Raja Nazrin Shah, Pemangku sultan Perak dikhabarkan telah berkenan untuk menerima mengadap MB Perak Dato' Seri Nizar pagi ini.
DS Nizar juga akan membuat cadangan untuk memohon pembubaran Dun Perak nanti , Insya'Allah didoakan semoga hasrat rakyat tersebut akan dimakbulkan oleh Allah.
Apa yang bermain dibenak saya ialah, seandainya Pilihanraya Dun di adakan selepas ianya mendapat perkenan pembubaran oleh Tuanku Sultan, semasa hari penamaan calon dimana DAP yang mempunyai kelebihan kerusi berbanding 2 parti Pakatan yang lain akan bertindak meletakkan seorang calon Melayu Islam bagi kerusi DAP yang dirasakan kerusi tradisi DAP boleh menang.
Dengan membuat andaian bahawa keputusan mac 2008 masih kekal dengan kedudukan BN 28, DAP 18, PKR 7 dan PAS 6. Ini bermakna sekali lagi kita akan menyambut kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya tersebut nanti.
Namun dengan meletakkan seorang calon Melayu DAP sudah mestinya mengharapakan agar jawatan MB itu akan disandang oleh DAP.
Bukanlah niat dan hasrat untuk menimbulkan keraguan kepada Pakatan, namun dalam politik ini segalanya berkemungkinan berlaku.Bukan juga tidak mempercayai dengan kesepakatan dan keakraban yang ditunjukkan oleh DAP.
Kita tentu sekali mengharapkan agar insiden selepas PRU 12 tidak akan berlaku lagi.Oleh itu diharapkan agar Majlis Presiden Pakatan supaya mengambil langkah awal untuk mengatasi masalah ini.
1 comment:
kalu benar PR nak bergabung sila gazetkan sebagai satu organisasi, barulah dikatakan satu pakatan yang kuat, kalu setakat ayak lioq je at any time boleh tanam tebu di tepi bibir ......Lu pikir la sendiri
Post a Comment