Aug 29, 2009

Lompat Parti, Adun Umno bercanggah

Sehari dua ini isu 9 orang Adun UBN di Terengganu sedang berusaha untuk melompat atau menyeberagi parti menjadi satu isu yang sangat hangat di perkatakan.

Isu ini bermula apabila sebuah portal melapurkan telah ada satu pertemuan sulit antara geng 10 dengan DS Anwar Ibrahim disebuah hotel terkemuka di Kemaman.

Menurut lapuran portal itu lagi, usaha ini agak terhalang kerana kononya tidak persetujui oleh PesuruhJaya PAS Terengganu YB Dato' Harun Taib kerana beliau dilihat lebih mesra dengan MB Terengganu sekarang.

Beberapa hari selepas itu Harun Taib menafikan tulisan portal berikut, beliau menafikan sebagai orang yang menghalang usaha tersebut.Malah beliau juga turut medakwa bahawa tidak tahu menahu dengan usaha dan perancangan tersebut.Beliau juga menjelaskan bahawa memang ada bertemu dengan DS Anwar pada awal ogos tetapi hanya untuk berceramah di atas pentas yang sama di Kemaman.Ketika pertemuan tersebut tiada pula dunyatakan oleh DSAI tetang usaha melompat parti oleh geng 10.

Kemudian, Adun Ajil Dato' Rosol Wahid juga menafikan yang beliau yang mengetuai pertemuan dengan DSAI dan beliau dengan tegas tidak berhasrat untuk meninggal Umno.Rasol mengesahkan bahawa krisis geng 10 dan Ahmad Said masih belum selesai.

Pengerusi Mara yang juga Adun Jertih DS Idris Jusoh juga menafikan yang ada kumpulan menyokong beliau sedang bersiap untuk membuat Lompatan.

Sementara itu semalam portal malaysiakini melapurkan pula, timbalan Pengerusi Umno Bahagian Besut Haji Nawi Mohamad mengesahkan bahawa beliau dan beberapa adun yang lain ada berbincang untuk melompat parti.Umno bahagian Besut di pengerusikan oleh Idris Jusoh bekas MB Terengganu yang merupakan watak yang sangat penting dalam krisis Umno Terengganu.

Sepertimana dijelaskan Nawi, tindakan untuk meninggalkan Umno bermula sejak dua bulan lalu.
Memang dua bulan yang lalu ada dakwaan menyatakan bahawa Adun Ajil Rosol Wahid juga telah menghubungi Dato' Mustafa Ali yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ketika itu , namun dakwaan tersebut hilang begitu sahaja sehinggalah isu ini timbul semula hasil pendedahan sebuah portal yang dinyatakan tadi.

Link-link yang berkaitan :

Adun Umno takut lompat parti

PAS Terengganu berpendapat, para Adun Umno yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tidak berani untuk melompat parti.

Menurut seorang pemimpin PAS negeri itu yang dihubungi Harakahdaily, atas sebab itulah sampai sekarang, walaupun ada khabar-khabar angin mengenainya ia belum berlaku lagi sehingga kini.

Beliau yang enggan namanya disiarkan mengulas laporan laman web The Malaysian Insider (TMI) yang melaporkan sembilan Adun Umno bersetuju untuk menyertai PKR dan membentuk kerajaan baru di Terengganu bersama PAS.

Namun usaha itu gagal kononnya kerana Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib tidak bersetuju dan lebih senang bekerjasama dengan Ahmad Said.

TMI juga melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan 11 Adun Umno ini disamping seorang wakil Adun di Kemaman lepas pilihan raya kecil Manek Urai lalu.

Semalam, semasa sidang rehat Dun Terengganu, Harun Taib menafikan laporan itu dan berkata dia tidak tahu menahu mengenainya.

Datuk Rosol Wahid, Adun Ajil yang dilaporkan TMI juga menafikan mahu meninggalkan Umno dan menyertai PKR. Namun, beliau mengakui ada masalah yang belum selesai dalam Umno.

Pemimpin PAS Terengganu yang dihubungi Harakahdaily ini mengesahkan memang ada ura-ura Adun Umno ini mahu menyertai PKR "tetapi ia belum berlaku kerana mereka tidak berani."

Beliau juga yakin, laporan yang mengatakan Harun Taib adalah penghalang pembentukan kerajaan baru ini berdasarkan persepsi Adun Umno berkenaan semata-mata kerana hubungan baik antara Harun dengan Ahmad Said.

Beliau yakin, apa-apapun, PAS Terengganu akan membuat keputusan bersama dan bukannya berdasarkan pandangan Harun seorang.

Dalam Dewan Undangan Terengganu ada 32 ahli. Lapan darinya adalah PAS manakala 23 adalah Adun Umno dan satu MCA.

12 dari Adun Umno dikatakan tidak bersetuju dengan Ahmad Said ekoran cara perlantikan beliau selepas pilihan raya umum 2008 lalu.

Selepas pilihan raya umum 2008, istana Terengganu tidak perkenan cadangan Umno untuk melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai MB lagi.

Ekoran itu, Ahmad Said dilantik sebagai MB. Penentang Ahmad mendakwa, mereka diketepikan dalam perlantikan Exco dan lain-lain jawatan penting dalam kerajaan negeri.

Dalam sidang Dun yang lalu, 10 dari mereka telah memboikot sidang Dun dengan alasan tiga dari mereka menerima SMS ugutan dari pejabat MB.(gambar atas)

Setelah disiasat polis, didapati ia adalah angkara Datuk Ahmad Ramzi, bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh semasa dia menjadi MB. Kini Ramzi sedang menunggu perbicaraan kes itu.

Sejak itu, politik Umno Terengganu bergolak sehingga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Husein dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri.

Walaupun penyusunan semula dibuat ke atas Umno negeri, kumpulan yang menentang Ahmad Said menganggap ia memihak kepada Ahmad Said dan mengukuhkan politik beliau.

Aug 27, 2009

Jangan gopoh laksana hukuman sebat - Presiden PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.

Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.

Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.

Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.

Mengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya � kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 � 80 rotan jumlahnya, kata beliau.

Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat � samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya � adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi

Aug 26, 2009

E-Book dan Kurma Mat Said

E-book
Dalam sidang dewan undangan negeri semalam dewan telah dimaklumkan Kesemua buku elektronik atau e-Book yang diagih kepada murid Tahun Lima di Terengganu dilengkapi dengan sistem anti-pornografi bagi mengelak ia disalahgunakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata dengan adanya perisian yang dikenali sebagai Tripple X System itu, ia dapat mencegah murid daripada memuat turun perkara yang tidak elok melalui internet.
Sehingga kini hanya 10,438 pelajar tahun lima yang dapat menggunakan khidmat ebook tersebut, sedangkan sebelum ini Ahmad said selaku MB Terengganu berjanji kesemua pelajar tahun lima di Terengganu yang berjumlah 25,000 orang akan mendapat memanafaatkan ebook tersebut.Ini bermakna murid yang belum mendapatnya sudah ketinggalan selama 3 bulan.Sedangkan menurut jadual asal pengaihan ebook ini seharusnya selesai akhir bulan Jun.
Belum lagi sampai separuh pelajar mendapat ebook, kerajaan menambah RM30 juta lagi untuk menyekat ebook dari dimuat turun bahan porno.

Walaupun sebelum pemberian ini bermula, Adun Ladang, Dato' Tengku Hassan telah menimbul hal ini secara jelas, tetapi exco dan MB dengan sombong menyatakan bahawa kerajaan ada cara tersendiri menyelesaikannya. Rupanya cara tersendiri yang di maksudkan oleh mereka ialah cara RM30 juta.


Kurma mat Said.



Sebulan sebelum bermula Ramadhan Mat Said MB Terengganu telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri telah memperuntukkan RM80 juta untuk mendapat bekalan kurma dan air zam-zam untuk diagihkan kesemua rumah di Terengganu.

Mat said kata, Semua rumah di Terengganu mesti sampai paling kurang sebungkus kurma tahun ini. Kecuali sekiranya pengagihan yang dilaksanakan oleh JKKK ada penyelewengan , maka sudah pasti adalah rumah tak merasanya.Kini sudah hampir seminggu puasa, masih ada rumah yang belum terima kurma Mat said.Kalau mengikut apa yang disebut oleh Mat Said sah lah ada JKKK yang tidak amanah dan selewengkan pembahagian kurma.

Mat said juga berjanji beliau akan mengambil tindakan mana-mana JKKK yang seleweng kurma.

Soalnya sekarang bukanlah sebungkus kurma yang diharapkan, namun dengan kos RM80 Juta itu, memang sepatutnya setiap rumah di Terengganu mendapat sebungkus kurma.Samada Mat Sedar yang pembahagian kurma perlu disiasat kerana dalam 1 kampung di Dun Ajil, semua kroni JKKK dan dapat sedang orang biasa belum merasainya.


Seperkara lagi yang agak malang apabila peruntukkan kerajaan negeri itu telah disalahguna oleh Mat Said dengan menggunakan nama beliau. Sebenarnya pemberian kurma itu dari kerajaan Negeri Terengganu, bukannya dari Ahmad bin Said Menteri Besar Terengganu.

Meraikan Kemenangan Bergaya

Gambar-gambar meraikan kemenangan bergaya Ustaz Salleh Man di Permatang Pasir yang sempat dikutip dari beberapa blog.





















Aug 25, 2009

Tahniah : Ustaz Salleh Man Adun N11 Permatang Pasir.

Update : 7.10petang




Sah UBN Permatang Pasir adalah Mangsa ke- 7.


s



Update jam 6.28 Petang Pas Menang

Tidak rasmi PAS menang dengan majoriti : 4323 undi

Peratus keluar mengundi merosot

Jumlah Pengundi : 20,290
Jumlah keluar Mengundi : 73.1 ( 14,832)
Jumlah keluar mengundi mac 2008 : 82.5 (16,803 )

Kekurangan keluar mengundi sebanyak 9.4% atau 1971 orang.

Melayu : 72.36 %
Cina : 25.85%
India : 1.63%
Lain-lain : 0.16%


Semua Peti undi ditutup jam 5.00 ptg tadi

Datuk Seri Anwar Ibrahim Mengundi di Permatang Pasir

Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang membuang undi di sekolah Seri Penanti,
DUN Permatang Pasir.

Selamat bersidang DUN Terengganu

Hari ini DUN Terengganu akan mula bersidang selama 2 hari yang akan berakhir esok 26 Ogos 2009.

Entah apa pula tindakan dari kumpulan 10 budak hitam yang akan dilakukan bagi menunjukkan protes dan penolakan mereka terhadap MB Ahmad Said.

Rasol Wahid tetap tolak Ahmad Said, walaupun Pengerusi perhubungan Umno Hishamuddin Hussin mendakwa bahawa tiada perbalahan dan tiada pepecahan dalam umno Terengganu.
Rosol menempelak Hishamuddin dengan berkata "Lain padang lain belalang" dengan merujuk umno di Terengganu tak sama dengan umno johor.

Ctkay's : Tahap kejahatan umno sama sahaja dimana-mana pun

Aug 23, 2009

Kenapa hanya PKR dan DAP yang bermasalah?

Awal februari 2009, selepas baharu sahaja meraikan kemenangan Pilihanraya Raya kecil Kuala Terengganu, 2 wakil rakyat PKR yang juga merupakan exco kerjaan negeri telah bertindak keluar dari PKR dan mengumunkan menjadi wakil bebas.Maka kerjaan Pakatan yang dipimpin oleh MB daripada PAS jatuh tersungkur angkara Wakil Rakyat dari Parti yang PKR yang dipimpin oleh Datok Seri Anwar Ibrahim.

Kehebatan DS anwar Ibrahim di kacamata Rakyat Malaysia dan antarabangsa tidak mampu menghalang anak buah nya yang dipilih dalam PRU ke-12 melompat meinggalkan parti.

Kemudian semasa PAS sedang gentir di medan menghadapi pilihanraya kecil Manek Urai, sekali lagi rakan PAKATAN dari DAP membuat onal dan bertindak keluar dari PAKATAN negeri Kedah.

Hari ini Sekali lagi Ustaz Azizan Razak di uji. YB Adun PKR lagi yang lompat, yang tidak ada intergriti dalam perjuangan.Dalam keadaan PAS menghadapi pilihanraya kecil Permatang Pasir, sekali lagi anak buah Datok Seri Anwar Ibrahim bertindak menikam Kerajaan PAS. Kenapa hanya PKR dan DAP yang bermasalah dalam PKR?

Perlu di jelaskan bahawa sepertimana ditegaskan oleh Presiden PAS bahawa setiap calon yang dipilih oleh PAS untuk bertanding samada Pilihanraya umum atau kecil mestilah berbai'ah taat setia melaksanakan amanah ini.Kita tidak pasti pula dalam PKR adakah ada ikrar atau sumpah lompat parti.

Semoga kepimpinan Parti PR dapat mendidik dan mengajar semua peringkat pimpinan masing masing.

Rais Yakin PAS menang tapi majoriti mungkin merosot

Rais Yatim yang pernah membakar jambatanya untuk kembali kepada umno hari ini meyatakan keyakinan beliau bahawa PAS masih memenangi kerusi Permatang Pasir namun beliau merasakan undi majoriti sedikit merosot. Beliau menyatakan demikian ketika pengagihan jalur gemilang dalam kawasan pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yakin majoriti undi pembangkang pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir akan menurun kerana rakyat sudah sedar bahawa mereka perlukan pembaharuan.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai lalu kerana serangan jantung.BN meletakkan Rohaizat, 38, yang juga setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, untuk menentang Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, 52.

Mengenai sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-52, Rais berkata sambutan akan dibuat secara sederhana di perkarangan bangunan Parlimen dan beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menyembahkan struktur program sambutan.Katanya, butiran lanjut mengenai sambutan kemerdekaan secara sederhana sebagai menghormati bulan Ramadan dan mengelak daripada penularan wabak influenza A (H1N1), akan dibentangkan pada mesyuarat kabinet minggu depan.

Terdahulu, hujan lebat tidak menghalang Rais daripada mengedarkan bendera Jalur Gemilang kepada orang ramai di sekitar pekan Permatang Pauh dan Sama Gagah di sini sempena bulan kemerdekaan.Tanpa menghiraukan keadaannya yang basah, Rais terus menemui para peniaga di sekitar deretan kedai dan pasar awam di situ untuk menyerahkan Jalur Gemilang dan meminta mereka mengibarkannya menjelang 31 Ogos ini.

Ct's -Macamana mana orang ramai nak rasa kasih pada jalur gemilang, Pak Rais mengagihkannya atas nama BN dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir. Spatutnya Pak Rais agihlah di tempat lain atas nama kerajaan Malaysia. Orang Terengganu kata " dok cerdik dok oh"

ADUN Kedah keluar Parti, kekalkan Jawatan Exco

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohammad Radzhi Salleh hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas.

Perkara itu diumumkan beliau dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Mohammad Radzhi yang juga Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia Kedah bagaimanapun tidak meletakkan jawatan Exco itu dan menganggap dirinya masih Exco dari parti Bebas.

Beliau berkata, pelantikannya memegang portfolio itu dibuat oleh Sultan Kedah dan bukannya oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Bagaimanapun katanya, jika Sultan Kedah menitahkan beliau untuk melepaskan jawatan itu, beliau akan patuh untuk berbuat demikian.

Selain itu, pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaluddin Abu Hassan turut mengumumkan bahagian PKR Padang Serai dibubarkan.

Ct : Apa lah malangnya PKR ni tak habis-habis buat hal, lepas satu-satu. Didalam kita berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat, tetiba ada je yang tikam kerajaan PAS dari belakang.
- Pastikan sandaran perjuangan adalah Aqidah.-

Dah lah abaikan Isteri, berbohong pulak

Siakap senohong, gelama Ikan duri
Dengan isteri cakap bohong, duit koperasi dikebas lari

- Ketua Pemuda PAS sekali lagi membangkitkan kezaliman Rohaizat terhadap isterinya. Nasrudin menegaskan kenyataannya itu melalui blog pribadinya http://episodeperjuangan.blogspot.com. Sebelum ini beliau pernah mendedahkan perkara ini ketika sidang media di Kg Pelek, Permatang Pasir.

"Dengan segala kerendahan diri dan berat hati , saya tegaskan kenyataan saya di sini demi membela insan lemah yang bergelar muslimah sekalipun terpaksa merempuh dinding kebal keegoan seorang insan yang bergelar lelaki," kata beliau

Menurut beliau, kezaliman adalah suatu jenayah dan kesalahan yang besar terutamanya apabila ia dilakukan oleh seorang yang mengaku muslim dan merupakan seorang pemimpin.

Tambah beliau, peribadi pemimpin pula mestilah mulia, berakhlak tinggi, moral yang terpelihara, bertanggungjawab, adil dan hatinya bersih, kerana akan menjadi ikutan ramai.

Ustaz Nasrudin menjelaskan bahawa Isu yang beliau dedahkan baru-baru ini adalah berkait kes penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan oleh calon BN di N.11 Permatang Pasir ke atas seorang muslimah yang dikahwininya sebagai isteri kedua beliau, dan ia bukanlah bermotifkan politik tetapi melibatkan nafsu buas orang politik yang tidak kenal dosa dan pahala .

"Isu yang saya timbulkan ini bukanlah bersifat peribadi tetapi melibatkan peribadi seorang pemimpin yang cuba melindungi kejahatan dan kezalimannya disebalik aksi berhemah seorang ahli politik yang ingin memenangi kerusi dalam pilihanraya untuk memimpin rakyat dan masyarakat," jelas Nasrudin yang juga menetap di Pahang negeri asal Hafizah.

Nasrudin juga turut menceritakan bahawa Hafizah sendiri telah mengadu hal nasib malang yang menimpanya kepada Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sejak setahun yang lalu.

Walaubagaimanapun Dato' Tuan Ibrahim yang juga naib presiden PAS tidak mengetahui siapakah suami Rafizah itu dan hanya menasihati Hafizah supaya bersabar.

Sehinggalah beberapa hari yang lalu , Puan Rafizah memberitahu Dato' Tuan Ibrahim bahawa calon BN, Rohaizat Othman itulah suaminya.

Selepas itu Nasrudin terus bertemu dengan kedua ibubapa Hafizah bagi mendapat gambaran yang lebih jelas . "Ya ! hanya linangan air mata dari sang ibu yang sangat memahami betapa derita yang ditanggung oleh anaknya sejak bertahun yang lalu." kata nasrudin menggambarkan penderitaan yang dialami Hafizah.

Meskipun telah dikahwini secara sah oleh Rohaizat, Hafizah digantung tidak bertali malah diperlakukan tidak ubah seperti perempuan simpanan selain tidak diberikan nafkah zahir dan batin selama 7 bulan berturut-turut, cerita Nasrudin.

Ibu Hafizah berkata kepada Nasrudin bahawa anaknya hanya dikunjungi suaminya sebanyak 2 kali dan itupun hanya sekadar beberapa jam , kemudian terus bergegas pergi meninggalkan isterinya.

"Isu besar yang saya bawa ini ialah isu kezaliman dan penginayaan ke atas seorang wanita muslimah yang lemah tidak berdaya oleh seorang lelaki (bergelar suami) yang sepatutnya memberikan keadilan, kasih sayang dan haknya sebagai seorang isteri yang sah," jelas Nasrudin.

Menurut Nasrudin apa yang dikehendaki oleh Rafizah ialah supaya suaminya mengakui beliau sebagai isteri yang sah dan kembali berlaku adil serta memberikan haknya sebagai seorang isteri, tetapi malangnya, Rohaizat berkali - kali menafikan Rafizah sebagai isterinya.

Menurut pengakuan Puan Hafizah (diceritakan oleh Nasrudin), betapa beliau telah menanggung derita ini sejak lebih 3 tahun yang lalu. Beliau dipandang serong oleh masyarakat sekitar dan teman - teman rapat yang mengetahui kedudukannya.

Puan Hafizah turut berdepan dengan fitnah ke atas dirinya yang dipandang serong oleh masyarakat gara - gara Rohaizat enggan mengakui dirinya sebagai isteri yang sah meskipun Rohaizat mengahwininya dan tidak pula mendokumenkan perkahwinan mereka .

Hafizah juga tidak menikmati kebahagiaan seperti ibu-ibu yang lain yang mempunyai suami dan anak-anak di sisi.

Hafizah dikatakan pernah bertugas sebagai ketua kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun dan mendirikan rumahtangga bersama Rohaizat dengan harapan kebahagiaan dan keharmonian serta kesempurnaan hidup akan dapat dikecapi sebagaimana insan yang lain .

Ustaz Nasrudin juga mengatakan bahawa beliau telah mendapat keizinan Hafizah untuk mendedahkan perkara ini turut mempersoalkan peranan Sharizat Jalil sebagai Menteri yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap masalah-masalah seperti ini.

"Saya nasihatkan supaya Rohaizat sebagai orang tahu agama dan tahu hukum hakam agar tidak menzalimi isteri sendiri.
"Kembalilah kepangkuan isterimu dengan damai dan penuh kasih sayang," tambahnya.

Akhir sekali Ustaz Nasrudin memperingatkan bahawa kezaliman seorang suami ke atas isterinya samalah dosa kezaliman kerajaan mengISAkan (tahan tanpa bicara) seorang insan tanpa bukti yang ditentang beramai-ramai.

"Zalim tetap zalim dan ianya mesti ditentang," tegas beliau mengakhiri pendedahan tersebut.

TOLAK CALON UMNO , TOLAK BN

Aug 22, 2009

Pertugas PAS jangan tinggal solat Tarawikh


Salam,
Sekadar peringatan buat teman dan sahabat yang bertungkuslumus di Permatang Pasir.
Hari pengundian sudah tinggal 2 hari shaja lagi. Malam ini pula adalah malam kedua umat Islam bersolat sunat tarawikh.

Kepada semua pertugas PAS ( yang boleh) di Permatang Pasir jangan sekali-kali tinggalkan solat sunat terawikh.Kalau tidak berkesempatan berjemaah di surau atau masjid buatlah sendiri-sendiri selepas selesai tugas kempen.

Ingatlah sesungguhnya malas atau meninggalkan solat sunat Terawikh bukalah budaya ahli dan penyokong PAS.Kalau ada sifat tersebut mesti buang cepat-cepat supaya kita rajin mendirikan solat yang hanya datang sebulan dalam setahun.

Disamping itu jangan lupa berdoa untuk kemengang Permatang Pasir, kerana hanya itu satu-satu suara Parti Islam di Negeri Pulau Pinang, .

UNDILAH PAS. PILIHLAH USTAZ SALLEH MAN.

SPR tetap adakan pilihanraya Kecil

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berkuasa untuk menasihatkan sesebuah parti yang mempunyai masalah dalaman sehingga menyebabkan berlakunya kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Parlimen, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Menurutnya, jika peraturan menetapkan kekosongan berlaku di kawasan tertentu, sama ada melalui peletakan jawatan, kematian atau masalah-masalah berkaitan, tugas SPR menentukan agar pilihan raya tersebut berjalan dengan baik dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“SPR tidak mempunyai kuasa untuk menentukan berapa banyak pilihan raya yang akan berlaku masa depan, jika ada kekosongan berlaku mengikut undang-undang, SPR akan tetap melaksanakannya tugas mengurus pilihan raya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai senario kebelakangan ini yang menunjukkan terdapat banyak pilihan raya kecil diadakan berikutan wujudnya masalah peribadi dan dalaman parti terbabit sehingga kerusi yang disandang terpaksa dikosongkan.

Sebelum ini tiga pilihan raya kecil melibatkan kerusi Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti terpaksa diadakan berikutan peletakan jawatan kerusi penyandangnya.

Terbaru, kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah yang disandang oleh Datuk Abu Hasan Sarif dari Barisan Nasional (BN) dalam proses kajian SPR sama ada beliau hilang keanggotaan berikutan gagal menghadiri dua kali persida- ngan DUN tanpa kebenaran Speaker.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, parti berkenaan mempunyai badan disiplin sendiri untuk menentukan kewajaran keputusan anggota parti yang berhasrat untuk meletakkan jawatan.

Katanya, pihaknya kini dalam proses kajian mendalam untuk menentukan kerusi DUN Kota Siputeh kosong berikutan penyandangnya gagal menghadiri dua kali persidangan DUN.

Katanya, proses tersebut melibatkan beberapa pihak termasuk pejabat Penasihat Undang-undang SPR.

“Buat sementara ini, SPR memberi tumpuan pilihan raya Permatang Pasir, lepas baru kita umumkan statusnya," katanya.

SPR Serbu Bilik Gerakan BN yang guna kakitangan Kerajaan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 'menyerbu' bilik gerakan Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir petang semalam ekoran aduan program kendalian pusat itu melibatkan penggunaan jentera kerajaan.

Pegawai-pegawai suruhanjaya membuat serbuan selepas menerima aduan daripada ejen parti yang bertanding bahawa program kendalian BN di kawasan Samagagah turut disertai kakitangan Jabatan Kebajikan.

Serbuan itu dibuat kira-kira 5 petang semalam.

Bilik gerakan BN Samagagah terletak bersebelahan dengan bilik gerakan PAS dan juga pejabat Parti Keadilan Rakyat Samagagah.

Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Sim Tze Tzin berkata, laporan dibuat selepas pihaknya mendapati beberapa pegawai Jabatan Kebajikan mengunjungi bilik gerakan itu bagi menjayakan program bantuan golongan berusia.

Terdapat lima hingga enam pegawai agensi berkenaan yang mendaftar golongan warga tua yang memerlukan bantuan.

"Ekoran hasil siasatan, SPR telah meminta mereka meninggalkan majlis tersebut... Kami berpendapat BN tidak wajar menggunakan kakitangan awam untuk program berbentuk kempen pilihan raya," kata beliau ketika dihubungi.

Dalam pada itu, pegawai SPR Pulau Pinang, Sulaiman Abdullah yang mengetuai siasatan telah menasihatkan pegawai-pegawai jabatan untuk meninggalkan tempat tersebut.

Bus yang membawa mereka juga meninggalkan tempat tersebut kemudian.

Dalam pada itu, jurucakap Bilik Gerakan Pusat BN ketika dihubungi mengesahkan ada mendengar mengenai kejadian itu malam tadi.

"Tetapi saya sedang menunggu laporan, belum ada laporan lagi," katanya ketika dihubungi.Usaha menghubungi pegawai kanan SPR belum berhasil.

Aug 21, 2009

Salam Ramadhan Al- Mubarak

Tahniah kerana kita masih dipilih oleh Allah dan dipanjangkan umur sehingga Ramadhan tahun ini.Semoga Ramadhan kali ini memberi satu Kekuatan untuk kita meraih dan merebut segala anugerah dan bonus yang ditawarkan oleh Allah kepada kita. Selamat Menunaikan Ibadat Puasa 1430H.


Topeng H1N1 dan Purdah

Angkara menularnya virus H1N1 @ selesema babi, topeng muka @ mask menjadi barang kawalan di negara kita 1Malaysia.

Dulu Pak Mahathir mantan Perdana Menteri mendakwa pemakaian Purdah tidak sesuai dengan suasana iklim di Malaysia.Pemakaian purdah didakwa oleh beliau adalah budaya Padang Pasir.Ini kerana di negeri-negeri Arab atau Timur tengah suasana negara yang berdebu memerlukan pemakaian purdah.
Akal beliau langsung tidak berfikir secara logik, kalau benar pakaian tersebut untuk penduduk padang Pasir, kenapa hanya wanita sahaja yang berbuat demikian?

Kini ketika penularan wabak H1N1 ramai rakyat Malaysia yang memakai topeng muka yang sekira-kira dilihat sepintas lalu ianya hampir menyamai pemakaian purdah. Ini lah kelebihan wanita @ Muslimah yang berpurdah, mereka tidak perlu bersusah payah memakai topeng muka H1N1.
Tiada pula komen komen dari pemimpin umno yang mendakwa bahawa pemakaian topeng muka itu tidak sesuai dengan iklim dan rupabumi 1Malaysia.

Itu sebahagian kecil hikmah disebalik pemakaian Purdah itu.

Ctkay's : Aku berpurdah atas kerelaanku dengan izin Suami tercinta.

Mangsa yang kecundang bersama BN dalam PRK

Tiada kata kata untuk ditulis hanya pada gambar dan wajah mentafsirkan segalanya.


Aug 20, 2009

Pilihanraya Kecil DUN Kedah ?????

Kerusi DUN Kota Siputeh kosong.....

Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah telah menghantar kepada ibupejabatnya di Putrajaya, surat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail berhubung kedudukan anggota DUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif yang didakwa hilang keanggotaannya.


Pengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria berkata surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan mengenai kedudukan Abu Hassan yang hilang keanggotaan setelah beliau dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lepas.

"Perkara ini akan dikendalikan di peringkat ibu pejabat. SPR mempunyai bahagian undang-undang yang akan meneliti perkara ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Dr Abdul Isa dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai kerusi DUN Siputeh itu di pejabatnya di Wisma Darul Aman di sini, pukul 10 pagi esok.

Sebelum ini, negara sudah menyaksikan tujuh pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum tahun lalu.
.
.

Aug 19, 2009

Calon BN Tidak amanah

Macamana mahu menjadi wakil kepada Rakyat?
Duit Rakyat melalui Koperasi Pekebun Kecil Pulau Pinang disapu....

Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara membatalkan nama Rohaizat daripada Daftar Peguambela dan Peguamcara pada 7 Mac 2008.

Setiausaha Majlis Peguam, George Varughese menyebut keputusan lembaga disiplin itu berdasarkan siasatan terhadap aduan bahawa Rohaizat gagal mengembalikan hampir RM161,000 kepada pengadu (Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Bhd) selepas transaksi pembelian satu hartanah dibatalkan.

Rohaizat merayu keputusan itu ke Mahkamah Tinggi, tetapi ditolak pada 12 Ogos lalu, sekali gus menyebabkannya tidak layak mengamalkan profesion peguambela dan peguam cara.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berkata, pihaknya tidak membatalkan tindakan terhadap Rohaizat walaupun pengadu kes menarik balik aduannya dua minggu selepas lesen guaman ditarik balik.
.
.

Aug 14, 2009

Ustaz Salleh Man : Calon Pas Permatang Pasir

Ustaz Mohd Saleh Man dilahirkan di Permatang Sungai Dua, Kepala Batas, Seberang Perai pada 16hb, Februari 1954. Kini beliau mempunyai seorang isteri, Puan Siti Fatimah Othman dan hasil perkongsian hidup mereka berdua beliau dianugerahkan lima orang cahaya mata.

Berpendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Permatang Buluh, Kepala Batas kemudian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas. Selepas belajar di situ, beliau beralih arah ke Madrasah Khariah Islamiah, Pokok Sena pada tahun 1970-78 untuk mendalami ilmu agama. Kemudian ke Maktab PGAS, Guar Perahu, Bukit Mertajam dan seterusnya ke Yayasan Pengajian Islam Nilam Puri, Kelantan dalam bidang Syariah. Selepas itu menyambung pelajaran ke Akademi Islam Univesiti Malaya (UM) dalam jurusan yang sama sehingga memperolehi ijazah.

Dalam karier politik pula beliau bermula sebagai Ketua Pemuda PAS Cawangan Sungai Dua setelah kembali dari belajar pada tahun 1986 dan seterusnya menjawat jawatan Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor. Selang beberapa penggal beliau diberikan kepercayaan pula menerajui PAS Tasek Gelugor sebagai Yang DiPertua (YDP). Beliau juga pernah diberikan amanah sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri dan seterusnya sebagai Timbalan Pesuruhjaya pada awal 1990 an.

Pengalaman menyertai pilihanrya bermula pada 1986 (Dun Sungai Dua), 1990 (Sungai Dua), 1996 (Parlimen Tasek Gelugor/Dun Permatang Berangan), 2004 (Pinang Tunggal) dan Dun Sungai Dua, Mac 2008.

Aug 13, 2009

Al Fatihah Untuk Ustaz Asri Rabbani

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.
Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.
Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.




Aug 12, 2009

1 malaysia tu ?????

Anak kami yang kecil datang ketika saya sedang melayari internet sekejap tadi sementara menunggu masuk waktu maghrib.

Anak saya bertanyakan kepada saya bila nak raya ( sebab sebahagian pakaian rayanya dah siap) saya kata 1 Syawal, dia bertanya lagi, 1 Syawal tu bila? saya jawab 1 Syawal tu selepas habis bulan puasa, iaitu bulan Ramadhan. Terus lagi dia bertanya , puasa nak mula bila, saya menjawab dengan selamba sambil jemari memetuk keyboard pc puasa bermula 1 Ramadhan, 10 hari lagi....ooooo gitu katanya.....dia berjalan keluar dari bilik dan berpatah masuk semula kedalam bilik dengan bertanya 1 Malaysia tu bila umi? hah? 1 malaysia apa? di menjawab 1hb Malaysia 2009 tu bila???? Iskk isk....rosak anak kecilku angkara ketidakcerdikan pie aim.

.
.

Wakil bebas dalam kabinet BN ??

Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini mengesahkan bahawa Datuk M kayveas - dan bukannya bekas ketua Pemudanya, Datuk T Murugiah - sebagai presiden PPP yang sah.

Ini bermakna Timbalan Menteri di Jabatan najib adalah seorang ahli parlimen BN tetapi tidak ada keahlian dalam mana-mana parti gabungan BN.

Ini bermakna BN sudah ada menteri yang juga senator bebas.

Ini berlaku selepas pendaftar pertubuhan juga mengesahkan bahawa pemecatan Murugiah dari PPP oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh kayveas adalah sah dan berkuatkuasa.

Dalam mereka membesar-besarkan sedikit selilih faham antara anggota parti pakatan di Selangor, tetiba ahli dewan negara yang juga timbalan menteri telah terpelanting dari parti PPP dan sekaligus juga sudah tidak menjadi ahli mana-mana parti.

Mungkin Umno boleh selamatkan T-Murugiah dengan mempelawa beliau untuk menyertai mana-mana parti gabungan, tapi macamana pula nanti tindakan Datuk M kayveas yang merupakan presiden PPP yang sah.Sudah pasti beliau akan membuat bantahan kerana kerusi tersebut sememangnya diperuntukkan kepada PPP.

Taufan melanda di sebelah pantai, tapi rumah di gunung yang runtuh....Malangnya.

Sidang Dun dan 10 budak Hitam....

DUN Terengganu akan bersidang lagi pada 25 & 26 Ogos ini.Sidang Dun kali ini dibuat dalam bulan Ramadhan, ini bermakna sidang tersebut akan berjalan ketika umat Islam telah berpuasa 3 hari.

Kalau pada sidang yang lepas Geng 10 budak hitam telah memboikot sidang Dun Pada hari pertama, kali ini semua sedang menunggu apapula tindakan yang akan diambil oleh Geng 10 budak Hitam.

Ada yang mendakwa, geng 10 budak hitam akan memcuba sekali lagi untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri besar Dato' Ahmad Saidselepas sokongan kepada Geng 10 telah meningkat kepada 18 orang.

Tindakan ini diambil setelah geng 10 ( 18?) sangat kecewa apabila Najib dan Mahyiddin tidak memperdulikan aduan dan tuntutan meraka untuk mengusungAhmad Said dari kerusi empuk tingkat 16 Wisma Darul Iman.

Namun begitu satu sumber memaklumkan tindakan membawa usul undi tidak percaya ini tidak "direstui' dan 'dimurkai' oleh pihak tertentu.

(Gambar- Ahmad SaidDiserang Gout )

Bagi Geng 10 [18?] mungkin ini masa terbaik untuk bertidak selepas peralihan kuasaUmno pusat tidak mampu mengambil tindakan yang menyebelahi mereka.

17 bulan mereka menanti, selepas 2 Presiden Umno gagal menyebelahi mereka, maka persidangan terdekat ini adalah sangat wajar menurut percaturan mereka untukbertidak.
Kekocakan gelombang Umno Terengganu sudah bertukar menjadi badai yang ganas.Pemuluaan majlisrasmi yang dihadiri oleh Ahmad Said dari kalangan geng 10 ( 18?) sangat jelas sekarang.
Ahmad dilihat seolah-olah meneraju negeri ini keseorangan.Exc0-exco pula dilihat terlalu tertumpu di Dun dan bahagian masing-masing sahaja.

Kegagalan Pesta Terengganu yang sedang belangsung di TER, Kuala Ibai sekarang juga telah diletakkan bebanan kegagalan Ahmad Said oleh Geng 10(18?).
Sama-samalah kita menanti kejadian Sidang Dun Terengganu yang mungkin akan merubah perjalanan politik Terengganu sebelum kedatangan PRU 13 nanti.

Aug 11, 2009

Umno/BN Masuk Bukan Untuk Menang !!!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Umno/BN telah mengesahkan untuk menyertai pilihanraya kecil tersebut. Baguslah, ada perlawanan, tak lah nanti tawar hambar, poket orang UBN '0' seperti di Dun Penanti.

Adapun suka dijelaskan Umno/BN masuk pilihanraya kecil Permatang Pasir bukan untuk menang tetapi mereka meyertai pilihanraya tersebut hanyalah untuk menghabiskan wang, duit, pitis serta tidak lain dan tidak bukan untuk menabur projek.

umno/BN tidak perlu bekerja bersungguh-sungguh, janji inilah peluang untuk terus berbelanja seperti di Manek Urai.

Dengan majoriti 5,433 undi sebenarnya satu keadaan yang sangat baik untuk Umno/BN tidur selena-lenanya. Sebabnya semakin besar majoriti yang di perolehi oleh pembangkang maka akan besar dan banyak lagilah pitis dibelanjakan disitu, tidurlah selena-lenanya wahai Umno/Bn.Mimpilah dengan duit yang sebanyak-banyaknya.
.
.

Aug 9, 2009

Apa kalutnya politik Terengganu?

Sumber : Sinar Harian, 8 Ogos 2009

Dengan penahanan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), maka tafsiran yang paling tepat mengenai politik Terengganu sekarang ialah kian kalut dan seolah-olahnya tidak dapat dibendung lagi. Dari satu segi, kekalutan ini agak luar jangkaan kerana dalam Pilihan Raya Umum 2008, negeri ini masih kekal di tangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti dua pertiga. Sedangkan beberapa negeri lain, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor jatuh ke tangan pembangkang, manakala Kelantan pula kekal seadanya. Dari satu segi yang lain, kekalutan ini memang tidak memeranjatkan kerana Terengganu mempunyai seorang Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, yang banyak mencetuskan persoalan berbanding dengan penyelesaian.

Seperti yang diketahui umum, Ahmad Said dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh atas perkenan istana. Tanpa mempersoalkan kewajaran dan kerasionalan istana memperkenankan lantikan itu, yang jelas Ahmad Said tidak mendapat sokongan kebanyakan ADUN dalam BN, malahan juga tidak memperoleh sokongan rakyat di negeri itu. Sejak awal pelantikan sebagai Menteri Besar, personaliti beliau sering menjadi bahan persendaan orang Terengganu yang kuat dengan semangat kedaerahan.

Ketika jawatan Menteri Besar Terengganu masih panas selepas pilihan raya umum yang lalu, sebuah akhbar bahasa Inggeris pernah menyebut Ahmad Said mempunyai psikologi yang tidak stabil kerana beliau pernah mencabar ADUN Pas bergaduh di luar Dewan Undangan Negeri itu. Selain itu, akhbar berkenaan mendedahkan bahawa Ahmad Said lemah penguasaan bahasa Inggerisnya, walaupun diakui ini bukannya kriteria penting untuk menerajui sebuah negeri di Pantai Timur. Baru-baru ini, akhbar itu memaparkan Ahmad Said kerana gaut, terpaksa dipapah ketika menghadiri majlis di Istana Maziah.

Satu demi satu malang menimpa negeri yang mempunyai sumber minyak: gagal mempertahankan Parlimen Kuala Terengganu, keruntuhan bumbung stadium, penangkapan seorang ahli UMNO kerana menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur ugutan, dan penyiasatan SPRM terhadap beberapa orang penting dalam UMNO. Semua ini mencerminkan kecelaruan negeri yang dipimpin oleh Datuk Ahmad Said yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Oleh sebab Ahmad Said tidak mendapat sokongan padu daripada ADUN dalam BN, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Luar Negeri ketika itu pernah menyebut bahawa Menteri Besar akan “jatuh berdebuk macam nangka.” Namun, lebih setahun berlalu, “nangka yang kelihatan kurang ranum itu masih tergantung di pokok.”

Masa depan

Apabila beberapa ADUN dalam BN melakukan “pemberontakan” terhadap Ahmad Said, dan akibatnya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO tidak melantik Ahmad sebagai Ketua Perhubungan UMNO Negeri, banyak menjangkakan bahawa perjalananan politik beliau sudah sampai penghujung. Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Naib Presiden UMNO dan juga Menteri Dalam Negeri sebagai Ketua Perhubungan UMNO Negeri Terengganu menandakan Ahmad Said tidak memperoleh cap Najib. Lebih janggal lagi, beliau satu-satu Menteri Besar atau Ketua Menteri daripada UMNO yang tidak dilantik sebagai Ketua Perhubungan.

Ahmad Said terus bertahan sebagai Menteri Besar, meskipun dari banyak segi, kepimpinan dan prestasinya terus dipersoalkan. Dengan tiadanya kata muktamad daripada Najib seolah-olahnya pucuk pimpinan UMNO-BN ini rela membiarkan dirinya memikul beban yang berpanjangan, walaupun ini mengorbankan kebajikan rakyat dan menghancurkan masa depan partinya di negeri itu.

Sebagai Menteri Besar, Ahmad Said gagal dalam ujian yang penting, iaitu pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada awal tahun ini apabila BN gagal mempertahankan kerusi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Razali Ismail. Meskipun BN belum mengumumkan calonnya, cakap-cakap tersebar bahawa para pengundi akan beralih kepada Pas. Alasannya, mereka ingin mengajar Ahmad Said yang memang tidak layak sebagai Menteri Besar Terengganu. (Sebenarnya, bahasa yang mereka gunakan terhadap Ahmad Said bunyinya agak keras.)

Semasa kempen pilihan raya kecil itu semakin rancak, seorang ahli UMNO Terengganu pernah menyatakan kebimbangannya bahawa faktor Menteri Besar dan bukannya faktor calon, Datuk Wan Farid Wan Mohd Salleh yang memungkinkan BN gagal mempertahankan kerusi Parlimen ini.

“Mu tahu,” kata ahli UMNO itu, “orang ramai marah kerana MB cakap membur (cakap tidak berasas, cakap ikut sedap mulut). Cakap tak macam MB. Mu tengok, poster MB kurang, orang benci.”

Dalam nada yang kian marah, dia menambah, “Tidak seperti Datuk Seri Idris Jusoh yang sentiasa jadi penggerak, Mat Said (Datuk Ahmad Said) tidak boleh buat apa satu, slow. Pegawai kerajaan negeri tidak sokong. Macam mana nak menang?” Tengah-tengah orang sibuk nak pilihan raya, dia tukar, pecat pegawai kerajaan; nak tutup anak syarikat kerajaan negeri. Langsung tak fikir!”

Pemerhati politik

Kemarahan ahli UMNO itu melarat kepada pembelian kereta Mercedes. “Mu fikir, teruk tak teruk Mat Said, negeri lain bawah BN pakai Perdana, dia beli Mercedes. Macam tak faham dasar kerajaan BN. Bila orang tanya, dia jawab lebih kurang – dah beli nak buat macam mana, kena pakailah. Kita dengar naik malu.”

Seorang ahli jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang turut bertugas untuk BN dalam pilihan raya kecil itu memberitahu: “Zaman Datuk Deris (Datuk Seri Idris Jusoh), beliau selalu berhubung dan mengadakan mesyuarat dengan JKKK. Paling tidak beliau sms untuk tanya khabar dan berita. Zaman Mat Said (Datuk Ahmad Said), kita JKKK tak tahu apa satu.”

Selaku ketua perhubungan UMNO negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin mengambil langkah bijak dengan mengetepikan beberapa individu yang dilantik oleh Datuk Ahmad Said untuk memegang jawatan dalam UMNO. Pada pandangan umum, mereka dilantik oleh Ahmad Said lebih bersifat “membalas budi” dan bukannya berdasarkan prestasi atau “boleh buat kerja.” Misalnya, pelantikan Zubir Embong yang kerjaya politiknya berkubur sejak tahun 1990, sebagai Ketua Penerangan UMNO Negeri dilihat oleh banyak pihak tidak memberikan apa-apa kebaikan kepada parti.

Malangnya, tindakan berani beliau itu hanya setakat itu. Rakyat Terengganu khususnya dan pemerhati politik di negara ini amnya, masih tertunggu-tunggu tindakan berani Najib dan Hishammuddin berhubung dengan kepimpinan negeri itu. Hingga kini, kedua-duanya belum menampakkan keberanian untuk membuat keputusan.

Akibatnya, seperti yang dilaporkan baru-baru ini, sebilangan ADUN yang anti-Ahmad Said mula hilang kesabaran mereka dan seakan-akan memberikan kata dua – ingin berpaling tadah. Namun, Najib dilaporkan meminta mereka bersabar kerana beliau baru sahaja mengambil alih pucuk pimpinan negara.

“Sudah berbulan-bulan berlalu, macam mana Najib tidak beri kata putus tentang MB Terengganu,” ulas seorang anak Terengganu yang bekerja di Lembah Klang. Sama ada nak kekalkan MB sekarang, yang penting mesti ada keputusan. Bukan terus tergantung.” Tambah dia lagi, “Macam ambil alih syarikat, Najib mesti patut sudah ada perancangan, siapa yang akan dilantik sebagai CEO (ketua pegawai eksekutif), siapa nak jaga kewangan, pengurusan.”

Untuk kekal sebagai Menteri Besar, Ahmad Said boleh berlindung di sebalik istana. Tetapi, berapa lama? Lambat-laun Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan. Mampukah UMNO-BN bertahan di negeri itu?

Apakah sejarah tahun 1999 berulang lagi akibat keengganan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad berundur, satu negeri jatuh ke tangan Pas. Mungkin musuh-musuh politiknya gagal menjatuhkan beliau, tetapi rakyat mampu melakukannya. Buktinya, pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang lalu – rakyat memberikan mesej yang jelas.

Aug 8, 2009

Belum disahkan Bersalah, kenapa tutup...

YB belum lagi dituduh bersalah, kenapa YB perlu tutup muka.

Mulanya ingatkan YB tutup kerana usaha penceggahan H1N1, tapi lepas tu YB tutup pulak dengan akbar Sinar Harian.

YB kena berjiwa besar.
YB, YB...macamana nak mewakili rakyat Kemasik dalam sidang DUN akhir Ogos nanti?




Link berkaitan


.
.

Aug 7, 2009

Mari renungi Hadith ini....

Nabi bersabda bermaksud:

"Dua golongan ahli neraka yang belum pernahaku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembuyang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanitayang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan jugakepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurgadan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat diciumdaripada jarak yang jauh."


(Hadis riwayat Muslim)
Dengar pula disini
.
.

Mangsa Polis di Kuala Lumpur dan di Kota Bharu

Kena kelosong gas pemedih mata, pelajar saman polis RM10 juta

Pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pengkalan Chepa, yang cedera di bahagian mata kanan akibat terkena serpihan kelosong gas pemedih mata menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta.

Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18 mengalami kecederaan itu semasa rusuhan di perkarangan Stadium Sultan Mohamad Ke IV, April lalu ketika berakhir perlawanan bola sepak Piala FA.
Saman itu difailkan menerusi peguamnya, Shaharuddin Mohamed dari Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi jam 3.10 petang tadi.
Pelajar berkenaan menamakan Pegawai Medan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Asisten Superintendan Sathasivam a/l Maniam sebagai defendan pertama, defendan kedua - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan Malaysia defendan ketiga.

Mohd Huzaifah menuntut ganti rugi am di atas kecederaan parah di mata kanannya akibat terkena tembakan peluru gas pemedih mata sehingga menyebabkan buta.
Tuntutan tersebut sebagai ganti rugi teruk dan teladan atau apa-apa jumlah difikirkan sesuai oleh mahkamah di atas kecuaian defendan.

Dalam tuntutan itu plaintif mendakwa pada 7 April 2009, jam 5 petang beliau bersama sepupunya, Abdul Rahman Husin berniaga burger dan minuman di sebelah Restoran Faridah, Stadium Sultan Muhammed IV ketika perlawanan bola sepak Kelantan dengan Negeri Sembilan.
Plaintif mendakwa pada jam 11.30 malam ketika mengemas barangan jualan, tiba-tiba sepasukan anggota FRU yang diketuai defendan pertama, yang mana seorang anggotanya melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arahnya.

"Tembakan itu tepat mengenai bahagian mata kanan saya sehingga mengalami cedera parah dan teruk dan telah disahkan buta," katanya.

Sementara itu, ibunya Hajah Kamariah Hari, 60, memberitahu walau pun tuntutan RM10 juta dibuat ia tidak sama dengan kehilangan pancaindera anaknya.
Menurutnya akibat peristiwa tersebut anaknya secara tidak langsung telah bergelar Orang Kurang Upaya (OKU).

Kata Kamariah sejak peristiwa itu beliau tidak pernah kering air mata mengenangkan nasib anaknya.

"Walaupun kini anak saya masih trauma dengan tragedi itu, namun Alhamdulillah dia sudah dapat melalui kehidupan sehariannya seperti sedia," ujarnya.
Akibat perisitiwa tersebut beliau dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (II). Plaintif merupakan anak bongsu daripada 12 adik beradik.

Beliau juga menuntut faedah di atas jumlah penghakiman pada kadar 8 peratus setahun dari tarikh penghakiman dibuat.

Nota : Dalam kes ini kenapa Menteri tidak mencadangkan agar adik Muhammad Huzaifah Mohd Noor menyaman perusuh?
.
.

Aug 6, 2009

NegaraKu, Tumpahnya DarahKu




Muka Tak Malu Mengaku Ahli PAS, puihhh !!!!!


Mohd Khairul Azam Abd Aziz itu lah nama mamat sekorni, tak pasal-pasal ngaku ahli pas.
Kononya Lawyer, tapi langsung tak profisional.Nasib baik tak duduk di Terengganu.Kalau duk Terengganu, jenuh lah budak-budak batu 6 dok gelar lawyer cap ayam atau lawyer burok.

Mamat sekor ni bagi ku adalah pengampu ubn no wahid, aku bukan cakap kosong-kosong .Aku ada bukti.

Ada ke patut mengaku ahli PAS. Lepas sokong kekalkan ISA, testlah tangkap dia kasi tahan dalam kem Kemunting 2 tahun, tahulah apa rasa bini dia dan dua orang anaknya tu.

Nak pesan pada mamat sekor ni, tak usah cari glamour murahanlah, kamu tu belajar tinggi.Biar yang belajar tak tinggi je buat kerja tak cerdik tu.

Nasib baik lah PAS ada sistem semakan keahlian yang canggih, kalau tak tentu semua orang percaya kat mamat sekor ni.

Weh mamat , awak ada sijil keahlian? no ahli awak berapa?

Mamat ni sebenarnya ahli Gabungan melayu Muda, Ngo yang bergerak seiringan dengan umno. Macam aur dengan tebing, alaaa macam umno dengan rasuah.... bergerak seiringan.

Menurut seorang blogger yang juga ahli GMM, mamat ni sekarang sedang holiday, lepas kena halau oleh polis di Istana Negara tempoh hari keesokanya dia pergi bercuti, menurut sumber mamat tu bercuti diluar negeri.

Mamat sekor ni di halau polis selepas menaiki teksi ke Istana Negara,
puihhh padam muka


Kenapa saya kata mamat ni pencacai dan pengampu Umno,
Lihat kenyataan beliau ketika mengulas kemerosotan BN dalam PRU ke-12.
Kenyataan mamat ini adalah untuk mempertahankan Umno

"
Analisis Keputusan PRU-12.

Bagi menjawab persoalan: Adakah UMNO puncanya?


UMNO (Parlimen)

2004 (PRU-11)
Bertanding 117 kerusi
Menang 110 kerusi

2008 (PRU-12)
Bertanding 117 kerusi
Menang 78 kerusi

Kerusi kemenangan UMNO merosot 29% atau 32 kerusi berbanding PRU 11



MCA (Parlimen)

2004 (PRU-11)
Bertanding 40 kerusi
Menang 31 kerusi

2008 (PRU-12)
Bertanding 40 kerusi
Menang 15 kerusi

Kerusi kemenangan MCA merosot 52% atau 16 kerusi berbanding PRU 11


MIC (Parlimen)

2004 (PRU-11)
Bertanding 9 kerusi
Menang 9 kerusi

2008 (PRU-12)
Bertanding 9 kerusi
Menang 3 kerusi

Kerusi kemenangan MIC merosot 67% atau 6 kerusi berbanding PRU 11


GERAKAN (Parlimen)

2004 (PRU-11)
Bertanding 12 kerusi
Menang 10 kerusi

2008 (PRU-12)
Bertanding 12 kerusi
Menang 2 kerusi

Kerusi kemenangan GERAKAN merosot 80% atau 8 kerusi berbanding PRU 11

UMNO merosot 29%
MCA merosot 52%
MIC merosot 67%
Gerakan merosot 80%

Kesimpulan : Umno bukanlah PENYUMBANG UTAMA kepada kemerosotan kerusi yang di perolehi oleh BN

Aug 5, 2009

Muslimat Dilokap bersama pelacurr......!!!!

Banyak peristiwa yang tentunya "gugusan pengalaman" (ada yang tanya apakah pengalaman menarik duduk di dalam lokap? saya katakan entah...yang pastinya peristiwa itu banyak tapi nak golongkan menarik... itu seolah kita "suka" melaluinya. Apa yang saya lalui, saya tidak akan pernah suka tapi insyaAllah tetap redha akan ketentuanNya memilih saya sebagai salah seorang yang melalui "gugusan pengalaman itu)...saya sambung..."gugusan pengalaman" yang telah saya dan teman-teman lalui sejak detik-detik awal penahanan sehinggalah ke saat akhir urusan ikat jamin di bangunan Mahkamah Jalan Duta, KL.

Saya tidak akan menceritakan semuanya mengikut kronologi lantaran pelbagai faktor khususnya ia melibatkan suatu kes yang kini didakwa di mahkamah. Saya akan hidangkan satu per satu dan nantinya barangkali ada yang sengaja dimulakan tanpa awal cerita dan diakhiri begitu saja....namun intipatinya sampai.

Nah...saya nak kongsi dan luahkan "keperitan jiwa"ini dengan pertanyaan awal begini...kira-kira apa rasanya jika kita dilokap bersama para pelacur luar dan dalam negara?...

Iya...apa rasanya? Dan apa pula tujuan mereka yang membuat angkara itu? 16 OKT Muslimat (daripada pelbagai pertubuhan termasuk Muslimat PAS 3 orang) telah dilokap bersama dengan Pelacur, Penagih Dadah, Pencuri,Pelbagai Kesalahan TERMASUKLAH PONDAN PELACUR!

Lebih serius ialah bila mana kebanyakan Pelacur ini dibiarkan oleh pihak pengurusan lokap berada dalam keadaan bogel dan separuh bogel! Siang malam sama sahaja. Ada masa diadakan pula pesta "tarian bogel" dan hiruk pikuk lah lokap dengan ketawa hilai mereka yang seronok, termasuklah Polis-Polis Perempuan (Warden Lokap) yang sifat mereka "macho man" ! OKT Pelacur juga "bermain daun terup"...sehingga ada masa saya termanggu lama...emosi dan mental saya "dicederakan".

Saya percaya Regim BN mahu membuat serangan pemikiran dan perasaan kepada saya dan teman-teman. Iya, periksalah fizikal kami...tidak kelihatan sebarang kecederaan. Tapi periksa pula lah emosi dan mental kami...saya percaya kami melalui kecederaan yang sangat serius dan Shahrizat, para Mufti, Menteri dan Timbalan Menteri yang menjaga agama dan semualah yang bertanggungjawab wajib ambil pendirian!

Negara Islam konon, tapi kod etika berpakaian dalam lokap pun gagal diurus dengan baik. Saya tegaskan siapa sahaja yang mengundi Regim BN punya saham atas apa sahaja yang berlaku dan dilakukan dalam negara ini atas arahan mahupun kelemahan pemerintah BN! Apa yang berlaku di dalam lokap seperti saya cerita tadi... itu cuma sekelumit namun cukup untuk membaling BN dan sekutu-sekutunya ke lubuk api neraka jahannam!

Saya tegas menyatakan.."3 hari 2 malam" dalam lokap polis itu dengan keadaan yang saya ceritakan tadi ibaratnya kami "dipaksa menonton filem lucah" yang mendapat kelulusan PDRM khususnya Lokap Wanita, Pusat Tahanan Bukit Jalil! Maruah dan harga diri kami dirobek teruk sebenarnya bila kami diletakkan bersama-sama dengan para pelacur ini. Jahatnya Regim BN dan saya akan terus menggunakan istilah TGNA .."pi jahannam lah dengan UMNO dan BN"!

Tolong, saudara-saudara kita yang masih bersama dengan UBN ini...tinggalkan lah UBN....tinggalkanlah demi Allah dan Rasul.

Entah...saya tak tahu lah kalau pejuang-pejuang wanita/ muslimat masih boleh berdiam dengan apa yang saya ketengahkan ini. Lebih teruk bila ada pula yang bercakap dalam laras bahasa UBN (UMNO-BN) dan proksi mereka, senada je...kononnya kami provok polis sebab itu ditahan! Saya ingatkan kepada individu ini, berubah sebelum kami mendoakan laknat dan kecelakaan yang sama sepertimana laknat dan kecelakaan ke atas musuh-musuh Allah. (Maaf,memang kasar bahasanya tapi enough is enough..).

Hakikatnya..isu peristiwa lokap ini perlukan tindakan tegas semua. Kami para OKT akan menyuarakan hal ini sampai kami dipanggil pulang oleh Allah Ta'ala....

Hidup pejuang dan perjuangan! Allahu Akbar!

Aiman Athirah
.
.

Aug 4, 2009

Memang kita dapat upah


Ye benar, semua yang menyertai himpunan Masuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 mendapat upahan.

Dakwaan oleh seorang menteri yang telah membakar Jambatan untuk menyeberangi ke sebelah sana memang tepat, semua yang berhimpun mendapat upah.

Kita semua dapat upah air kimia dan gas pemedih mata. Tak payah Najib nak suruh siasat pada mereka yang berhimpun.


Cuma kalau rasa nak siasat pun, Najib kena tanya adik sepupu dia berapa kos perbelanjaan yang digunakan untuk menyebur air kimia dan gas pemedih mata.

Itu sahaja.

Aug 3, 2009

Mari Kenali Adun Terengganu

N29 Kemasik. [ Calon pilihan team manakah ini ?]

N 29 KEMASIK

Nama Rosli Bin Othman
No Kad Pengenalan 671124-11-5203
Tarikh Lahir 24hb November 1967
Alamat No 1207-1, Kg Gong Chengal,
24210 Kemasik Kemaman.
Terengganu.

KELULUSAN AKADEMIK
SEJARAH PERSEKOLAHAN

1. 1974 – 1979 Sekolah Rendah Kebangsaan Kemasik Tamat Persekolahan
2. 1980 - 1982 Sekolah Menengah Kebangsaan Kemasik SRP
3. 1983-1984 Sekolah Menengah Teknik Kuantan SPM
4. 1985 – 1987 Kolej Pengajian Persediaan/ A- Level
Institut Teknologi Mara ( A Level )
5. 1987 – 1992 University of Middlesex London, Bachelor of
United Kingdom Engineering In Civil Engineering.

PENCAPAIAN AKADEMIK
1. Bachelor of Engineering in Civil Engineering, Middlesex University, London,
Uniteg
Kingdom
2. Diploma in Industrial Studies, Middlesex University, London, United Kingdom
3. Keahlian Badan Profesional Lembaga Jurutera Malaysia.
4. Jurutera Profesional Lembaga Jurutera Malaysia ( P.E. NO. 12858 )

- Kelulusan beliau jauh sangat hebat berbanding Adun N41 Manek Urai Kelantan.
-Perbandingan ini sangat ada kena mengena dengan berita yang hangat di Terengganu hari ini.

Aug 2, 2009

Wakil Rakyat Yang Tak Cukup Makan


SPRM Tahan Adun Terengganu Kerana Disyaki Terima Rasuah

Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu Ahad ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

Adun berkenaan dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur.

Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada Adun berkenaan.

Ketika ditahan, Adun berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan Adun terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.


- Tak sangka masih ada Adun Terengganu yang kelaparan dan kedarah pitis Haram