Oct 26, 2009

Awas Provokasi Jahat Berita Harian

Sah Berita Harian mempunyai niat jahat mengelirukan pembaca.Dengan headline Syor Nik Aziz tak Masuk langsung menyimpang jauh dari apa yang diperkatakan oleh ketua dewan Ulama' PAS.

Tiada niat lain dari berita harian selain dari untuk menimbulkan lagi perbalahan antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Ustaz Harun Taib.


Supaya semua lebih jelas dan faham dengan apa yang diperkatakan oleh Ketua dewan Ulama, mari sama sama kita mendengar penjelasan penuh sidang Media beliau sebaik sahaja beliau selesai menyampaikan ucapan penutup sambutan Jubli Emas PASTI Negeri Terengganu di Dewan MDQ, Rusila, Marang. Rakaman ini dipetik dari Blog trgkini


Transkrip penuh sidang media tersebut juga boleh dibaca di buletinonline

Jelas Sekali Ustaz Haji Harun Taib tidak menyebut pun perkataan Syor Tok Guru Nik Aziz tidak masuk akal .


10 comments:

Anonymous said...

Adakah dengan PAS bersekongkol dengan UMNO, Melayu dan Islam akan dihormati?

Sejarah telah membuktikan apabila PAS menyertai BN ketika UMNO lemah. Apabila UMNO pulih, PAS ditendang keluar dari BN. Perkara yang sama akan berulang. UMNO akan gula-gulakan beberapa pemimpin PAS yang bermasalah supaya PAS menyertai BN. Apabila UMNO pulih atau PAS dilemahkan, PAS akan ditendang keluar sekali lagi dari BN.

Bagi kes negeri Terengganu, jika PAS menyertai BN, mungkin PAS boleh memiliki jawatan MB dan mengendali wang ehsan sebanyak RM1 billion setahun. Harapan ini cukup menarik.

penawarrindu said...

Percayalah, kami pengikut bawahan akan menentang sekeras-kerasnya jika ada usaha kearah untuk bersama UBN yang jahat lagi zalim itu.
Jelas Ustaz Harun menyatakan bahawa PAS Terengganu sedang bergerak menuju menjatuhkan UBN Dalam Pru ke-13.

Doakan lah untuk kami sama di Terengganu untuk kembali memerintah seterusnya melaksanakan Islam yang telah diluluskan oleh DUN Terengganu pada 2003 dan telah termaktud di dlm undang-undang tubuh Negeri Terengganu dan sehingga kini umno tidak berani untuk mengubah Kanun Syariah yang dilaksanakan oleh PAS TRG tempoh hari. TAKBIR.

al-brangi said...

Syabas. Takbir 3x.

Doa tetap akan dipanjatkan sepanjang masa.

Terengganu pasti akan kembali pada PAS, kalau bukan sekarang, mungkin zaman anak-cucu kita, InsyaALLAH.

Anonymous said...

Trengganu kembali kepada PAS?

Usah bermimpi jika PAS Terengganu masih belum bertaubat daripada keinginan menjadi fraksi UMNO dan selagi mereka yg memimpin PAS terdiri mereka yang pemalas dan berhajat untuk menumpang org lain.

Sesaat bercita-cita untuk kufur, telah pun kufur, sesaat nak menyertai UMNO, telah pun pun menyertai UMNO!

duluPkrnowPAS said...

Tuan Puan perlu ingat sejarah pertempuran di bt Buruk, di Masjid BT6, rampasan tanah rakyat dengan zalim , perobohan masjid di Terengganu tidak mudah untuk dilupai....Berjuang didlm bilik aircond itu mudah, menuduh tanpa bukti, kamulah sejahat-jahat manusia, parut peluru hidup pada tubuh Swandy adalah saksi...menuduh tanpa menyenaraikan bukti yang adalah kerja provokasi dan kerja orang orang gile segila-gilanya.
Yang sangat jelas di Terengganu adalah PKR langsung tidak menyumbang malah berbalah sesama sendiri, ada satu kawasan di Kemaman pun man botak berebut dengan Fariz Musa.Ng Chai Heng pula sekejap DAP,sekejap PKR kemudian DAP semula. Sejarah selepas PRU 12 Kuala Terengganu dapat ditawan dan dirampas dari BN, yang lain hanya pertahankan kemenagna sahaja.

redah jer said...

salam semua,
blogger duluPkrnowPAS kena perbetul sikit komen anda...'Sejarah selepas PRU 12 Kuala Terengganu dapat ditawan dan dirampas dari BN, yang lain hanya pertahankan kemenagna sahaja.'...shd b "selepas PRK Kuala Terengganu......" maaf kalau saya yang silap!

saya masih ingat pesan cikgu saya dulu-'one who controls d media will eventually mould d thinking patterns of d masses'. cuma saya percaya generasi sekarang dah celik-info makanya dah boleh timbangfikir news content dlm apa2pun bentuk lapuran.

saya merayu mohon agar pemimpin2 kita pls don't wash your linen in d public. pls, pls, pls put a fullstop/period to d rot!!!

let me recap there's nothing wrong to differ in opinions but do it in your own backyards.

nota : dtk manja man kat berita harian tu (anak pok mang sireh, wakaf tapai) kena jaga periuk nasi dia. faham-faham jer lah!

Urang Ulu said...

Saya rasa ayat dia dah betul
Selepas PRU ke-12, hanya Kuala Terengganu yang dapat dirampas dalam dari BN ( Dlm Pilihanraya Kecil) Yang lain hanya lah pertahan kemenangan je...

Manja puihhhh itu anak Pak wel Sireh bawak Teksi dok wakaf Tapai....hehehe....wokaaaahhhhhh...
Abang kepada Nasir Bukan?

Anonymous said...

Akhirnya Pulau Pinang tumbang kepada DAP apabila majoriti kaum Cina menyokong penuh parti itu namun UMNO masih ada tempat di hati pengundi. PAS mengekalkan dun dan PKR menambah bilangan Dun.

Kedah dirampas milik dari UMNO dan kini selesa menjadi milik PAS walaupun ada ADUN berudu Lunas telah menjadi katak Kuang namun BN masih gagal untuk menrencanakan rampasan seperti yang dilakukan di Perak. Perak lain ceritalah. Aku dah malas. Ikut Tuanku lah nak bubar Dun ke tak ke. Tak bubar kita akan lawan pada PRU13 nanti.

Selangor pula menjadi penguasaan PKR yang ditunjangi oleh Tan Sri Khalid. Walaupun banyak kontroversi yang dicetuskan oleh seorang exco PAS ni tapi negeri ini masih stabil. Mengapa masih ada pertikaian PAS dalam Pakatan Rakyat? Ini yang menjadi persoalan?

Tok Guru Nik Aziz seorang yang berpengalaman 19 tahun menjadi MB Kelantan. Fuhhh lama gila tu. Tok Guru tahu jika rentak PAS agak terpesong maka mudah untuk BN condongkannya. Lupakah PAS dengan hanya menang beberapa ADUN sehingga mudah termakan janji dunia untuk mewujudkan KERAjaan perpaduDIDAHULUKan. Adakah ada pemimpin PAS yang mula gila kuasa untuk menjadi MB atau menteri?

Perlunya Muktamar Khas atau tidak bergantung kepada Majlis Syura. Aku pun tak kisah biarlah penyokong PAS berpecah dan akan mula semula dari bawah untuk memerintah negeri. Asalkan pemimpin-pemimpin yang boleh melemahkan parti dibuang terus. Banyak pemimpin-pemimpin PAS yang keluar parti tapi apakah nasib mereka?

Sedarlah, penyokong-penyokong PAS hanya mahukan parti PAS Tok Guru. Biarlah wujudnya berpuluh-puluh parti PAS BARU namun kami semua hanya mahukan parti PAS yang dipimpin oleh TGNA. Ini TGNA masih ada, kalaulah TGNA dah tiada macam manalah keadaan PAS? Silalah jawab???

Senang sahaja kalau rasa diri tu nak sangat KERAjaan perpaduDIDAHULUKan silalah letak jawatan dan isi borang talak rujuklah dengan BN. Dulu BN ludah PAS kini hangpa nak masuk balik dalam BN. Chit porahhh.

Sebenarnya kini UMNO takut dengan PKR bukannya PAS. Sebab dalam PKR ada DSAI. Wujudnya PKR, BN terus bergolak kerana rakyat telah ditunjukkan tentang bukti-bukti penipuan yang dilakukan oleh BN. Pemimpin-pemimpin PKR daripada orang-orang BN jugak. Depa taulah sapa yang buat tak betul. Itu yang BN takut sangat. Kalau orang PAS kata UMNO tak betul, pemimpin UMNO buat muka seposen je. Tapi bila pemimpin PKR kata UMNO buat tak betul gagap jugak Mat Khir Toyo tu...

Jadi PAS janganlah sampai hilang kewarasan. Baliklah dan renungkanlah sejarah kita yang dahulu. Biar perit dan pedih namun kenangan itu menyatukan kita di bawah panji-panji yang satu. Kami penyokong PAS tidak mahu pemimpin bercakaran kerana kita inginkan sebuah parti yang kuat untuk menentang kezaliman. Jika terjadi jugak muktamar khas ini, peluang UMNO untuk mengutuk PAS lagi kuat. PAS bercakaran sesama sendiri. Kata orang paku serpih depa yang lebih.

Tapi kalau hangpa masih berdegil jugak dengan KERAjaan perpaduDIDAHULUKan apa yang aku nak kata kat sini ialah

Anonymous said...

Dan jika PAS Terengganu boleh mengendalikan Wang Ehsan sudah semestinya wang ehsan itu akan disalurkan juga untuk membantu PAS dinegeri2 lain.....maknanya orang teganu supee tulee jeerrr.......

Anonymous said...

Sejarah pertempuran di bt Buruk, di Masjid BT6, rampasan tanah rakyat dengan zalim , perobohan masjid di Terengganu tidak mudah untuk dilupai...... tempat urang laing bohh....sbb tu KT aloh...jadinya urang Uluk dok payoh lahh terpengaruh........nok2 dgn cik siti ning...Jasa mnder dia buat..ngajor pong dok berapa lama....anok murid pong ader berapa kerat aja...Takbirrrrrrrr.........