Apr 16, 2009

ORANG INI SAHAJA YANG MENYOKONG UMNO

Pilihanraya kecil Bukit Gantang , Bukit Selambau dan Batang Ai pada 7hb April 2009 telah berlalu. Keputusannya Pakatan Rakyat menang di dua bukit, tewas di Batang Ai. Rumusan bolehlah dibuat, saki baki mereka yang menyokong Umno di negara kita ialah;

1.Orang yang bodoh
2. Mereka yang berada di pendalaman yang tidak dapat ekses maklumat selain daripada TV dan akhbar perdana
3.Ustaz pengampu dan mata duitan (ustaz dollar and sen)
4.Peniaga yang ada kepentingan kontrak kerajaan
5.Orang miskin yang jahil
6.Orang yang tidak hadir ke kuliah agama
7.Orang yang keras hati dan buta hati
8.Nasionalis Melayu totok
9.Kaki pengampu
10.Orang yang suka budaya rasuah politik.
11.Orang yang tidak berminat ke surau dan masjid
12.Orang yang berjiwa hamba (jiwa kerdil)
13.Orang yang merasa sudah berada di zon selesa.
14.Orang yang longgar pegangan agama
15.Orang yang suka mendedahkan aurat.
16. Orang yang jauhkan diri dengan ulama’ yang muttaqin.
17.Orang yang suka kepada program munkar.
18. Orang yang memisahkan diri dengan kehidupan akhirat.

12 comments:

hasbul said...

setuju!!!

Keyroll said...

x baik fitnah org... tuduh mcm2.... mcm nie ka org islam... jangan na pandai2 jer.... selidik dulu br na wat satement

malayamuda said...

sokong...

dua lagi....

orang melayu yang racis
orang yang angan angan nak jadi melayu aka mamak

Anonymous said...

Sokong 100%.
Melayu yang menyokong UMNO adalah Melayu yang ketinggalan zaman.

UMNO - Dulu, Kini dan Selama-lamanya Korup!

adik altantuya said...

betul betul betul...saya org bkt gantang memang confirm golongan itu taksub dgn BN, mereka menganut dasar bodo sombong langsung tak dengar cakap...siap maki org lagi.

Zanie said...

Teringat kata bekas seorang guru besar yang berjaya melanjutkan tempoh berkhidmat selama dua tahun lagi, sewaktu bersembang dengan saya di kantin sekolah.. katanya, hanya ada dua golongan yang masih menyokong UMNO;
1. golongan orang bodoh
2. golongan orang jahat

Benarlah, seperti kata penulis pun!

Anonymous said...

Nothing is 100 % .we give some tolerence.

You get distinction.


truth seeker

Anonymous said...

heheheehe btol la tu.

kesian...

Cikgu USM said...

Kritiklah apa pun tetapi berpada. Ilmu setiap manusia adalah anugerah allah. Yang maha bijaksana adalah miliknya. Menghina sesama islam bukan ajaran nabi. Teguran nabi amat beradap. Tetapi sisipan cikgu tidak berunsur didikan. Malang. Munafatkanlah ilmu cikgu untuk mendidik masyarakat.Tanpa cercaan, tanpa sagat menyagat kita tetap guru biarpun telah menyundur. Guru tidak pernah menjadi pendidik yang mencerca diluar batas kesopanan.

'manakan sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu'. Blog cikgu akan lebih ramai dilayari jika gaya bahasa dan sudut pandangan berbudaya tinggi biarpun aliran politik cikgu condong ke arah PAS.

Dalam UMNO ada manusia jahil. Dazlam PAS juga ada manusia jahil. Juga dalam PKR. Ketemadunan pemikiran adalah ilmunya bukan parti.

Salam ilmu.

Wak Moris said...

Penawarindu.

Penawarnya tak ada. Racunnya amat terasa sekali.

Kok sombong bangat. Nota anda menyogok banyak kejahilan. Pastinya anda sedia maklum bahawa sombong itu ikut-ikutan iblis. Tuduhan anda liar sekali. Ngak bagus dan ghoblok sekali jika anda golongkan sesama islam (kerna kelainan partai siasah) sebagai kurang mertabatnya, gitu. Arasnya rendah. Bodoh. rahsuah. Buruk segala. etc.

Pokoknya siapa kamu? Siapa kita? kita hanya sekadar hambaNya. Jika sombong maka jadilah iblis. Azizil tidak lagi menghuni syurga Allah kerana kesombongannya. Dia merasai bahawa dia lebih mulia daripada Nabi Adam. Dia merasai kejadiannya hebat tetapi dia lupa siapa penciptaNya.

A'auzubillah. Yok, kita kembali ke pangkal. Jaga dan baiki hati. Baiki lidah. Moga kelak saya tidak disoalNya kerana tidak menegur anda. Saya mohon ampun jika saya tersilap. Assalamualaikum.

Wak Moris said...

ralat:

Betulnya Azazil bukan Azizil.

Lanjutan membaiki keralatan, wak teringat.... 'bahawa Allah menghina seseorang manusia itu dengan mencabut rasa malu darinya'.Wak mohon agar wak sentiasa dilindungi Allah untuk dapat menotai segala yang baik-baik sahaja. Amin.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Terima kasih dengan cercaan dan hinaan penawar rindu.

1.Orang yang bodoh - Dari dulu sampai sekarang berapa buah dah universiti yang ada dekat malaysia semasa pemerintahan kerajaan barisan nasional dan berapa orang yang dah dihantar oleh pemerintahan kerajaan sekarang ke universiti-universiti luar negara yang berada ranking universiti utama dunia.

2. Mereka yang berada di pendalaman yang tidak dapat ekses maklumat selain daripada TV dan akhbar perdana. - Saban hari ada promosi untuk menggalakkan rakyat di pedalaman supaya dapat menggunakan segala kemudahan media internet di bawah kerajaan sekarang. Saya tak nampak usaha ini dilakukan oleh parti pembangkang. Tahu pakai aja ke?.......waima kemudahan yang saudari guna ini..hasil dari perjuangan pemimpin mana....bukannya nak riak dan takbur..just supaya saudari sedar diri....

3.Ustaz pengampu dan mata duitan (ustaz dollar and sen). - Orang yang mengaku diri mereka baik adalah orang yang takbur dengan keperibadian mereka sendiri dan beranggapan mereka kurang melakukan dosa. Bila ya saudari nak minta ampun dari ustad-ustad nii?. Mungkin ustad dan ustazah saudari sendiri semasa disekolah rendah dan menengah. Tergamaknya saudari menghina ustad dan ustazah saudari sendiri... Wanauzubillah. Moga saya dijauhi dari sifat saudari ni.

4.Peniaga yang ada kepentingan kontrak kerajaan. - PAS juga akan berkelakuan demikian jika sudah dapat memenangi negeri.

5.Orang miskin yang jahil. - Setahu saya ramai dikalangan orang miskin adalah dari ahli parti pembangkang yang taksub dengan parti itu. Dan mungkin bantuan dari kerajaan tidak sampai kepada mereka samaada menolak bantuan tersebut.

6.Orang yang tidak hadir ke kuliah agama. - Jika hendak berguru seeloknya bergurulah dengan guru muktabar yang ada salasilah guru yang terdahulu.

7.Orang yang keras hati dan buta hati. - Sifat membangkang pada hemat saya akan membuatkan seseorang itu menjadi seorang individu yang keras hati.Jika dilihat dari sifat membangkang..sudah lebeh dari 50 tahun iaitu semenjak merdeka lagi membangkang. Sifat ini ditanam mungkin diasuh dari peringkat pasti lagi bagaimana untuk menjadi pembangkang sejati. (Hard Core) Pembangkang tegar. kalaupun orang-orang menjadi pembangkang...itupun baru aja belajar nak jadi keras hati ( membangkang. Mana sama orang yang dah berpuluh tahun membangkang dengan orang yang dah lama membangkang ( keras hati)....misti keras hatinya luar biasa.... *Siapa yang keras hati disini?..

8.Nasionalis Melayu totok. - Anda kena menambah ayat "Islam" sebab rata-rata melayu di malaysia adalah melayu islam. Adakah anda terdiri dari bangsa lain. Melayu jugakkan tapi terperasan dah jadi bangsa arab agaknya....

9.Kaki pengampu - Blog dari pembangkang saya lihat lebeh kuat mengampu rakyat jika dibandingkan dengan blog pemimpin-pemimpin dari umno untuk mempengaruhi mereka supaya mereka dapat undi yang lebih.

10.Orang yang suka budaya rasuah politik. - Sepatutnya saudari keluarkan satu artikel apa itu budaya rasuah.

11.Orang yang tidak berminat ke surau dan masjid.- Kalau parti membangkang suka ke masjid ke surau..kenapa masih lagi kosong masjid-masjid yang ada..waima masjid-masjid di negeri parti yang diperintah oleh PAS sendiripun saya rasa. Saya pohon saudari penawar rindu bagi saya beberapa contoh masjid dan surau yang ada dekat malaysia pada setiap kali sembahyang fardhu orangnya berlari-lari kesana..... untuk saya merasai sendiri suasana tersebut. Masjid Rusila?....penuh ke setiap kali sembahyang fardhu sama seperti suasana sembahyang jumaat?...kalau sembahyang jumaat mana-mana masjid pun begitu waima masjid kerajaan....di masjid rusila ketika hari jumaat saya rasa orang yang datang itu adalah dari kawasan lain yang ramai. Rujuk balik tentang solat jumaat. Adakah anda pasti ketika bersolat jumaat disitu adakah benar-benar cukup 40 orang dimukim tersebut yang menepati syarat-syarat sah solat jumaat. Dibimbangi lebeh ramai orang luar yang datang kesitu dari orang yang bermastautin dimukim tersebut. Saya tak kata solat disitu tak sah tapi ianya menimbulkan keraguan saya. Jadi macammana mana hukum solat tersebut.

12.Orang yang berjiwa hamba (jiwa kerdil). - Kita kann hamba...adakah anda rasa anda lebeh dari hamba di muka bumi ini...

13.Orang yang merasa sudah berada di zon selesa.- Saya rasa orang-orang umnolah berkorban diri untuk membuat rakyat hidup selesa.

14.Orang yang longgar pegangan agama. - Terima kasih dengan cercaan ini. Setahu saya, orang yang merasa diri dia sempurna itulah yang bermasaalah. Maknanya disini saudari dan ahli-ahli PAS merasa kuat dengan pegangan agama dan warak.....dan orang lain tidak kuat pegangan agama...begitu....

15.Orang yang suka mendedahkan aurat. - Cuba anda lihat sendiri blog ini yang mana seorang wanita yang memakai topi dengan memegang bendera pas..tidak perlu pergi jauh untuk membuat rujukan. ASdakah gadis tersebut menutup aurat? Adakah gadis tersebut ahli umno? Lu pikirlahh sendirii.............pinjam kata-kata nabil...:)

16. Orang yang jauhkan diri dengan ulama’ yang muttaqin. - Siapa ulamak muttaqin..boleh bagi contohnya..

17.Orang yang suka kepada program munkar. - Jika dilihat dari crowded orang yang menghadiri program-program yang saudari sangka itu....senanglah kerajaan sekarang untuk meraih undi termasuk 5 negeri yang kalah...jadi mereka-mereka ini kemana? Saya rasa mereka ini mengundi untuk parti lain....kalau tak macammana boleh kalah 5 negeri tersebut.

18. Orang yang memisahkan diri dengan kehidupan akhirat.- Bagi contoh yang lebih terperinci....maknanya orang yang seperti saya ni tak sembahyang..tak berpuasa dan sebagainyalah....Terima kasih sekali lagi....bila ya awak nak mintak maaf dengan saya....

* Saya memohon banyak-banyak kemaafan dari saudara penawar rinduku jika ada tulisan-tulisan saya ni mengganggu ketenangan saudari.