May 7, 2009

Kesabaran PAS ada tahapnya.

Petang tadi ketika mengambil wuduk untuk solat maghrib , saya menerima sms dari kawan di Kuala Terengganu sms tersebut berbunyi " Kesabaran Pas dan Rakyat ada tahapnya- presiden PAS"
Saya bertanya pengirim sms itu " untuk apa?" beliau menjawab " undang-undang rimba di Perak"..baru saya faham rupanya itulah komen awal dari Tuan Guru ketika mengulas kejadian hitam Dun Perak yang berlaku tadi.

Nafsu buas dan ganas, maka undang-undang diketepikan.Undang-undang yang mereka buat sendiri sudah dilanggar dan hancur.

Sepatutnya sidang dun dimulakan oleh speaker, untuk meneruskan agenda.Undang-undang sudah tiada , kewarasan berfikir telah lenyap.BN semakin gilakuasa.

Sejenak berfikir selepas solat maghrib dan membaca yasin, undang-undang Allah mereka sanggup langgar dan tolak ini kan pula undang-undang manusia yang apabila dilihat tidak menguntung kan mereka , lalu mereka rempuh begitu sahaja.Kejadian berlaku didepan mata Mufti Peraka.Lihatlah dunia dan isinya itulah BN yang durjana.

1 comment:

ToK Ketua said...

Cikgu C'ty.
Getah Ipoh tu beracun. Moga cikgu tidak terkena bisanya.

Allah anugerahkan pemikiran kepada setiap manusia. Kita menjadi penganutnya yang tegar. Sayangnya kita terus terikut-ikut dengan budaya jahiliah yang mengikut rentak musuh. Amarah dan kutukan menghina bukan cara Islam. Dalamilah perjalanan dakwah Rasullullah menegakkan Islam maka cikgu akan insafi bahawa kita kian tersasar hingga dibenci kerana tulisan dan tuturan lita bersisipkan kecelaan.

Pokoknya kitatidazk bertelazgah tentang akidah tetapi kita hanya berbeza di segi siasah.