Apr 8, 2009

RM104,000 hilang di Bukit Selambau

Walaupun Sejarah pernah membuktikan yang calon bebas boleh menang di Dun Bukit Selambau,namun sejarah itu sukar untuk berulang.



Berikut jumlah undi yang diperolehi oleh 13 calon Bebas di DUN Bukit Selambau:
1. R Loganathan (kelapa sawit) - 31
2. Tan Hock Huat (kunci) - 78
3. Radzi Md Lazim (kerusi) - 25
4. Mohd Fazil Wahab (kepala harimau - 83
5. Abdul Rahim Abu (jam loceng) - 60
6. L Sarala (basikal) - 49
7. A Jayagopal (payung) - 35
8. S Moganakumar (buku) - 46
9. Khamis Awang (ayam jantan) - 29
10. Husaini Yaacob (bas) - 257
11.M Vaneson (ikan) - 32
12. Mej (B) Anuar Abd Hamid (telefon) - 528
13. T Chandrarajan (kapal terbang) - 73



Terbanyak : Mej (B) Anuar Abd Hamid (telefon) - 528
Paling sedikit : Radzi Md Lazim (kerusi) - 25

Kesemua mereka hilang wang pertaruhan

3 comments:

Anonymous said...

dohh kalu ilang pong...dia bahang pitih mung ker?....

Anonymous said...

yang habis tu pitis BN / Umno juga...depa yang taja....

Anonymous said...

Calon Bebas ingin kembali ke pangkuan Umno
SUNGAI PETANI: Calon Bebas, Mejar (B) Anuar Abdul Rahim menganggap kekalahannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau sebagai keputusan rakyat tetapi tidak menjangka akan kehilangan deposit.

Katanya, beliau tidak menyesal bertanding tetapi tidak lagi bercadang untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

"Saya sedang menimbang untuk kembali menyertai Umno selepas Tun Dr Mahathir memohon menyertai semula parti itu," katanya ketika ditemui di pusat pengiraan undi di Sekolah Menengah Teknik I di sini, malam ini.

Bekas ahli jawatankuasa Umno bahagian Merbok itu memperolehi undi terbanyak di kalangan 13 calon bebas yang bertanding iatu 528 undi.

Anuar berkata, beliau kembali menyokong Barisan Nasional (BN) kerana yakin bahawa hanya BNboleh membawa perubahan kepada rakyat.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S Manikumar, berjaya mempertahankan kerusi parti itu dengan majoriti 2,403 undi.

Beliau memperoleh 12,632 undi manakala calon BN, S Ganesan mendapat 10,229 undi. - Bernama