Oct 19, 2009

Hayatilah Ucapan Presiden dengan hati yang luhur

"Ini bermakna untuk mendapatkan kemenangan, pejuang Islam mestilah terlebih dahulu berubah daripada negatif kepada positif, daripada maksiat kepada taat dan daripada perpecahan kepada perpaduan. Kekalahan yang menimpa jemaah Islam bukan semata-mata kerana kejahatan musuh. Akan tetapi juga daripada kelemahan dalam diri jemaah sendiri."


Merenungi ucapan Presiden didalam Ijtima' PAS Terengganu yang baru berlalu ini, meminta supaya kita lebih melihat kedalam. Sebagai ahli PAS, sebagai pemimpin Gerakan ini perlu sama-sama kita menilai semula dimana kedudukan kita.

Berubah daripada negatif kepada positif:



Memerlukan suatu perubahan sikap dan sifat kita sendiri, perlu suatu reformasi dan pengorbanan dalam diri individu yang terlibat dengan jamaah. Dari serendah-rendah ahli biasa sehinggalah setinggi-tinggi pemimpin yang memimpin.Kita bukan hanya perlu positif dengan dan didalam majlis majlis Gerakan semata-mata, akan tetapi positif mestilah sendiri berada didalam hati setiap penggerak Jamaah ini. Ia nya bukan sebuah lakonan atau dibuat-buat semata-mata sekadar untuk dilihat sebagai positif, akan tetapi positif itu mestilah dinilai dan dikawal disudut syariah.



Berubah daripada maksiat kepada taat:

Menyertai Gerakan Islam dalam masa yang sama masih berterus terusan melakukan maksiat adalah satu perkara yang pasti akhir merosakkan diri dan seterusnya merosakkan Jamaah. Membiarkan maksiat berada didalam hati tanpa berusaha untuk menanggalakannya. Malahan lebih dasyat lagi memungkinkan maksiat supaya menjadi halal dengan tafsiran sendiri dengan tidak berpandukan kepada syariat sebenar. Maka Tidak boleh tidak ketaatan itu juga mestilah disandarkan kepada Al-Quraan dan Hadis tanpa menggunakan akal sendiri semata-mata. Namun keterbatasanya juga mesti dijaga supaya ketaatan tersebut tidak pula menjadi sebuah ketaatan yang membabi buta.





Berubah daripada Perpecahan kepada Perpaduan:

Sebuah gerakan Islam mestilah mempunyai kejituan wehdatul Fiqr dan wehdatul Amal, tidak boleh tidak syura melalui mesyuarat dan usrah merupakan jalan terbaik kearah tersebut.Mengambil sesuatu tindakan sendiri untuk melaksanakan gerakkerja Jamaah adalah sesuatu yang sangat parah. Lebih dari itu memaksa tindakan tersebut supaya diterima oleh ahli Jamaah.Hindarkan lah sebarang pertelingkahan dalam Jamaah samada untuk Gerakan itu sendiri ataupun untuk urusan seharian dengan sesama ahli Jamaah.Ini bukanlah sekadar untuk dilihat ianya ada kesatuan tetapi yang lebih mulia adalah untuk menjadikan perpaduan tersebut satu ibadat disisi Allah S.W.T.



Ketiga-tiga faktor yang dibentangkan oleh Tuan Guru Presiden saling kait mengait dan inilah yang selalu ditekan semasa mula-mula mengenali Usrah semasa dikampus dulu.

Presiden melontarkan rangkaian tiga perkara ini pastinya berpandukan kepada pengamatan beliau didalam Jamaah sekarang.

Kita yakin Tuan Guru Presiden melihat tiga perkara ini sudah longgar dan terlalu didalam Jamaah kita ini.

Untuk itu sebagai ahli Jamaah, apa lagi yang kita mahu? Kita menyertai Gerakan ini dengan niat yang satu iaitulah mencari kerdhaan Allah, sekiranya ianya sudah melencung dari itu , ayuh mari sama-sama kita betul , di bahu kitalah amanah dan tanggujawab ini .Marilah kita bertekad untuk berubah demi mencari kemenagan Islam.Bukan untuk kepentingan diri dan individu tertentu.



Ayuh : Berubah untuk Kemenagan Islam.


4 comments:

Anonymous said...

PAS Dalam Bahaya ( 2 )...........................
Apabila saya menyatakan bahawa PAS dalam bahaya kerana ada sesuatu yang tidak kena, ramai yang menyataka saya tidak tahu perkembangan terkini PAS. Saya boleh menerima apa sahaja apa yang orang hendak kata.

Tetapi sekatang sudah ada blog yang membuat poll tentang Tuan Guru Haji Hadi yang dikatakan tidur dan sentiada keluar negara dengan satu lagi saranan agar beliau dijadikan sahaja sebagai duta diatas kekeratan beliau keluar negara.

Apa yang saya boleh katakan jika tiada angin, takkan pokok bergoyang melainkan ada yang mengoncang dari bawah. Mungkin ada yang mengata saya tidak faham apa yang belaku didalam PAS, mungkin kata-kata mereka itu benar, mungkin juga tidak.

Keangkuhan sudah mula berputik di hati pemimpin yang sudah bergelar 'Yang Berhormat' yang sudah lama diimpi-impikan. Apa tidaknya kerana selama ini sentiasa kalah jika bertanding diatas tiket PAS.

Maka lahirlah pemimpin-pemimpin yang mula menunjukkan taringnya yang selama ini disimpam. Mereka mula merasakan yang mereka sudah mempunyai pengaruh besar dikalangan penyokong PAS.

Jika beginilah sikapnya, tidak mustahil PAS akan kembali ke tahun 1978. Kesederhanaan hidup para pemimpin PAS yang ditunjukkan oleh pemimpin tertinggi PAS, tidak lagi menjadi contoh.

Maka lahirlah pemimpin-pemimpin ala Umno selepas mempunyai title Y.B atau MP. Mereka mula memainkan bermacam-macam isu kemudian menyebunyikan diri.

Apakah ini kerana kita merasakan yang kita sudah hebat, sedangkan apa yang belaku adalah ujian dari Allah s.w.t. agar kita bermuhasabah diri kita, apakah kita masih lagi bersifat PAS atau sudah bersalin kulit menjadi pemimpin ala Umno.

Adakala kerana telalu ingin menjaga hubungan dalam Pakatan Rakyat, maka kita boleh ditolak ketepi atau ketengah. Adakah kita sanggup menjual prinsip kita semata-mata mengejar kuasa secara jalan belakang.

Terdapat beberapa MP dan YB yang saya tahu mula mengatur langkah dalam usaha mengambil alih pimpinan tertinggi didalam PAS tetapi tidak dapat dilakukan lagi kerana ada halangan yang besar iaitu Tuan Guru Nik Aziz.

Anonymous said...

Apa yang saya nampak gerakkan ini menyerupai apa yang belaku pada PAS pada pertengahan tahun 80an. Dan saya akui bahawa gerakan mereka cukup teratur.

Mereka cuba melaga-lagakan antara Tuan Guru Nik Aziz dengan Tuan Guru Haji Hadi. Sedangkan Al-Quran dan As-Sunnah adalah perlembagaan tertinggi PAS, apakah kerana ingin melompat lebih jauh maka perlembagaan tertinggi PAS diketepikan.

Mereka membiarkan PAS berada didalam ketidak selesa semata-mata untuk menjaga hati Pakatan Rakyat. Mereka lebih suka menyokong parti dalam PR dalam sesuatu isu daripada mempertahankannya parti PAS sendiri.

Mungkin juga mereka merasakan inilah masa dan waktunya untuk mereka mendapat laba diatas segala pengorbanan mereka terdapat PAS.

Kerana orang-orang seperti inilah Terengganu tidak dapat dipertahankan pada PRU 11 kerana saya melihat sendiri bagaimana pemimpin peringkat bahagian cuba memperkayakan diri. Dan saya telah mengatakan sekira inilah perangai peringkat bawahan, PAS pasti tidak mempertahankan Terengganu pada PRU 11.

Tidak dinafikan bahawa Terengganu adalah kubu kuat Umno dan salah satu penyebab PAS dapat memerintah pada 1999, kerana adanya sokongan daripada penyokong Umno sendiri.

Patutkah kita memperlekehkan pucuk pimpinan dalam usaha menjaga hati Pakatan Rakyat? Konon-kononnya atas dasar semangat setiakawan, sedangkan PAS tidak pernah menikam kawan jika kita mengikut sejarah perjuangan PAS.

Apa yang belaku ialah PAS sentiasa ditikam dari belakang, ibarat madu diberi tetapi dibalasnya dengan racun. Sebagaimana yang belaku di Kedah tentang isu perobohan tempat sembelihan babi. Kedah dihimpit dari dalam dan belakang.

Percayalah........... sekira ini belaku, PAS dan Pakatan Rakyat pasti akan gigit jari. Untuk kebaikkan PAS, maka singkirlah orang-orang seperti ini pada Muktamar Pemilihan yang akan datang sebelum matlamat PAS akan menjadi lebih sukar.

Bagi saya............. mereka-mereka ini cukup faham apa yang saya maksudkan kerana penglibatan mereka yang boleh diibaratkan............. siapa makan cili, dialah yang akan merasa pedasnya............. Sayangilah PAS, sebagai wadah perjuangan Islam.

Anonymous said...

Pulok dohh...alasan ader sokmo...kluk klek kluk klek abih sepenggal..khidmat pada masyarakat tok kemana?...politik hari2 khijer toh kemana?....

Anonymous said...

Pimpinan PAS termasuk Hj Hadi yang perlu berubah. Hj Hadi yang menang di dua-dua kerusi ADUN dan palimen sepatutnya menginsafi tentang amanah yg dipikul, bukan sibuk dengan agenda populariti di luar negara tetapi mengabaikan jemaah sendiri sehingga perancangan musuh hampir menumbangkan jemaah PAS di tempat sendiri.