Kelihatan Azeez dan Ismail Sobri dalam keadaan ceria bertemu Solahuddin Ayub dan Suhaizan Kayat.Gambar ini dirakam di dalam kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Port Dickson.Azeez mendakwa bahawa beliau diserang ketika menuju ke Dewan tersebut,
[ Gambar di petik dari laman rasmi PRK 31 ]
[Sementara artikel pula di petik dari laman malaysiakini]
Timbalan Presiden PAS, Salahuddin Ayob mendakwa ketua Putera Umno hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang semalam.
Beliau mengulas dakwaan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dia telah dipukul oleh penyokong PAS.
Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.
Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.
Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.
Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.
10 comments:
Alhamdulillah....http://www.youtube.com/watch?v=DXw6NgMfZ4g&feature=player_embedded#
Jangan Suka Memberontak Dan Menentang
Hadith :
Ibnu Abbas r.a menerangkan, bahawasanya Nabi SAW bersabda:”Sesiapa yang tidak menyenangi kepala pemerintahannya hendaklah ia bersabar kerana sesungguhnya orang yang keluar dari mentaati pemerintahan nescaya dia mati sebagaimana mati di masa jahiliyah.”
Rasulullah SAW melarang kita daripada bertindak menentang penguasa dan melakukan pemberontakan terhadapnya. Ini disebabkan perkara tersebut akan menjadikan kita dilabel sebagai pendurhaka dan kematian kita disamakan seperti matinya orang-orang jahiliyah iaitu mati dalam keadaan bercerai berai dan tidak mempunyai kesatuan. Lagi pula penentangan kita itu akan menimbulkan fitnah dan kekacauan, merosakkan kerukunan masyarakat dan boleh mengakibatkan pertumpahan darah (pergaduhan dan perkelahian). Jumhur ulama’ berpendapat bahawa sekalipun seseorang pemerintah atau ketua itu berlaku fasik, namun kita tidak boleh mengambil jalan mudah terus memecatnya dari kedudukannya. Wajib ke atas kita melakukan apa yang diperintahkannya asal saja ia bukan perkara yang berbentuk maksiat dan melanggar syarak. Dalam konteks sebuah negara Islam, kita umat Islam hendaklah mempamerkan sikap yang baik terutamanya kepada yang mereka yang bukan Islam kerana Islam menyuruh kita supaya hidup bersatu padu, bertoleransi, musyawarah dan bekerjasama dengan pemerintah. Sekiranya ada tindakannya yang kurang wajar maka kita harus bersabar dan memilih jalan penyelesaian yang paling selamat demi keamanan negara dan kesejahteraan umat sejagat.
Mamak Baling ni jadi pelakon
huhuhuhu............Lakonan tak menjadi...becah booooo
Bohong 1Malaysia....tak pe kot
Azeez pelakon di Bagan Pinang.
Sebelum ni puteri diraba.
Dulu sikit Abe jak selak kain.
Matang pasiaq gobala hampir terbogel.
Aku tunggu pilihanraya kecil yang lain pula ni.......
Tiada siapa yang mengaku berak di tengah jalan.
Orang yang terpijak saja yang yang dapat menghidu baunya.
Arab dan Islam tidak pernah mengaku ianya satu rangkai walaupun Al-Quraan dan bahasa Syrga itu bahasa Arab
Masih ingatkah lagi dengan lakonan anwar yang berbungkus tengkuknya dan duduk di atas kerusi roda? Mengatakan ia dianiayai oleh pihak penjara? Tuduhan ia diracuni dan berbagai lagi sehingga doktor di Malaysia tidak dipercayainya.
Tidakkah ia berlakon untuk mengabui mata penyokongnya dan rakyat jelata supaya kesian kepadanya dan membenci kerajaan.
Bila dia dilepaskan, maka kesakitannya hilang serta merta dan sihat seperti pada hari ini. Apa maknanya itu? Fikirlah sendiri.
Posting rakan anak datuk Nik Aziz dalam blog beliau : Nik Abduh
dah nak masuk tabligh dah..
Ogos 3, 2008 in PAS, istizkariyyah, politik, wa zakkir
Salam Kamunting,
Seorang sahabat mengeluh, ” Ana dah nak masuk tabligh dah. Pening dah dengan politik. Keliru. Dulu, segar juga dengar dan ulas pasal politik. Tapi, makin lama, apatah dengan isu muqabalah yang panas ni, makin ana rasa politik ni memang kotor. Politik tu memang la bersih, tapi orangnya kotor, susah nak cari yang bersih. Dalam PAS pun ana rasa ada yang macam UMNO perangainya. Mujurlah ana tak jadi politician macam anta. Anta nampak kuat tak apalah, tapi bukan ana. Huh, kawan – kawan ana pun dah macam ana. Pening. Dah nak masuk Tabligh dah.”
Begitu saya dengar keluhannya melalui telefon bimbit. Dia seorang profesional. Kawan saya ni bagus. Dia bukan jentera parti, tapi penyokong kuat PAS. Kuat sangat sampai tak percaya pada selain PAS. Dia tak percaya PKR apatah UMNO.
Tapi, akhirnya dia macam dah kecewa pada politik.
Saya menyampuk bebelannya yang sekadar meluah rasa kecewa itu, “Isu ni, orang ikhlas pun terperangkap.”
Cepat – cepat dia balas, “Hah, kalau orang ikhlas pun terperangkap, jelaslah politik ni memang kotor. Daripada terperangkap, baik ana masuk Tabligh.”
Saya tambah lagi selepas jawaban pertama saya gagal difahaminya, ” Sebelum anta keluar 40 hari, anta dah pun terperangkap.”
Dia bingkas bertanya, ” Perangkap apa?” Saya jawab, “Perangkap iblis.” Dia terkedu. Saya tambah lagi, ” Dan perangkap UMNO.”
“Pulak? Kenapa pulak?” Saya agak mukanya berkerut. Kalau dia pakai hands free tengah memandu, mesti orang kata drebar ni tengah sasau.
Saya dengan rasa puas menjawab, “Iblis gembira orang yang ikhlas jadi putus asa. UMNO pula suka orang cerdik tak main politik.”
Senyap seketika. Saya perasan dia angguk – angguk geleng – geleng. “He he. anta nih..” Dia mengaku kalah pesennya.
Isu muqabalah memang menyusahkan. Ia tak diundang berlaku dalam PAS yang tengah mengecapi manis kemenangan dan kepercayaan rakyat.
Saya pun kecewa. Saya melihat sesuatu yang tidak mengembirakan dalam parti. Saya sememangnya keliru juga macam kawan saya itu. Tapi, saya kena sabar, kena istiqamah dan kena lawan ( unsur buruk dalam parti ).
Saya mahu terus berjuang untuk digelar sebagai pejuang oleh Tuhan.
Post a Comment