May 27, 2009

Menjelang Muktamar ke-55.

Semua jawatan penting dalam pemuda telah disahkan tanpa ada sebarang pertandingan.
Ustaz Nasruddin Hasan menang tanpa bertanding selepas bekas ketua DPP Kelantan YB Mohd Zaki Ibrahim yang juga bendahari DPPP memberi laluan kepada Ustaz Nasruddin.

Begitu juga dengan Ketua DPP Kawasan Pengkalan Chepa telah menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Ketua DPP, sekali gus jawatan ini akan disandang oleh naib Ketua Pemuda penggal yang lalu Ustaz Azman Shapawi Abd Rani.

Sementara itu sdr Suhaizan Kayat telah memberi laluan kepada Ahmad Sabki Yusof bekas setiausaha DPP.Beliau merupakan peguam muda dan menantu kepada Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Merenungi 3 nama besar dalam Dewan Pemuda PAS Pusat ini, dua orang darinya kelulusan dari Timur Tengah dan seorang lagi kelulusan UIAM, saya rasa ada sesuatu yang nak dikongsikan. Samada kita sedar atau tidak, Ustaz Nasrudin adalah berasal dari Besut Terengganu walaupun kini beliau menetap di Pahang.Ustaz Azaman Shapawi pula memang dikenali umum berasal dari Dungun Terengganu, pernah memenangi kerusi DUN Rantau Abang dalam usia 28 tahun ketika PAS memerintah Terengganu tahun 1999.Sementara itu Sabki Yusof kalau tidak silap, bekas pelajar SMA Tok Jiring Kuala Terengganu, juga berasal dari Besut.Jadi jelas ketiga-tiga mereka ini berasal dari Terengganu.Namun bukan tujuan tulisan ini untuk membesar-besarkan negeri kelahiran mereka bertiga.Ia nya sekadar untuk dikongsi bersama.

Kedua dua Ustaz yang menjadi orang nombor satu dan nombor dua dalam Dewan Pemuda PAS itu memanglah telah dikenali sebagai ulamak.Sementara Sabky yang pernah belajar di SMA Tok Jiring serta UIAM ini diyakini mampu berbahasa arab dan mengusai kitab-kitab berbahasa arab.Mungkin juga inilah orangnya dimaksudkan ulama' profesional.

Dewan Muslimat pula dilihat penyandangnya Ustaz Nuraidah Mohd Salleh akan berhadapn dengan Dr. Ustazah Asiah Ali.Juga bukan membanggakan anak Terengganu, dr. Asiah adalah seorang aktivis muslimat awal 90an juga merupakan anak keliharan Marang, Terengganu.Beliau adalah adik kepada Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat Dato' Mustafa Ali.Semasa bergelar siswi UKM mengikuti program bersama-sama beliau adalah sesuatu yang saya nanti-nantikan.Dengan status beliau sebagai tenaga di IPTA amat sesuai dengan kedudukan kami sebagai pelajar ketika itu.

Dewan Ulama' pula telah disahkan penerajunya akan kembali semula ke Terengganu selepas sepenggal berpindah ke Kelantan.Penarikan diri Ustaz Muhamad Daud Iraqi, selepas hanya Dato' Harun Taib seorang sahaja menerima percalonan untuk jawatan Ketua Dewan Ulama' Pusat.

Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk berkempen atau memperlekehkan kepimpinan Dewan didalam PAS, ianya adalah sebuah coretan menjelang Muktamar PAS ke-55.

No comments: