Oleh : USTAZ IDRIS AHMAD- Ketua Penerangan PAS Pusat
Saya hormat beliau sebagai seorang yang hebat dalam bidang perundangan. Beliau yang hanya sebagai ahli akademik tidak sama dengan orang yang duduk di medan perjuangan. Melebelkan seorang dalam kepimpinan Pas ada yang pro umno adalah tuduhan yang berat. Apa asas beliau mengatakan pimpinan Pas pro umno (Sinar harian 19/10/09). Adakah semata-mata kerana buat rumah terbuka orang umno datang maka orang ini dianggap pro umno. Kalau itulah tuduhan yang tidak ada fakta yang kuat amat malanglah sebagai seorang ahli akademik. Perlu diingat Pas sebagai sebuah parti yang besar dan matang dalam sepak terajang politik, pernah berada di dalam Kerajaan persekutuan (BN) dan pernah hanya menang 1 kerusi Parlimen sahaja dalam pilihanraya umum. Sebagai parti yang dihormati oleh kawan dan lawan, parti yang ada prinsip, yang tidak pernah hanyut oleh suasana dan keadaan. Setiap perubahan yang hendak dibuat kita mengambil kira aspek hukum yang dipandukan kepada Al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias. Pas bukan parti yang ikut suasana dan peralatkan agama untuk kepentingan politik. Pas tidak pernah khianat kawan dalam apa keadaan sekalipun. Prof Aziz boleh lihat tidak ada sejarah Pas meninggalkan kawan dalam apa-apa keadaan. Kalau Tuan Guru Haji Hadi Awang gila sangat dengan umno, kenapa beliau menolak awal-awal lagi pelawaan Dato’ Seri Abdullah Badwi membentuk kerajaan bersama umno selepas PRU 2008. Kalau beliau gila sangat dunia beliau tidak korbankan ijazah sarjana (MA) di awal tahun 1970 an. Kalau beliau hendak dunia lebih baik beliau menjadi ahli akademik, sewaktu itu berapa orang sangat yang ada kelulusan MA di negara ini.
Pas bertahalluf dengan parti yang berlainan ideologi adalah hasil ijtihad ulamak Pas yang bersandarkan hukum. Untuk pengetahuan Prof Aziz bukan senang hendak meyakinkan penyokong Pas berkenaan dengan tahalluf politik dengan bukan Islam. Bukan senang hendak menyuruh ahli Pas memangkah DAP, kerana selama ini kita telah diajar tidak boleh menyokong calon bukan Islam. Orang yang membuat kertas kerja tahalluf ini ialah Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang dan dibawa ke dalam majlis syura ulama’ dan diluluskan. Begitu juga ketika PRK Bukit Selambau Kedah kerana sudah ada di kalangan mereka yang tidak mahu membantu calon PKR dalam pilhanraya kecil tersebut kerana beliau ialah calon bukan Islam. Tuan Guru Presiden terpaksa dua kali buat perjumpaan dengan petugas di PRK Bukit Selambau.
Dalam soal kenyataan mengenai politik di Selangor seolah-olah Presiden berdiam diri, adalah tidak betul. Pas ada cara tersendiri dalam menyelesaikan masalahj ini. Kita tidak perlulah memberi tahu kepada Prof apa yang kita buat. Sepatutnya Prof kena tanyalah kepada orang yang berkenaan, jangan kumpul maklumat berdasarkan blog semata-mata. Kita tidak menggunakan media umno, untuk menyelesaikan masalah parti dan Pakatan Rakyat. Bila musuh pernah ehsan dengan Pas dan Pakatan Rakyat, kenapa hendak mendedahkan hal keluarga dalam media.
Bukan senang untuk mentadbir sebuah parti politik yang berbagai ragam. Tadbir parti Pas bukan mentadbir sebuah fakulti di universiti. Kerana mentadbir pensyarah yang makan gaji, walaupun pelajar bodoh atau tidak lulus periksa, gaji dan pangkat tetap naik. Berbeza dengan memimpin Pas kalau kalah dalam pilihanraya maka akan dituduh pro umno, otak tertutup, ulama’ tidak bijak berpolitik dan segala macam yang tidak sedap didengari. Sebagai sebuah gerakan ummah yang ahlinya berbagai ragam manusia dan pemikiran. Berapa banyak mereka yang tewas dalam memimpin Pas, akhirnya terpaksa berundur dari perjuangan. Kerana tidak tahan dengan tekanan, masalah peribadi, kekangan kewangan dan ada yang lompat bersama dengan umno kerana hendak berjaya dengan cepat.
Menuduh Presiden Pas dan beberapa orang pimpinan Pas yang pro umno satu tuduhan yang berat. Ingat kalau dakwaan ini tidak benar ia akan memberi kesan di hari akhirat nanti. Kalau ada dakwaan bahawa Presiden Pas sokong umno dan menjadi ejen umno, sila kemukakan dengan bukti. Pas adalah sebuah parti yang berdisiplin dan ada jawatankuasa tatatertib boleh diambil tindakan kalau ada laporan yang berupa pengkhianatan terhadap Pas. Pas pernah mengambil tindakan kepada bekas Yang Dipertua Pas Dato Asri Haji Muda pada tahun 1983 kerana melanggar tatatertib parti.
Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tIdak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof.
Memanglah menjadi ahli akdemik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul.
Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan Pas cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan.
Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan Pas dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah. . Dalam politik ini kita tidak boleh bergantung kepada undi ayunan semata-mata. Ia perlu juga kepada kekuatan asas parti.
Jawatankuasa Pas Pusat telah membentuk jawatankuasa post mortem yang dipengerusikan oleh Saudara Mohd Sabu. Post Mortem yang dibuat oleh Pas lebih hebat lagi daripada setengah kajian-kajian yang dibuat. Kerana kajian kita lebih mendasari hingga ke akar umbi. Sebab itu tidak perlulah kita menyalahkan sesiapa pun dalam hal ini. Tengok dulu post mortem. Memang sedap mengkritik seperti penonton bola untuk mengkritik pemain yang berada di tengah padang bola sepak. Tetapi betapa peritnya mereka yang berada di tegah padang. Allahlah yang maha mengetahui. Hendak memberi markah siapa pemimpin Pas yang layak memerintah adalah mudah, belum tentu kita boleh berjuang sepanjang nafas mereka yang memimpin Pas sekarang.
8 comments:
Ketua Penerangan PAS yang turut dalam barisan Unity Government tajaan Hadi. Pengkhianat sebenar kepada jemaah. tidak hairan Hadi melantik beliau sebagai Ketua Penerangan yang dicadangkan oleh mastermind UG sendiri, Mustapha Ali.
Golongan yang telah membawa perpecahan besar dan kecelakaan dan musibah kepada jemaah.
Apa buktinya wahai anai2?
Pulok dohh....kalu doh menang tuu khidmat la pada masyarakat...kluk klek kluk klek, ghitu gining gitu gining abih sepenggal...khijer dok wak stabuk....
suntikan jarum halus berisikan pelali fitnah untuk memporak-perandakan PAS
Cakap siang, pandang2
cakap malam, dengar2
Teguran Prof. mungkin ada kebenaran jika diterima tanpa prasangka.
Bantahan KP Pas juga ada asas seandainya tepuk dada tanya selera...
TAKBIR!!!
Saya membaca sanggahan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustadz Idris Ahmad terhadap pandangan Prof Dr Abdul Aziz Bari dan mendapat sanggahan Ketua Penerangan PAS itu kesasar dan lansung tidak sepatutnya disiarkan oleh Harakahdaily.
Pertama, tidak ada di dalam pandangan Prof Abdul Aziz Bari yang menyatakan Ustadz Abdul Hadi itu sebagai pro-UMNO.
Abd Aziz hanya menyatakan
"Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Pas."
Apa yang disampaikan oleh Abd Aziz adalah persoalan "watak" dan "perwatakan" Abdul Hadi yang menyamai watak Tun Abdullah Ahmad Badawi yang diketahui umum lembab, suka tidur, bangang, mudah dipengaruhi orang lain dan pemalas.
Justeru itu kenyataan Idris yang menyatakan Abd Aziz "melabelkan seorang dalam kepimpinan PAS ada yang pro Umno adalah tuduhan yang berat" adalah kesasar dan lansung terpesong dari itipati persepsi Abd Aziz mengenai watak Abd Hadi.
Apakah justifikasi Idris membuat tuduhan sedemikian atau telah terasa pedasnya cili apabila tergigit di hujung lidah?
Lain-lain sanggahan Idris diabaikan kerana ia lansung tidak relevan dan kesasar dari apa yang sepatutnya dituliskan
Baca sepenuhnya di sini: http://greenboc.blogspot.com/2009/10/era-najib-altantuya-sanggahan-idris.html
Kepimpinan
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.”
Riwayat Muslim
Huraian
i) Sekurang-kurangnya setiap manusia itu menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri. Oleh itu ia bertanggungjawab menjaga dirinya dan orang yang diamanahkan kepadanya seperti anak, isteri, keluarga, para pekerja dan sebagainya agar hidup mereka berjalan dengan baik dan sempurna.
ii) Setiap amanah mestilah diterima secara hak dan penuh kefahaman tentang tugas-tugas dan kewajipan yang terkandung di dalamnya. Seterusnya dipikul dengan ikhlas dan jujur serta berusaha sedaya upaya agar tanggungjawab tersebut dapat dilaksanakan.
iii) Sebaliknya sesuatu amanah itu jika dijadikan batu loncatan untuk kepentingan diri, bermegah dan berseronok maka kepimpinan itulah yang bakal menjadi punca penyesalan dan kehinaan di akhirat. Bahkan ketika di dunia lagi ia akan merasai kehinaannya terutama apabila kepimpinannya itu terlucut daripadanya.
iv) Oleh itu bagi orang yang benar-benar menyedari tentang hakikat sesuatu tanggungjawab kepimpinan, tidak mungkin akan meminta atau terlalu ghairah merebut sesuatu jawatan kerana setiap amanah itu perlu dipikul dengan berhati-hati kerana setiap kepimpinan adalah amanah dan setiap amanah adalah tanggungjawab yang akan disoal di hari akhirat kelak.
Apa sudah jadi, mula bertiban sama sendiri. Ingatlah wahai saudara-saudaraku,rakyat terbanyak sebagai pengundi memerhati kita. kalau main tiban sama sendri, pilihanraya umum ke-13 Umno/BN yang kita mahu lenurkan tetapi kita yang akan hancur.
kenapa ketika rakan kita PKR ada adalah masalah kronikdi Sab kita Pas di semenanjung pula berkucah, yang tenang DAP. apa akan jadi denganparti-parti Melayu ni/
Post a Comment