Oct 25, 2009

Sah !!! Memang mereka ini Pro Umno

Pro Umno, itulah istilah yang digunakan oleh Dr Aziz Bari dalam tulisan beliau.Mungkin ungkapan pro-umno adalah kesinambungan kepada pro UG sebelum ini. Ketepatan istilah tersebut perlu lah di rujuk kepada mereka yang mencipta istilah-istilah diatas tadi.

Saya mempunyai maksud dan pentafsiran saya sendiri didalam menyebut istilah pro umno.Saya sendiri telah juga mempunyai senarai mereka-mereka yang sangat proumno, sangat lunak dengan Umno dan dalam masa yang sama mereka ini menikam Pakatan dari belakang.

Bagi saya tiada keraguan lagi antara mereka berempat yang selama ini sentiasa berpura-pura dan mengambil peluang dan kesempatan untuk bersama sama umno.

Sah dan nyata, hanya anda semua tertipu dengan gelagat mereka.


1) Osman jailu dan Jamaluddin Mat Radzi di Perak. Mereka belum lagi menyertai umno tetapi mereka berdua proumno.Kerana mereka berdualah maka tersungkurnya kerajaan Perak , gugurnya seorang Menteri Besar dari Parti Islam Semalaysia.Angkara siapa? angkara Nasaruddin Mat Isa kah? angkara Mustaffa Ali kah atau kerana kerja jahat Hassan Ali? Kedua dua yang proumno tersebut bukannya dari PAS, ianya dari PKR. Orang Pas tidak mengkhianati Pakatan di Perak, Ustaz Naza , Mustaffa Ali dan Hassan Ali tak lobi pun Osman Jailu dan Jamaluddin Mat Radzi untuk lompat dari PKR dan menjadi proumno.

2) Manusia ketiga yang mengesahkan dirinya pro umno adalah Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan, Dato' Paduka Ibrahim Ali.Beliau menang kerusi tersebut dengan ihsan Tok Guru Nik Aziz yang mengizinkan beliau menggunakan lambang PAS.Lalu beliau menang besar.Beliau kemudian tidak bersama PAS tetapi menjadi proumno.

Bukan orang yang bernama Nasaruddin Mat Isa, atau insan yang bernama Mustaffa Ali atau bukan Juga Hassan bin Ali yang melobi kepada Tok guru supaya ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS sehingga kita sanggup korban kan Ustas Ismail Noh( kerana menang menjadi matlamat)Tidak tahulah apa yang terjadi sekiranya parlimen Pasir Mas itu di Terengganu.

3)Seterusnya anggota Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Kedah, Mohd. Radzhi Salleh bukan hanya setakat menjadi pro Umno tetapi telah jelas menjadi Adun Umno.Bukan Nasaruddin Mat Isa yang menggoda beliau, bukan juga pujukan Mustaffa Ali malahan Hasan Ali tidak merayu beliau untuk bersama Umno.Beliau juga bukan lah dari PAS, beliau adalah dari PKR sebuah parti yang dipimpin oleh pemimpin agong dan berjiwa Besar Dato' Seeri Anwar Ibrahim.

Ini lah yang jelas dimata apabila menggunakan ungkapan Pro Umno.Sekiranya masih ada pembaca dan pengunjung masih tidak faham dan tidak boleh menerima yang ke empat-empat mereka ini pro umno maka tiada upaya lah untuk memaksa berbuat demikian.

20 comments:

Tokselampit said...

Nak minta tolong Aziz Bari semak berapa ramai lagi YB PKR yang pro umno, lepas itu PKR buat EGM atas arahan Anwar Ibrahim untuk pecat Syed Husin Ali( sosialis) dan Azmin Ali.Selamat EGM PKR,

Anonymous said...

betulkan pas dulu.
jgn jaga tepi kain orang

hapuskan pro umno dlm pas dulu. bermuka-muka. khuatir jatuh munafiq.

Anonymous said...

Nama-nama yang tuan sebut itu semua benar dan tepat belaka. Adakah tuan tahu apa yang terjadi selepas pru-12 lalu pada mac 2008 yang membawa kepada isu muqabalah dan kerajaan perpaduan.Siapakah orang Umno yang bawa Hasan Ali jumpa Khir Toyo untuk bentuk kerajaan Pas -Umno di Selangor?

Adakah Man Jailu dan rakan-rakannya?Sudah tentu tidak. Siapa mereka ? Sudah tentu nama-nama yang telah di sebut Tok guru dalam blognya.Adakah tuan tidak percaya bahawa memang benar ada pakatan untuk bentuk kerajaan campuran di Selangor selepas mac 2008? Inilah puncanya wujud kumpulan pro Umno dan sehingga sekarang walupun dah tutup buku.

al-brangi Online said...

salam,

nak komen pun, tempoh 'berpantang' belum habis lagi

Kelingputih said...

Inilah fahaman yang menjadi rosak apabila pertemuan itu sudah dianggap bersedia untuk bergabung, pertemuan tersebut juga dihadiri oleh Khalid Samad dan bukan nya Hasan Ali. Bertemu itu untuk mendengar bukan nya sudah terima, itulah salah faham yang nyata dan jelas.Sebenarnya pertemuan tersebut kalau dilibatkan Husam Musa, Dr.Dzul dan Kamaruddin Jaafar sudah tentu ianya tidak menjadi isu ...

Anonymous said...

Keling putih,,

nak bertemu boleh..tapi jangan curi2 jumpa..org kata nanti pencuri masuk rumah..ada faham!

DIHAW DBA said...

aku tak setuju dgn yg ini:
Inilah fahaman yang menjadi rosak apabila pertemuan itu sudah dianggap bersedia untuk bergabung, pertemuan tersebut juga dihadiri oleh Khalid Samad dan bukan nya Hasan Ali. Bertemu itu untuk mendengar bukan nya sudah terima, itulah salah faham yang nyata dan jelas.Sebenarnya pertemuan tersebut kalau dilibatkan Husam Musa, Dr.Dzul dan Kamaruddin Jaafar sudah tentu ianya tidak menjadi isu ...

kenapa bertemu curi2...

DIHAW DBA said...

Contoh seperti yang berlaku di Selangor. Peristiwa `rundingan dalam kelambu' bersama Umno tatkala PR baru mengambil kuasa di Selangor menjadi kudis buat PAS. Kudis itu dibiarkan terus oleh pimpinan tertinggi PAS sehinggakan kudis itu semakin merebak. Apabila kudis itu cuba diubati dengan rawatan yang salah, pastinya kudis itu tidak akan sembuh. Sebaliknya semakin dirawati dengan rawatan yang salah, kudis itu merebak dan semakin berani. Mereka gagal berbohong dengan isu `rundingan dalam kelambu', mereka menukar cara yang lain pula. Kerajaan PR di Selangor terus diganggu dengan alasan untuk meng`Islam'kan Selangor. Kesempatan terus diambil jika terdapat isu yang boleh mereka ambil kesempatan. Sehinggakan di dalam isu Selcat pun, PAS Selangor mahu menunjukkan gagahnya mereka membela puak-puak penyeleweng yang dulunya pernah memijak kepala PAS itu sendiri. Mereka tidak percaya rakan mereka dalam PR boleh berlaku adil dan telus selain dari mereka.

Di dalam Muktamar PAS baru-baru ini pun, terdedah bagaimana pemimpin PAS berusaha untuk bersama Umno di Perak setelah menyedari mereka berpeluang untuk menjadi MB Perak jika bergabung dengan Umno. Itulah yang terjadi di Selangor dan itulah kudis PAS sebenarnya. Sikap membiarkan pemimpin seperti ini menjadikan kudis itu merebak sehingga kini menjadi kudis buta yang amat merbahaya. Bencana awal akibat kudis buta ini dapat dikesan setelah pilihanraya kecil di Manek Urai sehingga PAS hampir terduduk. Masih pimpinan tertinggi PAS gagal berbuat apa-apa, sehinggalah penyakit ini berjangkit pula di Bagan Pinang. Di Bagan Pinang, PAS mulai merasa betapa gatalnya kudis buta yang disimpannya selama ini.

Suka atau tidak, kudis buta ini mesti dirawat segera. Mursyidul Am PAS punya kaedah untuk merawatnya tetapi beliau tidak mampu berseorangan. Maka beliau mengharapkan semua ahli PAS membantunya terutama di peringkat pimpinan. Malangnya, baru Mursyidul Am menyebut kaedah rawatan yang boleh dibuat oleh PAS, beberapa pemimpin menolaknya dengan angkuh dan sombong dengan menyebut kononnya PAS tidak pernah berpenyakit. Pada Mursyidul Am, jika PAS di ibaratkan seperti jasad manusia, sebelah kaki PAS kini berpenyakit kudis buta. Kaki yang berpenyakit itu perlu dipotong segera agar tidak melarat ke serata tubuh badan sehingga boleh membawa ajal. Bukan tidak sayang kepada kaki yang ingin dipotong itu, tetapi demi untuk menyelamatkan jasad yang lain kaki yang berkudis buta itu terpaksa dikorbankan.

Mursyidul Am tidak memaksa untuk diadakan kaedah rawatan itu. Beliau cuma mencadangkan sahaja. Sekiranya pimpinan PAS merasakan kaedah itu baik, maka lakukanlah. Jika tidak, carilah kaedah lain asalkan kudis itu boleh dirawati. Tetapi jika masih sayangkan kepada kudis buta itu, bersedialah kita untuk dikuburkan sepertimana kita ingin menguburkan Umno. Kalaulah Almarhum Ustaz Fadzil masih ada............../

ABDUL WAHUD said...

Sahabatku yang dirahmati Allah.
Kejadian pertemuan sulit, pertemuan dalam selimut sudah lama berlalu dan semua telah mengambil ketetapan bahawa tidak akan mengungkit-ungkit lagi hal-hal itu.Kenapa timbul semula? kenapa? tentu ada sebabkan? saya setuju dengan telahan ada orang menggunapakai konsep pecah dan perintah.

Anonymous said...

ABDUL WAHUD said...
Sahabatku yang dirahmati Allah.
Kejadian pertemuan sulit, pertemuan dalam selimut sudah lama berlalu dan semua telah mengambil ketetapan bahawa tidak akan mengungkit-ungkit lagi hal-hal itu.Kenapa timbul semula? kenapa? tentu ada sebabkan? saya setuju dengan telahan ada orang menggunapakai konsep pecah dan perintah.


Nak tahu kenapa timbul semula?

Tanya Hassan Ali yang gatal mengkritik kerajaan PR di bawah Khald Ibrahim. Kenapa tak guna saluran tertentu seperti mana puak UG meminta TGNA berbuat begitu?

Abdul Wahud said...

Nak tahu kenapa timbul semula?

Tanya Hassan Ali yang gatal mengkritik kerajaan PR di bawah Khald Ibrahim. Kenapa tak guna saluran tertentu seperti mana puak UG meminta TGNA berbuat begitu?

Jadi dengan alasan tersebut maka sah lah Hassan Ali hendak masuk umno, begitukah maksud Tuan?

Anonymous said...

jadi dengan alasan tersebut maka sah lah Hassan Ali hendak masuk umno, begitukah maksud Tuan?

Kerana perbuatan pertama yg dilakukan setelah menang di dalam pru12 ialah menemui Khir Toyo. Kemudian diikuti siri perbuatan mengkritik kerajaan PR di Selangor secara terbuka.

Dengan sikap sedemikianlah maka PR telah kecundang di Bgan Pinang.

Bagi yg melihat dengan ainul-basirah, berkilas ikan di air diketahui jantan betinanya.

Bidukberlalu said...

Sah kamu belajar Sirah, ketetapan Allah mengatasi segalanya, kamu pun tahu Bagan Pinag tu kubu BN, lagi pulak Pengarah Operasi Out Fokus, kerja jadi kacau bilau,, ek eleh,, kalah Bagan Pinang apa nak pelik di Melaka Tak de lkerusi satu pun itu tanda PJ PAS Melaka Pro Umno ke? lu punya otak sikit senget ma....

Samadpikong said...

Nabi Kalah di Medan Uhud dulu, siapa lah Pro Musryrikin ye??? atau proumno Saudi ketika itu....Hujah Akal lu.....hehehehehehe

Anonymous said...

golongan UG ibarat cacing kepanasan ler ni....

letari said...

skrg kumpulan UG dpt sokongan dari pimpinan UMNO. Tahniah.

Anonymous said...

Samadpikong said...
Nabi Kalah di Medan Uhud dulu, siapa lah Pro Musryrikin ye??? atau proumno Saudi ketika itu....Hujah Akal lu.....hehehehehehe

kebebalan tahap gaban.

setiap peristiwa ada sebab dan akibat, kekealahan perang uhud kerana pejuang barisan depan x dengar arahan Nabi Mohd s.a.w. supaya bersabar sebelum merebut ghanimah.

kekalahan PAS di Bagan Pinang kerana wujudnya pejuang palsu di barisan depan PAS yang mengingkari arahan Mursyidul Am PAS supaya jgn terpedaya dgn UMNO bersama "ghanimah" yg ditinggalkan

Samadpikong said...

Barisan Depan Di Bagan Pinang adalah Pengarah Operasi YB dr,Dzul...jgn main hentam je..dr Dzul tu hebat orgnya

Anonymous said...

Osman, Jamaluddin, Radhi, Ibrahim Ali....memang le mereka pro umno semua orang dah tahu, mereka pun dah declare macam tu....

kenapa tak namakan sahaja mereka yang pro- umno tapi masih dalam Pas/PKR?
Hah, ini yang semua orang nak tahu, bukan yang orang dah tahu.

Saya setuju, bila dah ada nama2 itu, kite sokong le Tok Guru buat EGM untuk singkirkan UG ini.

Husam tentu sokong. Sementara itu, puan jangan le alih ke isu-2 yang sudah basi....puan, orang dah beberapa pusingan di depan, puan baru nak start engin ke?

Anonymous said...

Osman, Jamaluddin, Radhi, Ibrahim Ali....memang le mereka pro umno semua orang dah tahu, mereka pun dah declare macam tu....

kenapa tak namakan sahaja mereka yang pro- umno tapi masih dalam Pas/PKR?
Hah, ini yang semua orang nak tahu, bukan yang orang dah tahu.

Saya setuju, bila dah ada nama2 itu, kite sokong le Tok Guru buat EGM untuk singkirkan UG ini.

Husam tentu sokong. Sementara itu, puan jangan le alih ke isu-2 yang sudah basi....puan, orang dah beberapa pusingan di depan, puan baru nak start engin ke?