Apr 22, 2009

Suasana sudah Kacau bilau dan Haru biru....

Mari semua pembaca budiman, tak kira PAS ke umno ke PKR ke Bn ke PR ke, kita renung dan amati satu persatu bait-bait dua berita dibawah.
Apa sudah jadinya, bermula dengan kecelaruan Adun , Perhubungan Umno, Puteri, wanita dan kini pemuda.
satu lagi, bila puteri tidak hadir alasan nya adalah bersalin...kantoi betul puak umno ni.....dalam blog amdang ada ulas pasal bersalin ni, seronok juga baca:

Pemuda Besut sokong Idris
Muda Mohd Noor Apr 22, 09 7:28pm
Ketua Pemuda Umno bahagian Besut Mahadi Musa menjelaskan bahawa pergerakan itu menyokong ketua Umno bahagian Datuk Seri Idris Jusoh dalam kemelut politik Terengganu.

Bagaimanapun, katanya, sebagai exco pergerakan tersebut, beliau menyokong sebarang keputusan yang dibuat oleh Pemuda negeri.

“Tetapi Pemuda negerti belum membuat sebarang keputusan dalam perkara tersebut,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan yang menyatakan ketiga-tiga sayap di bahagian Besut menyokong Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar.

Rosli dilaporkan berkata, pemimpin Umno negeri membuat sokongan itu dalam satu majlis di Kuala Terengganu Sabtu lalu.

Mahadi berkata, ketua Puteri Besut Che Senah Sulaiman tidak hadir di majlis tersebut kerana baru bersalin.

“Saya membuat pendirian di majlis tersebut bahawa di peringkat bahagian, Pemuda Umno Besut menyokong Idris.

“Tetapi di peringkat Pemuda negeri, saya menyokong apa juga pendirian pergerakan itu (nanti),” katanya.

Bagaimanapun, katanya, walaupun menyokong Idris, tetapi beliau menafikan laporan Bernama hari ini yang menyatakan bahawa ketiga-tiga sayap di Besut tidak menyokong kepimpinan badan perhubungan Umno negeri itu.

Idris antara 18 ADUN BN Terengganu yang tidak menyokong Ahmad sebagai menteri besar.

Sementara itu, Rosli ketika dihubungi berkata, Mahadi sedang berada bersamanya dan meminta Malaysiakini bercakap sendiri dengan Mahadi berhubung perkara tersebut.

Beliau kemudiannya menyerahkan telefon kepada Mahadi untuk memperjelaskan perkara tersebut.


Rabu April 22, 2009
Tiga sayap Umno Besut nafi sokong Ahmad Said

BESUT: Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Besut hari ini menafikan kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan bahawa ketiga-tiga sayap parti itu menyokong kepimpinan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Mereka juga dukacita dengan tuduhan oleh Rosli dalam laman web berita Malaysiakini semalam bahawa Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh sebagai perancang sehingga berlakunya kemelut politik di Terengganu sekarang.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Besut, Mahadi Musa berkata kenyataan Rosli itu satu pembohongan dan sengaja dibuat bagi menjatuhkan imej Idris dan Umno bahagian berkenaan.

Beliau berkata ketigatiga sayap parti itu sentiasa berdiri teguh di belakang Idris dan tidak menyokong kepimpinan Badan Perhubungan Umno Negeri sekarang.

"Kita kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri mengenai perkara tersebut," katanya.

Pada 14 April lepas, 10 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak menghadiri persidangan Dewan Negeri kerana mendakwa keselamatan diri mereka terancam.

Tindakan Adun itu berikutan khidmat pesanan ringkas (SMs) berbentuk ancaman yang diterima Adun Ajil Datuk Rosol Wahid, Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), dan Zakaria Abdullah (Paka) berhubung kemelut politik di negeri ini.

Pengiriman SMS itu dipercayai ekoran daripada kenyataan Menteri Besar untuk mengambil tindakan tegas termasuk memecat Adun BN jika mereka membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau pada persidangan berkenaan. BERNAMA

2 comments:

poksu said...

Salam hormat!
Banyak info politik disini.. harapan saya apa yang dipaparkan adalah benar dan tidak yang tidak benar melainkan benar belaka.....

penawarrindu said...

Teruskan Pok su- Hidup blogger Hulu Terengganu