Oct 13, 2009

Ciri-ciri Mukmin - Poster Bagan Pinang.

Banyak-banyak poster dan banner di Bagan Pinang, inilah satu-satu Banner yang menarik perhatian bagi ku.

Tertarik kerana poster ini menampakkan Gambar PM mengziarahi Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Mursyidul Am PAS yang sedang telantar di Hospital.

Lagilah tambah menarik kerana pada banner ini juga diselit maksud Hadis yang di Riwayatkan oleh Bukhari:

" Ciri-ciri mukmin yang sejati ailah menghormati tetanggany, menyambungkan tali persaudaraan dan memiliki keperihatinan terhadap penderitaan yang dirasakan oleh saudaranya disekitarnya"

Pada ku hadis ini lebih menarik dan semakin lunak jika dibaca bersekali dengan Ayat dibawah
“ Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. ”( At-Tahrim : 6 )

Kemudian kedua-dua hadis dan ayat diatas disekalikan dengan ayat dibawah pula untuk melengkapkan lagi banner yang menarik itu.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” sehingga akhir terjemahan ayat(Surah al-Nur : 31)

Semoga ianya menjadi iktibar kepada kita siapa yang sebenarnya menggunakan agama untuk kepentingan politik murahan.......

Aku dilahirkan dari keluraga Umno, InsyaAllah aku tidak melahirkan keluarga Umno.

11 comments:

Anonymous said...

Umno pun xnak orang mcam kak ct ni...

Anonymous said...

betul tu betul.. orang umno memang xmboh orang yang x kenang budi dan hipokrit... luar tutup dalam berkudis...

penawarrindu said...

Oh.... sekali UBN tak nak i.....1000 kali i tak hingin, pergi jahanam dengan umno...he he...

Anonymous said...

macam lelaki la pulak...he he.. tak macam perempuan pun... pakai purdah ya alllah kalah syaitannn...

Anonymous said...

kak ct baca x lagi kenyataan nik aziz tu? semala dia kat orang melayu dok pandai politik.. memamag betul la.. lau pandai orang tua nyanyuk macam dia tu xleh jadi mb dah.. ke guane?

penawarrindu said...

Subhanallah, masyaAllah, Alhamdulillah dah tuduh dan samakan dengan Syaitan pulak dah, tak baik tu.,, elok taubat cepat-cepat.

penawarrindu said...

Adik cuba fokus komen adik pada tajuk dan banner serta ayat dan hadis yang disertai, jangan out fokus dik...please dik...komen lah ikut tajuk baru ada class dik...

Anonymous said...

untuk kak Ct, umno memang takut nak bincang bab aurat sebab isteri PM tak pernah tutup aurat sejak PM pertama hingga PM sekarang...huhuhu...

Anonymous said...

“ Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. ”( At-Tahrim : 6 )

Semoga ianya menjadi iktibar kepada kita siapa yang sebenarnya menggunakan agama untuk kepentingan politik murahan.......

Aku dilahirkan dari keluraga Umno, InsyaAllah aku tidak melahirkan keluarga Umno.

** tak faham lah cikgu siti....peninglah cikgu siti...orang lain cikgu siti nampak....cikgu sendiri tak nampak...kot hijab tu sampai kemata cikgu siti tutup...

penawarrindu said...

ye saya dilahirkan oleh Mak dan ayah ketika itu berfahaman umno dan insyaAllah anak yang saya lahirkan tidak menjadi umno...benda mudah macam tu pun payah nak faham....he he he he....

Anonymous said...

Cik Puan CT politkbukan agama yang kita tidak boleh mufarakah darinya. jangan terlalu bersumpah, kot nanti termakan sumah.

Ingtlahpengasas Pas sendiri ada juga yang mas Umno.Berpada-padalah dalam berpolitik.....