Apr 14, 2009

Rakyat tuntut janji PRK 036 : MANA JANJI ???

Dalam kekecohan isu ugutan bunuh ADUN melalui sms oleh seorang yang di dakwa dari pegawai kanan PTN Terengganu dan isu usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, tetiba saya menerima satu email dari Kak Ain Cendering menyertakan beberapa keping gambar kepada saya.
Tajuk email beliau rakyat di tipu lagi.Sehari sebelum hari pembuangan undi di Kuala Terengganu Khamis 15 jan 2009, Timbalan Perdana Menteri (Ketika itu) Najib Razak telah merasmikan majlis pecah tanah tapak 1200 rumah PPRT berhampiran Kuaters Perikanan di tepi Bukit Cendering.
Majlis yang asalnya dijadualkan bermula jam 5.00 petang telah berlarutan hingga jam 6.30 baru lah nampak kelibat Najib dan Calon BN diiringi beberapa polis trafik.


Dalam ucapan majlis tersebut, Najib berjanji 1200 unit rumah tersebut akan dibuat serta merta, maka tersengeh lah Pak Su Man dan mak Su Jah, percaya kepada orang yang berjanji itu.Masakan tidak percaya, selama ini JKKK yang berjanji, kini orang no.2 Negera dan orang no.1 negeri yang datang.

Hampir jam 7.00 barulah majlis tersebut selesai, semua yang hadir membawa bungkusan air kotak dan kuih kering, paling kurang 5 bungkus seorang, minuman dan makanan yang disediakan banyak tak habis kerana kehadiran penduduk setempat diluar jangka.Anggaran awal kehadiran adalah sekitar 300, namun kehadiran sebenar adalah 67 orang sahaja, walupun 500 kad jemputan diedarkan dan lebih 350 berjanji untuk hadir.
Kini, orang n0.2 yang berjanji itu sudah menjadi orang no.1, Pilihan raya kecil Kuala Terengganu pun dah 3 bulan berlalu, sementara orang orang no1 negeri semacam tergugat kedudukanya kini , janji hanya tinggal janji, semua yang hadir, yang nama dicatat, yang isi borang yang mengundi BN, yang kempen BN "terlopong" dek "bahan Kecek" Oleh Najib dan Mat Said.





-Mana Janji????

9 comments:

kepokgondle said...

umno selamanya menipu rakyat;heran masih ada yg percaya...kesian.!

Lebai Kedah. said...

Umno kalah di kuala Terangganu. Kalah ertinya janji itu tidak dipercayai. Dibuktikan dengan undi yang menyebelahi pembangkang. Sepatutnya tuntutlah kepada pihak yang menang di kawasan parlimen itu.

kepokgondle.
yang menipu bukan umno tetapi pemimpin terangganu. Zaman Pas perintah mereka di tuduh tak tunai janji dan hal yang sama ketika UMNO perintah. Pokoknya terletakdi tangan pemimpin Terangganu.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Bagus-bagus.... baru ada orang respong dengan tulisan dema yang tah apa-apa. Satu peningkatan.Teruskan lagi usaha.... Hahaha.....Takbirrrrrrrr.........

BungaCinta said...

Respon tak penting, yang pasti nya tuan telah menyampaikan satu maklumat yang tidak disiar oleh media dan blogger lain , puan, Bongkar terus bongkar....hidup blogger muslimat.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Jom......tengok sidang dun http://www.terengganu.gov.my/maxc2020/portal/cms/ikon/pengumuman.php?fromindex=index.php&cid=1&langid=1&page=1&id=341

kepokgondle said...

Aduhai pak lebai...! siapa yg berjanji ni ? hang janji hang kena buatla..projek kerajaan plaktu. Tolong tengok fakta dulu, zaman pas dulu depa dah buat mcm-mcm tapi umno khianat rompak royalti dr rakyat Ganung lepaih tu bahagi sesama depa mcm harta ghanimah. Laa ni sebok mintak balik royalti tu...tak cukup makan letu..!

Anonymous said...

jauhnya.....dari kedah sampai sini........tadbir la dulu negeri sendiri elok2....rakyat duk tunggu kehebatan hangpa tadbir.....ini sisa-sisa duk guna hasil pemerintahan terdahulu........hang..hang..hangg....hang apa?......kepalahotak hanggggggggggggg..............

kepokgondle said...

huk aloh...bodonye..sisa utang adela.bajet defisit dah berbelas tahun. mung makang kami kene bayo...jenih org gape gining.!

Mek Yah said...

Jenih Ulo ke Bewok due due lidoh cabang.