Oct 25, 2009

Pro Umno dan Kerajaan Perpaduan.EGM Pas - 2

membaca blog ketua penerangan PAS pusat, Ustaz Idris Ahmad dan membaca kenyataan Naib Presiden PAS Solahuddin Ayub di dalam akhbar harian maka bertambah tambah pula persoalan di kepala. Walaupun selama ini selalu tertarik dengan tulisan dan pandangan Ustaz Idris, namun kali ini menambah kekusutan :

Ini antara petikan tulisan Ustaz Idris :

"PAS amat mengalakkan perbincangan dan menghargai setiap pandangan atau kritikan yang diberikan, namun pada waktu ini setiap pimpinan diminta agar membincangkan perkara ini secara dalaman dan tidak mengunakan media termasuk blog dan facebook peribadi yang boleh mendatangkan lebih banyak persepsi negatif serta membuka ruang untuk media luar memutarbelitkan isu ini."

Mengapa setelah berlarutan begini baru dilarang pemimpin menggunakan blog dan facebook peribadi untuk membincangkan isu dalaman parti. Ustaz Idris semesti telah sedar bahawa isu EGM ini pun bermula dari tulisan yang dicetusakan oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Petikan Kenyataan YB Solahuddin Ayub pula:

"Saya telah mendengar daripada mulut Nik Aziz sendiri mengenai perkara itu dan cadangan MB Kelantan itu mempunyai asas yang kukuh.Beliau meminta saya membawa amanah yang beliau sampaikan itu kepada pimpinan pusat untuk membincangkan,saya berjanji tidak akan dedahkan amanah ini(Kepada media atau pihak lain)"

Sebagai Naib Presiden yang telah diberi amanah oleh Mursyidul Am PAS untuk membawa misi kepada pimpinan pusat, buat apa pulak Solahuddin nak heboh di akhbar.Bawa sajalah kepada mesyuarat Pusat.

.Kenapa pula selepas dedahkan di Blog Tok Guru amanahkan pula kepada Solahuddin?
Bukan kah elok sebelum mendedahkan didalam blog, tok guru panggil Solahuddin dan amanahkan kepada beliau untuk bawa terus perkara ini kepada pusat.

Disini pula dipetik kenyataan Tok Guru Nik Aziz kepada Bernama :

"Nak pecah, pecah gi lah, apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar.

Macamana boleh Tok Guru berkata nak pecah, pecah gi lah... adakah maksudnya tok Guru rela Pas ini berpecah asalakan hasrat EGM tercapai ? Sedangkan selepas itu Tok Guru pula berkata beliau amat sayangi dengan PAS yang beliau bajai selama ini.

Ayat kedua dalam ppetikan diatas semacam merungkai sedikit fahaman saya selama ini, ungkapan yang berbunyi " saya tak suka orang tegur presiden saya,.... .
Apa pun bagi saya pemimpin tetap boleh di tegur akan tetapi mestilah ada kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam itu sendiri.

9 comments:

Anonymous said...

Zaman TDM menjadi Perdana Menteri Malaysia, ramai yang mempamerkan sikap PM knows best. Ini termasuk mantan menteri kabinet, TSLLS. Dalam PAS pun demikian juga, ramai yang bersikap pimpinan know best.

Dalam Islam, keterbukaan pimpinan menerima pendapat orang biasa-biasa terserlah. Ini termasuk dalam membincangkan bagaimana hendak menghadapi perang Ahzab. Strategi Salman diterima. Bukan semua keputusan datang dari nabi Muhamad kecuali hal-hal yang berkaitan dengan wahyu dan sunah yang khusus kepada baginda. Demikian juga dalam kes biak-baik pokok kurma. Nabi Muhamad menyerahkan kepada penanam kurma untuk menetukan cara terbaik untuk biak-baik pokok kurma.

Sultan Muhamad Al Fatih sentiasa berbincang dengan pakar-pakar kejuruteraan selain daripada Sheikh Shamsuddin dalam pemerintahan baginda.

Soalannya sekarang, adakah pimpinan PAS sedang menuju ke arah autokratik? Adakah gaya kepimpinan autokratik sebahagian daripada sunah Nabi Muhamad? Adakah gaya kepimpinan autokratik ini satu wasilah untuk memudahkan penubuhan UG dan seterusnya membawa PAS kembali bersama UBN?

Mawarjingga said...

Jawapannya:

PAS tidak menuju kearah itu dan penubuhan UG telah dibuat kesepakatan bahawa telah dihapuskan, semua telah berjanji untuk tidak menimbulkanya lagi....cuma hanya aziz Bari je yang cetuskan semula.

Ayiem said...

Teguran telah diberikan supaya melupakan terus UG tetapi masih ada kalangan pimpinan yang berkepentingan meneruskan hasrat tersebut secara diam-diam.

Maka TG Nik Aziz tidak punya pilihan lain selain dari mengunakan mediumnya untuk menegur dan desakan mengadakan EGM adalah desakan kerana sayang kepada PAS.

Ucapan 'nak pecah-pecah lah' adalah sama saja dengan marah kepada Nasaruddin yang kemaruk nak kerjasama dengan UMNO.Jadi Kalau Nasaruddin nak sangat kerjasama dengan UMNO,maka elok lah keluar PAS dan masuk dalam UMNO.Jadi kalau puak-puak yang menyokong nak Nasaruddin nak keluar dari PAS untuk mengikuti Nasaruddin,silakan...

Tak guna simpan kalau hati tidak bersama PAS...

Anonymous said...

mawarjingga perlu belajar di mana-mana ipta sunjek "critical thinking". DI dalam subjek itu akan di temui istilah "wistle-blowing" (ungkapan ini ada digunakan oleh greenboc di dalam rencana blognya.

aziz bari atau sesiapa saja berhak utk kritik, beri pandangan atau apa saja tetapi yang pemimpinan kanan pas seperti idris ahmad dan roslan sms melenting apa pasal?

ABDUL WAHID said...

Aku cuma ahli biasa yg tak punya suara dalam PAS. cuma aga terkejut juga dgn ungkapan TGNA... mulanya kau cuba mengatakan cuma mainan media BN... sah .. itulah yg dicakapkan TGNA. Mulanya mmg nampak kasar cara beliau.. ctkays, ayiem dan sesapa lagi... jgn cuba buat andaian atau cuba menunjukkan sokongan belah mana... kita tak tahu apa yg bergolak antara pemimpin tertinggi... hanya mereka yg tahu, hanya mereka tahu geng2 mereka. ctkays maaf kalau saya nampak anda lebih cenderung kearah puak yg di'tembak' TGNA, dan saya tau ayiem disebelah TGNA... saya setuju dgn pendapat ayiem....

"Teguran telah diberikan supaya melupakan terus UG tetapi masih ada kalangan pimpinan yang berkepentingan meneruskan hasrat tersebut secara diam-diam.

Maka TG Nik Aziz tidak punya pilihan lain selain dari mengunakan mediumnya untuk menegur dan desakan mengadakan EGM adalah desakan kerana sayang kepada PAS.

Ucapan 'nak pecah-pecah lah' adalah sama saja dengan marah kepada Nasaruddin yang kemaruk nak kerjasama dengan UMNO.Jadi Kalau Nasaruddin nak sangat kerjasama dengan UMNO,maka elok lah keluar PAS dan masuk dalam UMNO.Jadi kalau puak-puak yang menyokong nak Nasaruddin nak keluar dari PAS untuk mengikuti Nasaruddin,silakan...

Tak guna simpan kalau hati tidak bersama PAS...'

Nampaknya, ada puak2 dlm pas cuba membawa PAS kearah UMNO, kita org bawah tak tahu apa2... jgn nak memandai2 sokong belah mana, buat cara PAS Johor dan Perak... tunggu dan lihat.

Mawarjingga said...

Maka apakah disudut Jamaie' dan uslub dakwah bahawa mengizinkan medium blog untuk melepaskan nya?

Tidak adakah cara atau kaedah lain yang lebih lunak mengikut Al-Quraan untuk berbuat demikian? sedangkan selama ini kita katakan kepada UBN bahawa setiap musykilan WAJIB dirujuk kepada Al-Quraan.
Maka sekiranya luahan melalui blog itu adalah cara yang diizin oleh Al-Quraan dengan ini tidak boleh saya wajib menerima cara tersebut.

Peningkepalakupening said...

"Teguran telah diberikan supaya melupakan terus UG tetapi masih ada kalangan pimpinan yang berkepentingan meneruskan hasrat tersebut secara diam-diam."

Janganlah pula kita membuat sesuatu keputusan berpandukan cakap-cakap dan persepsi yang tidak jelas.Ini lah punca musnahnya Jamaah.

Anonymous said...

Mawarjingga said...

Maka apakah disudut Jamaie' dan uslub dakwah bahawa mengizinkan medium blog untuk melepaskan nya?

Ada baca konsep qiyadah di dalam tanzim jami'e Islamiah?

Mursyidul Am BERHAK untuk menegur sesiapa saja dan dimana saja.

Anonymous said...

Sistem pentadbiran PAS pun sama dgn UMNO cumanya dialih bahasa kepada bahasa ARAB...itu aja..orang UMNO pulak cedok dari ilmuan yang PAS kata sekular....So sekarang nih..pusing2 hak tu le...cuma nak menampakkan islamik letaklah Al-??????...silap2 gaya orang kata ni negara Arab ke? Memanglah bahasa Arab tu bahasa syurga tapi ilmu pentadbiran tu orang Islam sangat lemah saat ini dan majoritinya berlandaskan ilmu yang dipelopori Barat.....Wallahhualam....