May 10, 2009

Politik Kambing vs Kambing Politik



"Hanya urusan peniagaan, beliau datang untuk membeli kambing" demikian dijelaskan oleh Dato' Harun Taib, timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Adun Manir kepada Sinar Harian Semalam bagi mengulas berita kononnya Menteri Besar Terengganu, Mat Said telah bertandang ke Markas Tarbiah PAS di Kubang Lembik, Manir.




Ini disahkan oleh beberapa rakan dari Manir ketika saya berkesempatan mengahadiri mesyuarat Agong PAS Hulu Terengganu pada 8 Mei yang lalu di Markas Tarbiah Kubang Lembik.

Bagi pemimpin umno terutama mereka-mereka yang berusaha untuk menjatuhkan Ahmad Said dari kerusi Menteri Besar , perkara ini merupakan satu modal baru untuk menempelak beliau.
Sehingga hari ini, Ahmad Said tidak mengulas itu ini.

Timbalan Ketua Pumuda Pas Terengganu Ustaz Wan Shukri , melalui Sinar Harian pula semacam mendakwa seolah-olah ada perbincangan politik antara mereka berdua selain untuk membeli kambing.

Diberitakan juga kambing yang dibeli oleh Mat Said dirumah Ustaz Harun itu adalah sebagai koleksi untuk di pelihara di Zoo Kemaman.

Mari kita tanya:-
1. Kenapa mesti Ahmad Said sendiri yang beli kambing jenis boer?
2.Tiadakah agensi kerajaan , samada pusat atau negeri yang sudi untuk membekalkan kambing boer kepada zoo Kemaman.

3.Kemana perginya exco pertanian Terengganu, Rozi Mamat untuk menguruskan perkara ini? atau Ahmad juga tidak percaya dengan Rozi.

4.Apakah Majlis Perbandaran Kemaman juga tidak dipercayai oleh Ahmad Said?

Dalam suasana cuaca politik Terengganu yang tidak menentu ditambah pula dengan khabar Ahmad Said akan digugurkan atau diminta berundur dari kerusi MB pada Mei ini, tentulah kehadiran beliau ke Markas Tarbiah PAS yang disitu letaknya rumah Ustaz Harun telah menjadi tandatanya semua pihak.

Awal bulan ini juga melalui sebuah blog yang menyiarkan aktiviti kerajaan Terengganu melaporkan bahawa Ahmad Said telah melawat Ladang Cosmopall yang mempunyai nilai pendapatan RM3.3 juta sehingga ini memiliki 1,400 ekor kambing serta pengimport kambing terbesar di negara ini yang didatangkan daripada Indonesia serta pengeluar baja organik kambing.
Turut hadir dalam lawatan tersebut pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, YB Rozi Mamat; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr. Azizul Mohd Sharun; Pegawai Daerah Marang, Haji Abdul Rahman Che Ali dan Pengarah Urusan Cosmopall Sdn Bhd, Haji Zainuddin Zakaria.
Apakah politik kambing ini akan mencorakan masa depan suasana poltik Terengganu atau kambing itu sendiri telah dipoltikkan oleh musuh Ahmad Said sendiri.

-Renung-renunglah

1 comment:

pakcik said...

kambing pun kambinglah..ape-ape aje