Apr 20, 2009

Krisis BN Terengganu yang berterusan.

Adun Alor Limbat Alias Abdullah, hari ini mendakwa bahawa kumpulan mereka iaitu G10 telah mendapat sokongan yang kuat daripada adun Terengganu, kini katanya jumlah yang menyokong G10(@10 budak hitam) telah bertambah menjadi 18 orang dan didakwa termasuk beberapa orang exco.Beliau tidak dapat mendedahkan identiti exco yang menyokong G10 demi menjaga kedudukan mereka sekarang.
Cuma Alias belum lagi menyebut bahawa kumpulan ini akan mengambil alih pemerintahan Terengganu bila-bila masa.
Menarik untuk diulas, kalaulah sudah yakin dengan sokongan padu G10+8 =18 mengapa pula dikalangan exco tidak berani mendedahkan identiti lagi, kedudukan apa yang nak dijaga?

Sementara itu pula ada seorang exco, ketua Bahagian Marang mendakwa yang beliau tidak tahu menahu tentang adanya exco yang tidak menyokong Ahmad sebagai MB.

Apa kah drama ini sama seperti drama yang pernah di arahkan oleh DS Anwar Ibarhim dengan tajuk 16 Sept?Sebelah pihak mendakwa sudah ada tambahan pengikiut, sebelah lagi mendakwa tidak tahu menahu.
Kekalutan makin panas apabila Adun Ajil Rosol Wahid, menegaskan bahawa gerakan dan desakan mereka tidak berganjak supaya Ahmad Said berundur dari jawatan MB.

“Tiada kompromi dalam hal ini. Kita berjuang untuk kepentingan rakyat Terengganu kerana kepimpinannya menyebabkan ketidakstabilan kepada parti dan pentadbiran kerajaan negeri.



“Pentadbiran Ahmad telah menjadi percakapan bukan sahaja di kalangan orang Umno tetapi juga rakyat secara keseluruhan sejak beliau menjadi menteri besar setahun lalu,” katanya.

Sementara itu suasana tuduh menuduh berterusan sekarang, dimana setiausaha Umno Terengganu Datuk Rosli Mat Hassan mendakwa bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh terbabit secara langsung dalam kemelut politik yang melanda Terengganu sekarang.



Suasana semakin bengit, Ahmad Said yang sepatutnya berlepas ke Russia dan Ukraine, telah membatalkan jadual tersebut dengan sertamerta.Ahmad dikatakan bimbang sekiranya beliau tiada dalam negeri satu tindakan yang dibuat diluar jangka oleh G10 pada masa itu menyebabkan beliau kehilangan jawatan dengan mudah tanpa dapat bertindakbalas.

Dilihat pada keadaan hari ini, suasana poltik Terengganu dijangka akan tidak stabil dan berterusan begini sehingga satu keputusan baru dibuat oleh Umno pusat yang bakal mencorakkan suasana baru Politik BN Terengganu.

2 comments:

Minahkeling said...

Elok abang Mat said tu bubar aje Dun terengganu, biar puak 10 budak hitam telopong....

Penerus Perjuangan said...

Saya juga setuju kalau MB bubar DUN. Daripada dia seorang sahaja yang jatuh, biar semua sekali terlepas.