May 19, 2009

PAS lancar dana bina kopleks RM27 Juta di Putrajaya



PUTRAJAYA, 18 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel terkenal hari ini.

Apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.

Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya.

Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.

"Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini," kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Petikan : Siasahdaily

Ct : Menunggu Pelancaran Kompleks PAS Terengganu yang masih belum kedengaran

2 comments:

Keling Melayu said...

Kenapa dilancarkan sekarang? kenapa tidak dilancar semasa muktamar supaya lebih Grand?
Adakah si pengerusinya ada agenda politik yang lain untuk keuntungan semasa muktamar?

aqilfarihin said...

korang ni asal ada nama husam jerk...ada jer benda tersembunyi yg konon nak dibuat!!sudah lah tuuu jgn dok ikut sgt perangai si MSO...biar mamat tu sekkor je lah yg gaduh pribadi ngan husam!!