May 11, 2009

Hulu Terengganu kekal.

Mesyuarat Agong PAS Hulu Terengganu terus mengekalkan kepimpinan lama seperti sessi dulu, cuma hanya sedikit perubahan kecil apabila bekas calon Ajil, ustaz Mohd Rezqi telah dilantik sebagai Naib YDP bagi mengantikkan Ustaz Abdin Abdul Samad yang dikahbarkan didalam keuzuran.

Memang Ustaz Abidin kelihatan sedikit uzur sejak akhir-akhir ini.Namun beliau dalam keadaan kesihatan yang tidak sempurna masih mampu berada disurau surau untuk menyampaikan kuliahnya.

Sesekali ingin bertanya, apakah dengan tiada perubahan dikalangan kepimpinan PAS Hulu Terengganu ini memberi erti yang ahli-ahli Pas di Hulu Terengganu sangat berpuashati dengan usaha dan tanggujawab yang telah dilaksanakan kepimpinan Pas Hulu Terengganu?

Atau sememangnya Pas Hulu Terengganu ketiadaan kepimpinan untuk ditonjolkan atau tiada yang bersedia untuk bersama memikiul tanggungjawab Jamaah bersama Pas Hulu Terengganu.

Saya merasakan sebenarnya Pas Hulu Terengganu kekurangan pemimpin baru untuk ditonjolkan, bukanlah untuk tujuan mempertikaikan kemampuan ustaz Harun itu sendiri, tapi Ustaz Harun sebenar memerlu pembantu yang mampu bersama-sama menggerakkan PAS bagi melebarkan sayap di Hulu Terengganu.

Lihatlah, selain dari Manir sebuah lagi Dun Yang perlu diutamakan dan diberi tumpuan adalah Dun Kuala Berang, akan tetapi oleh kerana ketiadaan pembantu yang baik bagi menggerakkan Dun Kuala Berang maka Dun Tersebut jauh ketinggalan kebelakang.

Semua Dun lain di kawasan pekan di Terengganu telah melihatkan satu perubahan yang ketara dalam piliharaya Umum ke12 2008.Dun Cukai yang seketika dulu dianggap sebagai kubu kuat umno selepas Telemong, pada tahun 2008 BN menang dengan majoriti hanya 769 undi.Sementara di Sura Pas dapat menawan kemabali dun tersebut dalam PRU ke-12.
Marang ( Rhu Rendang) semamangnya Tempat PAS. Batu Burok, Ladang dan Wakaf Mempelam PAS menang.Pekan Bukit Payung juga Pas Memang. Pekan Batu Enam melalui Dun Bukit Tunggal juga PAS boleh menang.Kekalahan di Dun Permaisuri tidak lah seteruk Kuala Berang, sementara di Jertih , Besut memang patut pun demikian kerana Dun itu merupakan Dun Milik MB pada Pru k3-12.


Sebagai sebuah DUN yang berada di pusat pentadbiran Daerah Hulu Terengganu, sepatutnya Kuala Berang boleh mengikut langkah, Sura, Rhu Rendang, Bukit Payung, Bukit Tunggal, Ladang, W.Mempelam dan Batu Burok.

Sudah tiba masanya pemimpin PAS di Kuala Berang memikirkan satu projek yang berterusan bagi menghadapi PRU ke-13. Orang Kuala Berang lebih mengetahui citarasa orang Hulu, isu isu yang sangat banyak tidak diolah dengan sempurna di Kuala Berang.Terbelah dan terbahaginya UMno BN di Kuala Berang kepada beberapa puak tidak dapat di tangguk dengan baik oleh PAS Kuala Berang.Kegagalan Pejabat Daerah Hulu Terengganu mengeluarkan nama-nama JKKK yang hingga kesaat ini akibat dari pergeseran dan tunjukkuasa antara ahli Parlimen dan Ketua Umno , tidak diolah oleh PAS Kuala Berang.Kegagalan mengambil peluang dan mendekati musuh politik sesama umno juga membuatkan Pas Kuala Berang dilihat sangat lesu dan hanya bergantung isu isu ditempat lain.Sedangkan hakikat sebenarnya isu setempatlah yang mampu dilihat oleh rakyat dan sekali gus mampu mengubah pemikiran mereka.

Renung-renunglah......

-Hanya satu Pandangan Kerdil-

4 comments:

MAMATKELING said...

BETUL...BETUL....BETUL...
uMNO kUALA BERANG PUN BUKAN KUAT SANGAT....

Anonymous said...

Majunya pekan Kuala Berang, antaranya hasil perjuangan dari orang-orang umno. Bukannya menidakkan kekuasaan Alah, tapi dengan usaha beserta keizinan darinya. Kalu dia dok redho maka tidak menjadi juga. Maknanya, ada manusia yang merancang dan berusaha untuk menjayakannya. Tapi seperti biasalah janji Allah kepada orang yang berusaha. Barulah jaddi. Alhamdulillah..... Kalau ditakdirkan parti apa sekalipun memerintah, diharap dapat menambah baik lagi keadaan ini. Jangan musnahkan. Sejak dari dulu parti pas tidak menunjukkan sebarang performance pun untuk memajukan pekan kita ini. Cuma masa zaman pemerintahan PAS dulu, hanya nampak tandas di masjid Kuala Berang. Alhamdulillah juga kerana sedikit sebanyak mengurangkan pencemaran bau dan memanglah tandas seeloknya diletakkan diluar. Tahniah... ....... ***Jangan jadi macam negeri keling...... Wallahhualam.

ORANG HULU said...

TAU PN KUALA BERANG MAJU... SAPE YANG MEMAJUKAN? TU LA... KITA NI KENA BERSYUKUR... JANGAN GONG BEDOOH LALU GOK..

Anonymous said...

kena keje kuat lagi...