May 16, 2009

Selamat Hari Guru 2009, terus bersama PAS

16 Mei - Selamat hari guru kepada semua warga pendidik.Juga kepada guru-guru Dar , guru guru SAR serta guru-guru PASTI.

Semoga memberi semangat baru, didalam meneruskan kerja -kerja yang sangat mulia disisi Agama ini.

Sebagai bekas seorang pendidik, tentulah saya sendiri merasai bertapa bagaimana halangan dan rintangnan apabila bergelar pendidik.

Peranan seorang guru juga amat penting didalam menyemarakkan gerakan Islam di Malaysia.Begitu juga dengan penyertaan serta gerakan didalam politik semasa.

Namun halangan didalam politik itu amat sangat dirasai oleh teman-teman guru kita.Bagaimana teman-teman guru dihukum sebegitu atas alasan kononya bersama poltik pembangkang.Walaupun peranan guru tersebut masih amat diperlukan sesebuah sekolah itu, tindakan tukar adalah paling wajar diambil atas perkenan orang politik.

Lihat lah bertapa ramai guru-guru yang menjadi mangsa nafsu politik buas ini.Soal kenaikan pangkat usah dibicarakan lagi. Peranan ini selalunya maklumat dari JKKK, tukang kebun sekolah, sesama guru dan dibawa laporan ini ke PPD.

Di Hulu Terengganu ianya amat terasa.Kumpulan guru yang menerajui Umno itulah menjadi laluan dan peluang mudah untuk tindakan diambil kepada guru-guru yang sedar, insaf dengan kerdurjanaan politik jahat umno tersebut.
Antara mereka, lihat lah cikgu Rozi, Cikgu Mat Nor, Cikgu Awi, Cikgu Rosol.Kesemua mereka ini adalah orang Hulu Terengganu dan tugasan terakhir mereka sebagai guru juga di Hulu Terengganu.
Lihat pula Cikgu Lah Sulong, Cikgu Nasir Ajil ( kedua-dua sudah pencen awal) , cikgu Jalaluddin, Ustaz Kamaruddin, Cikgu Roslan, Cikgu Suhaimi, malah Cikgu Fatimah(senator) mereka inilah yang menjadi jerat sentiasa mencari mangsa.
Ini semua tidak lain dan tidak bukan melainkan kerana guru tersebut menyertai dan bergiat dengan PAS.Kebanyakan guru-guru yang bersama PAS ini adalah guru-guru yang sangat cemerlang, yang bertanggunjawab dengan tugasan mendidik.
Guru-guru yang bersama menyokong umno di Hulu Terengganu ini sebahagiannya sangat buruk perangai dan akhlaknya.Saksiyyah guru-guru umno sangat teruk, apabila ada program besar umno maka mereka pastinya meninggalkan kelas untuk ke majlis tersebut, tinggallah murid-murid terkial-kial didalam kelas.Guru-guru ini biasanya akan mendaptkan alasan kononya ada urusan di PPD. Ya di PPD kan ada cikgu Jalaludin maka bersubahatlah antara mereka berdua untuk menghadiri majlis Parti laknat Umno itu.

Pun begitu didalam pemilihan Umno Hulu Terengganu yang baru lalu, Umno Hulu Terengganu telah mengeluarkan arahan supaya guru-guru tidak dibenarkan sama sekali menjadi perwakilan cawangan, ini kerana di bimbangi guru-guru tersebut memberi undi kepada Cik gu Mohd Nor Othman yang menentang Tengku Putera Awang bagi merebut jawatan ketua Bahagian.

Itulah sedikit catatan untuk teman-teman guru di seluruh Malaysia.Teruskan bersama PAS untuk memastkan kemenangan PRU ke-13.

2 comments:

Anonymous said...

Astaghfirullah hal azim....
Mengucap cik siti mengucap....Cik siti pun bekas seorang guru juga kann....untuk makluman cik siti tak kira laa dia pas ke, umno ke..semuanya guru, waima saya sendiri mempunyai guru orang putess, cina, india.....inikan pulak sesama islam melayu...Saya tetap menghormati semua guru2 saya dan saya berterima kasih kepada mereka tok kira la mereka umno ke pas ke?. Jangan kelirukan anak didik dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Pada sayalah...guru juga seorang manusia biasa yang tidak bersifat maksum dan ada kekurangan sama seperti ibu bapa kita juga...Kita sebagai anak hndaklah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka walau apa cara sekalipun. Tidak macam cik siti yang contohnya menghasut adik beradik lain supaya membenci mereka. Apa cerita ni cik siti... Tidak ada saya rasa seorang guru yang mahu anak didik mereka punah ranah malah tumpang berbangga ( kalu buleh "nok loppak" jika terdengar kejayaan mereka ) jika anak didik mereka mencapai sesuatu kejayaan yang amat membanggakan mereka. Untuk pengetahuan cik siti juga...sejak dari dulu lagi kebanyakan penggerak-penggerak politik umno di daerah kita ini awalnya terdiri dari kalangan pendidik sebabnya mereka ada sedikit kelebihan dari segi teknikal dan pentadbiran dan dihormati oleh masyarakat kampung. Kemudahan penjawatan pun tidaklah seperti sekarang ini. Pada sayalah nama-nama yang cik siti sebutkan tadi adalah jenis orang yang mengenang jasa sehingga berjaya seperti sekarang. Itulah tradisi kami orang-orang umno. Ada sesetengahnya berpendapat jika mereka berjaya bukannya atas sebab lain tapi dengan angkuhnya menjawabnya adalah hasil daya usaha mereka seratus putus. Tidaklah berterima seseorang itu kepada allah jika kita tidak berterima kasih sesama manusia. Hadis tu cik siti..cuba cik siti rujuk balik..saya rasa cik siti lebih arif dan hebat maklumlah cik siti nikan berkepimpinan ulama....Sebab itulah banyak yang berlaku sekarang disebabkan perkara yang digembar gemburkan oleh pihak tertentu dengan isu-isu yang tak sepatutnya berlaku sekarang menyebabkan budak-budak hilang hormat kepada guru mereka. Puncanya siapa? adakah dari hasutan dari guru-guru tadi disebabkan ketidakpuas hatian mereka yang mereka rasa terpinggir lalu meluahkan isi hati mereka kepada budak2. Nok ngadu sesama mereka takut dikata komangg.... Disini saya cuba mempersoalkan saja dan bukannya menfitnah dan membuat kenyataan. Satu lagi ya...yang cik siti sibuk carra rumah tangga orang ni kenapa?...biasanya dalam islam pon kita tidak sepatutnya carra rumah tangga orang lain kecuali kita ada niat untuk membuatkan keadaan lebeh elok....Ini cik siti membuat kenyataan pula dengan perkara yang bukan-bukan dan mengaitkan orang lain dengan niat apa sebenarnya cik siti ni.....kepimpinan ulama ke macam ni....cik siti kena benar-benar faham istilah mengumpat, fitnah, caci maki dan sewaktu dengannya......Dalam cd datuk fadzilah kamsah saya rasa ada penerangan ttg kategori benda-benda ni.....Tak patut-tak patut....wallahhualam.

Teman Guru Hulu Trg said...

Ohh Pedasnya sindiran Puan Siti, hinggakan ada orang minum air gula untuk hilangkan kepedasan tersebut.