Oct 6, 2009

Marilah Sama-sama kita Bersolat Hajat Untuk Islam

Kepada semua Umat Islam di seluruh Dunia marilah kita sama-sama bermunajat kepada Allah dengan bersolat hajat untuk kemenangan Zulkifli Omar dari Parti Pas dalam Pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Disamping kita melaksanakan tugasan seharian, lalu akhirnya kita serahkan urusan ini dengan bersolat hajat kepada Allah memohon di beri keselamatan dan seterusnya diberi Kemenangan Isya'Allah.

Zulkifli Mohamad bin Omar dan Isteri

11 comments:

Anonymous said...

KITA TIDAK PERLU MASUK BUDHA, KITA TIDAK PERLU MASUK HINDU,
KITA TIDAK PERLU MASUK KERISTIAN,
TAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGAMALKAN 'POLITIK SUKU, AGAMA SUKU'.

Anonymous said...

Kata Salehddin, salah ke Gobalakrishnan memetik beberapa ayat al-Quran di dalam ceramahnya?

"Pas melihat ini bukannya satu kesalahan kerana tujuan Gobalakrishnan adalah untuk menguatkan hujahnya ketika memberi ceramah.

‘‘Di Mesir, rakyatnya yang bukan beragama Islam antaranya masyarakat Yahudi sering memetik ayat-ayat suci al-Quran.

‘‘Sebenarnya Islam tidak pernah menghalang orang yang bukan Islam berbuat demikian.

YAHUDI PUN DI JADIKAN CONTOH???

Anonymous said...

Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin -pemimpin yang diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957 :

"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera"

7 perkara itu adalah:


1.Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA)

2.Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu istihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3.Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah menubuhan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk menbenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4.Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

5.Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

6.Kami tatapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
7.Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak.

Anonymous said...

Takbirr..............

Anak Jati Rusila said...

1. Anonymous said...
KITA TIDAK PERLU MASUK BUDHA, KITA TIDAK PERLU MASUK HINDU,
KITA TIDAK PERLU MASUK KERISTIAN,
TAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGAMALKAN 'POLITIK SUKU, AGAMA SUKU'.
....... memng betullah agama dengan politik tidak boleh suku-suku tetapi bukan parti politik. Anggap Pas itu Islam dan islam itu Pas punah akidah. Politik dengan parti politik bunyinya memang hampir serupa tetapikeduanya jauh berbeza.

2. Anonymous said...
Kata Salehddin, salah ke Gobalakrishnan memetik beberapa ayat al-Quran di dalam ceramahnya?

"Pas melihat ini bukannya satu kesalahan kerana tujuan Gobalakrishnan adalah untuk menguatkan hujahnya ketika memberi ceramah.

‘‘Di Mesir, rakyatnya yang bukan beragama Islam antaranya masyarakat Yahudi sering memetik ayat-ayat suci al-Quran.

‘‘Sebenarnya Islam tidak pernah menghalang orang yang bukan Islam berbuat demikian.

YAHUDI PUN DI JADIKAN CONTOH???


Ayat Quran telalu suci untuk dipersenda dan diperalatkan, Ada ayat Quran yang menunjukkan kemurkaan Allah terhadap orang yang kata sesuatu kebaikan tetapi tidak buat, maknaya yang lain dibir dan lain dihati. (Orang Pas yang alim-alim tentu tau ayatnya)

Menjadikan orang Yahudi sebaga rujukan adalah satu kesilaan besar kerana dalam al-Quran Allah melarang orang Yahudi dijadikan sahabat atau sebagai orang kepercayaan (Orang Pas tentu tahu ayatnya). rang Yahudi petik ayat Quran dengan niat yang tidak jujur dan apakah Gobala sebagai orang bukan Islam petik ayat quran dengan tujuan jujur?

Saudara dan kalangan yang bersederna kena pakat-pakat berjuang memberi kesedaran supaya dalam melihat kepentingan politik, soal-soal yang berkaitan dengan agama jangan pandang lekeh.

Misalnya pembinaan to'kong gergasi di Kelantan (saya petik maklumat dariblog Melikapakjangak)diizinkan, salahguna al-Quran oleh bukan Islam disambut dengan takbir,untuk jangka panjang ia akan membawa kesan buruk. Sepatutnya orang bukan Islam kita dakwah agar terima peraturan Islam, bukannya kita ikut dan beri laluan kepada mereka semata-mata kerana politik.

Ingatlah sebagai Aceh Serambi Mekah musnah gara-gara identiti asalnya sebagai pusat dakwah dan ketamadunan Islam rantau ini dirasakkan.Tidak musahil kalau tidak kena gayanya, Kelantan yang merupakan benteng terakhir Melayu dan umat Islamakan jadi macam Acheh.

Sebagai orang Pas saya tidakbangga apaila Pas disokong dan kekal memerintah di kelantan selama 19apabila dibayarkeizinan pembinaan to'kong gergasi. Sepatutnya 19 tahun Pas perintah Kelantan, negeri itu akan jadi macam Madinah selepas menerima dakwah Rasulullah s.a.w. selama 10 tahun dan slepas kembali smula ke Mekkah selepas 10 tahun, segala berhala di sekeliling Ka'abah dimusnahkan.

Kenapahal ini berlaku? Kerana Pas hanya semacam dimonopoli oleh seorang tokoh yang menganggap dirinya paling berbisa sehingga pandangan Preside dan timbalan Presiden disanggah, malah boleh diseranah sesapa sahaja kerana dia yakin dirinya dibentengi oleh sokongan yang kuat tanpa disedari antara yang membentenginya adalah sayaitan dan iblis.

Orang Pas yang sayangkan pas kena bangkit dan kena menyekat aliran yang cukup bahaya sedang mensindromi Pas sekarang. Suara Presiden dan jentera penggerak Pas yang dipilih melalui muktamar kena diutamakan, kena tolak suara dan semangat veto oleh seorang tokoh yang mungkin kita nggap cerdik tapi bodoh, yang kita anggap serba tahu tetapi sempit pemikirannya.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Posting rakan anak datuk Nik Aziz dalam blog beliau : Nik Abduh


dah nak masuk tabligh dah..

Ogos 3, 2008 in PAS, istizkariyyah, politik, wa zakkir

Salam Kamunting,

Seorang sahabat mengeluh, ” Ana dah nak masuk tabligh dah. Pening dah dengan politik. Keliru. Dulu, segar juga dengar dan ulas pasal politik. Tapi, makin lama, apatah dengan isu muqabalah yang panas ni, makin ana rasa politik ni memang kotor. Politik tu memang la bersih, tapi orangnya kotor, susah nak cari yang bersih. Dalam PAS pun ana rasa ada yang macam UMNO perangainya. Mujurlah ana tak jadi politician macam anta. Anta nampak kuat tak apalah, tapi bukan ana. Huh, kawan – kawan ana pun dah macam ana. Pening. Dah nak masuk Tabligh dah.”

Begitu saya dengar keluhannya melalui telefon bimbit. Dia seorang profesional. Kawan saya ni bagus. Dia bukan jentera parti, tapi penyokong kuat PAS. Kuat sangat sampai tak percaya pada selain PAS. Dia tak percaya PKR apatah UMNO.

Tapi, akhirnya dia macam dah kecewa pada politik.

Saya menyampuk bebelannya yang sekadar meluah rasa kecewa itu, “Isu ni, orang ikhlas pun terperangkap.”

Cepat – cepat dia balas, “Hah, kalau orang ikhlas pun terperangkap, jelaslah politik ni memang kotor. Daripada terperangkap, baik ana masuk Tabligh.”

Saya tambah lagi selepas jawaban pertama saya gagal difahaminya, ” Sebelum anta keluar 40 hari, anta dah pun terperangkap.”

Dia bingkas bertanya, ” Perangkap apa?” Saya jawab, “Perangkap iblis.” Dia terkedu. Saya tambah lagi, ” Dan perangkap UMNO.”

“Pulak? Kenapa pulak?” Saya agak mukanya berkerut. Kalau dia pakai hands free tengah memandu, mesti orang kata drebar ni tengah sasau.

Saya dengan rasa puas menjawab, “Iblis gembira orang yang ikhlas jadi putus asa. UMNO pula suka orang cerdik tak main politik.”

Senyap seketika. Saya perasan dia angguk – angguk geleng – geleng. “He he. anta nih..” Dia mengaku kalah pesennya.

Isu muqabalah memang menyusahkan. Ia tak diundang berlaku dalam PAS yang tengah mengecapi manis kemenangan dan kepercayaan rakyat.

Saya pun kecewa. Saya melihat sesuatu yang tidak mengembirakan dalam parti. Saya sememangnya keliru juga macam kawan saya itu. Tapi, saya kena sabar, kena istiqamah dan kena lawan ( unsur buruk dalam parti ).

Saya mahu terus berjuang untuk digelar sebagai pejuang oleh Tuhan.

Anonymous said...

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

Anonymous said...

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

Anonymous said...

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

Anonymous said...

kita ni kena bersikap terbuka.. jangan jumud.. belajar je tinggi.. tapi akal?