May 22, 2009

PRK Manik Urai sediakah BN

Kepemergian Adun Manik Urai kerahmahtullah YB Ismail Yaacob ( Pak Su Wel) merupakan mimpi ngeri kepada UBN, ketika mereka tidak bertanding di Dun Penanti , Pulau Pinang.

Apakah UBN bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Kecil ini? Apa pula alasan sekiranya UBN bercadang untuk meneruskan niat menyertai juga PRK itu nanti.

Dalam keadaan Umno Kelantan masih bercelaru selepas mendapat Pengerusi Perhubungan yang baru.Sebahagian penyokong kuat bekas Pengerusi lama umno Kelantan masih belum boleh menerima pengerusi umno yang baru. Kegagalan Datuk Mustaffa Mohamad ketika menjadi pengerusi Umno beberapa tahun lalu masih tersimpan rapi didalam lipatan ahli-ahli umno Kelantan.Kegagalan Mustaffa menyusun , memulihkan umno Kelantan selepas PAU juga merupakan juga mimpi ngeri Umno Kelantan.

Sama-samalah kita tunggu perkembangan nya tersebut.PRK manik Urai juga menguji YDP muda yang baru PAS kawasan Kuala Krai YB Ustaz Ab Latif Abd Rahman yang juga merupakan Ketua Pemuda Kelantan yang baru.

2 comments:

Mat Sabbu said...

Al fatihan.....
Sdra...
jenazah belum lagi dikebumikan kita telah membuka topik pasal pilihan raya?
Inikah keutamaan orang-orang PAS sekarang ini?
Bagaimana sekiranya lebih ramai wakil rakyat PAS dijemput Allah lebih awal daripada kita?
Adakah sdra akan merasakan itu 1 pukulan kepada UMNO/BN
bawa banyak2 beristighfar sdra....
ditakdirkan 5 wakil rakyat PAS naik 1 kereta ke mana-mana, tiba-tiba accident lalu mereka meninggal dunia, macam maner pulak tu sdra???

Nurul Huda Nasir said...

Mat ,
Jenazah Rasulullah juga belum di Kafan, para sahabat terus melasanakan syura bagi memilih siapakah yang akan mengantikan Rasullah sebagai kalifah, sebagai ketua, sebagai pemimpin..
Itulah ilmu tidak dicari, sejarah islam tidak diketahui.

Dengan anda menulis itu menjelaskan bahawa anda tidak tahu dan tidak berilmu....