Mar 30, 2010

Adun Umno Terus Boikot Ahmad Said

Khabar angin yang bertiup sepanjang februari 2010 langsung tidak menggoyahkan Ahmad Said sebagai MB Terengganu yang diwar-warkan akan gugur atau digugurkan pada Mac ini.

Walaupun ada dakwaan usaha untuk menjatuhkan beliau masih diteruskan, namun belium dipastikan sejauhmana keberkesanan gerakan tersebut.

Dewan Undangan Negeri Terengganu dijangka akan meneruskan mesyuarat pertama bagi penggal ketiga pada 5-8 april ini. Ada jangkaan memungkinkan persidangan kali ini akan terus panas kerana khabarnya adun umno yang menentang Ahmad Said akan terus menerus berusaha mengaibkan beliau melalui sidang dun ini. Persidangan Dun merupakan ruang dan pentas yang paling sesuai bagi mereka untuk memalukan MB kerana itulah tempatnya berkumpul semua wartawan dan pegawai kanan negeri dan federal.

Pre council persidangan Dun yang diadakan di Seri Iman, kediaman rasmi MB Terengganu beberapa hari yang lalu menjelaskan bahawa kumpulan penentang Ahmad Said masih terus memboikot program itu.

Dari senarai 10 budak hitam sebelum ini, masih ada 7 yang tidak bersama dalam majlis tersebut. Mereka terdiri dari Datuk Seri Idris Jusoh( Jerteh), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka) , Datuk Rosol Wahid (Ajil), Muhamad Pehemi Yusof (Kota Putera)dan Nawi Mohamad (Hulu Besut).

Dari senarai tersebut, ini bermakna 3 orang budak hitam yang sebelum ini pernah memboikot sidang Dun Terengganu telah berpaling tadah, mereka terdiri dari Mohamad Ramli Noh ( Tepoh), Mohd Zawawi Ismail( Kuala Berang) dan Halim Jusoh (Permaisuri).

Sehingga saat ini dimana Rosol Wahid dilihat masih konsisten didalam memulau setiap program yang dihadiri Oleh Ahmad Said. Ketika Ahmad Said turun ke Hulu Terengganu melawat pembangunan kampung Butut kelibat Rosol masih tidak kelihatan. malah ketika menjayakan program Juara Rakyat yang diadakan di Kuala Telemong minggu lepas juga Rosol masih juga tidak kelihatan , malahan AJK Umno Bahagian dari DUN Ajil iaitu Mohd Nasir Ismail telah mewakili Dun Ajil menerima papan simbolik perlaksanaan program Juara rakyat.

Sekiranya situasi ini berterusan, sudah hampir pasti Nasir akan mengambil alih bagi menjadi calon Dun Ajil dalam Pru ke-13. Maka sekiranya ia betul betul belaku sedemikian berakhirlah kerier politik Rosol Wahid yang dimatikan oleh Umno Hulu Terengganu sendiri.

Mar 29, 2010

Terengganuku Runtuh dan Runtuh lagi.....

KUALA TERENGGANU, 29 Mac — Seorang buruh warga Bangladesh maut, manakala empat lagi rakannya cedera apabila para besi bagi pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) runtuh dalam satu kejadian petang ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Pauzan Ahmad berkata buruh terbabit tertimbus dalam konkrit simen yang masih basah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya empat rakan mangsa dilaporkan cedera termasuk seorang cedera parah akibat dihempap dan terjatuh dari para besi yang runtuh ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan konkrit tangki air dan membancuh konkrit di bangunan itu pada kira-kira pukul 5.10 petang.

Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa belum diperolehi, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

“Ketika sedang melakukan kerja-kerja menyiapkan tangki air di tingkat empat bangunan itu iaitu di ketinggian lapan meter, para besi yang diduduki oleh beberapa pekerja tiba-tiba runtuh bersama konkrit tangki air yang masih belum keras.

“Konkrit bersama para besi itu kemudian menimpa beberapa orang lagi pekerja Bangladesh yang sedang melakukan kerja-kerja membancuh simen di bawah,” katanya.

Pauzan berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Anggota penyelamat terdiri daripada polis, bomba, dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) masih berada di tempat kejadian sehingga pukul 8 malam ini untuk menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat jika terdapat mangsa yang masih tertimbus ekoran kejadian itu.

Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur UMT setinggi empat tingkat itu mula dibina pada 15 Dis 2008 dan dijangka siap 18 Oktober tahun ini.

Seorang saksi yang juga juruperunding untuk projek berkenaan Sharif Dollah, 30-an berkata beliau berada di kawasan berhampiran apabila tiba-tiba terdengar bunyi runtuhan.

“Saya nampak beberapa orang pekerja Bangladesh terjatuh dari para besi yang runtuh itu, dan apabila menghampiri tempat kejadian saya dapati mereka telah berlumuran dengan simen yang masih basah dan ada yang berdarah,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian terdapat kira-kira lapan orang pekerja Bangladesh sedang melakukan kerja-kerja di situ.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said turut melawat tempat kejadian sejurus selepas menerima maklumat tentang kejadian itu.

Beliau melahirkan rasa sedih terhadap kejadian itu dan menyifatkan ia berpunca daripada kecuaian pekerja itu sendiri.

Sehubungan itu, beliau menasihati pekerja-pekerja pembinaan supaya mengutamakan aspek keselamatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kejadian hari ini. — Bernama

Gerakan di Tipu Umno untuk kesekian kalinya...

Umno bahagian Bukit Bendera hari ini mengumumkan peletakan jawatan 36 anggota jawatankuasanya bagi membolehkan pemilihan baru diadakan semula.


Peletakan jawatan beramai-ramai itu bagi membolehkan bekas ketua mereka, Datuk Ahmad Ismail untuk kembali menerajui bahagian berkenaan.

Semua 36 anggota jawatankuasa bahagian itu menandatangani surat peletakkan jawatan yang akan dikemukakan pada mesyuarat perhubungan negeri Umno Pulau Pinang yang dijadualkan pada penghujung bulan April.

Menurut ketua bahagian Bukit Bendera, Abdul Jalil Ariffin semua mereka menuntut mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi membolehkan Ahmad memimpin semula bahagian itu.

Ia bagaimanapun tidak termasuk anggota pergerakan wanita dan pemuda bahagian berkenaan.

“Kami telah menandatangani surat peletakkan jawatan bagi memaklumkan kepada parti mengenai keputusan ini,” kata Abdul Jalil di pejabat bahagian itu di Lembah Pantai.

Ahmad Ismail terharu

“Kami merancang menyerahkan surat itu dengan tangan kepada jawatankuasa perhubungan negeri bila mereka bermesyuarat pada minggu ketiga April ini," katanya lagi.

Si
dang media ini juga dihadiri oleh Ahmad Ismail.

Ahmad Ismail kemudiannya melahirkan rasa terharunya atas pengorbanan Abdul Jalil yang sanggup melepaskan jawatannya itu bagi membolehkan beliau berkuasa semula.

“Saya berterima kasih atas tindakannya itu. Dia sanggup letap jawatan walaupun penggalnya tidak akan berakhir sehingga 2011,” katanya.

Mengenai hubungannya yang tegang dengan Gerakan, Ahmad Ismail berkata dia sanggup membina jambatan dengan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon, jika permohonan maaf dibuat kepada Umno.

Majlis Tertinggi (MT) Umno pada September 2008 memutuskan Datuk Ahmad Ismail digantung dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun.

Ia berikutan kontroversi yang dicetuskan oleh ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Ahmad telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila didakwa berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.


Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Ahmad membuat kenyataan menggesa Gerakan supaya keluar dari BN dan manakala seorang penyokongnya telah bertindak mengoyak gambar pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) kemudiannya memutuskan untuk menyerahkan kepada Umno untuk menentukan tindakan terhadap Ahmad.

Bagaimanapun pada Disember tahun lalu, Majlis Tertinggi Umno mengambil keputusan untuk menarik semula penggantungan itu.

Peringatan Buat Wanita Muslim

‘Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa keluar dari rumah), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal(perempuan yang baik-baik), maka dengan itu, mereka tidak diganggu.Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani’(Al-Ahzab 33 : 59)

Firman Allah : “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.”(An-Nur : 26)

“ Tidakkah aku meninggalkan fitnah, setelah aku(wafat), yang lebih berbahaya terhadap laki-laki daripada wanita” (HR Bukhori dan Muslim).

Antara yang seringkali diabaikan :
1. Lengan baju yang tersinsing./ menyinsing lengan baju.
2.Memakai tudung tapi rambut masih terkeluar.
3. Memakai tudung tapi tengkuk masih kelihatan.
4. memakai tudung tanpa anak telekung, rambut keluar dicelah-celah kain tudung.
5. Tidak memakai stokin , seringkali betis terselak, terutama menaiki motorsikal.
6.Bertudung, berseluar jeans, bertshit lengan pendek.
7. Lengan baju yang longgar dan seringkali tersising apabila berlaku pergerakan tangan.
8. Jilbab/tudung yang tidak kemas mudah ditiup angin terutama menaiki motorsikal.
9. Stokin kaki yang pendek dan seringkali lagi kelihatan apabila duduk dikerusi atau menaiki motorsikal.
10. Bertudung dengan baik tapi mengabaikan rambut yang keluar didahi.( biasanya seurat dua)
11. Memakai bau-bauan yang menarik ketika keluar rumah.
12.Baju kurung/kebaya yang ketat.

Sekian sebahagian untuk peringatan diri ini serta anak-anak ku.
Semoga kita semua didalam rahmat Allah.
Teuskan perjuangan menentang kebatilan dan meneggakan kebenaran.

Mar 28, 2010

Awas dengan Pelaburan : 50,000 kena tipu

KUALA LUMPUR: Kira-kira 50,000 pelabur kerugian lebih RM100 juta kerana menyertai pelaburan penternakan cacing, lintah, sarang burung layang-layang, lembu dan kafe ala kopitiam di seluruh negara sejak dua tahun lalu.
Menggunakan status syarikat skim berkepentingan, lima syarikat terbabit dipercayai menyalahgunakan lesen perniagaan masing-masing, walaupun berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pengarah Kanan Penguatkuasaan SSM, Mohammad Redzuan Abdullah, berkata dua daripada syarikat itu sudah didakwa dan beberapa lagi akan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi.

Katanya, satu daripada lima syarikat berkenaan, Island Red Cafe Franchise Sdn Bhd sudah didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas tiga pertuduhan menipu dan memperdayakan pelabur membabitkan pelaburan RM16 juta.

Baru-baru ini, SSM menyerbu Hadhari Cattle Industry Sdn Bhd dan Hadhari Agro Holding Sdn Bhd kerana dipercayai mempengaruhi orang awam untuk melabur dalam skim ‘Projek Pembangunan Usahawan’. Difahamkan, pelabur skim itu tidak menerima pulangan seperti dijanjikan pengurusan syarikat berkenaan.

Mohammad Redzuan berkata, modus operandi lima syarikat berkenaan ialah menawarkan saham serendah RM1,000 seunit dan menjanjikan pulangan sehingga 10 kali ganda daripada nilai pelaburan, selain insentif lain seperti kupon makanan, pakej pelancongan dan kad diskaun.
Ada syarikat menawarkan pakej pembayaran pelaburan secara ansuran bulanan untuk menarik lebih ramai menyertai skim mereka, malah sesetengah syarikat menggunakan kaedah perniagaan pelbagai peringkat (MLM) dengan pelbagai strategi pemasaran, termasuk menggunakan selebriti dan VIP.

Serentak itu, SSM kini memburu syarikat yang menganjurkan skim pelaburan sedemikian atau menyalahgunakan skim berkepentingan, terutama dalam sektor pertanian dan inovasi baru.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, SSM menerima 90 aduan membabitkan skim pelaburan berkepentingan dan daripada jumlah itu, 60 adalah syarikat yang tidak tahu mereka melanggar peraturan skim berkepentingan serta diberi notis sebelum mematuhi mengikut peraturan ditetapkan SSM.

“Bagaimanapun, kebanyakan daripada 60 syarikat itu mengambil keputusan menutup operasi dan tidak meneruskan skim berkepentingan, sebaliknya meneruskan perniagaan seperti biasa mengikut Akta Syarikat 1965.

“Selain itu, 10 syarikat dikenal pasti degil dan meneruskan skim berkepentingan. Notis sudah dikeluarkan dan ada yang meminta diberi tempoh untuk mematuhi syarat ditetapkan.

“Bagi yang masih ingkar, kita sudah mengumpulkan bukti dan saksi untuk mendakwa mereka di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menerima aduan kes itu, tetapi sukar bertindak kerana kekurangan bukti sebelum menyalurkan maklumat kepada SSM bagi membolehkan tindakan diambil.

Selain polis, SSM bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Bank Negara jika kes membabitkan aktiviti pengambilan deposit haram atau melanggar peraturan Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Beliau berkata, ramai pelabur tidak mengetahui skim berkepentingan hanya boleh dijalankan syarikat berstatus berhad (Bhd), bukannya syarikat sendirian berhad (Sdn) atau berstatus syarikat perniagaan tunggal.

“Syarikat yang menganjurkan skim berkenaan perlu mempunyai prospektus, surat ikatan amanah antara pelabur dengan syarikat dan terma serta pemegang amanah syarikat. Jika ketiga-tiga syarat tidak dipenuhi, pelabur tidak wajar menyertai skim kepentingan ini,” katanya.

Beliau mendedahkan kebanyakan syarikat yang menganjurkan skim berkepentingan berdaftar dengan SSM, namun statusnya sebagai syarikat sendirian berhad tidak melayakkannya menganjurkan skim itu.

Justeru, katanya, pengguna perlu menyemak dengan SSM jika ditawarkan mana-mana pelaburan skim berkepentingan untuk mengetahui status syarikat yang menganjurkan skim pelaburan itu.

“SSM memandang berat kes ini kerana mahu melindungi kepentingan pelabur, terutama berpendapatan rendah atau mereka yang melabur menggunakan wang pencen, gratuiti, wang simpanan dan pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB),” katanya.

Mar 27, 2010

Tuan Guru Abdul Nik Aziz sokong guna 'Allah' pada Rukun Negara

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dangan gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar kalimah Allah digunakan bagi menggantikan perkataan Tuhan dalam prinsip pertama Rukun Negara.


Menteri Besar Kelantan itu berkata, penggunaan kalimah Allah itu mampu merungkai kekeliruan dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

"Sekarang ni rakyat keliru, Allahpun Tuhan, Nabi Isa pun Tuhan, kubur keramat pun tuhan, jadi hak mana sebenarnya tuhan, tapi kalau kita pakai satu nama Allah sahaja, yang mereka tertanya-tanya tu, kita sedia bagi penjelasan yang mana satu tuhan sebenarnya," ujarnya pada sidang media di Majlis Ramah Mesra Warga Orang Kurang Upaya (OKU) di Perdana Resort hari ini.

Turut hadir di majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood dan Pengarah Urusetia, Abdul Aziz Yunus, Setiausaha Sulit khas, Rosdi Abdullah dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Isu pindaan perkataan Allah pada prinsip Rukun Negara dibangkitkan Abdul Hadi sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ujar Tuan Guru Nik Aziz lagi, jika masih timbul kekeliruan berhubung penggunaan perkataan Allah itu, PAS bersedia mengambil tanggungjawab memberi penjelasan kepada masyarakat.

Mengulas kedudukannya sebagai Mursyidul Am PAS pula, beliau sedia memikul amanah tersebut jika terus diberi kepercayaan oleh parti.

Namun, beliau juga menyatakan kesediaan untuk berundur jika parti mempunyai pengganti yang lain.

Ketika ditanya Jom Heboh di Kelantan pula, Nik Aziz berkata, kerajaan negeri akan sentiasa membuat apa yang sedia ada,namun akan dipantau dan diselaraskan dengan undang-undang dan berkaitan yang wajib mematuhi enakmen hiburan Kelantan.

"Tuan-tuan kena ingat, Islam ni orang lain kata tak boleh, tapi kita kata boleh, mereka pula akan kata adanya huru-haralah bila Islam memerintah, kemunduran dan sebagainya, ertinya walaupun mereka ini Islam, mereka ini mengatakan Islam tidak boleh,"katanya lagi.

Nik Aziz berkata pembentukan kerajaan Kelantan masa kini adalah hasil daripada kepercayaan rakyat dan akan diselaraskan dengan kehendak Islam termasuklah dalam hiburan.

"Alhamdulillah, Jom Heboh dapat berjalan dengan baik, tetapi kita baiki apa yang ada dalam program mereka ini agar selari dengan peraturan hiburan dalam negeri kita.



"Kita akan terima jika Jom Heboh ingin diadakan pada tahun hadapan sekiranya mereka akur dengan kehendak kerajaan," kata beliau.

Presiden PER KASA : Nampak hebat tapi Takut Bini

Presiden Per kasa, yang juga ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrhaim (K) Ali yang selama ini nampak hebat , malah bila berbicara politik akan bersembur-sembur air liur rupanya disah seorang suami yang takutkan bini.

Ini bukan cerita rekaan atau dongengan, berita ini dimaklumkan oleh waris rapat beliau sendiri. Malahan Tok Him (K) mesti kena laporan setiap aktiviti dan jadual harian kepada bini beliau. Sekiranya keluar malam tanpa pasangannya itu, sudah semesti ada "semakan mengejut" yang akan dibuat oleh bininya. Perbelanjaan dan kewangan juga dikawal.

Sebab itu Tok Him tidak boleh lama berjinak dengan PAS, dok sesuai dengan citarasa dan cara hidup datinya.

Duduk atas macam hebat, balik rumah dipimpin dan terpimpin.

Mar 24, 2010

Beginikah Parlimen Malaysia...

Lihat lah wahai pengundi BN kemana Wakil rakyat ketika sidang Parlimen ini?
Dulu semasa pembentangan belanjawan pun nyaris-nyaris tak diluluskan Parlimen. Semua kerusi dibelakang MP Kalabakan kosong, itu kerusi BN. Tak Nampak ke???

Mar 21, 2010

MP, Adun PAS tidak terjun dari bahtera

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berbangga dengan prestasi semua ahli parlimen (MP) mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu seluruh negara kerana tidak gopoh terjun daripada bahtera yang sedang belayar.

Ketika menyampaikan amanat di Dewan Perpustakaan Negeri di sini, pagi tadi beliau menambah, berbanding parti lain dalam Pakatan Rakyat, PAS ternyata ke hadapan sebagai sebuah organisasi yang mantap.

"Walaupun bahtera kadang-kadang terumbang ambing namun PAS berjaya menunjukan prestasi yang baik tidak mudah terjerat dengan mainan politik yang dicipta oleh Umno dan Barisan Nasional (BN). Sikap tidak gopoh menghadapi sebarang rintangan, " jelasnya dalam program anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang.

Oleh itu, beliau menggesa semua organisasi PAS harus mengatur program dengan lebih berkesan dan agresif supaya muncul formula baru yang dapat mendekatkan lagi PAS dengan masyarakat.

“Di sinilah kekebalan PAS menerusi baiah, usrah dan pertemuan dapat menghindarkan tanggapan buruk serta memperjelaskan kedudukan sebenar sekaligus dapat membersihkan tohmahan musuh.

"Sebenarnya baiah, usroh dan pertemuan dalaman memberi kelebihan pada PAS sendiri. Kita dapat membina kekuatan dalaman dan mengawal tindak tanduk yang boleh mengancam kestabilan politik parti sendiri," tegasnya.

Katanya, sikap sedemikian dapat membentuk jati diri yang kuat di samping bersatu hati dalam sebarang isu dan bersama memantau jika timbul persoalan yang sukar diselesaikan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan PAS tetap memilih jalan demokrasi untuk menawan Malaysia walaupun tahu ia datang dari barat.

Melaluinya, kata beliau PAS berpeluang menyampaikan dakwah dan penerangan dengan lebih baik asalkan bijak mengatur isi penyampaian samada di masjid, surau ataupun medan ceramah sempena hari kebesaran Islam dan sebagainya.

Tambahnya, PAS adalah wadah politik yang perlu dipertanggugjawabkan bukan untuk main-main, maka apa yang diputuskan oleh pucuk pimpinan telah mengambil kira semua risiko.

"Kita bukan berperang yang mahu membunuh musuh tapi kita berdemokrasi yang mana perlu mengintai peluang agar terus berjaya menonjolkan PAS ke arah yang lebih tinggi, " tambahnya.

Bila dah terlebih duit

Nombor plat kenderaan TAY 1 yang dikeluarkan di Terengganu dibeli dengan harga RM220,000, mengatasi harga plat TAN 1 sebelum ini yang bernilai RM200,090.


Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata harga tersebut diperolehi selepas enam pembeli membuat bidaan sejak tender dibuka dari 2 hingga 22 Feb lalu.

"Harga paling tinggi yang kita terima ialah bagi TAY 1 iaitu RM220,000, diikuti TAY 8 sebanyak RM62,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata notis kepada mereka yang berjaya membida akan dikeluarkan tidak lama lagi, tanpa mahu mendedahkan identiti pembeli.


Menurutnya, sepanjang tempoh tender, JPJ Terengganu menerima 1,119 bidaan daripada 534 pembida yang ingin mendapatkan nombor pendaftaran di bawah siri TAY.


Selain TAY 1 dan TAN 1, nombor pendaftaran TAX 1 sebelum ini mencatat harga jualan RM165,000

Mar 13, 2010

Senibahri Arkitekmenyanggah Laporan yang didedahkan Ahmad Said

Senibahri Arkitek, sebuah syarikat perunding yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk mereka bentuk kerangka Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) semalam menafikan terlibat dengan reka bentuk bumbung stadium itu yang runtuh pada 2 Jun tahun lepas.

Pemilik syarikat itu, Raja Kamarul Bahrin Shah mendakwa bahawa pihaknya hanya ditugaskan untuk mereka bentuk struktur bangunan stadium.
Sementara sebuah syarikat dari Korea yang dipilih oleh kontraktor utama ditugaskan untuk mereka bentuk struktur kerangka bumbung stadium.

"Kita hanya bertindak sebagai perunding kerajaan dan tidak terlibat secara langsung dengan reka bentuk terperinci struktur dan pengawasan pembinaan bumbung tersebut. Sepanjang pembinaan bumbung stadium itu, ia diselia dan disiapkan oleh perunding yang dilantik oleh kontraktor utama," katanya pada satu sidang akhbar Kuala Terengganu semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan kertas siasatan mengenai kejadian itu yang didedahkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said semalam selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri, di sini.

Beliau berkata, di bawah kontrak dengan kontraktor utama, perunding dan pemborong pakar adalah terlibat dalam reka bentuk yang terperinci bumbung berkenaan.

"Mereka (perunding dan pemborong pakar) adalah dilantik oleh pemborong utama (kontraktor utama) di bawah kontrak untuk mereka bentuk, membina, mengawasi dan menyiapkan sistem bumbung "space frame" dan kerja-kerja berkaitan.

"Sementara kami, dilantik oleh kerajaan negeri dan tidak terlibat dengan reka bentuk terperinci struktur dan juga pengawasan bumbung tersebut," katanya.

Sambil menyambut baik pendedahan Menteri Besar, Raja Kamarul Bahrin berkata bahawa pihaknya telah memberi penjelasan penuh kepada Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) berhubung kejadian tersebut.

LAM dan PAM dijangka mengeluarkan kenyataan mereka dalam masa terdekat ini, katanya.

Sementara itu, pemilik Senibahri Arkitek itu memberitahu bahawa sebelum ini pihaknya pernah memberi pandangannya kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung ketidaksempurnaan bumbung tersebut yang dikesan sejak dalam proses pembinaan.

"Kami telah menghantar empat surat dengan surat terakhir dihantar ialah pada 19 Februari tahun lepas yang antaranya menyatakan pihak Senibahri Arkitek tidak mahu bertanggungjawab ke atas apa-apa yang berlaku selepas nasihat yang diberikan tidak dibuat susulan sewajarnya.

"Kita menjangkakan kejadian runtuhan bumbung yang bernilai RM35 juta itu memberi kesan kepada struktur bangunan stadium. Sejauh mana kesan ke atas struktur stadium itu tidak akan diketahui sehingga pemeriksaan dilakukan tetapi kita boleh bayangkan kesannya akibat runtuhan bumbung seberat 2,500 tan itu," katanya.

Mar 11, 2010

Stadium runtuh kerana dibina tak ikut spesifikasi

Akhirnya Ahmad Said umumkan Laporan Stadium Runtuh

Kegagalan semua pihak yang dilantik membina Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak, Terengganu, mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam kontrak menjadi punca bumbung stadium itu runtuh pada 2 Jun lalu, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Dalam kejadian tersebut, bumbung stadium yang menempatkan pintu A, B, dan B1 ke tempat duduk awam serta tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan runtuh.

Ia berlaku selepas setahun stadium bernilai RM292 juta itu siap dibina dan menjadi venue utama sukan termasuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2008.

Menteri besar berkata, laporan kertas siasatan berhubung kejadian tersebut mendapati semua pihak yang dilantik membina stadium tersebut, menyumbang kepada keruntuhan bumbungnya.

"Tidak ada satu pihak pun yang ditunjukkan benar-benar paling bersalah. Semua bahagian pun ada (salah). Semua pihak menyumbang ke arah runtuhnya bumbung stadium itu," katanya.

Beliau mendedahkan laporan kertas siasatan kejadian itu selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri hari ini.

Bagaimanapun berkata, kontraktor utama adalah pihak yang bertanggungjawab penuh kerana telah mereka bentuk, membimbing dan membina struktur kerangka bumbung SMZA mengikut terma syarat reka dan bina.

"Sekarang ini berdasarkan penjanjian, kontraktor adalah orang yang bertanggungjawab sepatutnya. Kita (kerajaan negeri) akan ikut pada perjanjian," katanya.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa penyiasat, Ahmad berkata punca utama bumbung stadium berkenaan runtuh adalah berikutan bahan dan kualiti hasil kerja yang tidak memenuhi spesifikasi, faktor reka bentuk yang tidak memadai dan bumbung yang tidak dibina dengan sempurna.

Beliau berkata kawalan kualiti yang tidak dilaksanakan di tapak projek serta pengawasan yang lemah semasa proses pembinaan stadium sedang dijalankan dan faktor kekurangan pekerja mahir juga menyumbang kepada kejadian tersebut.

Selain itu, Ahmad berkata kekurangan jurutera pakar dan konsultan yang berpengalaman selain sikap ambil mudah dan cuai di semua bahagian turut menjadi punca kepada kejadian itu.

"Masalah kita, kita selalu anggap apabila kita lantik konsultan, konsultan itu lebih hebat dari kita dan kita selalu ambil mudah. Bila ada sikap begitu, kita tidak akan periksa balik reka bentuk yang dicadangkan itu," katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada notis telah dikeluarkan kepada kontraktor terbabit untuk menyelenggara semula stadium berkenaan, Ahmad berkata:" kontraktor dah dimaklumkan dan kita dah bagi notis kepada kontraktor supaya baiki semula, tapi (sehingga kini) masih belum ada jawapan".

Berikutan notis tersebut masih belum mendapat jawapan daripada kontraktor utama, beliau berkata tender bagi proses membersihkan dan penyelenggaraan runtuhan bumbung berkenaan akan dikeluarkan selewat-lewatnya minggu ini.

"Kita akan keluarkan tender secepat mungkin sebab kita dah setuju dalam minggu ini. Kita dan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan keluarkan tender untuk kerja pembersihan.

"Kalau dah dibersihkan, kita tengoklah, kalau ia boleh digunakan, kita gunakanlah.

"Selain itu, kita juga kena tengok balik sama ada bangunan itu masih selamat atau tidak untuk digunakan," katanya.

Mar 10, 2010

Politik Terengganu bergolak semula?

Sumber :Sinar Harian 9 Mac 2010

Kali terakhir akhbar memberikan liputan tentang politik Terengganu adalah kira-kira lima bulan lalu apabila Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan “UMNO Terengganu sudah bersatu hasil usaha ramai pihak untuk memulihkan keadaan politik di negeri ini demi memastikan keutuhan UMNO terus terpelihara.”

Beliau menggunakan alasan kehadiran hampir semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dalam mesyuarat Badan Perhubungan Negeri ketika itu untuk membuktikan pergeseran yang dikatakan berlaku dalam parti itu di Terengganu adalah tidak berasas.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri ketika mengumumkan pelantikan beberapa pengerusi biro turut memaklumkan bahawa bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dilantik sebagai Pengerusi Biro Pengundi Luar.

Di kalangan pengulas politik boleh dikatakan agak lama juga kisah politik Terengganu tidak menjadi tumpuan mereka. Joceline Tan yang beberapa kali mengulas pergolakan politik negeri itu, kali terakhir menulis pada 13 September lalu. Di bawah tajuk No Sign of Burying the Hatchet dalam sebuah akhbar beliau mengatakan, penyelesaian krisis politik Terengganu bukannya mudah kerana puak yang bertelagah membakar jambatan mereka. Bersama artikel itu dimuatkan foto yang cukup simbolik dan sinis, iaitu Datuk Ahmad Said menunggang gajah – menandakan perjalanan yang lekak-lekuk.

Sebagaimana beberapa telahan lain, jangkaan Joceline bahawa sesuatu akan berlaku selepas Hari Raya Aidilfitri juga tidak menjadi kenyataan: Ahmad masih tidak mengosongkan kerusi Menteri Besar. Apabila segalanya kelihatan memihak kepada beliau, Ahmad mula berasa selesa dan terbang tinggi, bahawa era beliau sebagai Menteri Besar belum berakhir, meskipun bulan demi bulan orang meramalkan nasib tidak menyebelahinya.

Ahmad dan penyokongnya mampu tersenyum dan memperlekeh segala usaha untuk menyingkirkan beliau sebagai Menteri Besar. Mereka bukan sahaja memperlekehkan musuh-musuh politik di negeri itu, tetapi juga bersifat sinis terhadap Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang pernah mengandaikan nasib Ahmad seperti “buah nangka yang akan jatuh berdebuk.”

Apabila Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN tidak melantik Ahmad sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, banyak yang berpendapat perjalanan Menteri Besar itu hampir ke penghujung. Bagi Ahmad dan para penyokongnya pula, pelantikan Hishammuddin merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima. Alasan mereka, Terengganu dimenangi oleh BN, maka adalah tidak wajar Ahmad selaku Menteri Besar tidak dilantik sebagai pengerusinya: “Kalau BN kalah lainlah.”

Justeru, mereka sentiasa men-cari kelemahan Hishammuddin, seperti sikap beliau yang nostalgik tentang Parti Negara pimpinan datuknya, Datuk Onn Jaafar yang pernah bertapak di Terengganu. “Itu zaman Parti Perikatan, kini zaman BN,” demikian antara hujah penyokong Ahmad. Program yang dibawa Hishammuddin ke negeri itu, seperti didakwa penyokong beliau, lebih merupakan program Pemuda UMNO yang tidak sesuai lagi dilaksanakan. Pendek kata, kehadiran Hishammuddin di Terengganu tidak ubah seperti “duri dalam daging.” Dari segi ini, Ahmad kurang bijak kerana mempersendakan Hishammuddin, tidak dapat tidak, tempiasnya akan terpercik ke Putrajaya.

Pada akhir tahun lalu tatkala kedengaran desas-desus tentang kedudukan Ahmad, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan bahawa beliau akan dilantik sebagai senator. Kedengaran juga “cakap-cakap di pekan” bahawa pucuk pimpinan BN mengemuka- kan dua nama kepada istana untuk memohon perkenan tentang pelantikan Menteri Besar yang baru menggantikan Ahmad.

Tetapi, khabarnya pihak istana tidak memperkenankannya, dan oleh itu, Ahmad kekal seadanya. Di kalangan ahli UMNO Terengganu pula, mereka beranggapan bahawa Ahmad kekal sebagai Menteri Besar hingga pilihan raya umum akan datang. Namun, ada yang berseloroh, “pada masa itu bukan sahaja Menteri Besar berubah, silap-silap kerajaan juga berubah.”

Bak kata orang tua-tua, “air tenang jangan disangka tiada buaya.” Demikian dengan politik Terengganu yang bergolak sejak Ahmad menggantikan Idris sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum Mac 2008. Dalam pelayaran yang kelihatan tenang itu, tiba-tiba muncul berita “New MB for Terengganu?” yang ditulis Honeymah Dylyani dalam sebuah penerbitan pada pertengahan Februari lalu. “Pentadbiran Terengganu di bawah Ahmad, tulis Honeymah, “dikatakan goyang, dengan puak dalam parti pemerintah itu mendesak dilantik Menteri Besar baru untuk menerajui negeri itu.” Honeymah juga memetik sumber dari negeri itu yang berkata, bahawa perubahan kepimpinan mungkin berkuat kuasa seawal minggu pertama Mac dan tiga nama telah dikemukakan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk pertimbangan.

Mungkin ada yang menganggap berita akhbar dalam talian sekadar spekulatif dan sensasi bertujuan mempersegarkan cerita yang kelihatan reda, atau kata orang Terengganu, “perhangat nasi dingin.” Namun, jangkaan itu agak meleset kerana Joceline Tan juga turut menyegarkan angin perubahan di Terengganu. Spekulasi tentang Ahmad akan digantikan bukan perkara baru.

Perjalanan politik Ahmad sejak memenangi pilihan raya kecil Kijal pada tahun 1990 dengan mengalahkan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang bertanding atas tiket Semangat 46, adalah penuh ranjau, boleh diibaratkan orang menunggang gajah. Pada saat-saat beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar pun tidak kurang halangan terpaksa beliau hadapi. Namun, halangan dan cabaran yang beliau terpaksa hadapi sebagai Menteri Besar semakin besar, semakin berat kerana parti dan negeri menjadi pertaruhannya.

“Kapal dibina untuk belayar. Bukannya dibiarkan tersadai di pelabuhan.” Dalam tempoh dua tahun pentadbiran Ahmad, rakyat Terengganu seakan-akan merasakan negeri itu kehilangan hala tuju. Semasa Idris orang ramai sentiasa memerhatikan Terengganu untuk sesuatu yang perlu diteladani dari segi pentadbiran dan pembangunan.

Pada pertengahan 2007, seorang pegawai tertinggi kerajaan Persekutuan dengan yakin mencadangkan pegawai-pegawai kanan yang menghadiri kursus: “Perhatikan Terengganu dalam satu dua tahun ini.” Malangnya, kini segala-galanya “pergi bersama-sama angin lalu.” Jika ketika pemerintahan Pas antara 1999 – 2004 Terengganu berwajah muram, kini kemuraman itu mun-cul semula sebagai bayang-bayang yang mengerikan.

Dalam politik ada orang berkata “dalam sesuatu masa, seseorang itu tidak boleh mempunyai banyak musuh.” Petua ini nampaknya tidak cuba dipelajari Ahmad; seakan-akan beliau berasa selamat dan selesa dengan sokongan istana. Beliau gagal menjinakkan musuh politiknya, iaitu “10 budak hitam”; sebaliknya beliau mengheret persengketaan hingga ke tahap, perdamaian menjadi sesuatu yang mustahil sama sekali: “berpatah arang, berkerat rotan”. Pendek kata, musuh politiknya semakin banyak: Idris, “10 budak hitam” dan kini Hishammuddin.

Selain musuh politik, Ahmad juga melahirkan musuh pentadbiran. Pegawai Kerajaan Negeri itu dikatakan kurang bekerjasama dengan beliau. Keadaan diburukkan lagi dengan rombakan pentadbiran negeri. Walau apa pun alasan tindakan itu, pada tanggapan umum, wujud keadaan tidak harmoni antara Menteri Besar dengan pegawai Kerajaan Negeri. Meskipun politik Terengganu terus bergolak, namun Najib sejak menjadi Perdana Menteri lebih memperlihatkan sikap berdiam diri. Apa yang kedengaran sekali-sekala, kenyataan Timbalannya, Muh-yuddin Yassin. Banyak yang tertanya-tanya pendirian beliau berhubung kedudukan Ahmad.

Walau bagaimanapun, sesetengah pihak dapat merasakan bahawa hubungan antara kedua-duanya tidak berapa “ngam” atau tidak berapa harmoni. Mungkin secara kebetulan, hampir setahun sebagai Perdana Menteri, Najib belum lagi mengadakan lawatan rasmi ke negeri itu, kecuali beliau hadir untuk Piala Monson pada Disember lalu. Meskipun Terengganu bukannya seperti Sabah dan Sarawak – “simpanan tetap” tetapi tatkala BN tersungkur di beberapa negeri, BN masih menguasai negeri itu dengan majoriti dua pertiga! Demikian juga apabila Najib mengadakan lawatan ke luar negara – beberapa Menteri Besar atau Ketua Menteri daripada BN ikut serta – tetapi kelibat Ahmad tidak kelihatan.

Dua contoh ini sudah memadai ada sesuatu yang tidak kena antara Putrajaya dengan Kuala Terengganu. Pada pihak Ahmad, orang ramai dapat mengesani kelemahannya: daripada pembelian kereta Mercedes kepada wang ihsan dan kepada robohnya bumbung stadium, beliau bercakap dengan nada seperti Menteri Besar daripada parti pembangkang. Dalam kata lain, beliau cuba menunjukkan keberaniannya dengan mengabaikan kebijakan.

Tatkala angin perubahan disegarkan semula, Ahmad memperlihatkan dirinya sebagai “perniagaan seperti biasa.” Selepas pulang dari luar negara di tengah-tengah pergolakan politik, beliau mengumumkan bahawa bintang filem Bollywood, yang suara serak basah, Ranee Mukherjee dan beberapa selebriti India akan datang ke Terengganu pada Mei ini untuk penggambaran filem percintaan.

Lebih menarik lagi, beliau memaklumkan telah berjumpa dengan pengeluar filem tersebut, malah sudah membaca skripnya. Apakah daripada skrip filem Hindustan itu beliau dapat mempelajari sesuatu yang penting sebagai pedoman?

Usaha di Perlis lebih bijak berbanding di Terengganu.

Usaha mengugurkan MB Perlis dilihat lebih tersusun dan terdidik berbanding usaha lintang pukang kumpulan Idris Jusoh untuk menjatuhkan Ahmad Said.

Beritanya:

Prestasi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu yang hampir dua tahun menerajui pentadbiran Perlis akan dinilai oleh rakyat mulai esok.

Penilaian dilaksanakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Majlis Tindakan Anak Negeri Perlis (Mantap) itu akan melibatkan 10,000 individu termasuk Md. Isa sendiri serta bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim dan wakil-wakil rakyat negeri ini.

Pengerusi Mantap, Datuk Hashim Suboh berkata, langkah itu sejajar dengan hasrat Md. Isa yang meminta dinilai oleh rakyat selepas dua tahun memerintah negeri ini.

"Sehubungan itu, kami akan mengedarkan 10,000 borang kaji selidik kepada segenap lapisan rakyat bermula esok," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar yang turut dihadiri ahli jawatankuasa sekretariat Mantap di sini hari ini.

Menurut Hashim, borang yang dinamakan 'Kaji Selidik Prestasi Kepimpinan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md. Isa Sabu' itu merangkumi lapan soalan mengenai Md. Isa.

"Ia merangkumi penampilan dan gaya, kepimpinan, wawasan, tahap keaktifan, aspek berdamping dengan rakyat, aktiviti pembangunan, pembelaan rakyat dan aktiviti kebajikan serta perbezaan antara menteri besar sekarang dan sebelum ini," jelasnya.

Menurut beliau, kaji selidik itu akan dijalankan selama seminggu.

"Hasil kaji selidik itu nanti akan diumumkan kepada rakyat negeri ini dan jika menunjukkan pentadbiran Menteri Besar lemah maka Mantap akan menuntut agar watikah kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim disahkan semula.

"Jika hasil menunjukkan pentadbiran beliau disenangi rakyat maka kita tidak ada sebarang masalah untuk beliau dikekalkan," katanya.

Hashim berkata, pengumuman keputusan kaji selidik itu akan dibuat oleh pihak ketiga minggu depan.

"Malah selepas pengumuman kaji selidik itu, kami akan mengadakan pertemuan dengan rakyat termasuk 15 wakil rakyat untuk mendengar pandangan mereka," katanya.

Dalam pada itu, katanya, penubuhan Sekretariat Mantap adalah sebagai landasan untuk membawa permasalahan rakyat kepada umum supaya mesej sampai kepada pucuk pimpinan negara dan istana yang meletakkan keutamaan kepada rakyat.

"Mantap menjadi jurubicara rakyat negeri ini dalam membawa permasalahan rakyat dan pada masa sama memperbetulkan apa yang salah di negeri ini," katanya.

Selain Hashim, Mantap dianggotai Timbalan Pengerusi, Azihani Ali; Naib Pengerusi 1, Steven Lee; Naib Pengerusi 2, Zahari Bakar; dan Setiausaha, Sabri Ismail.

Hashim berkata, Mantap akan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan dengan memberi tumpuan terhadap aktiviti kebajikan.

Penatian MB dan laporn

Sekarang sedang menunggu janji MB Ahmad Said untuk mengisytiharan laporan siasatan keruntuhan bumbung Satdium Sultan Mizan Zainal Abidin. Selepas sebelum ini MB Mat Said menangguhkan tindakan tersebut dengan pelbagai helah dan alasan.

Menurut janji terbaru beliau akan berbuat demikian sebaik sahaja selesai mesyuarat exco pada hari ini. Kecualilah ada lagi alasan beliau. Kita tunggu.

Penatian kedua adalah isu pertukaran MB Terengganu. Ada dakwaan menyatakan bahawa perkara itu akan berlaku dalam peretengahan bulan Mac. Dakwaan tersebut juga mendakwa bahawa sehari dua ini perutusan PM iaitu setiausaha Politik beliau sendiri telah datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada Ahmad Said. Selain ada tugasan lain kehadiran Dato' Haji Shahlan Ismail ada bertujuan membawa khabar pertukaran MB itu sendiri, tambah dakwaan tersebut.

Mar 8, 2010

Lagi Pimpinan Pemuda Ditahan kerana dadah

Sebelum ini AJK Pemuda Umno Bahagian Kemaman telah ditahan kerana makan benda ni.
Kali ini pula seorang lagi pimpinan Pemuda cawangan sebuah parti juga dari daerah Kemaman ditahan kerana sedang lalok 'Mengkedarah' benda kotor tu, kita tak tahu pimpian parti mana samada Pas, Pkr Dap atau mana mana parti, pastinya bukan Dap kerana parti tersebut tiada cawangan di Ketengah Jaya.


Sesiapa dari Kemaman yang ada maklumat sila sahkan untuk dikongsi bersama.

Mar 7, 2010

E-book , Indah Khabar dari rupa.


Pemberiaan E-book oleh kerajaan Terengganu dibawah pimpinan Ahmad Said telah dibesar-besarkan kononnya ianya projek besar yang sangat dimanafaat oleh pelajar.



Tinjauan yang dibuat kepada guru dan pelajar yang terlibat dengan e-book sebenarnya tiada apa yang hendak dibanggakan sekadar hanya berbelanja dengan kos yang besar.



Mungkin akan menganggap bahawa memang kerja penulis menghentam kerajaan, mari kita renung sejenak apakah pulangan yang dapat hasil pengeluaran percuma e-book untuk 25,000 pelajar itu.

Mulanya saya sendiri tidak mengetahui akan apa isi kandung ebook yang diusahakan melalui anak syarikat Kerajaan Terengganu Top It yang pernah ditutup operasinya seketika dulu dizaman Idris Jusoh.

Semasa saya melawati pesta buku di TTC YPU Kuala Terengganu baru-baru ini maka jelas kepada saya bahawa e-b00k itu hanyalah sebuah retorik untuk berbelanja dan kemudianya kerajaan akan mengistiharkan bahawa Kerajaan pandai berniaga dan Top It mendapat keuntungan yang besar.

Semasa menghadiri satu gerai pesta buku saya berkesempatan melawat satu gerai yang menjual perisian komputer untuk pembelajaran pelajar rendah dan menengah. Kebetulan ramai yang hadir pada ketika itu, ibubapa dan para guru yang membawa rombongan pelajar.

Semasa jurujual oerisian tersebut memberi penerangan tentang perisian yang jual saya berbincang dengan beberapa guru yang terlibat mengajar darjah 6 dan bertanyakan tentang perisian yang ada didalam e-book, beliau memaklumkan bahawa tiada perisian pembelajaran tambahan didalam e-book yang bekalkan secara percuma itu melainkan hanya buku teks dan dicovert dalam format pdf semata-mata. Saya amat terkejut dengan penjelasan guru tersebut dan lebih parah dari itu seorang ibu yang kebetulan berada disitu memaklumkan bahawa anak beliau hanya meningglakan ebook dirumah dan tidak dibawa kesekolah kerana guru masih selesa dan sesuai menggunakan buku teks.


Sesampai dirumah saya terus menghubungi saudara saya yang kebetulan anak beliau telah menerima e-book. Sah memang hanya buku teks yang ditukar dalam format pdf dan sedikit perisian bacaan Quraan( Bukan Kaedah pelajaran membaca Quraan).



Dengan kos yang begitu besar(25 Juta) dan ditambah dengan perisian menyekat muatturun perisian lain yang berjumlah RM30 juta dilihat tidak mendatangkan manafaat yang besar kepada pelajar.

Samada tahu atau tidak sebenarnya projek ini juga telah ditentang oleh beberapa orang wakil rakyat BN yang ada pengalaman dengan pendidikan.

Bagi saya adalah lebih baik seandainya kerajaan membekalkan perisian sistem pembelajaran yang tersusun seperti yang pamerkan pada pesta buku tempoh hari. Perisian tersebut dibekalkan oleh kerajaan negeri sekolah-sekolah melalui makmal komputer yang sudah tersedia dan dapat dimanafaat oleh semua pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6 kerana perisian yang dijual oleh syarikat tersebut mengikut darjah .

Bagi saya, ini adalah agenda politik Ahmad said untuk menunjukkan bahawa wang dana khas yang disalurkan itu telah turun kebawah dan dirasai oleh rakyat, malahan ini juga projek mega Ahmad said untuk menyaingi idris Jusoh berbangga kononya dengan pelajar tadika khatam Quraan. Lalu Ahmad menurunkan panpantanda gergasi jumlah pelajar Khatam Quraan dan diganti dengan papantanda baru 25,000 pelajar dapat e-book.


Akhirnya persepsi saya bahawa sudah tentu ada teman rapat yang mendapat keuntungan besar dari projek e-book ini, siapa geranganya.?




Kuliah Mghrib Khas & Solat Hajat Perdana bersama Presiden

Sumber : trgkini.blogspot
Pada 11/03/2010 Jam 7.20 - 10.00 Mlm.
Di Masjid Rusila, marang, Terengganu


Anjuran : Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu.

Semua di jemput hadir.

Mar 4, 2010

Stadium Runtuh : barapa kali dah janji nak lapur


Semalam selepas mesyuarat exco, MB Ahmad Said sekali lagi berjanji nak dedahkan lapuran stadium runtuh kepada umum.

Bulan lepas juga Mat Said telah berjanji kepada media akan dedahkan lapuran, semua tertunggu lapuran itu, hingga sebulan Mat Said sebut lagi, akan umum, akan dedah akan, akan, akan ( berapa kali akan) berapa kali janji.
Bulan lalu beliau berjanji akan dedahkan lapuran stadium runtuh selepas mesyuarat exco pada 3.2.2010. Semalam dah 3.3.2010 lagi janji nak umum kan minggu depan.

Apakah idea mengumumkan laporan kerutuhan stadium ini hanyalah sebagai ugutan kepada ura-ura dengan penyebaran bahawa beliau akan digugurkan dari jawatan MB?


Ketika beliau bercakap dengan pemberita pun beliau terus berdalih berputar-putar membelikan kata-kata.
Entahlah Belalang...


Siapa Bilang YB Wahid Tak Turun Padang ? -2


Siapa Bilang ? siapa Bilang ? siapa Bilang.........................?

Rupanya MCA lebih parah dari PKR

Nak tutup lagi Bangkai Gajah ke ???

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai timbalan presiden MCA. Pengumuman itu dibuat di Wisma MCA di Kuala Lumpur, hari ini.
Selain dirinya, Chua (kiri) juga mengumumkan peletakan jawatan tujuh ahli jawatan kuasa pusat.
Mereka termasuk Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Seri Tan Chai Ho, Loh Seng Kok, Datuk Chong Itt Chew, Datuk Gan Tian Loo, Tee Siew Keong dan Por Choo Chor.
Dengan peletakan jawatan itu, presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat kini tidak mempunyai banyak pilihan selain mengadakan pemilihan baru kepemimpinan parti.

Chua juga menuntut pemilihan baru diadakan dalam tempoh sebulan untuk menyelesaikan krisis parti itu.
Sebelum ini, 13 anggota jawatankuasa pusat yang diketuai oleh Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berbuat demikian.

Ini bermakna 21 orang iaitu dua pertiga daripada anggota CC yang dipilih, telah meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan.

'Presiden tak tahu'

Sementara itu ketika ditanya sama ada beliau telah memberitahu presiden parti mengenai tindakannya itu, Chua berkata beliau tidak berbuat demikian.
Beliau juga meminta supaya mesyuarat agung tahunan MCA hujung minggu ini ditangguhkan.

"Peletakan jawatan ini adalah untuk memenuhi janji saya pada EGM (mesyuarat agung luar biasa) tahun lepas di mana saya telah mengutarakan pandangan bahawa kita mungkin perlu pemilihan baru agar kemelut parti dapat ditangani.

Chua berkata beliau dan kumpulan yang telah meletak jawatan itu tidak akan menghadiri mesyuarat CC esok atau mesyuarat sayap Pemuda dan Wanita dan juga sambutan ulang tahun parti itu esok.

"Kami tidak akan hadir kerana kami telah meletak jawatan. Saya minta semua ahli CC yang terpilih seharusnya mereka sedar dan insaf tentang tanggungjawab dan hak mereka.

"Saya kata tidak ada satu pemimpin yang lebih penting daripada parti, sebab itu saya tolak tawaran sebagai pengerusi akhbar The Star," katanya.

Ketika ditanya sama beliau akan bertanding semula jawatan timbalan presiden atau jawatan lain pada pemilihan akan datang, Chua berkata beliau akan membuat keputusan selepas parti menetapkan tarikh penamaan calon dan pemilihan parti.

Kumpulan 13 juga letak jawatan

"Yang penting ialah parti bukannya soal pemimpin atau kepentingan diri melebihi parti," kata beliau.

Chua berkata sejak Januari hingga semalam, beliau telah menerima surat peletakan jawatan daripada tujuh anggota CC yang dipilih.

Dalam pada itu, Liow yang juga mengadakan sidang media berasingan di Wisma MCA berkata beliau telah menyerahkan surat perletakan jawatan 13 anggota jawatankuasa pusat MCA, termasuk dirinya kepada setiausaha agung parti itu, Datuk Wong Foon Meng.

Surat perletakan jawatan berkenaan bertarikh 3 Mac.

Mereka ialah Lee Wei Kiat, Dr Hou Kok Chung, Datuk Yu Chok Tow, Wong Nai Chee, Datuk Wee Jeck Seng, Datuk Dr Yeow Chai Thiam, Datuk Hoh Khai Mun, Datuk Liew Yuen Keong, Datuk Wong Mook Leong, Datuk Edward Khoo Keok Hai dan Datuk Alex Wong Siong Hwee.

Liow bagaimanapun menafikan kumpulannya berkomplot dengan Chua untuk memaksa pemilihan baru pucuk pimpinan MCA diadakan.

Mengikut Fasal 41 perlembagaan MCA, pemilihan perlu diadakan dalam tempoh sebulan jika 21 anggota CC meletak jawatan.

Mar 3, 2010

Lagi MP tinggalkan PKR


Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mohsin (foto), 65, yang dilantik mewakili PKR di kerusi utara Perak adalah ahli parlimen ketiga parti itu yang bertindak keluar parti.
Dua yang lain itu ialah MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng.

Pada sidang media, pagi ini di Ampang, Moshin diiringi oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.

Salehuddin sebelum ini juga muncul pada dua sidang media di mana dua ahli parlimen PKR berkenaan mengumumkan tindakan keluar parti mereka.


Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Mohsin yang pertama kali bertanding mengalahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Zin dari Umno dengan majoriti 3,413 undi.

Parlimen Bagan Serai mempunyai 47,111 pengundi berdaftar.

Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 27 orang.

Jumlah itu adalah kurang daripada kerusi yang dimiliki oleh sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP.

DAP mempunyai 28 kerusi, manakala PKR sekarang ini memiliki 27 dan PAS 23.

Bagaimanpun pemimpin DAP dan juga PAS semalam memaklumkan mereka akan terus memberi sokongan kepada ketua umum PKR untuk menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.

Isnin lalu, Salehuddin meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.
YB Mohsin boleh dihubungi di Facebook : http://www.facebook.com/home.php?#!/profile.php?id=1597830361
Yang peliknya kenapa menjadi Bebas ?

Mar 1, 2010

Pertukaran MB Terengganu jadi ke tidak?

Heboh seluruh negeri dengan sms yang MB Terengganu Dato' Ahmad Said diminta meletakkan jawatan. Dalam kotak email juga ada diterima cerita tersebut.

Entahlah samada jadi atau tidak, itu semua politik dalaman umno Terengganu yang masih belum reda ributnya. Malahan blog blog yang pro umno Terengganu juga banyak mengulas dan membuat andaian.

Samada ianya jadi atau tak jadi, hakikatnya usaha untuk menurunkan Ahmad Said dari Tingkat 16 Wisma Darul Iman terus terusan berjalan.

Sehingga kini juga tiada suara penafian dari Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. TPM juga tidak mengulas isu ini. Begitu juga tiada suara penafian atau mengesahkan dari Ketua Perhubungan Umno Terengganu.


Apa pun sudah pasti ada beberapa Adun telah bersiap-siap diri memasang angan-angan untuk dinaikan ke tingkat 16.

Sama-samalah kita tunggu dan kita lihat.