatlah juga perjuangann nabi2..... tidak semuanya berjaya berdakwah dan menjadikan kaumnya sebagai penganut islam......bahkan ada diantara mereka yang di bunuh.... TAPI.... bolehkah kita katakan bahawa dakwah nabi2 itu tidak mencapai kemenangan .....kerana tidak memenuhi aspirasi dan perspektif kaumnya.....DAN kalaulah...nabi2 itu mengikut kata2 kaumnya ....pasti dia diterima oleh masyarakat kaumnya..... BETUL TAK????? tapi ini boleh dikira sebagai kemenangan kah?????
sesungguhnya politik yang bijak..... adalah mereka yang berpolitik didunia dan mendapat saham syurga di akhirat.... dan.... sesungguhnya politik yang bijak adalah politik yang meni9nggikan islam dan penganutnya.....

walaupun PAS berpakat dengan parti PKR dan DAP....tapi pakatan ini tidak boleh lari dari ruang lingkup syarat2 TAHALUF...mengikut hukum syarak....
bukaklah kitab karangan mana ulamak2 islam....syarat utama tahaluf adalah ISLAM MESTI DOMINAN....... dan kalaulah majoriti ahli parlimen pakaran rakyat adalah dikalangan majoriti orang bukan islam ....macammana islam nak dominan?????
ada orang kata....dalam negara islam......majoriti rakyat tidak perlu semuanya islam..... YA...itu memang betul...kalau membicarakan konsep negara islam pada sistem khalifah dan kemenangan melalui peperangan....kerana kekuatan ketenteraan islam menjadi kekuatan yang tidak memungkinkan rakyat bukan islam untuk memberontak!!!

tetapi dalam sistem demokrasi berparlimen....rakyat boleh memilih pemimpin mereka setiap lima tahun..... walaubagaimanapun kita memerintah mengikut perspepsi allah yakni ikut alquran dan assunnah.. tetapi kebarangkalian rakyat memberontak melalui protes undi dalam pilihanraya adalah tinggi.....kalau kita tidak mengikut perspepsi mereka... walaupun kadang persepsi mereka itu adalah salah dan sesat......
oleh itu....marikah kita kembali kepada MASDAR SYARIAT ISLAMIYYAH.... pasti setiap langkah dan tujuan kita akan mendapat keredhaan allah....
carilah redha allah...jangan cari redha manusia.....
ikutlah redha allah walaupun kamu dibenci oleh seluruh manusia....

BERSAMA KEPIMPINAN ULAMAK....HIDUP 2 TOK GURU....
TGHH dan TGNA......teruskan perjuangan kamu.... gaduh kamu .. gaduh hujah... gaduh pada wasilah bukan matlamat.... matlamat kamu hanya satu.... Mencari Redha Allah.

Dec 5, 2009

Memijak Gambar Adun, tidak bermoral

Kejadian memijak potret tiga Adun yang keluar parti dari Perak, Jamaluddin Md Radzi (Behreng), Othman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelutung) oleh pemimpin DAP adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat kita Malaysia.

Walaupun mungkin kemarahan sudah berada ditahap yang sukar dikawal namun perlu ingat kejadian tersebut adalah satu peristiwa yang belum boleh diterima oleh masyarakat umum di negara ini.

Masyarakat umum memerhati dan menilai, musuh mengambil peluang, gabungan dua kombinasi tersebut sudah akan pasti menjadi instrument penting dalam mana pilihanraya selepas ini.

ketandusan moral yang sangat jelas, akibat tekanan kemarahan.

Saya juga barang pasti seandainya sukatan BTN itu tidak diubah maka gambar ini menjadi salah satu slot didalam modul kursus BTN tersebut.

Perbuatan memijak gambar oleh pimpinan DAP itu sesuatu yang memalukan rakan-rakan Pakatan Rakyat.Tidak dipastikan pula perkara ini akan dibangkitkan didalam mesyuarat Majlis Presiden PR. Atau mungkin akan ditimbulkan didalam konvensyen PR 19 Dis 2009 nanti.

Saya : kewajaran menasihat DAP dalam perkara ini amat perlu, ini lah masanya kita menegur mana-mana yang tidak sesuai samada dengan adat dan lebih-lebih lagi dengan hukum agama.Peluang memperkenalkan Islam kepada mereka perlu disegerakan, kerana kita yakin mereka boleh menerima apa yang kita perjuangkan seandainya mereka diberi fahaman yang betul.

Apa yang tinggal dibimbangi kita hanya menyebut dan cuma mengharapkan agar ianya terjadi dengan tanpa usaha kearah itu.Kita mungkin lunak menyebut bahawa bersama DAP dan PKR adalah ruang kepada PAS untuk mendekatkan mereka dengan Islam selepas Umno tidak bersedia kearah itu, tetapi ianya hanyalah sebuat cita-cita yang tiada usaha yang disusun dan tersusun.

Kepada kita lah amanah ini , kalau kita mengaku bahawa PAS itu adalah wadah kita.

Sementara itu sudah barang pasti ada yang bertanya, macamana pula dengan tindakan membakar gambar ketua Menteri sebuah negeri di malaysia ?
Mudah sahaja bagi saya menjawabnya...memang padan dan layak mereka berbuat demikian untuk mencukupkan lagi kegenapan kejahatan mereka.

Dec 4, 2009

Bila Tok Guru berdehem...

Baru je Tok guru Nik Abdul Aziz berdehem, Umno dah mula kecut perut, habis kelam kabut dibuatnya. Umno macam nak sasau , kelam kabut, harubiru(BN-).

Tak tahulah macamana gamaknya kalau Tok Guru sergah, huh...hancur lebur lah umno.

Apa-apa pun mari kita aminkan doa Tok Guru, doa orang yang dizalimi.

Dec 3, 2009

Ganungkiter : Runtuhhhhhhh lagiiiiiiiii

Runtuh! Runtuh!Runtuh dan Runtuh lagii....


Itu lah negeri ku Terengganu Darul Runtuh, lepas satu, satu .
Kini jalan menghubungkan Kuala Jeneris ke Tasik Kenyir runtuh lagi.Menurut satu laporan runtuhan tersebut mengakibatkan terbentuk beberapa lubang besar dan tebing yang yang bercerum dan curam ( sbb guna pitis yang curang)

Kejadian berlaku tidak jauh dari tapak Politeknik tak jadi.Politenik ni telah dipecahtanah oleh PM Abdullah Badawi pada hari Ahad, 3 Februari 2008. Turut hadir ialah isteri Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Besar Terengganu Datuk Idris Jusoh dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed.


Politeknik ini dijangka siap pada 2010 dengan kos RM184 juta. Akan tetapi selepas upacara pecah tanah tersebut tiada lah kerja seterusnya dibangunkan.




Petikan Utusan malaysia 17 julai 2009


HULU TERENGGANU 16 Julai - Kerajaan Pusat disaran membangunkan semula projek pembinaan Politeknik Hulu Terengganu di sini yang tergendala sejak dua tahun lalu.


Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd. Nor Othman berkata, projek berharga RM144 juta tersebut perlu diteruskan bagi memastikan penduduk di kawasan itu menerima pendidikan dengan lebih baik.


Katanya, projek berkenaan yang sepatutnya mula dilaksanakan dua tahun lalu kini tergendala disebabkan kegawatan dan tapak yang tidak sesuai.


''Sekiranya diteruskan pihak kami mencadangkan projek berkenaan dibina di lokasi lebih sesuai di sekitar pekan Kuala Berang sama ada di kawasan padang ragut Tersak di Kampung Tanjung Putat atau dekat stadium mini di sini," katanya.

Siapa Pulak Mangsa Najib Seterusnya ?

Jaga-jaga siapa pula yang kena dengan Najib kali ini.....bullet dah masuk ke belum?

Muhyiddin canggah Umno Kelantan


Nik Abdul Aziz patut kekal menjadi pemimpin parti itu kerana banyak perkara yang dilakukannya dapat menunjukkan wajah sebenar Pas. Kata Muhyiddin Yasin.

"Saya rasa biarlah Nik Aziz lama dalam Pas kerana ia berguna juga. Banyak perkara yang dilakukannya mencerminkan sikap sebenar Pas."

Kita pun sangat mengharapkan agar Tok Guru Nik Abdul Aziz kekal memimpin Kerajaan Kelantan dan memimpin PAS.

Apa yang peliknya, Muhyiddin minta Tok Guru kekal, Che Johan Che Pa, naib ketua Umno Pasir Mas pula bawa anak buah lebih kurang 200 orang hantar memo minta Tok Guru berhenti.

Hak Kuala Lumpur nak dikekalkan, sementara yang di kota Bharu desak lepas jawatan.
Rasanya tahap kepeningan Umno ini telah melepasi had berjaga-jaga.Mungkin penanda di Tangga Krai melepasi garisan merah.

Ini lah akibatnya, celaru habis..Muhyiddin pening , Che Johan lagi-lagilah peningnya.Sepatutnya Che Johan ajak sama Ibrahim Ali, sebab MP Pasir Mas ada pengalaman bab-bab sedemikian. Dulu masa sidang Dun Kelantan sedang membentang Kanun Syariah Brahim Ali memekak di luar pagar Kompleks Kota Darul Naim.

Bila-bila kalau Che Johan Nak buat kerja gitu kena Bref lah dulu.

- Dok Cerdik Gitu-

Dec 2, 2009

SPR perakui daftar pemilih tambahan suku ketiga 2009

PUTRAJAYA 2 Dis. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperakui Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku tahun ketiga 2009, iaitu dari Julai hingga September, menjadikan jumlah pemilih pendatar terkini seramai 11.08 juta.

Menurut kenyataan SPR, DPT suku tahun ketiga mengandungi 81,625 pemilih yang terdiri daripada 67,502 permohonan pemilih baru dan 14,123 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

SPR juga mengeluarkan sebanyak 66,616 nama daripada rekod pemilih berdaftar akibat pertukaran alamat, kematian, dilucut kewarganegaraan dan sebagainya.

"Dengan pengesahan DPT Suku Tahun Ketiga 2009, jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara setelah dicantumkan dengan Daftar Pemilih Induk Tahun 2008 adalah seramai 11,085,863 orang,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan akhbar turut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu dalam usaha SPR membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih berdaftar yang meninggal dunia.

-Jom pakat buat kerja-

Pembangkang Tunjuk sikap tidak bermoral - TPM

Adalah seorang pengunjung emailkan gambar ini untuk disiarka sungguh disini.


Semoga beliau berpuashati kerana hajatnya tercapai. Apa apa pun thanks diatas kretiviti pembaca blog ini .

Laksana BTN ikut penghayatan Islam


Dewan Muslimat Terengganu meminta program Biro Tata Negara (BTN) dikaji semula dan dibuat berdasar penghayatan Islam bagi memastikan masyarakat mempunyai sikap bertanggungjawab.

Ketuanya, Safinah Jusoh berkata, pendekatan Islam perlu diterapkan sekiranya mahu dilaksanakan tanpa mewujudkan sebarang propaganda politik daripada parti tertentu.

Menurutnya, usaha memupuk rasa kasih sayang terhadap negara lebih berkesan melalui program keislaman dan yakin ia mampu mewujudkan sikap bertanggungjawab.

“Jika BTN ini, kita tidak tahu macam mana hasilnya dan saya juga mendengar ada dalam kalangan mereka tidak setuju dengan program berkenaan, hanya ‘tadah telinga sahaja’.

“Itu maksudnya mereka tidak setuju, sama ada yang mengikuti itu kakitangan kerajaan ataupun pelajar. Saya pernah mendengar rungutan daripada beberapa pihak sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dec 1, 2009

Rayuan Kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz

Salam Sejahtera Tok Guru,
Inilah rayuan hamba dari kejauhan.
Jangan sekali-kali menarik balik doa yang telah dibaca dan ditujukan kepada si zalim.
Mereka memang zalim.
Terengganu telah mengalami situasi ini.

Kerja musuh islam memang begitu, sentiasa khianat kepada perjuang perjuang Islam.

Terima Kasih Tok Guru dengan doa itu.

Teruskan dengan doa tersebut.

Amin Ya Rabil Alamin.

Nov 29, 2009

Seloka Aurat

Tak kiralah PAS ke PKR ke Umno ke...

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap
,Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.


Dipetik dari laman naeim

Lompat lagi ? Apa Nak Jadi hah?

Dua Orang Kuat PKR Papar Sertai Umno

PAPAR: Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Papar Awang Mumin Awang Marali dan Ketua Pemuda bahagian itu yang juga Setiausaha Pemuda PKR negeri Faizal Julaili hari ini mengisytiharkan keluar dari parti itu dan menyertai Umno.

Kedua-dua 'orang kuat' PKR Papar itu menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Umno Bahagian Papar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail di dua majlis yang berbeza, dekat sini.

Pada majlis itu, Awang Mumin dan Faizal berikrar akan taat setia kepada Barisan Nasional (BN).

- Apa nak jadi ? Lompat sana, lompat sini...berapa lagi mau lompat daaa menjelang pru 13?

Hishammuddin - Menteri yang sangat Pelupa

Ini satu lagi kes seorang menteri yang sangat pelupa.Menteri ini berasal dari Johor dan merupakan ahli Parlimen Tenggara.

Tak semena-mena beliau berkata konspiras Kolonel MAT yang disebut oleh Tok Guru Nik Aziz adalah merupakan satu helah untuk menutup pepecahan dalam PAS.

Hishammuddin membuat kenyataan tersebut pada hari raya haji kedua di Masjid Tok Jembal Kuala Terengganu ketika menunaikan ibadat korban.

Hishammuddin jenis pelupa tahap 1, kelas pertama, sepatutnya beliau menyedari kenapa pada hari raya haji kedua beliau sudah berada di Kuala Terengganu untuk menunaikan ibadat Kurban. Beliau sepatutnya pada hari raya petama dan kedua menunaikan ibadat korban di Bahagian beliau di Tenggara. Kenapa? tidak begitu? kerana umno Terengganu berpecah 3. ye telah berpecah 3. Hishammuddin di bawa dari pusat seolah-olah ada lampu aladdin untuk menyelesaikan kemelut Umno Terengganu, tapi jenis tak sedar diri, jenis melayu mudah lupa bahawa umno itu sendiri yang berpecah.

Kalau tidak masa kan Idris tak hadir, Tengku Putera tak hadir , pimpinan tertinggi umno negeri dan ketua bahagian tidak hadir bersama Hishammuddin , kenapa? mereka ada jawapanya.

Hishmmuddin sepatutnya sedar kenapa beliau yang dilantik sebagai Ketua Perhubungan Umno Terengganu, kenapa? kerana eebahagian besar pimpinan umno Bahagian tidak dapat menerima Ahmad Said sebagai ketua perhubungan, umum sedia maklum satu-satunya MB yang tidak menjadi ketua perhubungan umno adalah negeri Terengganu. Hishammuddin patutnya sedar apabila sebahagian besar ketua perhubungan tidak boleh terima Ahmad Said itulah yang dinamakan pepercahan. Itulah sebenarnya perpecahan. Sekarang Hishammuddin juga mesti cari, mesti siasat ada pula usaha untuk melemahkan beliau sebagai ketua perhubungan Umno Terengganu. Beliau dilihat lembek dan lembut dalam bertindak, malahan umno Terengganu dok "merrit' pun dengan beliau.

- kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi -
-Jangan berak merata-rata-

Nov 28, 2009

Ayah dan Ibu

Sempena Idul Adha 1430.
(Semoga selamat di Tanah Suci)

Ayah Dan Ibu ..Ayah Dan Ibu
Itulah Permulaan Kami
Dapat Melihat Bulan Dan Matahari
Ahai.....

Ayah Dan Ibu...Ayah Dan Ibu
Itulah Permulaan Kami
Dapatl Melihat Bulan Dan Matahari
Ahai.....

Yang Dikurniakan Dari Ilahi
Ahaiiiii.....

Ayah Dan Ibu , Ayah Dan IbuLah
Mesti Dihormati

Yang Dikurniakan Dari Ilahi
Ahaiiiii.....

Ayah Dan Ibu, Ayah Dan IbuLah
Mesti Dihormati

Ayah Dan Ibu , Ayah dan Ibu
Wali , wali Keramat
Pada Mereka Kita Beri Hormat
Ahai.......

Pakailah Tunjuk Ajar Dan Nasihat
ahai.....
Supaya Hidup
Supaya Hidup Kita Akan Selamat...

dengar sini

Nov 26, 2009

Mustafa Mohd adalah Melayu Pelupa

Membaca petikan kenyataan Mustafa Mohd, selaku Ketua Umno Kelantan mengesahkan bahawa beliau adalah juzuk daripada Melayu mudah lupa.

"Kemelut dalam Pas mengenai siapa pengganti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan boleh menjejaskan kepentingan rakyat kerana parti itu lebih memberi tumpuan kepada soal politik daripada menyelesaikan masalah rakyat, kata Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed."

Mustafa samada lupa atau sudah pening-pening lalat selepas beberapa bulan kembali memimpin umno Kelantan. Tidak 100% ketua bahagian di Kelantan bersama beliau.

Mustafa sudah lupa ke? semasa kemelut segelintir puak anti Pak Lah mendesak supaya Pak Lah segera berundur dari jawatan PM? Semasa itu ramai yang jadi sawan dan hilang akal mendesak PAk Lah berundur selepas kekalahan teruk PRU 12. Pak Lah pada mulanya merasakan Najib akan mempertahankan beliau, rupa-rupanya tidak sebab Najib tidak sabar-sabar untuk mengambil kerusi pertama negara itu. Pada masa yang sama serangan bertubi-tubi juga datang dari bekas PM mahathir Mohd. Sehinggakan Mahathir bertindak keluar dari Umno.

Kemelut politik terus menular apabila Naib Presiden kanan ketika itu Mahyddin Yassin juga mendesak supaya Pak Lah melepaskan jawatan kerana beliau mengidam jawatan timbalan Perdana menteri.

Pada masa itu Mustafa lihat apa? Mustafa nampak apa? umno hilang pedoman, macamana pula dengan urusan kerajaan Malaysia, apa jadi nya? pada masa itu juga menteri menteri BN sibuk berpolitik. Apakah Mustafa tidak nampak ke? Mustafa buta ke?

Tidak, Mustafa tidak buta, Mustafa nampak semunya, tetapi Mustafa Mudah lupa.....(0 )

BERWUKUF DI ARAFAH

Untuk dikongsi bersama :

Arafah merupakan tempat yang sangat penting pada ibadah Haji, dimana di Arafah ini jamaah haji harus melakukan Wukuf. Wukuf merupakan rukun Haji dan tanpa melaksanakan Wukuf di Arafah maka hajinya tidak sah.

Keadaan di Arafah ini merupakan replika di Padang Mahsyar saat manusia dibangkitkan kembali dari kematian oleh Allah SWT.Saat itu semua manusia sama di hadapan Allah SWT, yang membezakan hanyalah kualiti imannya.

Wukuf secara harafiah bererti berdiam diri. Wukuf di Arafah adalah berada di Arafah pada waktu antara tergelincirnya matahari (tengah hari) tanggal 9 Dzulhijah sampai matahari terbenam dengan berpakaian ihram.Pada saat wukuf disarankan untuk memperbanyak doa sambil menghadap kiblat dan mengangkat kedua tangan. Juga memperbanyak taubat memohon ampunan Allah SWT.Sebab saat wukuf adalah saat yang utama untuk berdoa, memohon ampun dan bertaubat.


Selain itu juga perbanyak ibadah lainnya seperti membaca Al Qur'an, takbir, tahmid, tahlil dsb. Selama wukuf jangan sampai melakukan sesuatu yang tidak baik atau tidak sesuai dengan kesucian ibadah saat Wukuf.

Adapun keutamaan Arafah adalah sebagaimana sabda Rasulullah SAW ,"Do'a yang paling baik adalah doa di hari Arafah".
Dalam riwayat lain Rasulullah SAW juga bersabda ,"Tidak ada hari paling banyak Allah menentukan pembebasan hamba-Nya dari neraka kecuali hari Arafah".

Arafah berjarak sekitar 25 km di sebelah Tenggara Makkah dan merupakan padang pasir yang amat luas dan di bahagian belakang dikelilingi bukit-bukit batu yang membentuk setengah lingkaran.Saat ini sudah ditanami dengan pohon-pohon.

Pada musim haji di bawah pohon-pohon inilah dipasang khemah. bagi yang tiada khemah cukup berteduh di bawah pohon. Untuk mengurangi panas di setiap sekitar 20 meter dipasang pipa setinggi 6 meter yang diatasnya memancar air halus yang mirip gerimis, dengan tujuan menurunan suhu di sekitarnya.

Pancaran air ini sangat bermanfaat dan dapat mengurangi banyaknya jamaah yang terkena high stroke (tiba-tiba lemas karena matahari yang panas)


Kemuliaan Langit Arafah di Saat Wukuf

Wukuf adalah puncaknya haji. Secara fisik, wukuf Arafah adalah puncak berkumpulnya seluruh jamaah, yang berjumlah jutaan, dari penjuru dunia dalam waktu bersamaan. Secara amaliah, wukuf Arafah mencerminkan puncak penyempurnaan haji kita. Di Arafah inilah Rasulullah menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama khutbah wada’ atau khutbah perpisahan, karena tak lama setelah menyampaikan khutbah itu beliaupun wafat. Di saat itu, ayat Al-Qur’an, surat al-Maa’idah ayat 3 turun sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah SWT melalui Muhammad saw. Firman Allah SWT : “..Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam itu menjadi agama bagimu….” (al-Maa’idah:3)

Arafah merupakan gambaran padang Mahsyar, yang nantinya semua makhluk dikumpulkan disana sebelum melangkah ke syurga atau neraka. sekaligus merenunginya untuk bersiap-siap menghadapi hal itu.

Arafah juga merupakan tempat bertemunya Adam dan Hawa setelah beratus tahun saling mencari di muka bumi.

Wukuf artinya hadir dan berada di Arafah pada waktu tertentu antara waktu zuhur dan asar.

Disini masing-masing jamaah dipersilahkan untuk mengkondisikan dirinya berkonsentrasi kepada Allah, melakukan perenungan atas dirinya, apa yang telah dilakukan selama hidupnya, merenungi kebesaran Allah melalui Asmaul Husna-Nya, merenungi hari akhirat.

Bentangkan dosa-dosamu di padang Arafah ini, ingatlah satu persatu dosa-dosa yang pernah engkau lakukan, ingatlah betapa waktumu selama ini habis terbuang sia-sia karena lebih banyak digunakan untuk memperindah kehidupan duniamu. Pengakuan yang jujur dan ikhlas, tanpa rasa sombong dan takabur, di hadapan Allah adalah puncak amaliah haji. Itulah Arafah, wukuf kita adalah untuk mendefinisikan hakikat keberadaan kita dihadapan Allah, sekalipun sebenarnya Allah telah mengetahui itu semua.

Pandanglah langit Arafah. Renungilah bahwa pada hari yang mulia itu Allah SWT sedang memanggil para malaikatnya berkumpul di langit Arafah, dan membangga-banggakan umatnya yang sedang wukuf di Arafah di hadapan para malaikatnya di langit.

Disebutkan dalam hadits qudsi bahwa Allah berfirman bahwa :
“ Lihatlah kepada hamba-Ku di Arafah yang lesu dan berdebu. Mereka datang kesini dari penjuru dunia. Mereka datang memohon rahmat-Ku sekalipun mereka tidak melihatku. Mereka minta perlindungan dari azab-Ku, sekalipun mereka tidak melihat Aku”

Allah sangat memuliakan hari wukuf di Arafah. Hari itu, Allah mendekat sedekat-dekatnya kepada orang-orang yang wukuf di Arafah untuk mendengarkan ungkapan dan keluhan hati mereka, menatap dari dekat wajah dan perilaku mereka. Nabi Muhammad saw bersabda :
“ . . . Ia (Allah) mendekat kepada orang-orang yang di Arafah. Dengan bangga Ia bertanya kepada para malaikat, Apa yang diinginkan oleh orang-orang yang sedang wukuf itu ? “

Pada hari itu, Allah senang sekali jika kita berdoa kepada-Nya. Ia mengabulkan semua doa mereka disana, sebagaimana tersebut dalam hadist yang lain :

Sabda Rasullullah saw : “Diantara berbagai jenis dosa, ada dosa yang tidak akan tertebus kecuali dengan melakukan wukuf di Arafah” (disinadkan oleh Ja’far bin Muhammad sampai kepada Rasulullah saw).

Bahkan Allah murka ketika manusia tidak yakin dosanya diampunkan di Arafah, seperti sabda Rasullullah saw : “Yang paling besar dosanya diantara manusia adalah seseorang yang berwukuf di Arafah lalu berprasangka bahwa Allah tidak memberinya ampun” (Al Khatib dalam kitab Al-Muttafaq wal Muftaraq)

Demikian agung dan mulianya hari Arafah ini, meski wukuf hanya beberapa jam saja. Sungguh sangat penting berdoa di Arafah, disaksikan dari dekat oleh Allah SWT dan dibangga-banggakan-Nya kita di depan para malaikatnya.

“Hai malaikat-Ku ! Apa balasan (bagi) hamba-Ku ini, ia bertasbih kepada-Ku, ia bertahlil kepada-Ku, ia bertakbir kepada-Ku, ia mengagungkan-Ku, ia mengenali-Ku, ia memuji-Ku, ia bershalawat kepada nabi-Ku. Wahai para malaikat-Ku ! Saksikanlah, bahwasanya Aku telah mengampuninya, Aku memberi syafaat (bantuan) kepadanya. Jika hambaku memintanya tentu akan Kuberikan untuk semua yang wukuf di Arafah ini.”
Insya'Allah kita kesana lagi.

(Sumber : Rahasia Haji, Imam al-Ghozali)

Nov 25, 2009

Abdul Ariffahmi Abdul Rahman – moga awan berarak lalu

Oleh Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz

Salam Kamunting,

Petang dua hari lepas semasa saya diselimuti gugusan awan yang gelap gulita, saya merenung jauh dari tetingkap ‘bebelon’ firefly yang membawa saya pulang dari perkhemahan tarbawi Dewan Pemuda PAS Malaysia selama tiga hari di sebuah kem perkhemahan di pinggir bukit di hutan Sepang, Selangor.

Pandangan saya sepi. Kosong sekosong pamandangan di luar. Gunungan awan gelap merempuh kuat menyebabkan krew kapal dua kali memberi peringatan berjaga – jaga. Ia seperti ingin menyentap khalayan jauh saya untuk membenarkan laporan keadaan cuaca dan banjir di Kelantan dan beberapa negeri lain yang semakin teruk. Saat kapal merendahkan ketinggian untuk mendarat, saya menghulur kepala menekap di cermin untuk melihat genangan air memenuhi kawasan rendah dan pinggir yang melimpah keluar dari liuk lampai sungai – sungai yang telah bekerja dan bertasbih siang dan malam melimpahkan seribu rahmat kurniaan tuhan ke atas rakyat negeri Kelantan Darul Naim tercinta.

Awan dan angin begitu kencang melanda dan hujan turun begitu lebat sedang saya begitu ketagih untuk melihatnya segera reda dan berlalu. Biarlah ia reda sebagaimana pengumuman ayahanda yang mengarahkan menantunya, juga ipar saya, Abdul Ariffahmi bin Hj Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK sehari sebelum itu telah meredakan kepanasan suhu politik negeri Kelantan, apatah suasana sedih dan muram yang melanda keluarga.

Moga awan hitam berarak lalu meninggalkan kami sekeluarga sekalipun ia telah meninggalkan kesan luka dan calar yang mendalam buat ayahanda. Biarlah begitu kendatipun masih ada orang yang mahukan ayahanda menjirusnya dengan air mawar yang harumi buat menutup tengik aib yang terpalit.

Semasa saya dan para sahabat Dewan Pemuda PAS, termasuk Ketua Pemuda, ustaz Nasrudin Tantawi bersenda loka sambil melihat ringan tubuh Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang bergayut di antara dahan – dahan pohon rambutan menggapai dan memetik buahnya yang manis lalu menghulurkannya kepada kami di bawah sementara kami bersiap – siap untuk mula meninggalkan kem perkhemahan, saya menerima sms daripada seorang kawan di Kelantan memaklumkan berita ura – ura perletakan jawatan seorang pemimpin PAS kesayangan ayahanda.

Saya bungkam beberapa ketika. Beberapa hari sebelum perkhemahan, saya telah diberi ingat oleh seorang rakan bahawa politik desas – desus perletakan jawatan akan mengisi kocak air politik negeri Kelantan tidak lama lagi. Ia dirancang dan rancangan itu disusup keluar dari peti yang tiris dek karat besi yang dititis air mata keinsafan. Saya enggan membenarkan tetapi saya dipaksa menerima hakikatnya pada pagi itu.

Kesan yang dinanti harapkan adalah ayahanda menghulurkan mawar. Ia menjadi. Ayahanda menjirus dengan harumi mawar di tepian telaga Kauthar, bukan merenjis di kubur yang menanti sepi.

Ayahanda sentiasa hebat. Ia dihidupkan untuk memberi, bukan mengambil. Dia dihidupkan untuk dunia, bukan hanya untuk Malaysia dan Kelantan sahaja. Di dunia Islam, orang kata dia di angka 42.

Anda tahu ayahanda sedang dihimpit ujian tuhan yang datang secara bertubi – tubi. Daripada isu EGM dan politik persepsi, ia bergerak menuju isu tajaan haji dan rasuah, kemudian ia menerkam kepada isu PMBK dan kroni. Belum pun bengah, dia diasak isu letak jawatan dan konspirasi membunuh karektor dan karier.

Kecuali isu EGM, ia telah turut meruntun keharmonian di dalam keluarga. Ia mengocak rumah yang sentiasa tenang dan bahagia dengan kehadiran ayah dan ibu yang sentiasa menguntum dengan senyuman kasih dan sayang.

Tetapi ayahanda sentiasa teguh. Apabila dia melangkah, dia tidak teragak – agak. Apabila teragak – agak, dia tidak akan melangkah. Apabila terlangkah, dia sedia mundur. Tiada siapa tidak memahami ayahanda, kawannya mahupun lawannya.

Saya pula mencuba untuk sentiasa keep in touch dengannya dari tepian mencari pembukaan kepada yang kusut. Saya akan berlari ke Pahang mencari sepupu saya Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, atau saya memohon berjumpa tuan presiden atau bersegera kepadanya jika dijemput. Saya cuba untuk membantu merungkai simpulan yang sukar.

Setidak – tidaknya saya, selepas kejayaan seminar memperkasakan parti telah menyumbang sedikit saham di dalam memberikan ketenangan kepada ayahanda dan kekuatan baru kepada tuan presiden. Saya juga bersama ayahanda semasa merumus yang terbaik dalam isu tajaan haji yang tamat dengan agak lenang.

Adapun isu PMBK yang melibatkan ayahanda dan ipar saya, Ir Abdul Ariffahmi, ia cukup menyentuh perasaan kami sekeluarga. Ia musibah yang walaupun begitu sukar untuk ditempuhi, ia telah menyatukan kami sekeluarga. Kami sepakat untuk berkongsi kesusahan, kesukaran dan memadam fitnah yang datang berdentum – dentum membedil Ariffahmi dan ayahanda sekali.

Saya bukanlah orang pertama yang menyokong perlantikan Ariffahmi ke kerusi panas CEO PMBK oleh ayahanda. Beliau tahu bahawa sedari beberapa tahun lepas lagi saya tidak menyokong perlantikannya ke jawatan tinggi di PMBK hatta untuk untuk jawatan COO sekalipun. Masa itu, saya memberi pandangan dan menasihatinya dan saya tahu beliau mungkin tidak senang dengan pandangan dan nasihat saya.

Saya tahu sangat apa yang akan berlaku jika beliau diangkat ayahanda ke jawatan tertinggi di dalam PMBK. Fitnah mesti melandanya dan beliau pasti terluka dan mungkin kecundang. Itu keyakinan saya yang saya cuba memahamkannya. Saya memberitahunya bahawa kita ini memang terkenal kerana kita ini anak MB dan menantu MB. Tetapi dalam terkenal, kita ini sukar untuk dipercayai dan sukar diterima. Kerana kita dilihat menumpang tuah bapa dan mertua. Buat yang hebat dikata tuah ayah dan mertua. Buat yang buruk dikata tidak tahu jaga bapa dan mertua. Terimalah hakikat bahawa kita ini insan bertuah yang sukar bernafas apatah bergerak.

Itulah antara peringatan saya kepadanya. Tetapi Ariffahmi adalah seorang yang optimis. Dia yakin kemampuannya membantu ayahanda terutama di dalam bidang yang dimahirinya. Maka beliau sentiasa meletakkan dirinya dalam siap siaga jika ayahanda memilihnya ke jawatan tersebut. Tidak pelik jika sikap dan kesediaannya menjadikan ayahanda meyakininya. Saya sendiri dalam teguran saya menyimpan rasa hormat terhadap kesungguhannya menyumbang untuk ayahanda.

YB Salahuddin Ayub pernah meminta pandangan saya untuk pencalonannya ke jawatan naib presiden PAS. Saya menasihatinya untuk tidak menerimanya. Saya berkata, menolak jawatan adalah kemuliaan yang disanjung. Saya tidak tahu perasaannya ketika itu. Apabila menasihat, saya mesti memberi yang terbaik daripada diri saya. Selepas beliau menunjukkan kesediaan bertanding, saya mencadangkan nama beliau dicalonkan oleh PAS Kawasan Pengkalan Chepa dan disokong sepenuhnya oleh PAS Kawasan. Beliau menang dan telah menunjukkan prestasi yang agak berkesan juga hari ini.

Begitulah saya jika diminta nasihat. Saya berusaha untuk yang terbaik buat sahabat dan rakan. Nasihat saya mungkin betul dan mungkin salah. Apa saya kisah atas apa yang saya tidak tahu perihal masa depan milik Allah?

Apabila saya diberitahu bahawa ayahanda akan segera melantik Ariffahmi ke jawatan CEO, saya bersegera mengintai masa ayahanda untuk bersendirian bersamanya seketika untuk memberi pandangan yang agak kontra. Dalam setengah jam perbincangan, saya tunjukkan kepadanya sebab dan keresahan saya terhadap kemungkinan yang akan menimpa Ariffahmi. Saya memberitahunya mengenai sikap kawan dan lawan yang tidak menyetujui keputusan tersebut. Tujuan saya agar ayahanda berfikir semula atau lebih bersedia menghadapi kemungkinan yang saya resahi akibatnya.

Tetapi ayahanda telah menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap pendiriannya dan Ariffahmi sendiri. Beliau menjawab dengan penuh yakin segala persoalan saya. Apabila saya mendapati ayahanda tidak akan berganjak lagi, saya titipkan untuknya beberapa pesanan yang paling berguna daripada saya agar disampaikan kepada Ariffahmi. Saya boleh saja membilangnya sendiri kepadanya, tetapi melalui ayahanda, saya yakin ia jauh akan lebih berkesan. Malam itu, saya mengambil keputusan untuk mendukung kehendak ayahanda dan memuliakan keputusannya di hati saya. Saya mesti seupayanya membantu ayahanda.

Dua hari selepas perlantikan, saya di rumah Ariffahmi lebih dua jam berbincang panjang dengannya. Dia mengesahkan ayahanda telah menegurnya sebagaimana yang saya sebutkan. Perbincangan kami panjang dan saya mengingatkannya untuk bersedia menghadapi hukuman yang adil dan tidak adil untuk dirinya. Masa itu, bahang panas semakin terasa.

Saya memberitahunya, ” Arif, Abang Duh akan mempertahankan Arif sebagaimana ayahanda, tetapi sebahagiannya mestilah dengan kekuatan Arif seorang diri. Tanggungnya dengan penuh rela.”

Ia tidak pun mencecah dua bulan sehinggalah isu PMBK pecah. Ayahanda dan Arif diserang hebat. Saya menjadi bungkam tak terkata..

Anda telah melihat bagaimana cekalnya ayahanda mempertahankan keputusannya. Bagaimana ayahanda mengulas isu kroni dan isu berkaitan Ariffahmi yang melingkari keputusannya itu. Saya diberitahu beberapa kumpulan daripada dalaman parti datang menemui ayahanda dan memberi pandangan. Mereka keluar tanpa berjaya mengubah keyakinan ayahanda.

Tetapi ia tidak mampu untuk menahan ipar saya daripada menerima tikaman demi tikaman dari segenap sudut yang menyukarkan pergerakannya.

Keluarga agak bersedih. Kami melalui saat sukar. Tetapi ia bukanlah yang pertama. Ia tidaklah sesukar saat kekanda saya, ustaz Nik Adli ditahan di bawah ISA hampir 10 tahun yang lepas. Tetapi ia adalah dua yang berbeza. Melawan kezaliman UMNO tidaklah sukar. UMNO di sisi ayahanda adalah kemuncup dalam perjuangan. Jika ia menyalak, ayahanda adalah bukit. Jika ia bising, ayahanda adalah rotan.

Tetapi isu PMBK lebih bersifat dalaman. Ada sesuatu yang tidak kena yang mula dirasai ayahanda. Saya doakan ayahanda menemui jawabannya. Jawabannya ada di sekeliling ayahanda di sisi pembantu – pembantunya yang setia yang tidak pun terfikir untuk membuat onar dan masalah selain membantunya dengan setia.

Saya tahu mereka tidak menyetujui perlantikan Ariffahmi. Tetapi mereka telah berusaha untuk membantu menjadikannya harapan yang terlangsai buat ayahanda. Tetapi ada yang tidak begitu. Ada yang hanya berusaha untuk membersih diri sendiri dan meninggalkan ayahanda dalam perangkap dan kekeliruan.

Adapun blogger Kickdefella yang melakonkan watak Jebat yang berusaha membela si Tuah rakan pujaannya, saya tidaklah bersedia menyalahkannya sepenuhnya. Beliau berhak melakonkan watak itu atau menulis skrip agar filemnya menjadi meletup. Itu bidangnya semenjak dulu. Saya pun seronok menonton ‘Titanic’ dengan ceritanya yang ditokok tambah agar menjadi lebih mendalam kesannya terhadap penonton.

Beliau bukan ahli PAS seperti katanya. Semasa beliau dibawa ke Kelantan dengan taraf kerakyatan ‘ahli PAS kelas VVIP’ yang pertama kali diwujudkan, ramai mana yang terpegun dengan jumlah wang yang sanggup dibelanjakan untuk menjayakan dua misi berbeza yang tergalas. Satunya untuk ‘bersama’ ayahanda menjatuhkan kerajaan Pak Lah. Satu lagi, ada yang tahu dan ada yang tak tahu. Saya takkan beritahu.

Beliau mungkin telah diberi kursus intensif untuk menjadi pahlawan dan kawan kepada pejuang PAS. Tetapi modul kursus mungkin cacat sehingga beliau seperti tiada mengenal erti adab untuk menegur ayahanda, idola dan pujaannya yang pernah menggeli – gelemankan hati saya lewat hamburan puji – pujiannya yang melampau. Lainlah jika ayahanda kini adalah musuhnya yang perlu ditentang seperti Pak Lah dulu. Lainlah jika begitu.

Beliau bukan peneguk arak, tetapi serangannya seperti peneguk arak yang bersahaja dalam kemabukan. Menaruh madu di dalam racun dan menitik zam – zam di gelas arak.

Mengapa menghulur mawar kepada ayahanda di hari terakhir, kemudian menikamnya sebaik keluar dari Kota Darul Naim? Ayahanda bukan Pak Lah yang menutup pintu sehingga anda terpaksa menggunakan blog mengkritiknya dan menikam Ariffahmi. Mengapa tidak terus mengkritik Ariffahmi di depannya sebagai mana saya dan yang lain. Tiada seorang pun yang digertak ayahanda kerana mengkritik menantunya itu. Tidakkah anda ada tulang belakang yang gagah? Ke mana pergi tulang belakang anda?

Aib anda ada disimpan di sisi bukan sedikit, bahakan ramai, tetapi setiap muslim tidak gemar melondeh apatah menambah perisa fitnah yang membakar diri. Tak perlulah mengajak Ariffahmi ke mahkamah, cukuplah anda bersiap ke mahkamah untuk kes saman fitnah timbalan presiden PAS ke atas anda. Jika timbalan presiden terasa penangan fitnah anda, apa pelik untuk kami merasa penangan yang sama. Itu lebih mudah buat anda. Sekadar menantu. Sambil – sambil tu bolehlah anda mula berfikir untuk bikinan ‘ Bicara Tentang Kita – 2′. Mungkin meletup dan ada hadiahnya daripada dunia perfileman.

Oh ya, berapa jumlah yang anda minta daripada Ariffahmi untuk menerajui Darul Digital? Siapa pula yang anda kutuk di hadapannya hari itu?

Malang buat anda. Orang lain datang untuk belajar ugama daripada ayahanda, tetapi anda datang untuk memuji dan memuja ayahanda. Akhirnya inilah yang anda dapat. Mungkin anda tidak bersalah. Yang pasti bersalah ialah orang yang membawa anda ke Kelantan dan sedang menyuci diri membebas diri daripada anda di depan ayahanda.

Saya mengucap tahniah kepada tuan presiden dan rombongan yang telah memainkan peranan meyakinkan ayahanda perlunya mengekang fitnah yang sukar dipadam. Ayahanda telah akur dan bersedia berkorban dan mengorbankan.

Saya mengucap tahniah kepada ipar saya kerana mendengar nasihat saya agar sentiasa bersama ayahanda. Pertahan jika disuruh dan berhenti jika disuruh. Ariffahmi adalah maruah seorang tuan guru. Saya melarangnya bercakap walaupun beliau berhak bercakap dan mempertahankan diri. Fitnah apabila datang tidak mengenal Uthman dan Ali, apatah ayahanda, apatahlah lagi Ariffahmi sendiri. Dia semakin diam semakin selamat.

Tetapi tiada tahniah daripada saya buat orang yang telah meleburkan semangat amal jamaie di dalam jamaah dan perjuangan parti. Susah berbahasa pada orang – orang yang hidup menumpang tuah bauan mawar jirusan ayahanda. Merajuk pun masuk akhbar. Macam artis.

Saya bersetuju Ariffahmi meletak jawatan. Ia kerana ayahanda bersetuju dan tuan presiden bersetuju. Jika anda mahu lebih, bercakaplah dengan Ariffahmi sendiri. Anda akan terpegun dengan jawabannya sebagaimana anda terpegun dengan skrip gubahan Kickdepella. Hanya menghukum melalui tulisannya samalah seperti sang hakim menghukum dalam mabuk kedarah arak terlarang.

Jika ada yang mengkritik saya, saya ingatkan bahawa saya menulis untuk maruah keluarga seorang tuan guru. Hak adalah untuk ayahanda dan Ariffahmi. Mempertahan integriti dan maruah keluarga adalah perjuangan ugama yang terpuji. Saya menagihnya daripada tuhan yang menyayangi.

Ariffahmi adalah ipar saya. Dia keluarga saya dan dia telah memberikan yang terbaik untuk bapa mertuanya. Jika dia bersalah, dia berhak menerima hukuman. Tetapi dia tidak berhak bersendirian mempertahan diri daripada sekam fitnah yang membakar diri dan keluarga.

Minggu lepas saya memaklumkan kepada Jawatan kuasa harian PAS Pengkalan Chepa bahawa saya berhasrat mengundur diri daripada jawatan Ketua Pemuda tahun hadapan. Umur saya seusia Kickdepella mencecah 40 tahun. Saya berhasrat membuka buku – buku yang saya perlukan untuk masa depan yang mungkin lebih mencabar. Kemudian saya berhasrat menumpukan keringat saya kepada Dewan Pemuda PAS Pusat pada penggal terakhir saya di sana. Saya juga memaklumkan untuk tidak memegang apa – apa jawatan politik termasuk sebagai ahli majlis MPKB -BRI tahun depan. Itu jika Allah memanjangkan umur dan rezeki saya.

Sekurang – kurangnya saya boleh menunjukkan rasa bersama untuk Ariffahmi.

Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan. Jika tidak, saya akan memanggilnya, “Wahai si bodoh!”

Sumber : http://nikabduh.wordpress.com/