Muslimat PAS juga tidak ketinggalan mendapat ketua baru apabila To' Puan Hajjah Fatimah Zainab Ibrahim melepaskan jawatan yang beliau sandang sejak tahun 1997.
Jawatan ketua muslimat telah diambil alih oleh Cik Gu Safinah Jusoh dalam muktamar Dewan muslimat Terengganu PAS ke-36 yang telah diadakan di Maahad Darul Quraan, Rusila, Marang.
Cik Gu Safinah Jusoh pernah dilantik sebagai senator dizaman pemerintahan PAS.Safinah 54 , merupakan antara pengasas Institut Berakan di Terengganu dan terlibat secara langsung dalam kerja-kerja sosial di negeri Terengganu.
Beliau yang berasal dari Kuala Terengganu dan pernah menjadi guru di Maktab Adabi dan Sekolah Menengah Sultan Ismail adalah lulusan dari Institut Teknologi Mara dan mempunyai Diploma dalam Tasawur Islam.
Semoga dengan semangat kepimpinan baru, muslimat Terengganu akan dapat mengatur langkah bagi mengahadapi PRU 13 nanti.
-Ketiadaan kak Dah dalam Dewan Muslimat PAS Terengganu amat terasa.
No comments:
Post a Comment