Oct 1, 2009

Selamat Bertugas Di Bagan Pinang-Hapuskan ISA

Kepada semua pertugas Pakatan Rakyat diucapkan selamat bertugas. Jaga Kesihatan dan jaga keselamatan.

Seperti yang ditulis sebelum ini, UBN akan buat 'apa saja' untuk memastikan mereka kekal menag di Dun Tersebut.

Seandainya UBN tewas di PRK BP itu nanti maka sah lah sudah bahawa umno /BN akan bungkus dalam PRU ke 13 nanti.

INGAT Matlamat Pakatan Rakyat di Bagan Pinang adalah :

Mungkin ini juga caranya/peluan bagi penentang beliau dalam UBN untuk terus melenyapkan karier politik beliau dari persanda politik Tanah Air.

9 comments:

peminat setia said...

Oh lega rasanya...akhirnya kakct mencoret lagi, ingatkan dah bersara selepas lama tak menulis...

anakmuaallaf said...

salam ct,
tak turun bgn pinang..Muslimat Terengganu membantu di UPU Telok Kemang.
Akak sempat pergi ziarah.Malam tu kami makan malam bersama tok guru di Telok Kemang...

al-brangi Online said...

kalau menang jugak ISA, tak tahulah apa lagi nak cakap.

benda hitam nampak putih

Anonymous said...

Anwar ibrahim g mana lening... lama tak nampak.. g jupe al gore ke?

Anonymous said...

seksi goh gambar......blog pertama dekroh ulu ok tunjuk gambo seksi....teruskan usaha....

Anonymous said...

Jangan Suka Memberontak Dan Menentang
Hadith :
Ibnu Abbas r.a menerangkan, bahawasanya Nabi SAW bersabda:”Sesiapa yang tidak menyenangi kepala pemerintahannya hendaklah ia bersabar kerana sesungguhnya orang yang keluar dari mentaati pemerintahan nescaya dia mati sebagaimana mati di masa jahiliyah.”

Rasulullah SAW melarang kita daripada bertindak menentang penguasa dan melakukan pemberontakan terhadapnya. Ini disebabkan perkara tersebut akan menjadikan kita dilabel sebagai pendurhaka dan kematian kita disamakan seperti matinya orang-orang jahiliyah iaitu mati dalam keadaan bercerai berai dan tidak mempunyai kesatuan. Lagi pula penentangan kita itu akan menimbulkan fitnah dan kekacauan, merosakkan kerukunan masyarakat dan boleh mengakibatkan pertumpahan darah (pergaduhan dan perkelahian). Jumhur ulama’ berpendapat bahawa sekalipun seseorang pemerintah atau ketua itu berlaku fasik, namun kita tidak boleh mengambil jalan mudah terus memecatnya dari kedudukannya. Wajib ke atas kita melakukan apa yang diperintahkannya asal saja ia bukan perkara yang berbentuk maksiat dan melanggar syarak. Dalam konteks sebuah negara Islam, kita umat Islam hendaklah mempamerkan sikap yang baik terutamanya kepada yang mereka yang bukan Islam kerana Islam menyuruh kita supaya hidup bersatu padu, bertoleransi, musyawarah dan bekerjasama dengan pemerintah. Sekiranya ada tindakannya yang kurang wajar maka kita harus bersabar dan memilih jalan penyelesaian yang paling selamat demi keamanan negara dan kesejahteraan umat sejagat.

Anonymous said...

hat bahan jubu taik orang pilih.. sahkan hat rasuah..

Orang Bawah Dagu TGNA said...

Ada ayat Quranmelarang diucapkan kata-kata buruk dan saya tidak temui ayat yang menyuruh dimusnahkan sesama Islam. Berpndukan ayat al-Quran nombor berapa dan surah mana serta hadis riwayat siapa maka anda boleh ajak HAPUSKAN ISA yang dituju kepada ISA SAMAD. Jalan puladalam purdah diselubungi kejahilan. Beratubat nasuhalah.

Saya minta izin pengelola blog Melikapakjangak untuk utarakan ayat-ayat al-Quran dan hadis yang dileak dibawah tem renungan untuk tatapan bersama.

Kita buksn yodsk bolrh bpolitik, ttspi jsngsn mlsmpsu. Kita pejuang Islam jangan renggang dari al-Quran dan Hadis;

"....Dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang, dan (ingatlah), Allah mengasihi mereka yang berbuat perkara-perkara baik" - Ali 'Imran:143.

***********************************

"Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredhaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar" - Al-Nisa':114

***********************************

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan soleh, sambil berkata: sesungguhnya aku ialah dalam kalangan Muslimin!. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik; maka (engkau akan dapati) orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat.
Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar (dari kebahagiaan dunia dan akhirat" - Fussilat: 33-35.

***********************************

"Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala pekara): sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" - Al-Hujurat: 9-10.

***********************************

Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud: "Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat? Jawab para sahabat: Bahkan. Sabda baginda: mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)" - Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani.

Anonymous said...

Posting rakan anak datuk Nik Aziz dalam blog beliau : Nik Abduh


dah nak masuk tabligh dah..

Ogos 3, 2008 in PAS, istizkariyyah, politik, wa zakkir

Salam Kamunting,

Seorang sahabat mengeluh, ” Ana dah nak masuk tabligh dah. Pening dah dengan politik. Keliru. Dulu, segar juga dengar dan ulas pasal politik. Tapi, makin lama, apatah dengan isu muqabalah yang panas ni, makin ana rasa politik ni memang kotor. Politik tu memang la bersih, tapi orangnya kotor, susah nak cari yang bersih. Dalam PAS pun ana rasa ada yang macam UMNO perangainya. Mujurlah ana tak jadi politician macam anta. Anta nampak kuat tak apalah, tapi bukan ana. Huh, kawan – kawan ana pun dah macam ana. Pening. Dah nak masuk Tabligh dah.”

Begitu saya dengar keluhannya melalui telefon bimbit. Dia seorang profesional. Kawan saya ni bagus. Dia bukan jentera parti, tapi penyokong kuat PAS. Kuat sangat sampai tak percaya pada selain PAS. Dia tak percaya PKR apatah UMNO.

Tapi, akhirnya dia macam dah kecewa pada politik.

Saya menyampuk bebelannya yang sekadar meluah rasa kecewa itu, “Isu ni, orang ikhlas pun terperangkap.”

Cepat – cepat dia balas, “Hah, kalau orang ikhlas pun terperangkap, jelaslah politik ni memang kotor. Daripada terperangkap, baik ana masuk Tabligh.”

Saya tambah lagi selepas jawaban pertama saya gagal difahaminya, ” Sebelum anta keluar 40 hari, anta dah pun terperangkap.”

Dia bingkas bertanya, ” Perangkap apa?” Saya jawab, “Perangkap iblis.” Dia terkedu. Saya tambah lagi, ” Dan perangkap UMNO.”

“Pulak? Kenapa pulak?” Saya agak mukanya berkerut. Kalau dia pakai hands free tengah memandu, mesti orang kata drebar ni tengah sasau.

Saya dengan rasa puas menjawab, “Iblis gembira orang yang ikhlas jadi putus asa. UMNO pula suka orang cerdik tak main politik.”

Senyap seketika. Saya perasan dia angguk – angguk geleng – geleng. “He he. anta nih..” Dia mengaku kalah pesennya.

Isu muqabalah memang menyusahkan. Ia tak diundang berlaku dalam PAS yang tengah mengecapi manis kemenangan dan kepercayaan rakyat.

Saya pun kecewa. Saya melihat sesuatu yang tidak mengembirakan dalam parti. Saya sememangnya keliru juga macam kawan saya itu. Tapi, saya kena sabar, kena istiqamah dan kena lawan ( unsur buruk dalam parti ).

Saya mahu terus berjuang untuk digelar sebagai pejuang oleh Tuhan.