Apr 16, 2009

Mohamad Sabu Calon PRK Penanti.

Nampaknya andaian sesetengah penganalisis politik bahawa tahun ini merupakan tahun Pilihanraya hampir menjadi kenyataan.
Walaupun ada pihak yang mempertikaikan kesahihan perletakkan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang,Mohammad Fairus Khairuddin namun sumber perletakkan itu di petik dari biro penerangan PKR.

kalaulah nanti Speaker Dun Pulau Pinang mengesahkan kekosongan kerusi tersebut(Boleh ke Speaker yang mengesahkan?)ini bermakna satu lagi pilihanraya kecil akan berlaku di negeri yang di kuasai oleh Pakatan Rakyat.Ini juga merupakan pilihanray kecil ke-6 selepas PRU 12.Bermula dengan Permatang Pauh (Letak jawatan),Kuala Terengganu(kematian),Bukit Gantang(Kematian), Bukit Selambau (Letak Jawatan),Batang Ai(Kematian) dan yang terbaru DUN Penanti ( Letak Jawatan) Ini bermakna 3 meletakkan jawatan dan 3 kematian.

Yang menariknya disini adalah kesemua 3 yang meletak jawatan adalah dari PKR.
Apakah kali ini Penasihat PRK DS Anwar Ibrahim juga akan mengambil langkah seperti YAB DS Azizan Razak iaitu mejanjikan jawatan TKM1 bagi calon Pakatan yang memenangi kerusi Penanti nanti? Sebelum ini di Dun Bukit Selambau Ustaz Azizan telah menjamin bahawa calon PKR yang akan dilantik sebagai exco dan ustaz Azizan telah menunaikan janjinya.

Kalau di Bukit Gantang, Lim Kit Siang dan pimpinan DAP telah mencadangkan DS Nizar Jamaluddin sebagai calon dalam PRK 59 itu dan itulah juga keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat. kali ini Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang kali ini pula mencadangkan supaya Haji Mohamad Sabu sebagai calon Dun Penanti.

Umum semua tahu kerusi tersebut telah diuntukkan kepada PKR, hampir mustahil rasanya idiserahkan kepada naib Presiden PAS itu.

Namun, atas semangat kesepakatan Pakatan Rakyat ianya mungkin tidak mustahil boleh berlaku.Mohamad Sabu adalah anak kelahiran Pualau Pinang.Sebelum ini pun beliau pernah bertanding di Parlimen Permatang Pauh yang merupakan Parlimen bagi Dun Penanti.Beliau juga di penggal lepas merupakan Pesuruhajay PAS Pulau Pinang.

Andainya teori ini menjadi kenyataan, sekiranya ada perundingan antara Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, DS Anwar Ibrahim serta Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi maka terserlah lah kesolidan Pakatan Rakyat.Malaysia kan melihatan kutuhan sebuah Pakatan yang rakyat idamkan selama ini.

Ini tidak timbul lagi soal kerusi tersebut adalah kerusi PKR, kerana rakyat akan melihat kerusi tersebut adalah kerusi Pakatan.

Kalau Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Dato' Husam Musa boleh berkira melepaskan kerusi Pasir Mas Kepada Ibrahim Ali yang tidak berparti( berjiwa Umno)apalah salahnya kali ini PKR menggunakan teori yang sama dengan sedikit berkorban untuk menyerahkan kerusi tersebut kepada Mohamad Sabu.

Saya tidak nampak orang lain selain dari Mohamad Sabu sekiranya Pakatan boleh bersetuju dengan pandangan untuk menyerahkan kerusi tersebut kepada PAS.

4 comments:

soklan said...

setuju 99.9%, tapi aku lagi suka bang mat jadi wakil Parlimen

n12penanti said...

kira tidak kisah sesiapa sahaja menjadi calon PRK n12 penanti..yang penting,PR bersatu menghadapi pilihanraya ini...

PkrPenag said...

Elok beno tu, dia boleh ganti TKM 1, yang lain Adun PKR semua tak layak...kaki songlsp macam adun Changkat Jering dan Behrang yeop.....

Calon Bebas Penanti. said...

Eh.eh. Mat Sabu kena waran tangkap lagi. Geng sebelah sana tu semuanya geng dari ............ kenape ye?

Nak jadi hero pun biarlah bertempat.