Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.
Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.
Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.
Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.
Berita ini sudah semestinya mengembirakan Pakatan Rakyat.Namun sebagai orang yang sentiasa di tindas dan ditekan samada melalui undang-undang atau dengan pelanggaran undang-undang, pemimpin Pakatan Rakyat hendaklah sentiasa berhati-hati.
Ingatlah sesungguhnya jerat tidak pernah melupai pelanduk, hanya pelanduk sahaja yang sering lupa dan lalai dengan jerat
Pada saya, Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata Menteri Besar hanya boleh disingkirkan menerusi undi tidak percaya sedangkan D ewan Undangan Negeri Perak tidak mengadakan undi berkenaan keatas Nizar.
Dengan kedudukan yang ada sekarang, tidak mustahil sekiranya Ganesan, speaker yang baru dilantik oleh BN pada 7 Mei lalu memanggil satu sidang DUN dengan kerjasama setiausaha Dun Perak.
Dalam sidang Dun Tergempar itu nanti satu usul akan dibawa iaitu usul undi tidak percaya kepada MB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin .Dengan itu maka gugurlah Mohamad Nizar dengan cara yang mengikut undang-undang.Kecuali lah ada kaedah atau Dun Perak sendiri masih kekal dengan dengan YB Sivakumar sebagai speaker.
Pun begitu seandainya Usaha MB Perak YAB DS Mohamad Nizar Jamaluddin untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak diperkenan dan cadangan beliau untuk membubar Dun juga di perkenan dapat dilaksanakan lebih awal, maka itulah jalan yang terbaik.Namun seperti yang disebut tadi Mana Mungkin BN membiarkan perkara itu dapat berjalan dengan baik kerana UBN itu adalah jeratnya dan kita adalah pelanduk yang dikenali sebagai mangsa dalam bidalan tersebut.
Kepada semua pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat, apakah dengan pembubaran itu nanti akan menybelahi pakatan atau sebaliknya? atau pembubaran Dun hanya untuk mengembalikan hak memilih kepada rakyat tanpa kita memikirkan keuntungan politiknya.
Keputusan Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang adalah satu panduan dan rujukan halatuju mengundi masakini.
-Renung-renunglah.
No comments:
Post a Comment