Oct 24, 2009

Pro Umno dan Kerajaan Perpaduan.EGM Pas

Mursyidul Am PAS melalui blognya menyarankan agar PAS muktamar Khas
acam Umno dan Mca bagi mengembalikan keyakinan ahli kepada pimpinan tertinggi.Semalam beliau mengesahkan bahawa tulisan tersebut memang dari beliau dan dengan sinis berkata " nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat...."

Isu ini timbul apabila Dr Aziz Baru melalui tulisannya mengelarkan beberapa nama dalam pimpinan PAS sebagai pro umno dan menyokong kerajaan Perpaduan.

pandangan:

1. Kenapa Mursyidul Am PAS boleh menggunakan tulisan Dr Aziz Bari bagi melahirkan cetusan idea untuk Muktamar PAS.

2. Selepas keputusan mesyuarat Pusat mengambil ketetapan bahawa isu kerajaan telah ditutup, malah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri telah mengelurakan kenyataan bahawa sesiapa ahli pas yang menimbulkan isu UG akan diambil tindakan disiplin.Selepas itu tiada pun pimpinan tertinggi yang bercakap dan mengeluarkan kenyataan tentang UG, malahan Mustaffa Ali selaku setiausaha Agong PAS terus bertegas bahawa isu UG sudah di tutup rapat.Saya rasa hairan kenapa Tok Guru boleh kata isu kerajaan UG sekejap hilang sekejap timbul.Siapa yang menimbulkan nya?

3. Sebagai Mursyidul Am, Tok guru patut jemput mereka-mereka seperti Presiden, TP, Su dan lain-lain minum teh di JKR 10.Sebut baik-baik, kenapa Tok Guru tetap menggunakan blog sebagai wasilah untuk memarahi sesama PAS. Paling komang pun telefon ke, sms ke.

3. Apa kah Tok Guru lebih percaya dengan Aziz Bari daripada AJK Pas Pusat?

4. Sebagai Mursyidul Am PAS, tok guru kata dia tidak suka bila presiden dan parti dia ditegur tanpa berbuat sesuatu, patut benar ke dengan berbuat sesuatu itu melalui blog? apakah menegur sesama sendiri melalui blog merupakan satu penyelesaian mengikut Islam?

5. Siapa sebenarnya pemegang password blog tok guru?

6. Dulu menggunakan akhbar dan Tv untuk menegur sesama sendiri.

Saya tidak sekali kali mempertikaikan kewajaran EGM tersebut, tetapi saya mempertikaikan cara ianya dilontar, cara ianya disampaikan.

8 comments:

Anonymous said...

besar sgt ker pangkat ctkay ni dalam pas jika dibandingkan TGNA?

hebat sgt ker ibadah ctkay ni jika dibandingkan ibadah TGNA?

mantap sgtkah ilmu haraki dan pengurusan negeri yg dimiliki ctkay ni jika dibanding dengan ilmu TGNA?

setidak2nya TGNA telah memerintah Kelantan 20 tahun, ctkay memerintah apa dlm 20 saat yg lepas?

penawarrindu said...

Tolong huraikan 6 perkara yang saya sebenar menjadi keliru.
Kalau anda betul betul faham dengan 6 soalan yg dikemukakan itu...saya minta jelaskan je, saya tak pernah kata saya hebat.

Sehina-hina TGHH, sesingkat TGHH Memerintah Terengganu, beliau telah berjaya meminda undang-undang tubuh kerajaan Terengganu kepada Islam...bukan kah itulah matlamat Perjuangan ini? Sendiri mau Fikir.....

Ramli Abdul Halim (Melikapakjangak) said...

Dalam soal memberi teguran, peringatan dan meminta penjelasan apa yang tidak jelas, jangan nak soal dan bandingkan pangkat orang yang menegur dengan yang ditegur.

Kenapa Allah takdirkan si tempang tegur Umar yang bengkeng walhal orang yang bijak dan gagah perkasa ramai lagi ketika itu, termasuk sahabat yang dijamin ahli syurga masih hidup di kala itu.

Tujuannya adalah untuk menunjukkan kepada kita bahawa asalkan nampak kesilapan, maka semua orang boleh buat teguran. Orang tempang tu kalau dirujuk kepada orang sekarang adalah kalangan yang yang lebih tidak berilmu dari orang yang ditegur menegur orang yang lebih berilmu, lebih berpangkat dan lebih berdarjat.

Lag pun Ustazah CTkay bukan seorang yang tidak berpelajaran, beliau menerima pendidikan sekolah agama dan berijazah, malah pernah jadi guru, maknanya beliau bukan dari jenis tamada atau capera jugaklah.

Hebat ke tidak amal ibadah ni tidak boleh dinilai oleh sesama manusia kerana ianya berkaitan dengan niat serta ikhlas atau tidak. banyak beridah kerana riak atau kerana nak suruh orang kata kita alim tak semestinya amal ibadah yang dibuat itu boleh pahala. Bukankah Neraka Wil disediakan untuk orang yang sembahyang tetapi lalai dan riak?

Menjadi MB bukannya payah pun. Semuanya pegawai yang sediakan. Hal politik diuruskan oleh Setiausaha Politik, ucapan disediakan oleh Setiausaha Akhbar,Urusan dengan pegawai-pegawai kerajaan diuruskan oleh Setiausaha Sulit, hal-hal lain diuruskan oleh Setiausaha Khas di samping di pejabat MB ada pelbagai pegawai, disamping ada pelbagai jabatan yang membantu.

Bagi saya menjadi peniaga etak lagi lebih payah dari menjadi MB kerana sebagai penjual etak segala-galanya kena buat sediri.

Sekarang ini Pas ada masalah dalaman yang perlu dipulihkan segera sebelum ianya menjadi lebih parah. Rakyat selaku pengundi perhati apa yang berlaku. Kena usahakan pendamaian, guna pendekatan Islam. Tuduh menuduh dan saling tohmah menohmah dan prasngka tidak akan dapat selesaikan masalah, sebaliknya ianya akan menambah-burukkan lagi keadaan.

Tok Guru Nik Aziz memang kita ketahui tahap ketokohannya. tetapi beliau tetap manusia yang tidak maksum. Syaitan dan iblis yang menggodanya bukan dari kelas tamada. Mungkin apa yang tercatat dalam blognya bukan beliau sendiri yang tulis tetapi ada tangan lain yang mungkin ada niat tertentu yang dianggap baik untuk Pas tetapi boleh membawa padah.

Kalaulah catatan yang menimbulkan pertikaiannya itu bukan tercatat dalam blog Tok Guru Nik Aziz, ianya tidaklah akan membawa padah dan musibah kepada Pas. Catatan itu boleh menjadikan Pas berpecah dua antara yang pro Tok Guru Nik Aziz dan yang pro Tok Guru Haji Hadi serta tokoh-tokoh yang disokong pengguguran mereka dari kepimpinan Pas.

cucu datok gaong said...

salam & hello anon 24/10/09 1:21 PM,

dalam hal ni, cuba tengok dengan mata hati cerita-cerita dongeng orang dolu2 i.e. specifically, NUJUM PAK BELALANG & SINGAPURA DILANGGAR TODAK akan sendirinya menjawab lontaran2 idea yang dikemukakan oleh blog's owner provided view with an open mind.

anyhow, it's good to differ in opinion kerana ia adalah sebenarnya proses memuliakan akal, dok gitu weih?

Anonymous said...

kenapa TGNA bleh memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun dan kenapa TGHH x bleh memerintah Terengganu selama TGNA memerintah? kenapa TGNA lebih berperngaruh daripada TGHH? kenapa masyarakat bukan Islam pun Undi PAS di Kelantan? adakah TGNA tidak memperjuangkan islam di Kelantan dan kenapa beliau bleh kekal sampai sekarang? ingatlah TGNA permata bagi PAS dan apa yang ingin disampaikan oleh TGNA adalah untuk kebaikkan Islam dan PAS.

Mawarjingga said...

Bukan soal memerintah lama atau sekejap. Omar Ibni Aziz hanya memerintah 2 tahun lebih sahaja, tetapi pelaksaan islam yang menjadi matlamat.

Saya juga pelik kenapa yang memberi komen tidak menghuraikan 6 perkara yang di kemukakan oleh Kak Siti.Saya pun keliru sangat2 dengan 6 perkara tersebut.

Terimalah.

Anonymous said...

ctkay menyamar jadi mawarjingga plak.

"Saya tidak sekali kali mempertikaikan kewajaran EGM tersebut, tetapi saya mempertikaikan cara ianya dilontar, cara ianya disampaikan."

hebat sgt ke ilmu ctkay ni?

nak tahu tentang 6 perkara tersebut, semak dirimu dulu samada dah ada ciri daei dan ciri muslimah sejati.

Anonymous said...

"siapa pegang password TGNA"? tanya ctkay.

siapa pegang tali bra ctkay?