Oct 24, 2009

Sah Adun Changkat Jering Kelaparan

Ni penjelasan Mamat ni melalui portal Malaysiakini

ADUN bebas di Perak Kapten (B) Mohd Osman Jailu bersyukur mendapat lebih banyak peruntukan untuk disalurkan ke kawasannya selepas keluar daripada PKR dan menyokong BN.

Beliau menerima dana hampir RM1 juta tahun ini berbanding hanya RM275,000 ketika menjadi ADUN Pakatan Rakyat dan tambahan ini membantunya memulihkan sokongan masyarakat kepadanya.

"Alhamdulillah, saya dapat peruntukan hampir RM1 juta untuk projek-projek senggaraan di DUN Changkat Jering.

"Berbanding tahun lepas, semasa saya jadi ADUN Pakatan, dapat cuma RM75,000 sebagai wakil rakyat dan RM200,000 ribu sebagai exco (kerajaan Perak)," katanya ketika dihubungi.

Mohd Osman berkata, penambahan dana itu membolehkannya berkhidmat dengan lebih berkesan kepada kira-kira 28,000 pengundi di DUN tersebut.

Sah Adun ni memang kelaparan, kan dah jelas niat masuk BN adalah untuk cari duit. Dulu masa keluar PKR kononnya soal prinsip, soal melayu....tak sampai 8 bulan yang membusuk tu dah pecah. Tak payah sebut wakil bebas lah sebut terus wakil BN . Tak pernah ada dalam sejarah Malaysia BN bagi peruntukkan kepada Adun Bebas. Duit Geran kerajaan Kelantan pun dilambat-lambatkan( itu yg dah sah dalam perlembagaan) ini kan pulak nak bagi pada bebas, sudahlah kau mamat didunia kamu jadi hina, di akhirat akan mendapat balasan.
"Kalau masa dalam Pakatan, kita cuma dapat peruntukan daripada kerajaan negeri sahaja, tetapi ini dapat juga peruntukan daripada kerajaan persekutuan," katanya.

5 comments:

perfectwater75 said...

Salam,

saya sendiri macam nak menangis tahan amarah diri untuk maki kedua ekor manusia yang tak bermaruah ini tetapi apakan daya kuasa semasa yang kecil itu di tangan penguasa yang zalim, nantikan akan tiba masa bila mereka yang salahguna kuasa ini akan terjerut diri mereka sendiri. AAmiiiin!

thx!

Anonymous said...

amin amin ya rabbal alamin

PulutCawang said...

As-salam semua,

Saya nak kongsi pengalaman praktikal saya sikit dalam isu ini.

Tajuk artikel yang di cut & paste oleh ctkay's ialah 'Banyak dana selepas keluar PKR'.

Yang saya nak kongsi pengalaman tentang ayat 'banyak dana'.

Yang tersurat, maksudnya amat jelas, rasanya tak payahlah saya ulas.

Yang tersiratnya pulak.....apa ke bendanya?

Analogi mudah RM1juta bersamaan dengan 5 kerja nilai maksima kelas F. Conggak pukul ratanya 1 kerja nilainya RM200,000.

Kos jolok (kononnya untuk dana operasi aktiviti, pejabat, lelah turun naik tangga, dll) yang dipraktikkan ialah pukul rata RM30,000 untuk 1 kerja. Maknanya, untuk 5 kerja itu sahaja sudah mampu tampung bil-bil perbelanjaan yang kecil-kecilan.

Itu maksud yang tersirat di sebalik ayat 'banyak dana'. Renungkanlah apa senarionya bila 2,3,4 tahun jangka hayatnya atau nilai kerja RM10juta, RM50juta, RM100juta.

Apapun pulut cawan gaul kelapa makan dengan ikan masin tetap menjadi pujaanku sementara laksa kuah lemak Terengganu menjadi makanan kegemaran paine@al-brangi!

Anonymous said...

salam,

maaf, keluar dari tajuk... nak mintak saudari komen sket tentang MB mat said nie..... bosan dah tgk banner2 muka mat said nie.... kat mana2 ada muka mat said dengan Pm lah... ingat lagik masa memula jadi MB penuh gambar n muka2 dia kat merata2 tempat, .... ensem sangat ke mat said nie?.... daripada letak muka mat said nie, baik letak banner yang mempromosikan negeri terengganu, kempen berhenti merokok ke, jaga kebersihan negeri ke..... berapa banyak dah duit kerjaan negeri habis dengan banner2 muka mat said tu... bila lah MB baru nak bertukar..... -aku yang dah bosan tgk muka mat said-

Anonymous said...

Taatlah pada pemimpin selama mana dia tidak menghalang kamu beribadat.....setakat nipon dia tak menghalang kamu beribadat....tiap kali khutbah senantiasa mendoakan pemimpin. Ini kamu yang entah apa2...Wallahhualam...